Thursday, 3 March 2011
Friday, July 17, 2009 Daripada: Hj.Che Dan bin Ahmad . E-mail – hjdan@myjaring.net. Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/ Atau juga – www.blogspot.comH Tajuk: 100 MASLAH AGAMA –SIARAN KE 1 100 MASALAH AGAMA BAB SOLAT Masalah 1…Orang yang masbuq. Makmum yang mula takbir dimana keadaan Imamnya tengah ruku’. Dia sempat ruku’ bersama Imam sekadar membaca “subhana rabbiyal ‘azim” sahaja, adakah ia dapaat satu rakaat? Jawapan. Orang yang masbuq ini dapat satu rakaat., bacaan fatihahnya ditanggug oleh Imam. Bermaksud jika ia lakukan niat dan takbiratul ihram, lalu ia segera ruku’, tanpa membaca fatihah, lalu ia dapatkan thumaniunah (berhenti sekejap) bersama-sama Imam dalam ruku’ maka ia dapat satu rakaat itu. Akan tetapi jika ia tidak dapat thumaninah bersama-sama Imam dalam ruku’ itu maka ia tidak dapat satu rakaat. (masaslah 1 ms.71) Masaslah 2…Tempat Sembahyang yang bersih Bagaimanakah tempat sembahyang yang bersih. Jawapan. Yang dimaksudkan tempat sembahyang ialah Tempat yang bertemu atau bersentuhan dengan badan atau pakaian orang yang bersembahyang. Waktu berdiri dimana tempat kedua tapak kaki diletakkana. Waktu duduk dimana kain dan bahagian badan diletakkan. Waktu sujud dimana segala anggota sujud dan bahagaian-bahagian badan dan pakain diletakkan. Jadi yang tidak terkena dengan satu bahagian badan atau pakaian orang yang sembahyang, bukanlah tempat yang dimaksudkan. Misalnya kita tengah sembahyang bila hendak sujud, terjatuh tahi cicak luar dari tempat sembahyang, maka cukup kita elakkan, artinya jangan dikenakan bahagian dari anggota badan dan pakaian kita. Pada ketika itu tidaklah yang kejatuhan tahi cicak itu dinamakan tempat sembahyang kerana tidak terkena dengan anggota badan atau pakaian kita. (Masalah 33(1) ms. 74) Masalah 3…Solat yang hamnpir masuk waktu lain. Adakah solat seorang itu sah apabila ia sujud sekali sudah masuk waktu Asar. Jawapan Solatnya sah tetapi dikatakana solat Qada’. Akan tetapi bila dia telah lakukan sujud dua kali pada rakaat pertama dan ia telah masuk melakukan rakaat kedua maka masuklah waktu Asar maka solatnya itu sah dan dinamakan “Ada’an”, kerana telah dilakukan serakaat penuh dalam waktu yang ditentukan iaitau Zohor. Masalah 4…Bolehkah wuduk digunakan untuk beberapa solat Jawapan. Sebelum kita terbatal dari suatu wuduk yang kita sudah lakukan, tidaklah terbatas kekuatan wuduk itu kepada satu atau dua solat yang fardhu, artinya masih boleh dilakukan solat yang dengam wuduk itu walaupun ratusan solat fardhu, asalkan jangan terbatal, kecuali tayammum hanya terbatas untuk satu solat fardhu sahaja, tetapi solat sunat bolehlah berbilang-bilang dengan tayammum. (Masalah 20 (1) ms 48.) Masalah 5… Tayammum wuduk dengan tayammum junub bersamaan. Mengapa tayammum wuduk dengan tayammum junub sama sahaja yakni tidak berbeza cara pembasuhannya. Jawapan, Tempat yang disapu dalam tayammum atau angguta tayammum hanyalah muka dan dua belah tangan sampai dua siku, baik tayammum itu untuk pengganti hadas kecil ataupun hadas besar. Sebabnya adalah kerana tayammum itu adalah rukhshah (kesenangan) yang menghilangkan cegahan sembahyang dan bukan mengangkatkan hadas. Orang yang berhadas besar, atau orang yang berjanabat dan orang yang berhadas klecil , jika berhalangan mempergunakan, air kerana sakit, atau kerana ketiadaan air bolehlah ia bersembahyang, dalam keadaan berhadas jika ia telah lakukan syarat-syarat iaitu melakukan tayammum. Tayammum hanya membolehkan sembahyang dan tidak mengangkatkan hadas. Oleh kerananya jika telah beroleh air wajiblah orang junub mengangkat hadas besar dengan bermandi untuk melakukan sembahyang. (Masalah 23(1) ms 55) Soalan 6…Menahan-menahan hadas kecil da;am sembahyang Bagaimana hukumnya jika kita ada air sembahyabng sedang sembahyang menahan-nahan hadas kecil. Jawapan. Menahan hadas kecil, artinya menahan ingin buang air kecil, menahan ingin keluar angin, menahan buang air besar. Keinginan ini ada kalanya datang di luar sembahyang dan adakalanya pula di tengah kita sedang bersembahyang adalah makruh. (Masalah 26(1) ms 64) Masalah 7… Imam membuat sujud sahwi Jika Imam meninggalkan sesuatu pkerjaan solat yang menyebabkan sujud sahwi wajibkah Makmum turut sama sujud sahwi. Jawapan, Makmum wajib mengikut apa yang diperbnuat oleh Imam. Dalam hal sujud sahwi wajib makmum mengikuti Imam melakukan sujud sahwi wasupun makmum tidak mengetahui apa yang menjadi sebab imam sujud sahwi. (Masalah 31 (1) ms 73) Masaslah 8.. Wanita terbuka kain penutup kaki. Sahkah sembahyang para wanita apabila sedang mengerjakan sembahyang terbuka kain penutup telapak kaki. Jawapan. Aurat wanita dalam sembahyang adalah seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan luar dalam. Tapak kaki adalah aurat. Tetapi dikala berdiri hasillah penutupnya dengan tempat ia diletakkan dilantai atau balai-balai atau tikar. Akan tetapi jika ketika sujud terbuka baik ada orang yang melihatnya atau tidak, batallah sembahyangnya. (Maslaah 32 (1) ms 73) Masalah 9..Solat qobliyyah (terdahulu) Jumaat Bagaimanakah hukumnyaa solat qobliyyah Jumaat. Jawapan. Solat qobliyyah Jumaat adalah sunnah artinya orang yang melakukannya beroleh pahala dari pada Allah s.w.t. dan tidak berdosa yang meninggalkannya. Sama halnya dengan qaoliyyah solat Zohor. Dalilnya menurut hadis diriwayat oleh Atthabarani bermaksud: “Bahawa nabi s.a.w. adalah beliau bersembahyang sebelum Jumaat dua rakaat dan sesudahnya dua rakaat.” (Masalah 38(1) ms 83) Masalah 10.. Aturan Sembahyang qada’ Bagaimanakah caranya kita membayar Qada’ sembahyang. Jawapan Cara terbaik dalam melaksanakan Qada’ sembahyang ialah sunnat mentertibkan iaitu mendahulukan qada’ Subuh sebelunm mengqada’ Zuhur, mendahulukan qada’ Zuhur sebelum mengqada Asar. (Masalah 41 (1) ms 91) Masalah 11…Sunnat Asar Bolehkan kita kerjakan sunnat solat Asar selepas solat Asar. Jawapan. Boleh dilakukan jika kita benar-benar ada banyak urusan. Menrut hadis yang diriwayatkan oleh Ummi Salamah r.a. berkata bermaksud; “Pernah kesibukan Rasulullah s.a.w. sehingga meninggalkan sunnat dua rakaat sebelum Asar, maka dilkukannyalah solat dua rakaat itu setelah selesai solat Asar.” (Masalah 41 (1) ms 94) Masalah `12..Meniggalkan Solat Jumaat lebih 3 kali.. Bagaimana hukumnya orang yang meninggalkan solat Jumaat lebih 3 kali. Jawapan Orang lelaki yang tak ada padanya satu uzur dari pada uzur-uzur Jumaat hukumnya haram meninggalkan solat Jumaat walaupun hanya sekali kerana hukum solat Jumaat bagi mereka itu adalah fardu ‘ain. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Attarbani yang bermaksud: “Barang siapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat tanpa sesuatu keuzuran, dituliskanlah ia dari pada golongan orang-orang Munafiq.” (Masaalah 44 (1) ms 101) Soalan 13.. Solat Jumaat kurang 40 orang. Bagaimanakah hukumnya solaat Jumaat kurang dari 40 orang anak kariah. Jawapan. Hukumnya hendaklah 40 orang anak kariah termasuk Imam baharu sah sembahyang Jumaat. Sekiaranya tidak cukup seperti itu maka haruslah solat Zohor sahaja. (Masalah 46 (`1) ms 103) Soalan 14…Hukum mengyucak “Usolli” Apakah hukumnya mengucapkan Usolli seketika akan sembahyang. Jawapan. Hukumnya sunat, seumpama ketika akan sembahyang mengucap Usolli, ketika akan puasa mengucapkan “nawaitu sauma ghodin,” ketika akan melakukan haji mengucapkan Nawaitu haja dan sebagainya lagi. Ini berarti melafazkan niat pada ketika akan sembahyang bukan hakikat sembahyang, sebagaimana melafazkan niat ketika akan puasa bukannya hakikat puasa, jadi semuanya itu berada di luar perkara yang diniatkan. Tujuannya ialah untuk membantu hati, bermakna sebutan itu berarti akan terakam kata-kata itu di dalam hati. (Masalah47 (10 ms 107) Masalah 15…Membaca Al-fatihah pada tiap-tiap solat. Bagaimana hukumnya wajib atau sunnatkah membaca Bismilla hirrahma nirrahimi pada awal surat Al-fatihah pada tiap-tiap sembahyang. Jawapan. Membaca Fatihah adalah rukun sembahyang. Rukun adalah wajib. Sedang Bismilla hirrahma anirahimi adalah satu ayat dari pada Fatihah., Maka membacanya dalam Fatihah sembahyang adalah wajib. (Masalah 48(1) ms 109) Masalah 16.. Membaca Allahhu Akbar. Mengapa perkataan Allahhu Akbar pada permulaan solat dinamakakn Takbiuratul ihraam. Jawapan. Allahhu Akbar permulaan dinamakan Takbiratul Ihram kerana menjadi sebab atas keharaman apa-apa yang tadinya halal seketika sebelumn takbir, seperti makan, berbual, dan sebagai lagi. Allahhu Akbar selanjutnya dinamakan Takbiratul Intiqal berarti berpindah dari satu rukun fi’li kepada rukun yang lain. (Masalah 49 (1) ms 111) Masalah 17..Baca Al-Fatihah Sekali sahaja Bolehkah kita membaca Fatihaah sekali sahaja pada awal solat. Jawapan. Tidak boleh kerana menjadi tidak sah solat itu kerana membaca Fatihah adalah rukun sembahyang bagi Imam atau bagi makmum, kecuali bagi mereka yang masbuq kerana ditanggung oleh Imam, itupun ianya pada kali pertama memulakan solat masbuq itu, selepas itu ia wajib membaca Fatihah juga. Masalah 18. Terlupa baca Fatihah. Seorang tinggalkan Fatihan dengan terlupa dan teringat semula dalam rakaat kedua dalam masa Fatihah juga, bagaimanakah hukumnya. Jawapan. Jika ia ingat kembali pada rakaat selanjutnya yang juga dalam fatihah, maka rakaat yang tadi itu sia-sialah sahaja. Jika ia ingat sebelum sampai ke rakaat kedua sebelum Fatihah, maka wajiblah ia kembali semula berdiri membaca Fatihah. Dan sunatlah dia sujud sahwi. Akan tetapi diingatnya sesudah memberi salam, maka dilihatnya dahulu, jika belum lama fasal antara salamnya dengan masa yang di ingatnya, maka bolehlah dia bangun menambahkan lagi satu rakaat yang kurang itu, dan disunatkannya sujud sahwi. Akan tetapi jika terlalu lama dia baru ingat, maka wajiblah dia mendirikan solat itu semula. Jika terjadi pada Imam, makmum hendaklah menegur dengan ucapan “subhanallah” Jika Imam tidak menghiraukannya maka wajiblah makmum tidak mengikuti Imam yang salah itu, dan dia hendaklah mufaraqah (keluar) dari solat itu dan terus buat berseorangan hingga selesai solat itu. Kalau makmum ikut juga maka batallah solatnya itu. Jika makmum itu tidak tahu seperti dia duduk di saf belakang tidak mengapalah, kecuali jika ia masbuq yang Fatihahnya ditanggung oleh Imam maka wajiblah dia menambah satu rakaat lagi, dan membuat sujud sahwi. Kalau hal tersebut terjadi pada solat Jumaat, sekiranya baru diketahui sesudah salam, lebih kurang dua minit segeralah hendaknya menamabah rakaat itu. Jika melebihi dari dua minit itu wajiblah mengulang khutbah dan solat Jumaat semula, kerana sudah kehilangan muwalat (berturut-turut) antara khutbah dengan solat Jumaat itu. (Masalah 50 (1) ms 113) Masalah 19.. Bacaan Fatihah di perlahankan Mengapakah sebabnya bacaan Fatihah pada rakaat ketiga dari solat Magharib, dan rakaat ketiga serta keempat solat Isyak dibaca dengan sir (diperlahankan) tidak dijaharkan (dikuatkan). Jawapan. Adapun hikmah atau rahsia rakaat ketiga Maghrib dan dua rakaat akhir Isyak di sirkan (perlahankan) adalah terbilanag sebagai solat malam hari kerana tajalli (cahaya ghaib yang menerangi hati) diwaktu malam itu adalah ringan. Terjadi yang demikian itu adalah rahmat Allah s.w.t. terhadap orang-orang yang daif daripada umat ini. Allah meringankan membaca daripada jahar (kuat) pada akhir Maghrib dan dua rakaat akhir Isya’ untuk memberikan galakan mereka yang lemah melakukan supaya dapat menunaikan solat tersebut. Jika Allah memberatkan dengan jahar (kuat) nescaya menjadi lemahlah mereka itu dari pada melakukannya kerana tajalli Allah bagi mereka tidak kuasa menampungnya. (Masalah 51 (1) ms 115) Masalah 20…Imam membaca ayat ketika Makmum baca Fatihah Terdapat Imam membaca ayat selepas membaca Fatihah semasa makmum membaca Fatihah. Jawapan. Imam disunatkan diam sebentar ketika makmum membaca Fatihah hingga selesai. Arti diam ini adalah sunat tidak membaca sesuatu ayat untuk memberi makmum selesai membaca Fatihah dan dengan itu dapatlah makmum mendengar Imam membaca ayat-ayat al-Quran itu. Terdapat di dalam al-Quran mengatakan apabila sedang dibacakan Ayat-ayat al-Quran maka dengarkanlah oleh mu. (Masalah 52 (1) ms 116) Masalah 21.. Doa qunut dan fungsinya. Apakah faedahnya doa qunut. Bagaimana jika tertinggal di kala solat Subuh. Jawapan. Keudukan doa Qunut pada rakaat kedua solat subuh dan rakaat akhir solat nisfu dan rakaat kedua solat witir selepas malam 16 Ramadzan sunat dilakukan, artinya diberi pahala dilakukan dan tidak berdosa meninggalkannya. Dia tergolong sunnat ab’ad seperti tashdud awal, maka disunatkan bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sujud sahwi. Tetapi doa qunut yang dibaca selepas rakaat akhir kerana menghilang bala dan musibah tidak dikenakan sujud sahwi. Menurut keterangabn Al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad Al-Husainy, dalam kitab Kifayatul Akhyar juz,1 halaman 70 sebagai berikut:- “Dan adapun qunut maka disunatkan pada iktidal rakaat kedua dalam solat Subuh, kerana ada hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a. berkata ia:- “Sentiasalah Rasulullah s.a.w. melakukan qunut dalam solat Subuh sehingga beliau meninggal dunia. Setelah meriwayatkan akan hadis ini oleh Al-Imam Ahmad dan lainnya, berkata Ibnusshalah; ”Sesungguhnya telah menghukum dengan sahihnya hadis ini oleh bukan sedikit dari pada Huffaz. Dan Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 bermaksud; ”Dan apa-apa yang Rasulullah s.a.w. datangkan kepada mu, maka ambillah oleh mu akan dia.” (Masalah 53 (1) ms 122) Masalah 22..Membaca Surah Al-Fatihah Apakah hukumnya membaca Fatihah diberhentikan dalam ayat “An am ta ‘alaihim….” Jawapan. Ketahuilah bahawa hukum waqaf pada “An ‘am ta ‘alai him” adalah khilafatul Aula, artinya menyalahi yang utama. Jadi sebaliknya jangan waqaf di situ. Akan tetapi apabila waqaf juga di situ, tidaklah sunnat kembali lagi kepada pernulaan ayat. Tegasnya kalau sudah terlanjur waqaf pada “An ‘am ta alaihim,” tak usah mengulangi lagi dari awal ayat. Jadi sudah sahaja, lanjutkan lagi: “Ghairil maghdu bi ‘alaihim…..” Keterangan tersebut dalam kitab Fathul Mu’in pada Hamisy I’anaatutthalibin, Juz 1 halaman 147 sebagaui berikut:- “Dan yang utama bahawa tidaklah diwaqafkan pada “An ‘am ta ‘alaihim” kerana bahawasanya bukannya itu tempat waqaf, dan bukan penghabisan ayat pada kita. Maka jika telah waqaf seorang atas ini tidaklah disunatkan kembali dari permulaan ayat.” (Masalah56 (1) ms 126) Masalah 23…Solat Terlupa baca Fatihah Setelah selesai solat baru ingat ada rukun yang tertinggal, apakah solatnya batal atau tidak. Jawapan Tidak sah solat yang kurang rukunnya, jika tertinggal itu dengan sengaja. Tetapi jika tertinggal itu dengan tidak sengaja atau terlupa maka jika terjadi teringatnya itu masih di dalam sembahyang, maka wajiblah segera dilakukan rukun itu. Umpamanya seorang terlupa membaca Fatihah, kemudian setelah ia sujud sekali, teringat olehnya bahawa ia belum membaca Fatihah, wajiblah ia kembali kepada kedudukan qiyam semula untuk membaca Fatihah, kemudian dibuat semula rukun-rukun solat selepas itu hingga sempurna, dan disunatkan ianya membuat sujud sahwi sebelum meberi salam. maka tidaklah membatalkan solatnya itu. Jika rukun yang ditinggal secara terlupa itu baru diingatnya sesudah memberi salam, maka hal tersbut ialah keadaan masa antara salam dan teringatnya itu jaraknya dekat, wajiblah ia membina atas yang ditinggalkannya itu, berarti kembali berdiiri solat dan membaca Fatihah serta mengulang rukun-rukun yang seterusnya, dan kemudiian sebelum memberi salam, sunat jua dilakukannya sujud sahwi. Solatnya itu sah. Tetapi jika antara ia memberi salam dan wakltu teringatnya itui, sudah jauh , tidaklah dapat rukun yang ditinggalkan itu, maka wajiblah ia mengerjakan solat itau semula dari mula hingga selesai. Dalilnya ialah menurut hadis yang diriwayatkan oleh Adirrahman bin Auf yang bermaksud:- (Masalah 60 (4) ms 138) Artinya: “ Apabila syak salah seorang kamu pada sembahyangnya, maka tidaklah diketahuinya apakah satu rakaat yang telah dilakukannya ataukah dua rakaat, maka hendaklah dibuatnya keputusan bahawa baru satu rakaat, dan apabila tidak tahu lagi dia, apakah dua rakaat atau tiga rakaat, maka hendaklah dibuatnya keputusan dua rakaat. Dan apabaila tidak tahu lagi dia, apakah tiga rakaat yang telah disembahyangnya ataukah empat rakaat, maka hendaklah dijadikannya tiga rakaat, kemudian sujudlah dua sujud sahwi ia apabila telah selesai dari sembahyang, sebelum ia memberi salam. (H.R Ahmad, Ibnumajah, Attirmidzi) (Rujuk Masalah 60 (4) ms 140) Masalah 24…Solat sunat sebelum Maghrib Pernahkah Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat dua rakaat sunnah sebelum Maghrib. Jawapan. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Habban bahawa Rasulullah s.a.w. ada melakukan sembahyang sunat qobliyyah (dahulu) Maghrib dua rakaat. Menurut hadis yang ditriwayatkan dari Annas r.a. yang ertinya:- “Demi sesungguhnya aku pernah melihat orang-orang besar dari sahabat Rasulullah s.a.w. berlomba-lomba mendekati tiang-tiang seketika masuknya Maghrib untuk bersembahyang dua rakaat.” (H.R. Al-Bukhari) Ada juga Hadis yang diriwayatkan oleh Anas. A.s. yang bermaksud:- “Adalah kami bersembahyang pada masa Rasulullah s.a.w. dua rakaat sesudah masuk matahari, sebelum sembahyang Maghrib, Maka ditanya orang; “Adakah Rasulullah s,a,w, menyembahyanghkannya? Jawabnya” Adalah beliau melihat kami melakujkannya, maka beliau tidak perintah kami dan tidak melarang kam. (H.R.uslim) (Maslaah 65 (4) ms. 151) Masalah 25…Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Bagaimana seorang Khatib meninggalkan salah satu rukun Khutbah. Adakah sah solat Jumaat itu ? Jawapan. Meninggalkan salah satu rukun khutbah seperti meninggalkan Al-hamdulillah, atau dibacanya “hamdulillah” , maka dibacanya seperti “hamlaah…….” Ini sama dengan tidak mambacanya, atau meninggalkan wasiat “bittaqwa”, atau meninggalkan Selawat atas Nabi, atau meninggalkan membaca ayat-ayat al-Quran pada salah satu dua khutbah, atau meninggalkan doa “lil mukminin” pada khutbah kedua. Maka jika tidak dibacanya rukun-krukun khutbah yang lima itu, atau salah satu daripadanya yang wajib, maka kesemuanya itu membawa cedera pada khutbah, yang juga membawa cedera pada sembahyang Jumaat itu menjadi tidk sah. Oleh kerana syarat sah sembahyang Jumaat adalah terdahulu dua khutbah dengan segala rukun-rukan dan fardunya. Sunat juga memendekkan khutbah dan memanjangkan sembahyang Jumaat itu. Menurut riwayat dari Ammar bin Yassir r.a.bermaksud:- Sesungguhnya panjagngnya sembahyang seorang laki-laki, dan pendek khutbahnya itu, adalah pertanda dari pada fiqahnya. Maka penjangkanlah olehmu akan sembahyang dan pendekkanlah khutbah. (H.R. Ahmad dan Muslim) (Rujuk: Maslaah 71 (4) msm 166) Masalah 26.. Mengambil Wuduk sebelum Mandi hadas. Mengapakah kita kena ambil wuduk dan membaca Bismilla hirrahma nirrahim sebelum mandi hadas padahal badan kita masih kotor lagi. Jawapan. Membaca Bismilla hirrahma nirrahim itu bukannya niat sebagai membaca dari al-Quran tetapi hendaklah disifatkan sebagai berziki sahaja dan tidaklah berdosa, atau tidak diniatkan kedua-duanya sekali pun tidak mengapa, jika niat membaca sebagai ayat al-Quran adalah berdosa kerana kita masih berhadas besar. Mengangkat wuduk itu adalah perkara yang diarahkan dalam ilmi fiqh dan mengikut fi’il Nabi s.a.w. sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh “Aisyah r.a. bermaksud:- “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau akan melakukan mandi kerana janabah berwuduklah beliau seperti wuduknya seketika akan sembahyang.’ (H.R. Al-pBukhari dan Muslim) Menurut catatan terdapat dalam Kitab Fathul Mu’in seperti berikut:- “Dan disunatkan untuk mandi wajib dan mandi sunnah, membaca Bismilla hirrahma nirrahim pada permulaannya dan menghilangkan kecemaran yang suci, seperti mani dan ingus, dan najis, seperti madzi, walaupun sebenranya memadai untuk pencucian najis dan hadas itu oleh suatu basuhan sekaligus. Dan disunatkan berkemin (kencing) orang yang keluar mani sebelum mandinya, agar keluarlah sisa-sisanya yang berada pada salurannya. Maka sesudah menghilangkan segala kotoran, sunnah berkumur-kumur dan memasukan air ke hidung, lalu wuduk dengan sempurna, kerana ittiba’, yang diriwayatkan oleh Syaikhain. Dan disunatkkan mengekalkan wudu itu sampai selesai mandi, sehingga jika berehadas ia pula, disunatkan baginya mengulangi wuduk itu.”(Kitab Masalah 139 (2) ms 98) ------------------------------ooooooooo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment