Enail- hjdan@myjaring.net
Atau -http://hjchedan.blogspogt.com
Atau -hjchdedan@yahoo.com
Benarkan sembahyahg berjemaah 27 darjat
Apakah benar sembahyang berjemaah itu pahalanya 27 darjat lebih besar dari sembahyang berseorangan.?
Jawapan.
Memang benarlah bahawa sembahyang berjemaah itu pahlanya 27 darjat dari sembahyang berseorangan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a.:صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ تـَفْضُلُ عَلىَ صَلَاةِ الـْفـَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَة ً.
“Sembahyang berjamaah itu melebihi atas sembahyang seorang diri dengan duapuluh tujuh darajat yakni pahala sembahyang. (Rujukan Kitab Masalah Agama Jil.5)
Benarkah majlis ilmu itu iutama 1,000 dari solat sunat
Apakah benar menghadiri majlis ilmu itu lebih utama daripada mendirikan solat sunat 1,000 rakaat?
Jawapan.
Sememangnya benar bahawa menghadiri majlis agama Islam itu besar pahalanya iaitu melebihi dari mendirikan 1,000 rakat solat-solat sunat.
Dalam satu Hadis dari Abi Dzar r.a. Rasulullah s.a.w. :-وَفَىْ حَدِيْثِ اَبِىْ ذَرٍّ رَضِى اللهُ عَنْهُ " حُضُوْرُ مَجْلِسِ عَالَم ٍاَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ اَلْفِ رَكَعَةٍ.
”Dan di dalam hadis Abi Dzar r.a. berkata ia: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. ,menghadiri majelis orang berilmu, lebih utama daripada mendirikan solat seribu rakaat.”(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil;5,ms 142)
Apa bezanya najis dan haram.
Bahawa babi itu haram, apakah babi itu termasuk najis atau haram. Bagaimana kalau kita memegang daging babi, perlukah di samak tangan kita.
Jawapan.
Benda-benda najis haram hukumnya untuk di makan, dan bukanlah tiap-tiap yang diharamkan itu disebut najis. Kerana benda-benda yang diharamkan memakannya itu adalah dapat terjadi kerana memudaratkan, kerana dihormati dan kerana najis.
Adapun yang diharamkan memakannya kerana memudaratkan seperti memakan paku halus disebabkan memakannya ususnya menjadi infeksi yang mengakibatkan mudarat bagi si pemakannya. Yang diharamkan kerana dihormati, contohnya seperti memakan daging manusia, atau makan air mani. Daging manusia itu adalah suci dan air mani adalah sauci, tetapi kedua-duanya diharamkan kerana dihormati.

Yang diharamkan memakannya kerana najis seperti daging babi sebab ianya adalah najis.
Adapun perbezaannya haram dengan najis ialah, haram adalah salah satu dari hukum syarak yanglima . Najis adalah sebutan benda-benda yang tidak boleh dimakan. Kata-kata haram adalah terarah kepada hukum dan kata-kata najis terarah kepada sifat benda.
Perbezaan haram dan najis dalam hal daging babi ialah babi itu termasuk benda-benda najis dan hukum memakannya adalah haram, jadi najis nama sifat bendanya dan haram adalah hukum memakannya.
Mengenai memegang daging babi itu perlu disamak atau tidak, maka jawabnya bahawa najis babi itu lebih buruk dari anjing, maka kenalah disamak iaitu dibasuh tujuh kali yang satunya air bercampur tanah.
Adapun perbezaannya haram dengan najis ialah, haram adalah salah satu dari hukum syarak yang
Perbezaan haram dan najis dalam hal daging babi ialah babi itu termasuk benda-benda najis dan hukum memakannya adalah haram, jadi najis nama sifat bendanya dan haram adalah hukum memakannya.
Mengenai memegang daging babi itu perlu disamak atau tidak, maka jawabnya bahawa najis babi itu lebih buruk dari anjing, maka kenalah disamak iaitu dibasuh tujuh kali yang satunya air bercampur tanah.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms 66).
Apa hukum solat aidil /adha imam baca tasbih kurang
Apakah hukumnya kalau solat Idilfitri atau Idiladha, takbir rakaat pertama Imam membaca takbir tujuh kali tetapi kalau rakaat kedua Imam terlupa membaca sebanyak lima kali takbir ?
Jawapan
Takbir tujuh kali selain TakbiratulIhram, pada rakaat pertama solat Idilfitri atau solat Idilahda adalah sunat. Bukanlah dari pada rukun dan bukan daripada sunat Ab’ad. Takbir-takbir tersebut hanya sunat Hai’at. Oleh kerana itu meninggalkannya tidaklah mengurangi hakikat sembahyang sehingga dapat
membatalkannya dan tidak disunatkan untuk bersujud sahwi kerana meninggalkannya. Hanya makruh hukumnya jika meninggalkannya dengan sengaja. Solat Idilfitri atau Idiladha dilakukan tanpa takbir tujuh dan lima kali takbir itu sah dilakukan. Rujaukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms. 69.
----------------------ooooooooooooo---------------
Posted on 14 March 2011
No comments:
Post a Comment