Monday, 14 March 2011

Muslim yang suka berdengki - Siaran 24 Tahun 2011


Email –hjdan@myjaring.net

Atauy – hjchedan @yahoo.com
URL – http:..hjchedan.blogspot.com


Muslim yang suka berdengki-dengki
Apakah hukumnya bagi seorang Muslim yang selalu berdengki-dengki terhadap rakannya.
Jawapan.

Dengki atau disebut juga hasad hukumnya adalah haram, kerana ia itu menjadi perosak kerpada masyarakat. Tersebut dalam Kitab ”Atthawiqatul Muhammadiyyah” bahawa dengki itu adalah keinginan agar kehilangan nikmat Allah dari seseorang, dari apa-apa yang ada padanya kebaikan agama ataupun dunia yang tidak membawa kemudharatan akhirat, atau ingin tidak sampainya nikmat itu kepada seseorang, atau menyukai kedengkian orang lain, dengan ketidak ingkaran kepadnya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.:

لَيْسَ مِنِّىْ ذُوْحَسَدً. (رواه البطرانى(

Bukan daripada orang yang mengikuti sunnah aku bagi orang yang mempunyai dengki-mendengki (HR Al-Batrani).(Rujuk Kitab 100 Masalah Agama Jil:5 ms 83)



Masalah 57. Hukum orang yang suka mengumpat

Apakah hukumnya seseorang itu yang selalu mengumpat atau menceritakan keburukan-keburukan orang lain yang dia nya tidak ada di situ?


Jawapan.

Mengumpat atau disebut “Ghibah” adalah haram disisi agama Islam. Perbuatan memburuk-burukan orang lain, pada hal orang yang diceritakan itu bersih adalah merosakkan persaudaraan sesama Islam. Firman Allah s.w.t.:-

وَلَايَغْتُبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاءْ كُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيْتًا فَكَرِ هْتُمُوْهُ. (الهجرة ايت  (12)

“Janganlah hendaknya sebahagian daripada kamu, melakukan ghibah terhadap sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudarnya yang sudsahmatu? Maka tentulah kamu merasa jijik daripadanya.
                                                                       (Al-Hujrat ayat 12)


SOALAN 58 – Ketinggalan solat waktu Maghrib


Bagaimanakah kalau saya ketinggalan waktu menjalankan sembahyang Maghrib, sah apa tidak dikerjakan pada masa lainnya.

Jawapan.

Sembahyang Maghrib atau lain-lainnya yang terlambat dikerjakan sampai diluar waktunya, sah dikerjakan bukan pada waktunya yang telah ditentukan, hanya sembahyang itu dalam istilah disebut sembahyang Qadha, akan tetapi hukum sengaja mentakhirkannya sampai diluar waktunya, adalah haram dan berdosa besar, jika terjadi tanpa uzur melainkan terlupa dan tertidur.

Telah brfirman Allah s.w.t. “Maka celakalah bagi mereka yang bersembahyang, lalai dari sembahyang mereka.” Telah Bersabda Nabi s.a.w “Mereka itulah orang-orang yang menunda-nunda sembahyang mereka sampai keluar dari waktunya. Dan makna Neraka Wail adalah: “Kesangatan siksa.
Dan dikatakan orang Neraka Wail itu suatu lembah dalam Neraka Jahanam, jika dijalankan padanya gunung-gunung di dunia ini, niscaya menjadi cair, dari lantaran sangat panasnya. Maka itulah tempat orang yang menunda-nunda sembahyang dari waktunya. ( Rujuk Kitab Masalah Agama Jil. 5 ms 132).

Soalan 59 – Bolehkah wanita pergi solat Jumaat?
Bolehkan wanita sembahyang Jumaat, maksudnya apakah kalau wanita sembahyang Jumaat dapat menggugurkan sembahyang Dzohornya atau tidak.

Jawapan

Wanita yang sukarela mengikuti sembahyang Jumaat kepada satu jumaah Jumaat yang lengkap segala persyaratannya, sahlah Jumaatnya dan tergugur sembahyang Dzuhurnya pada hari itu. Artinya gugurlah sudah Dzuhurnya dengan arti tidak mesti sembahyang Dzuhur lagi pada hari itu. (Rujukan Kitab Masaalah Agama Jil,5 ms 133).



                ----------------------oooooooooooo------------------

Kenduru Hj.Jamaludin hendak ke Umrah 9 Mac 2011
                       Kenduri anak Makcik Mah Kawin di Dewan DBKL,KL.

No comments:

Post a Comment