Saturday 19 March 2011

Solat Sunat Sebelum Maghrib - Siaran 36





Masalah  147  Solat sunat sebelum Maghrib

Pernahkah Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat dua rakaat sunnah sebelum Maghrib.

Jawapan.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Habban bahawa Rasulullah s.a.w. ada melakukan sembahyang sunat qobliyyah (dahulu) Maghrib dua rakaat. Menurut hadis yang diriwayatkan dari Annas r.a. yang ertinya:-

“Demi sesungguhnya aku pernah melihat orang-orang besar dari sahabat Rasulullah s.a.w. berlomba-lomba mendekati tiang-tiang seketika masuknya Maghrib untuk bersembahyang dua rakaat.” (H.R. Al-Bukhari)

Ada juga Hadis yang  diriwayatkan oleh Anas. A.s. yang bermaksud:-
“Adalah kami bersembahyang pada masa Rasulullah s.a.w. dua rakaat sesudah masuk matahari, sebelum sembahyang Maghrib, Maka ditanya orang; “Adakah Rasulullah s.a.w. menyembahyanghkannya?  Jawabnya” Adalah beliau melihat kami melakukannya, maka beliau tidak perintah kami dan tidak melarang kami.  (H.R.uslim)   (Maslaah 65 (4) ms. 151)

Masalah  148…Khatib Tertinggal Rukun Khutbah

Bagaimana seorang Khatib meninggalkan salah satu rukun Khutbah. Adakah sah solat Jumaat itu ?

Jawapan.

Meninggalkan salah satu rukun   khutbah seperti meninggalkan Al-hamdulillah, atau dibacanya “hamdulillah” , maka  dibacanya seperti “hamlaah…….”   Ini sama dengan tidak mambacanya, atau meninggalkan wasiat “bittaqwa”, atau meninggalkan Selawat atas Nabi, atau meninggalkan membaca ayat-ayat al-Quran pada salah satu dua khutbah, atau meninggalkan doa “lil mukminin” pada khutbah kedua. Maka  jika tidak dibacanya rukun-krukun khutbah yang lima itu, atau salah satu daripadanya yang wajib, maka kesemuanya itu membawa cedera pada khutbah, yang juga membawa cedera pada sembahyang Jumaat itu menjadi tidk sah. Oleh kerana syarat sah sembahyang Jumaat adalah terdahulu dua khutbah dengan segala rukun-rukan  dan fardunya.


        ---------------------oooooooooooo-------------
 Posted on 20 March 2011

1 comment: