Hj. CHE DAN BIN AHMAD,
.
Atau” http://www.hjchedan.blogspot.com
HAL EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 17
Masalah .
Apakah perkara-perkara yang disunatkan dalam solat.
Jawapan.
Perkara-perkara sunat dalam solat menurut pendapat Imam Syafie terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a. Pertama -Sunat Aba’d iaitu:
(1). Membaca tahyiat awal.
(2). Selawat keatas Nabi Muhammad dalam tahyiat awal.
(3). Selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyat
akhir.
(4). Duduk bagi membaca tahiyat awal dan selawat.
(5). Membac do’a qunut dalam solat subuh.
(6). Selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga dalam doa
qunut.
(7). Berdiri bagi bacaan qunut dan selawat di dalamnya.
b. Kedua -Sunat Hai’at iaitu:
(1). Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga sama paras
dengan bahu semasa takbiratul ihram, sebelum ruku’, iktidal
dan bangun daripada tahiyat awal.
(2). Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri dan
diletakkan kedua-duanya antara dada dan pusat.
(3). Mengucap takbir (Allahu Akbar) semasa hendak ruku’, sujud,
bangun daripada sujud, semasa bangun daripada rakaat pertama,
kedua ketiga dan keempat.
(4). Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram dan sebelum
membaca surah al-Fatihah.
(5). Membaca ’Au-Zubillah’ secara perlahan sebelum membaca
surah Al-Fatihah pada setiap rakaat.
(6). Membaca tasbih dalam ruku’ dan sujud serta berdoa semasa
duduk antara dua sujud.
(7). Membaca surah lain selepas bacaan surah al-Fatihah pada rakaat
pertama dan kedua.
( 8). Membaca’ Amin” sebaik sahaja selesai membaca al-Fatihah
atau Fatihah Imam yang membacanya.
(9). Berhenti sekejap selepas takbiratul ihram, bacaana al-Fatihah
dan selepas bacaan surah sebelum ruku’.
(10). Duduk iftirasy semasa duduk antara dua sujud, semasa membaca
tahiyat dan duduk tawarruk semasa membaca tahiyat akhir.
(11).Membaca doa ringkas selepas selawat tahiyat akhir dan sebelum
Memberi salam.
(12). Memberi salam menoleh ke kanan dan ke kiri semasa memberi
salam.
Massalah .
Bagamanakah sekiranya kita mengerjakan solat Isyak sehingga lima rakaat tanpa disedari, bahkabn sesudah selesai baru teringat?
Jawapan.
Masalah seperti ini termasuk perkara yang membatalkan solat itu jika dilakukan dengan sengaja. Tetapi tidak batal solat itu jika berlaku kerana terlupa. Ertinya solat seperti diatas adalah sah.
Masalah .
Bagaimanakah dengan solat yang sebaik sahaja selesai dilakukan, barulah dilihat pada jam yang waktu solat itu baru sahaja masuk ?
Jawapan.
Tidak sah solat yang dikerjakan seperti itu kerana ia tidak memenuhi syarat. Mengetahui masuk waktu solat adalah antara syarat sah solat. Anda dikehendaki mengulangi semula solat wajib itu.
Masalah .
Bagaimanakah dengan orang yang terlupa solat sehingga habis waktunya barulah disedari ?
Jawapan.
Tidak menjadi kesalahan ke atas orang yang benar-benar terlupa sudah terlepas beberapa waktu. Masalah ini sama situasinya dengan orang yang tertidur. Tetapi orang itu perlu bersolat sebaik sahaja sedar daripada lupa ataupun terjaga daripada tidur.
Masalah .
Adakah sah atau tidak solat sekiranya dikerjakan di Pasar Malam, semasa sedang berjual-jualan.?
Jawapan.
Pada dasarnya, solat boleh dikerjakan di mana-mana sahaja, sama ada di darat, di dalam pelayaran di laut, di udara semasa menaiki kapal terbang, dan tidak dipertikaikan asalkan sempurna syarat dan rukunnya. Baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud:
”Dan dijadikan untuk kami seluruh bumi sebagai masjid (tempat bagi bersolat)....dan dijadikan untuk kami seluruh tanahnya yang suci (bagi bertayammum) apabila kami tidak mempunyai air.”
Kecuali terdapat beberapa tempat seperti berikut kita dilarang bersolat iaitu:-
a. Tempat pembuangan sampah sarap ataupu najis.
b. Tempat penyembelihan binatang.
c. Tempat mandi ataupun tandas.
d. Tempat tinggal (kandang) binatang.
e. Di tengan jalan raya.
f. Di tempat perkuburan.
g. Di atas Kaabah.
Masalah .
Sahkah tidak solat yang dikerjakan oleh seseorang di mana seekor pacat sedang menghisap darah di kakinya.?
Jawapan.
Sah solatanya kerana pacat itu tidak najis walaupun ia masih ataupun sedang menghisap darah dari anggota kita yang sedang bersolat. Tetapi sekiranya darah bekas gigitan itu keluar semasa orang itu sedang bersolat, maka batallah solatnya.
Sekian dahulu buat sementara waktu, akan kita temui lagi dalam siaran Blog ini sedikit hari nanti.
Wassalaimu alaikum............
----------------------------ooooooooooooo-----------------------------------
Mereka mengerjakan solat ba'diah... itu sunat sangat di tuntut.!!!
No comments:
Post a Comment