Friday, 18 March 2011

Hukum Berkahwin - Siaran 32




    
Maslaah 91 -Apakah  hukum berkahwin dalam Islam?

Jawapan:

Walaupun perkahwinan adalah sunah yang disyariatkan dalam Islam,namun hukumnya berubah-ubah berdasarkan kedudukan dan keadaan seseorang itu.

          1.   Hukum sunat bagi mereka yang ada keinginan hendak berkahwin
                 serta mempunyai perbelanjaan yag cukup dan berkemampuan.

1.         Hukum makruh bagi mereka yang tidak mempunyai keinginan berkahwin serta dapat mengawal diri daripada kehidupannya ataupun bagi mereka yang tidak sanggup mengeluarkan perbelanjaannya.

2.         Hukum wajib bagi mereka yang kuat nafsu keinginan hendak berkahwin serta bimbang akan melakukan kejahatan ataupun maksiat, serta mampu mengeluarkan perbelanjaannya.

3.         Hukum haram bagi mereka yang tidak mempunyai keinginan berkahwin dan tidak berkemampuan daripada segi perbelanjaan dan tanggungjawab sebagai suami. Ataupun yang mempunyai niat yang tidak baik hendak dilakukanm ke atas bakal isterinya.
         (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.227)


Masalah 92   -  Siapakah perempuan-perempuan yang diharamkan lelaki berkahwin dengannya buat selama-lamanya?

Jawapan.

Perempuan-perempuan itu adalah.

    1.. Disebabkan keturunan seperti:
          a.  Ibu, datuk dan nenek hingga ke atas
          b.  Anak dan cucu hingga ke bawah
          c.   Saudara perermpuan, sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu
          d.   Saudara perempuan bagi bapa (rmak saudara hingga ke atas
          e.   Saudara perempuan bagi ibu (emak saudara) hingg akeatas
          f.    Anak saudara daripada saudara lelaki hingga ke bawah
          g.    Anak saudara daripoada saudara peredmpuan hiingga ke bawah.

1.     Disebabkan susuan seperti:

a.     Ibu yang menyusukannya
b.     Saudara perempuan susuan

2.     Disebabkan perkahwinan musaharah seperti:
a.     Ibu mertua
b.     Ibu tiri dan datuk hingga ke atas
c.      Isteri anaknya (menantu) hingga ke bawah
d.     Anak isterinya (anak tiri), cucu hingga ke bawah.
            (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.240)


Masalah 93  Perempuan-perempuan yang dilarang mengehawininya buat sementara waktu?

Jawapan.
 Perempuan-perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya buat sementara (dihimpunkannhya) adalah seprti berikut:

1.     Saudara-saudara perempuan bagi isterinya (adik ipar ataupun kakak ipar.
2.     Anak saudara isteri sama ada sebelah ibu ataupun sebelah bapa.
3.     Anak saudara isteri bagi saudara lelaki ataupun saudara perempuan.
                 (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.241


Masalah 94  - Apakah syarat-syarat larangan perkahwinan dengan sebab
                        susuan?

Jawapan:

1.     Ibu yang menyusukannya sampai tahap baligh.
2.     Anak yang disusukan itu belum melebihi usianya dua tahun.
3.     Penyusuannya dilakukan sebanyak lima kali yang berasingban  sehingga kenyang dan benar-benar  sampai ke dalam perut kanak-kanak itu.
                 (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.240)

Masalah 95 *
Adakah anak susuan boleh mewarisi pusaka ibunya susuan?.

Jawapan.

Anak susuan menjadi mahram kepada ibu suannya hingga ke atas, begitulah juga dengan anak-anaknya hingga ke bawah, itulah yang dikatakan saudara sesusuan.  Anak susuan hanya menjadi mahram ataupun diharamkan berkahwin sahaja, tetapi dalam masalah pusaka dan nafkah, ia tidak terlibat. Maksudnya anak susuan tidak boleh mempusakai harta peninggalan keluarga susuannya dan keluarga itu tidak wajib memberi nafkah kepadanya.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.242)



Masalah 96 *–Apakah yang saelalu berlaku perceraian suami isteri?

Jawapan.

Antara sesab-sebab berrlaku perceraian ialah :

1.     Tidak wujud kerjasama dan persefahaman antara suami isteri.
2.     Tidak memahami tanggungjawab serta tidak melaksanakan tugas dan kewajipan suami isteri.
3.     Tidak menghayati nilai-nilai murni dan ciri-ciri sayang dalam kehidupan suami isteri.
4.     Campur tangan keluarga yang bukan bertujuan membina.
5.     Membelakangi ajaran Islam ataupun tidak mematuhi perintah agama.
6.     Dirasuk kuasa nafsu syaitan yang terpedaya di atas kecantikan sesatu pihak disebabkan kurang layanan dan kepuasan masing-masing.
7.     Bersifat mencintai serta  memandang hartabenda, pangkat  dan kewangan.
         (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.243)

Masalah  97*-Apakah yang katakan Nusyuz itu?

Jawapan.

Pengertian nusyuz dari segi bahasa adalah derhaka. Maksudnya sikap ataupun tindakan yang biasanya dilakukan oleh isteri yang dianggap nenderhaka suami. Dengan kata lain dalam kehidupan dan perhubungan suami isteri, nusyuz meberi erti penentangan ataupun kebencian yang timbul daripada salah saeorang antara suami ataupun isteri ataupun daripada kedua-duanya sdekali.
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.246)

Masaalah   98*-Tanda-tanda isteri yang nusyuz

Jawapan.
Tanda-tadanta yang menunjukkan isteri suyuz banyak dan di antranya ialah:

Jawapan.
1.     Tidak mentaati perintah suami.
2.     Bersikap kasar ataupun bermasam muka pada suami.
3.     Keluar meninggal rumah tanpa mendapat keizinan suami.
4.     Melakukan sesuatu yang dilarang ataupun dibenci oleh suami.
5.     Tidak menjalankan tugas ataupun kewajipan dengan baik sebagai isteri dan lain-lain lagi.
         (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.246)

Masalah  99*-Tindakan perlu diambil  pada isteri nuzyuz.

Jawapan
Apabila sudah ternyata dan jelas isteri berlaku nusyuz, suami perlu bertindak menuurut  garis panduan yang ditetapkan oleh Islam iaiatu:

1.     Mula-mula sekali isteri perlu dinasihati dengan baik dan penuh pengajaran supaya ia dapat menyedarkannya daripada kesalahan itu.
2.     Sekiranya tidak berjaya dan tidak memberi kesan, suami perlu memulaukannya daripada tempat tidur bersama dengannya.

3.     Sekiranya isteri masih nusyuz, maka suami dibenarkan memukulnya, tetapi jangan sampai mencederakannya ataupun jangan memukul di perut atauun muka kerana ini dilarang dalam Islam.  Firman Allah s.w.t. dalam al-Quram Surah An Nisa’ ayat 34 yang bermaksud;

”Dan isteri-isteri yang kamu takuti berlaku nsyuz, maka kamu perlu menasihati mereka dan pindahkan daripada tidur bersama dengan mereka dan pukullah mereka, sekiranya mereka kembali mentaati kamu, janganlah kamu mencari jalan henbdak menyusahkan mereka, dan sesungguhnya Allah itu maha tinggi lagi maha besar.                          (An-Nisak ayat 34)
               (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.248)


Masalah 100*  – Apalah erti Talak dan bagaimana boleh dilakukan?

Jawapan

Perkataan Talak adalah perkataan Arab yang memberi erti bercerai ataupun berpisah. Mnurut istilah kita, ia bermaksud melepaskan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak ataupun seumpamanya.
Bilangan talak yang boleh dilafazkan oleh suami adalah sebanyak dua kali sebagai Talak Raj’ie iaitu talak yang boleh dirujuk semula, dan maksimumnya sebanyak tuga kali sebagai talak bain. Dalam maslah ini Allah s.w.t. mejekaskan dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 229 seperti berikut:
ا َلطَّلَقُ مَرَّتَانِ فـَإِمْسَكُ بِمَعْرُوفٍ أ َوْ تَسْرِيعُ بِإِحْسَنٍ
“Talak itu ada dua kali, sesudah itu, suami diberi peluang merujuk krmbali dengan baik ataupun dilepaskannya dengan cara yang lebiH baik juga.”
                                                                            (Al-Baqarah ayat 229)
         (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.248)


Masalah 101*-Apakah hukum sebenar Talak menurut Islam?

Jawapan.
Hukum talak ataupun bercerai dalam Islam terletak pada keadaan dan suasana hubungan suami isteri itu sendiri.  Ia dapat dibahagikan kepada empat hukum:

1.     Wajib bercerai apabila didapati perselisihan antara pasangan suami isateri itu tidak dapat diperbaiki lagi walaupun pelbagai usaha dilakukan temasuk campur tangan orang tengah, namun tidak dapat menyelesaikan masalah. Hanya perceraian sahaja satu-satunya jalan keluar.

2.     Sunat bercerai apabila suami sudah tidak  sanggup memberi nafkah ataupun sara hidup ke atas isterinya, didapati isterinya melakukan curang ataupun menceraikan istrerinya dalam masa suci tanpa disetubuhinya.
3.     Makruh bercerai apabila suami menceraikan isterinya yang baik dan mentaatinya tanpa mempunyai sebab-sebab yang memboldehkan suami berbuat dermikian.

4.     Haram bercerai (Bida’ah) apabila suami menceraikan isterinya sedangkan isteri dalam haid ataupun diceraikan dalam masa suci yang sedang disetubuhuinya.
             (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.248)

Masalah  102* –Rukun-rukun atau syarat-syarat bercerai?

Jawapan.
Hanya terdapat tiga perkara sebagai rukun talak.

1.       Suami yan menjatuhkan talak.
2.       Isteri yang ditajuhkanm talak.
3.       Lafaz talak.

Manakala syarat talak dua perkara:
1.       Suami yang berakal baligh.
2.       Atas kehendak sendiri  
  (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.248)

Masalah 103* –Bagaimanan lafaz talak?
Lafaz talak terbahagi dua jenis:
1.     Lafaz soreh atau terang-terang menunjukkan kepada perceraian saperti
2. ”Saya jatuhkan talak ke atas kamu.” ataupun ”Saya ceraikan kamu”
     Lafaz kinayah atau lafaz yang mengandungi maksud talak dan maksud  
     yang lain. Ini perlu berdasar kepada niat suami itu seperti katanya
   ”Sekiranya  begini caranya, kita brpisah” atau ”kamu pulanglah ke
    rumah ibu bapa kamu”  dan ”sebagainya.  Kata-kaga  kinayah seperti
     ini tidak menyebabkan jatuh talak kecuali apabila suami memang
     berniat hrendak menjatuhkan talak.
  (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.249)

Masalah 104*  - Apabila suami bergurau nak jatuh talak

Jawapan.

Suami perlu memahami yang perkataan talak tidak boleh dibuat gurauan. Apabila suami dengan sengaja menggunakan perkataan talak pada isterinya, sama ada secara bersungguh-sungguh ataupun acah-acah sahaja, maka jatuhlah talak ke atas isterinya. Dalam konteks ini Nab Muhammad s.a.w. pernah berpesan iaitu:
           ”Tiga perkara yang disungguh-sungguh akan menjadi sungguh dan
              diacah-acah akan menjadi saungguh iaituy nikah, talak dan rujuk.”
  (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.250)

Masalah `105*  Bagaimana denganTalak tiga?

Jawapan.

Terdapat berbagai-bagai bentuk dan cara talak tiga berlaku iaitu:-
1.       Suami melafazkan talak tiga ke atas isteri dalam masa dan tempat yang berlainan,maka jatuhlah talak tiga.

2.       Suami melafazkan talak ke atas isterinya kemudian selepas habis idahnya mereka dikahwinkan semula, kemudian di talakkan sekali lagi, apabila hjabis idahnya mereka dikahwinkan semula dan kemudian diceraikan lagi buat kali ketiga, maka jatuhlah talak tiga (talak bain).

3.       Suami melafazkan talak ke atas isterinya dengan tiga kali berturut-turut dalam masa dan tempat yang sama seperti katanya ”Saya ceraikan kamu dengan tiga talak”, ataupun ”saya ceraikan kamu, saya ceraikan kamu, saya ceraikan kamu” dengan cara mengulanng-ulang cerai tiga kali berturut-turut.
           (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.250)


Masalah 106-* Apakah  ertinya cerai taklik?

Jawapan.
Taklik ertinya digantungkan talak ataupun disayaratkan dengan sesuatu. Contohnya seperti suami berkata kepada isterinya. ”Sekiranya kamu keluar dari rumah pagi ini ataupun kamu pulang ke rumah ibu kamu tanpa izin saya, maka gugrlah satu talak.”  Maka Jatuhlah satu talak sekiranya isteri dia melakukan perkara yang di taklikkan itu.
      (Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.251)

No comments:

Post a Comment