Atau – Hjdan@myjaring.net
URL- http://hjchedan.blogspot.com
Mencari Pahala – Siaran 117.
Adapun untuk mencari pahala dari sesuatu amalan, maka ini dapat dilakukan dengan sentiasa menghadiri jenazah-jenazah, melawat pesakit-pesakit. Ataupun hadir bersembahyang jemaah pada semua solat, sebab tidak ada kelonggaran untuk meninggalkan jemaah, kecuali kerana khuatir sesuatu bahaya yang nyata akan menimpanya, yang bila dibimbangkan dengan bahaya terluputnya keutamaan sembahyang berjermaah sama beratnya, ataupun lebih sedikit, dan perkara serupa ini tentulah jarang-jarang sekali terjadinya.
Brcampur gaul yang bertujuan memberi pengajaran kepada orang lain, atau mengambil pelajaran daripada mereka. Melakukan sesuatu pekerjaan yang bermanafaat kepada orang lain, atau mengambil manfaat dari sesuatu pekerjaan yang dilakukan orang.
Mendidik atau menerima didikan. Menghiburkan orang lain yang tidak bercanggah dengat syarak, untuk mendapat pahala kerana sesuatu pekerjaan, ataupun menyebabkan orang lain mendapat pahala oleh kerana kita menunaikan sersuat hak yang wajib. Mempraktikkan diri supaya bertawaduk, dan mendapatkan faedah dari berbagai-bagai pengalaman orang lain serta mengamb iktibar dan contoh tauladan.
Sekian dahulu dalam bab ini, ditangguhkan dahulu buat sementara waktu,dan sehingga itu diucapkan ribuan terim kasih kerana sudi melayar Blog ini.
Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh…!
No comments:
Post a Comment