Email - hjdan@myjaring.net
Stau - hjchedan@yahoo.com.
Masaslah 151-Adakah kita kena Qada bila haid dan nifas?
Saya telah meninggalkan sembahyang kerana haid dan nifas dahulu, wanjibkah saya qadha sembahyang yang saya tertinggal itu?
Jawapan.
Wanita yang ada haid ataupun nifas wajib meninggalkan sembahyang dan haram kalau dia sembahyang. Dan dia tidak diwajibkan kepada mereka itu mengqadha sembahyangnya itu, bahkan tidak dibolehkan mengqadhanya.
Kitab Masalah Agama Jil 2. para 158,ms 140
Saya telah tertinggal sembahyang Isya’ kerana terlalu letih dan tertidur hingga selepas waktu Subuh. Apakah saya harus mengqadhanya?.
Jawapan.
Adapun wanita atau lelaki yang meninggalkan sembahyang kerana tertidur atau terlupa, tidaklah disiksa kerana meninggalkan sembahyang itu. Hanya diwajibkan kepada mereka itu melakukan sembahyang setelah bangun dari tidurnya atau sesudah sedar atau ingat dari lupanya. Jika sembahyang itu dilakukanya masih di dalam waktu, walaupun kadar satu rakaat yang sempurna, sedang rakaat-rakaat selebihnya diluar waktu maka menurut istilah fiqh sembahyang itu di namakan ”Ada’an” Dan jika seluruh sembahyang itu diluar waktunya, atau kurang dari satu rakaat di dalam waktunya, maka menurut istilah fiqh sembahyang itu dinamakan ”Qadha”.
Masalah 152- Batalkah solat bagi orang berkata-kata?
Jawapan.
Berkata-kata dalam solat yang tidak ada kena mengena dengan urusan solat sama ada dua huruf ataupun satu huruf yang boleh difahami dan disengajakan maka solatnya terbatal. Tetapi sekiranya berkata-kata walaupun dengan sedikit perkataan yang tidak dapat difahami dan terlupa, maka solat itu tidak batal. Dalam konteks ini Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
”Sesungguhnya solat sebaik-baiknya tidak dicampur aduk dengan percakapan manusia kerana solat mengandungi tasbih, takbir dan bacaan Quran.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Prof.Dr Haron Din m.s. 63)
Town of Transkrian nearby USM Engineering Campus.
Posted on 21 March 2011 @ 08.04 am.
No comments:
Post a Comment