Tuesday, 15 March 2011

Solat Asar selepasnya - Siatan 27.2011

Daripada;

Email – hjdan@myjaring.net
URL – http://hjchedan.blogspot.com







Bolehkan kita kerjakan sunnat solat Asar selepas solat Asar.
Jawapan.

Boleh dilakukan jika kita benar-benar ada banyak urusan. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ummi Salamah r.a. berkata bermaksud;
“Pernah kesibukan Rasulullah s.a.w. sehingga meninggalkan sunnat dua rakaat sebelum Asar, maka dilakukannyalah solat dua rakaat itu setelah selesai solat Asar.”
Tersebut dalam Kitab Fathul Mu’in Juz 1 halaman 23 yang bermaksud:
”Pernah melihat Rasulullah s.a.w. akan seorang lelaki melakukan sembahyang sesudah sembahyang Subuh dua rakaat, lalu sabdanya”  Sembahyang Subuh itu dua rakaat.” Maka jawab laki-laki tersebut: « Sesungguhnya aku belum melakukan sembahyang dua rakaat yang sebelum Subuh, maka aku lakukannya skarang. »  Maka diamlah Rasulullas s.a.w.    (H.R Bukhari dan Muslim)(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilid 1, ms 94


Jawapan


 Solat Jumaat kurang 40 orang.

Bagaimanakah hukumnya solaat Jumaat kurang dari 40 orang anak kariah.

Jawapan.

Hukumnya hendaklah 40 orang anak kariah termasuk Imam baharu sah sembahyang Jumaat. Sekiaranya tidak cukup seperti itu maka haruslah solat Zohor sahaja. (Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilid 1, ms 103)

Hukum mengyucap “Usolli”

Apakah hukumnya mengucapkan Usolli seketika akan sembahyang.

Jawapan.

Hukumnya sunat, seumpama ketika akan sembahyang mengucap Usolli, ketika akan puasa mengucapkan “nawaitu sauma ghodin,” ketika akan melakukan haji mengucapkan Nawaitu haja dan sebagainya lagi. Ini berarti melafazkan niat pada ketika akan sembahyang bukan hakikat sembahyang, sebagaimana melafazkan niat ketika akan puasa bukannya hakikat puasa, jadi semuanya itu berada di luar perkara yang diniatkan. Tujuannya ialah untuk membantu hati, bermakna sebutan itu berarti akan terakam kata-kata itu di dalam hati. (Rujukan Kitab Masalah Agama Jilid 1, ms 105)

Membaca Al-fatihah pada tiap-tiap solat.

Bagaimana hukumnya wajib atau sunnatkah membaca Bismilla hirrahma nirrahimi pada awal surat Al-fatihah pada tiap-tiap sembahyang.

Jawapan.

Membaca Fatihah adalah rukun sembahyang. Rukun adalah wajib. Sedang Bismilla hirrahma anirahimi adalah satu ayat dari pada Fatihah., Maka membacanya dalam Fatihah sembahyang adalah wajib.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilid 1, ms 109)

Membaca Allahhu Akbar.

Mengapa perkataan Allahhu Akbar pada permulaan solat dinamakakn Takbiuratul ihraam.

Jawapan.


Allahhu Akbar permulaan dinamakan Takbiratul Ihram kerana menjadi sebab atas keharaman apa-apa yang tadinya halal seketika sebelumn takbir, seperti makan, berbual, dan sebagai lagi. Allahhu Akbar selanjutnya dinamakan Takbiratul Intiqal berarti berpindah dari satu rukun fi’li kepada rukun yang lain. (Rujukan Kitab Masalah Agama Jilid 1, ms 111)

 ------------------------------oooooooooooooooooooooo------------------
 Posted o 15 March 2011

No comments:

Post a Comment