Tuntutan Mengerjakan Solat -Siaran 28
Mohon beri keterangan ataupun hadis yang menerangkan berkenaan tuntutan mengerjakan solat-saolat sunat ?
Jawapan:
Sesungguhnya setiap ibadat sama ada wajib ataupun sunat perlu ada keterangan dari al-Quran, ataupun contoh daripada Rasulullah s.a.w. ataupun para sahabat.
Fitrman Sallah s.w.t.:
وَمِنَ الـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلـَةً لـَكَ عَسَى أ َنْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقَا مًا مَحْمُوْدًا. ( ال اسرق اية 79).
”Dan sebahagian dariada waktu malam, bangunlah bagi bersolat Tahajjud sebagai tambahan untukmu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu di tempat yang terpuji (syurga)."
(Al-Israq ayat 79).
Terdapat beberapa banyak Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan solat-solat sunat itu diperlukan:
a. Rabiah bin Malik al-Aslami melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya , “Mintalah….”Lalu saya pun berkata “Saya mahu menjadi pengiring ataupun bersama tuan dalam syurga.” Kemudian beliau berkata, “Adakah permintaan lain selain daripada itu.” Saya menjawab. “ Itu sahaja. ”Kemudian baginda berkata. “ Hendaklah kamu membantu akan daku terhadap dirimu dengan memperbanyak sujud iaitu banyak bersolat sunat.”
b. Aisyah r.a. berkata, ”Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkan solat empat rakaat sunat sebelum Zuhur dan dua rakaat sebelum Subuh.”
c. Aisyah r.a. berkata : ‘Tidak sesuatu dan solat yang Nabi s.a.w. mengambil berat selain dua rakaat solat fajar.”
d. Aisyah r.a. berkata “Rasulullah s.a.w. bersolat dhuha sebanyak empat rakaat dan menabahkan apa yang diizinkan oleh Allah.”
e. Rasulullah s.a.w. bersabda. “Sebaik-baik solat selepas solat-solat fardhu adalah solat-solat sunat pada waktu malam.”
f. Rasulullah s.a.w. bersabda.”Berwitirlah kamu, wahai ahli Quran, sesunggunya Allah itu ganjil, dan mengasihi yang ganjil.”
g. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solat wititr itu adalah kewajipanm setiap individu Muslim; sesiapa yang suka berwitir dengan lima rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berweitir dengan tiga rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berwitir dengan satu rakaat, maka lakukanlah.
Sinarai Solat-Solat Rawatib
Mohon senaraikan solat-solat rawatib muakad dan rawatib tidak muakad.?
Jawapan.
1. Sembahyang Sunat Rawatib adalah sembahyang sunat yang dikerjakan sebelum dan sesudah sembahyang fardhu. Sembahyang Sunat Rawatib adalah yang dituntut dan
sentiasa dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. Ianya adalah:
a. Dua rakaat sebelum sembahyang Subuh.
b. Dua rakaat sebelum sembahyang Zuhur.
c. Dua rakaat atau empat rakaat sesudah Zuhur.
d. Dua atau empat rakaat sebelum sembahyang Asar.
e. Dua rakaat sesudah sembahyang Maghrib
f. Dua rakaat sebelum sembahyang Isyak.
g. Du rakaat sesudah sembahyang Isya’.
2. Sunat rawatib yang tidak muakad ialah :
a. Dua rakaat sebelum Maghrib.
b. Dua rakaat sebelum Isyak.
c. Dua rakaat sebelum Zuhur.
d. Dua rakaat selepas Zuhur.
h. Dua rakaat sebelum Asar
(Rujukan Kitab Asas-Asas Fardhu Ain, m.s.133
Hukum seseorang suka mencaci
Apakah hukumnya bila seseorang Islam itu mencaci, memaki atau mengeluarkan kata-kata yang tidak bersopan terhadap seorang Muslim yang lain ?
Jawapan.
Setengah daripada maksiat lidah adalah mencaci dan menghina sesama Muslim. Firman Allah s.w.t.;
وَلآ تـَلـْمِزُوْا أ َنـْفـُسَكـُمْ. (الهجرة – 11)
Ertinya: “ Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri”
(Al-Hujjarat ayat 11)
وَيـْلٌ لِــكـُلِّ هـُمَـزَ ةٍ لـُمَزَةٍ. (الهمزة – 1)
Ertinya “Neraka Wail, bagi setiap pengumpat lagi pencela
.(Al-Humazzat ayat 1.)
Adapun Humazzat makna iaitu pemakan daging-daging manusia (artinya-tukang memakan orang). Dan adapun Lumazah itu maka pencela atas mereka.
Orang-orang beriman hendaklah selalu berusaha menjauhkan diri dari menceritakan keburukan atau mengumpat orang atau saudara sesama Islam,
dan menjauhkan diri dari mencaci dan mencela sesama Islam atau menghinakannya. Bersabda Rasulullah s.a.w.:
اَلـْمُسْلِمُ اَخُوالْمُسْلِمِ لآ يَخُوْ نُهُ وَلآ يُكَذِّبُهُ وَلآ يَخْذُلُهُ كُلُّ الـْمُسْلِمِ عَلىَ الـْمُسْلِمِ حَرَامٌ عِرْ ضُهُ وَمَا لـُهُ وَدَمُهُ التـَّقْوَى هَهُنَا – بِحَسَبِ امْرِءٍ مِنَ الشـَّرِ انَ يَحْقِرَ اَخَاهُ الـْمُسْلِمَ. (رواه الترمزى).
Artinya: Muslim adalah saudaranya Muslim. Tidak akan mengkhianatinya, tidak mendustakannya, dan tidak mengkhianatinya. Keseluruhan Muslim atas Muslim itu haram. Kehormatannya, hartanya dan darahnya, taqwa itu di sini. Cukuplah seorang itu tergolong jahat, bahawa dihinanya saudaranya yang Muslim. (H.R. Attirmidzi).
Dari Abi Hurairah pula, bersabda Rasulullah s.a.w. ;
Bermaksud:
Janganlah kamu berdengki-dengki. Janganlah kamu menaikan tawaran harga dagangan dengan maksud menipu, dan janganlah kamu berbenci-benci, dan janganlah kamu saling membelakangi, dan janganlah sebahagian kamu menjual di atas penjualan setengahnya, dan jadilah kamu wahai hamba-hamba Allah satu dengan lainnya bersaudara. Orang Muslim adalah saudaranya Muslim, tidaklah menganaianyanya, tidaklah menghinakannya, dan tidak meremehkannya. Taqwa itu di sini beliau berisyarat keadaannya tiga kali. Cukuplah seorang itu dari pada kejahatan bahawa diremehkannya saudaranya. Keseluruhan Muslim atas Muslim lainnya adalah haram. Darahnya, hartanya dan kehormatannya (H.R.Muslim).
(Rujukan ”Kitab Masalah Agama Jil. 3 ms 96)
.Angkat Hadas besar sunat ambil wuduk
Seseorang itu mengangkat hadas besar sunat dia mengambil wuduk sebelumnya. Maka setelah selesai mandi hadas besar adakah perlu lagi dia mengambil wuduk kerana tadi dia telah pun mengambil wuduk?
Jawapan.
Jika wuduknya tidak terbatal semasa mandi hadas besar itu seperti tidak menyentuh qubul atau duburnya sendiri dengan tapak tangan atau perut jarinya, maka tidaklah dia dituntut untuk melakukan wuduknya lagi sesudah mandi, kerana ia telah melakukan mandi dengan sempurna.
(Rujukan : Kitab Masalah Agama Jil; 3 m.s. 102)
---------------------------------oooooo-------------------------------
Posted on 16 March 2011 Wednwsday.
No comments:
Post a Comment