Ata - hjchedan@yahoo.com
Ditegah duduk beranggung semasa khatib membaca khutbah.
Duduk beranggung ialah duduk sebagai binatang anjing duduk iaitu diletakkan punggung ke bumi atau lantai dan di dirikan dua kaki chondong ke hadapan.
Duduk yang demikianj ditegah akan dia oleh syara' dengan dalil hadis yang dikeluarkan oleh al-Termizi katanya:
عَنْ مُعَاذِ بْنِ أ َ نـَسٍ الْجُهَنِيِّ أ َنْ النـَّبِى صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلـَّمَ :
نَهِى عَنِ الْحَبْوَةِ يَوْمَ الـْجُمُعَةِ وَلأ ِ مَامَ يَخْطُب."
Diriwayatkan daripada Mu'az bin Anas Al-Jahni bahawasanya Nabi s.a.w. menegah ia
akan seseorang daripada duduk beranggung pada hari Jumnaat pada hal imamnya
berkhutbah di atas mimber. Maka sebab ditegah itu kerana duduk itu yang huduh
rupanya, kusut-kusut pakaiannya, boleh jadi terbatal wuduk dengan tidak sedar, atau
barangkali dengan sebab selazat dengan duduk yang demikian terjadi mengantuk
dengan tersengguk-sengguk yang membatalkan air sembahyangnya dengan tiada
sedarkan dia. (Hadis Hasan kata Abu 'Isa r.a.)
( Rujuk Kitab Bahrul Mazi)
------------------oooooooooo-------------------
No comments:
Post a Comment