Email - hjdan@myjaring.net
Atau - hjchedan@yahoo.com
Penang Bridge - Town of Transkrian - USM Engineering Campus
Masalah 107*- Apa ertinya Tebus talak.
Jawapan
Tebus talak atau dikenal dengan panggilan khuluk bererti buang, cabut ataupuan tanggal, manakala pengertian daripada istilah munakahat ialah satu bentuk prerceraian yang diminta oleh isteri kepada suaminya dengan bayaran. Perkara ini dbolehkan dalam Isalam berdadsarkan ayat al-Quran dalam surah al-Baqa
وَلَا يَحِلُّ لـَكُمْ أَنْ تَأ ْ خُذُواْ مِمَّاءَاتَيْتُمُو هُنَّ شّيْـءًـا إِلَّآ أَنْ يَخَا فَآ أِلاّ َ يُقِيمَا حُدُودَ اللهِ, فَإِنْ خِفْتُمْ أَلا َّ يُقِيْمَا حُدُودَا للهِ فَلاَ جُنَاحَ عَلـَيْهِمَا فِيمَا افْتَد َتْ بــِهِ. (البقرة 229)“
“Dan tidak halal bagi kamu mengambil suatu pemberian yang kamu berikan kepada mereka, melainkan apabila takut mereka tidak dapat memelihara perintah ataupun hukum-hukum Allah, serkiranya mereka takut tidak dapat memelihara batas-batas Allah, tidak menjadi kesalahan keatas keduanya berkenaan sesuatu yang diberi oleh isteri bagi menebus dirinya.”
(Al-Baqarah ayat 229)
Masalah “tebus talak” ini pernah berlaku pertama kali dalam Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di mana Sabit bin Qis diminta tebus talak oleh isterinya dengan mengembalikan semula mas kahwin kepadanya.Lalu Nabi Muhammad berkata:
“Berikan kebun yang dijadikan mas kahwin itu dan ceraikanlah
beliau dengan satu talak”
(Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Dato’ Dr. Haron Din, m.s.251)
Masalah108*– Apakah rukun-rukun tebus talak?
Jawapan.
Adapun ruku-rukun mengenai tebus talak itu ialah:
1. Istreri
2. Suami
3. Lafaz
4. Bayaran
Manakala perkara-prrkara yang ada hubungan dengan tebus talak itu adalah:
1. Suami perlu melafazkan tebus talak dengan berkata ”Saya ceraikan kamu dengan bayaran RM 3,000.00” lalu dijawab oleh isteri ”Saya terima dengan bayaran serperti yang disebutkan.”
2. Si isteri juga mempunyi hak untuk menggunakan ”tebus talak” terhadap si suaminya sekiranya terdapat sesuatu yang ianya tidak boleh lagi menanggung beban perkara yang susah baginya. Dengan itu cara lafaznya ialah ”Ceraikan saya dengan bayaran RM 1,000.00” Maka disambut oleh si suami dengan melafazkan ”Saya ceraikan kamu dengan bayaran sebanyak itu.”
3. Tebus talak boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
4. Tebus talak tidak boleh dilakukan dengan paksa, ia perlu dilakukan dengan kerelaan dan persetujuan kedua-dua belah pihak suami isteri.
5. Bayaran tebus talak tidak dihadkan, terpulang kepada budi bicara dan persetujuan antara kedua belah pihak.
6. Isteri yang ditebus talak tidak boleh dirujuk semula oleh bekas suaminya kecuali dengan akad nikah sermula selepas memenuhi syarat-syaratnya.
Masalah 109*–Bagaimana dengan kedudukan Khuluk itu:
Jawapan.
Menurut jumhur ulamak, Khulu’u adalah termasuk ke dalam kumpulan Talak Ba’in. Tetapi sebahaghian mereka pula telah meanggapnya sebagai Fasakh.
Kedua-dua pendapat diatas mempunyai kesan yang tersendiri, jika ia dianggap sebagai talag bai’in maka si suami akan kehilangan salah satu talagnya dan dia tidak harus merujuk kepada isterinya melainkan dengan akad perkahwinan yang baru. Jika ia dianggap sebagai Fasakh maka si suami tidak akan kehilangan satu apapun dari jumlah tiga talag yang dimilikinya, walaupun begitu untuk merujuknya, dia memerlukan kepada akad perkahwinan yang baru.
(Rujukan- Kitab Undang-Undang Keluarga Islam-Aturan Perkahwinan oleh Dr.Mat Saad Abd.Rahman, m.s. 183)
Masalah 110* - Bolehkah seseorang itu Khuluk dirumanya?
Jawapan.
Khuluk harus dilakukan dengan persetujuan kedua-dua suami isteri di rumah kediaman mereka tanpa memerlukan kepada bantuan kehakiman. Tetapi di dalam keadaan suami enggan bersetuju untuk menyelesaiakn krisis mereka menerusi khuluk maka si isteri harus memohon bantuan kehakiman yang bertanggungjawab memberikan haknya terhadap khuluk. Disamping itu si suami tidak diharuaskan mengambil peluang menerusi khulu untuk menyeksa isterinya agar menebus dirinya menerusi kemudahan tersebut kerana tebusan di dalam keadan begini dihukunm tidak sah sekalipun telah dipersetujui dan diputuskan.
Rujukan- Kitab Undang-Undang Keluarga Islam-Aturan Perkahwinan oleh Dr.Mat Saad Abd.Rahman, m.s. 183
Masalah 111- Membaca niat sebelum solat, adakah sah?
Saya membaca niat sembahyang sebelum sembahyang bermula dan niat sembahyang semasa mula sembahyang, adakah sah perbuatan saya itu?
Jawapan.
Membaca niat dengan berniat tidak sama. Membaca niat dilakukan di luar sembahyang, hukumnya sunat sahaja. Bacaan ini sekadar untuk mudah di ingat apa yang hendak diniatkan nanti. Bacaan niat ini tidak semestinya dibaca dalam bahasa Arab, boleh dibaca dalam bahasa ibunda.
Manakala berniat, dilakukan semasa memulakan sembahyang iaitu sewaktu mengangkat takbiratul ihram. Ianya wajib dilakukan. Di sini kalau seseorang itu berniat sebelum sembahyang maka sembahyang itu tidak sah. Yang penting dalam niat itu ialah; menyatakan tujuan iaitu sembahyang, sebutkan fardu dan nyata sembahyang yang dilakukan itu. Kalau ketiga-tiga ini ada maka sahlah sembahyang itu. Seperti niat
”Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Taala’ sudah menepatina.
Perkataan ’sahaja’ yang selalu disebut dalama kitab Melayu sebagai menguatkan niatnya, bermaksud haya untuk melakukan sembahyang bukan lain dari itu. ’Sahaja’ juga kita sebutkan kerana kita kerjakan itu bukan dipaksa tetapi dengan sukarela mengerjakannya.
(Rujukan – Kitab Asas-Asas Fradu ’Ain cetakan Keempat 2006)
Masalah 112 .Apakah cara terbaik untuk qada solat?
Apakah cara terbaik untuk mengqada sembahyang yang ditinggalkan ?
Jawapan.
Sebaik-baik masa untuk mengqada sembahyang ialah dilakukan segera apabila teringat. Menangguhkan waktu qada sembahyang adalah dibenci Allah. Malah kalau seseorang yang qada sembahyang itu tiba-tiba mati manakala dia dikira sebagai berdosa.
Berbalik kepada cara terbaik ialah sembahyang qada itu sebelum sembahyang fardu itulah yang terbaik. Ini adalah kerana dua sebab:
a. Ia yang dilakukan segera memang disuruh.
b. Sembahyang qada sifat kedudukannya memang dahulu dari sembahyang fardu. Sebagai contoh kalau kita tinggalkan sembahyang Zuhur sehingga masuk waktu Asar, tentu Zuhur sifanya lebih dahulu dari Asar maka elok diselesaikan qada Zuhur.
Walau bagaimanapun kalau kita berhadapan dengan sembahyang jemaah sama ada di surau atau masjid maka utamakan sembahyang fardu yang berjemaah. Ini adalah kerana berjemaah diperintahkan sebagai fardu kifayah. Dalam hal ini kalau dia mendahulukan qada nescay dia tertinggal jemaah, bukan sahaja dari segi pahala dia rugi manakala dia dianggap sebagai tidak pandai menilai mana yang utama.
(Rujukan – Kitab Asas-Asas Fradu ’Ain cetakan Keempat 2006).
113
Masalah 113.Bagaimana beramal soleh dan bertaubat?
Bagaimnakah yang dikatakan beramal soleh dan bertaubat itu?
Jawapan.
Firman Allah s.w.t.
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ
جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ
خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا.
( At-Talaq; ayat 11)
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah ke dalam syurga, yang mengalir air sungai di di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya.
Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka
)At-Talaq; ayat 11(
Huraian.
Di dalam ayat tersebut Allah s.w.t. membangkitkan yang beriman kepada Allah s.w.t.
Bagaimana beriman itu, kita kembali kepada 6 Rukun Iman iaitu:-
1. Beriman kepada Allah.
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepad KitabNya
4. Beriman kepada Rasul-Rasul Nya
5. Beriman kepada Hari Akhirat
6. Berimankepada Qada’ dan Qadar.
Perkara yang kedua Allah s.w.t. ingatkan barang siapa Beramal Soleh maka mukmin itu akan di masukkan ke dalam syurga.
Bagaimana beramal soleh itu ialah:
1. Sentiasa mengerjakan solat wajib yang lima waktu.
2. Mengerjakan soloat-solat sunat yang di suruh
a. Solat Tahajjud
b. Solah Tasbih
c. Solat Taubat
d. Solah Hajat
e. Solah Witir
f. Sola Awwabin
g. Solat Dhuha
h. Solat Al-Isyraq
3. Menunaikan Zakat
4. Memberi sedekah
5. Membuat Wakaf
6. Menjauhkan perkara-perkara yang ditegah.
(a) Segala perbuatan haram
(b) Berdengki kianat
(c) Memutuskan tali persehabtan
(d) Becakap takbur dan bohong
(e) Munkir janji
(f) Bersifat bakhil dan kedekut
(g) Menipu sesama Islam
(h) Berjudi
(i) Berzina
(j) Mimum arak
(k) Dan banyak lagi
7.Maka jika beramal soleh Allah berjanji akan masukkan kita
ke syurga.
وَالـَّذِيْنَ آمَنُوْا وَعَمِلـُوا الصَّلِحَتِ ا ُوْلـَءِـكَ أ َصْحَبُ الـْجَنـَّةِ ج هُمْ فِيْهـَا خـَلِدُوْنَ (البقرة 82)
Orang-orang yang beriman dan beramal soleh,mereka itu penghuni syurga, sedang mereka itu kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah ayat 82)
8. Bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t. Firman
Allah:-
وَمَنْ يـَتـَّقِ الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا 2).( وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيْثُ لاَ يـَحـْتـَسِبُ ج. وَمَنْ يَتـَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فـَهُوَ حَسْبُهُ ج إِنَّ اللهَ بـَلـِغُ أ َمْر ِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لـِكـُلِّ شَىْءٍ قـَدْرًا (3(
Maksudnya:
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup, dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Al-Quran Surah At-Talq ayat 2 dan 3)
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Al-Quran Surah At-Talq ayat 2 dan 3)
Firman Allah lagi :
• فـَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لِـقـَآءَرَبـِّهِ فـَلـْيِعْمَلْ عَمَلً صَلِحًا وَلَايُشـْرِكْ بـِعِبـَادَة ِ رَبـِّـهِ أَحـَدَا. (110)
Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan ‘amal yang solih dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam beribadah kepada Tuhannaya.
(Al-Kahfi ayat 110)
Firman Allah s.w.t.
يَا أَيُّهَا الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا تُوْ بُوْا إلَى اللهِ تَوبَةً نَصُوْحًا.
(التحريم: 8)
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman!, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang tulus ikhlas).
Demikian bahawa setiap insan di atas dunia ini tidak dapat terhindar daripada dosa, namun di sebalik itu bahawa Allah adalah Zat Yang Maha Mengampuni doso-dosa hamba-hambaNya selain daripada dosa syirik
Firman Allahs.w.t. ”-
وَمَنْ يِعْمَلْ سُوْ~اءً اَوْيَظْلِمْ نَفـْسَهُ ثُـمَّ يَسْتَغْفِرِاللهَ
يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًارَحِيْمًـا. (النساء (110)
Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah, niscaya ia memperolehi, Allah Pengampun lagi penyayang. (An-Nisa’ ayat 110)
Firman Allah s.w.t.
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang sudah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia juga Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Zumar ayat 53)
Firman Allah lagi :-
• إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.
Ertinya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensucikan dirinya. (Al-Baqarah: 222)
Firman Allah s.w.t. lagi :-
وَتُوْبُوْا إِلىَ اللهِ جَمِيْعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ
لَعـَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ. (النور 31)
Ertinya: Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan.
Ketahuilah bahawa taubat itu mempunyai tiga perkara:
(1) Menyebabkan ilmu taubat itu kita
mengenal tentang besarya dan beratnya dosa-dosa
kita itu.
(2) Dosa itu sebagai Tabir yang menyebabkan
keadaannya kita terpisah dengan
Allah s.w.t.
(3) Menyebabkan perbuatan kita meninggalkan dosa
yang sedang bergelumang dalam diri kita.
Seruan.
• Kerjakanlah amalan-amalan yang solih dan Wajib disegerakan bertaubat ialah semua anggota badan manusia itu tidak pernah sepi dari berbuat maksiat.
• Segera bertaubat maka anggota badan tidak dapat melakukan maksiat dan ini akan menjadikan iman manusia itu teguh dan berbalik mengingati Allah dan tidak pula terkena godaan syaitan.
---------------ooooooooo-----------------
Masalah 114- Apakah yang dikatakan sumber hukum?
Saya ingin tahu mengenai bahagian-bahagian sumber hukum dalam Islam.
Jawapan.
1.. Sumber hukum itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu:-
Pertama : Sumber hukum yang disepakati Islam yang muktabar iaitu
Al-Quran, Al-Sunnah. Al-Ijmak dan Qias.
Kedua : Sumber-sumber hukum yang tidak disepakati; di antaranya yang terkenal, Istihsan (298) Masalih Mursilat,(317) Urup(336) dan Istishab (356) (Rujuk Kitab bertabda *)
2.. Sumber-sumber Hukum yang disepakati:
a. Al Quran (155)– Kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. dengan bahasa Arab untuk melemahkan dengan satu surat yang paling pendek darinya, ditulis di dalam Mushaf-mushaf, dipindahkan dengan jalan mutawatir, bacaannya merupakan amal ibadat, dimulai dengan surah Al-Fatihah dan disudahi dengan Surah An-Nas.
b. Al-Sunnah(187) –Ialah perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w., selain dari Al-Quran sama ada berupa perkataan, atau perbuatan., atau pengakuan.
(1). Berupa perkataan –Segala hadis yang diperkatakan oleh
Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa pertalian (munasabah)
yang berlainan seperti sabda Rasulullah s.a.w.
إِنَّمَا اْلأ َعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِءِىِ مَا نـُوَى.
”Hanya segala amal dengan niat danh anya bagi
setiap seorang apa yang ia niatkan.”
(2). Berupakan perbuatan السُّنَّةُ الـْفِعْلِيًّة–(a.) Perbuatan semula jadi tabiat manusia (makan,minum,berjalan,tidur, duduk dan sebagai lagi, tidak dianggap sebagai syariat, tetapi harus diikuti (b.) Perbuatan yang ada dalil yang menunjuk bahawa ia adalah untuk Baginda sahaja, seperti kahwin tanpa mahar, berpuasa bersambung siang dan malam, berkahwin lebih dari empat isteri dan sebagai lagi. Hukumnya haram dilakukan oleh umatnya.(c.) Perbuatan yang lahir dari Baginda yang matlamatnya untuk mensyariatkan dan menjadi ikutan seperti:
صَلـُّوْا كَمَا رَأ َيْتُمُوْ نِيْ أ صَلـِّى.
“Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang.”
(d).Berupa pengakuan السُّنَّةُ التَّقـْرِيْرَّة ْ. – Yaitu Nabi Muhammad s.a.w. mendiamkan diri dari mengengkari perkataan atau perbuatan yang berlaku di hadapannya atau di belakangnya atau Baginda mengetahuinya. Diam Baginda ini menunjukkan bahawa perkataan atau perbuatan itu adalah harus kerana Rasulullah s.a.w. tidak akan mendiamkan diri sekiranya perkara itu yang batil
(yang salah laku) dan perkara yang munkar.
c. Al-Ijmak (232)
Dari segi bahasa bererti Azam atau membulatkan hati untuk melakukan sesuatu perkara. Juga bererti bersepakat mengenai sesuatu perkara. Dikatakan bersepakat kaum mengenai sesuatu perkara. Dari segi istilah pula ialah Ulamak Usul Al-Fiqh - persepakatan para ulamak mujtahidin dari umat Nabi Muhammad s.a.w. pada zaman masa terhadap hukum syarak selepasnya Baginda s.a.w. wafat.
Persepakatan ini mistilah terdiri dari para ulamak mujtahidin oleh serbab mereka berilmu sampai kepada peringkat Ijtihad dan perselisihan mereka tidak diambil kira, kerana mereka mempunyai keahlian di dalam meneliti tempat-tempat pengambilan hukum-hukun syarak.
d. Qias (254).
Pengertian Qias dari segi bahasa Arab digunakan pada salah satu daripada dua perkataan iaitu ”Diukurkan” seperti ”saya mengukur tanah dengan hasta” dan kedua ialah ”menyamakan” seperti”: si Muhammad tidak disamakan dengan si Saleh ”
Pengertian Qias dari istilah pula ialah diserupakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-Quran atau sal-Sunnah atau al-Ijmak dengan masalah yang dijelasklan hukumnya di dalam salah satu daripadanya kerana menyamai keduanya pada ’ilat hukum.
e. Istihsan. (298)
Dari segi bahasa bermakna dianggap sesuatu itu baik. Dan dari segi
istilah menurut pendapat Mazhab Shafiei ialah sesuatu perkara yang
difikirkan baik oleh mujtahid.(sambung ms 300)
f. Maslihu mar salat.(317)
Maksudnya: Sifat-sifat atau keadaan yang boleh mendatangkan kebaikan
atau menjauhkan makhluk dari keburukan disebabkan oleh di ikat hukum
dengan sifat-sifat itu dibinakan hukum keatasnya dan tidak sesuatu dalil
syarak yang khusus memperakui atau menghapuskan.
Contoh- Dibina hukum untuk memelihara agama, jiwa, akal, harta dan keturunan.
Diwajibkan orang kaya dikenakan bayaran zakat.
g..Hukum Urup.
Perkara kebaikan yang diterima dan dirasai oleh manusia. Perbuatan-perbuatan
yang sudah jadi kebiasaan mereka
Contoh – Sudah jadi kebiasaan orang ramai di dalam jual beli dengan hanya
beri –memberi tanpa menggunakan lafaz ijab dan kabul. Masuk rumah orang
Islam kena buka kasut, jik tidak dipandang kurang sopan.
h.. Istishab.
Bererti – Dianggap berterusan hukum ijmak pada persoalan yang dipertikaikan.
Contoh – Ia bertayammun dan apabila ia melihat air selepas memulaklan solat,
dan sah memulakan solat itu dan sah solatnya jika selesai ia sebelum melihat air,
dan ulamak pula meanggap berterusan hukum sah ketika tidak melihat air
sehingga selepas melihatnya.
(* Rujukan: Kitab Usul al-Fiqh dan AlQawa’id Fiqhiyyah oleh Hj Muhammad Saleh bin Haji Ahmad terbitgan Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala Lumpur-m.s. 155-356)
Masalah 115 - Apakah makna Masalah Khilafiyyah ?
Saya kerapkali terbaca keterangan yang dikatakan ”Masalah Khilafiyyah” di dalam beberapa kitab, minta tuan terangkan apakah maksudnya perkara tersebut secara jelas.
Jawapan.
Maslah Khilafiyyah adalah masalah furu’ atau cabang, dimana terdapat perbezaan atau seliseh pendapat antara Mujtahidin dalam qadliyyah- qidliyyah yang jalan mendapatkan keputusannya adalah Ijtihad. Tegasnya bahawa dilalah dalilnya kepada hukum adalah Dzan dan bukan Qathi’.
Masalah-masalah yang tidak ada kesepakatan Mujtahidin padanya disebut masalah ”Ijthadiyyah, khilafiyyah, fury’iyyah. Sedang masalah yang disepakati oleh para Mujtahidin dinamakan masalah Ittfaqiyyah, atau Ijma’.
Contoh serperti dalam kitab ”Rohmatul Ummah Fikhtifatil Aimmah ” adalah seperti berikut:-
”Dan memadai dalam menyapu kepala pada wuduk menurut Imam Shafii iaitu sesuatu yang jatuh padanya nama menyapu, dan tidak tertentu tangan untuk menyapu. Dan berkata Imam Malik dan Iam Ahmad pada riwayat yang paling dzahir dari padanya wajib menyapu seluruh kepala. Dan nakalkan dari Abi Hanafiah akan dua riawyat. Yang paling masyhur dari dua riwayat itu, bahwa tak dapat tiada dari pada memyapu seperempat kepala dengan tiga jari dari jari-jarinya, sehingga jikalau disapunya hanya dengan dua jari tangan, walaupun meratai seluruh kepala tidaklah memadai.”
Contoh yang kedua ialah mengenai Rukun-rukun Puasa. Ulama’ Mazhab Maliki menerangkan rukun puasa mempunyai dua macam rukun iaitu (1) Mengekangkan diri dari segala yang membatalkan puasa (2) Melakukan niat. Ulama’ Mazhab Shayi’i (Asy Syafi’iyyah); Menjelaskan rukun puasa ada tiga macam iaitu (1) Mengekangkan diri dari segala yang membatalkan puasa (2) Melakukan niat (3) Orang yang berpuasa.
Ulama’ Mazhab Shayi’i (Asy Syafi’iyyah) menyatakan Syarat-syarat puasa terbahagi dua macam iaitu: (1) Syarat-syarat wajib dan (2) Syarat-syarat sah puasa.
Syarat-syarat wajib puasa ada empat macam:-
(1) Dewasa (baligh) (2) Beragama Islam (3) Berakal sehat (4) Mampu berpuasa.
Adapun syarat-syarat sahnya puasa maka ada empat macam iaitu (1) Beragama Islam (2) Pandai (tamyiz) (3) Bersuci dari haidh dan nifas (4) Keadaan waktu memang dapat untuk digunakan berpuasa kerana tidak sah berpuasa pada kedua dua hari raya dan hari-hari tasyriq.
Ulama’ Mazhab Shayi’i menerangkan niat sudah termasuk dalam perkara rukun. Disamping itu wajib niat mesti dilakukan untuk setiap hari yang akan dikerjakan puasa itu, apabila yang dikerjakan seperti puasa di bulan Ramadhan, puasa Kifarat dan puasa Nazar. Niat harus dijatuhkan di malam hari sebelum terbit fajar, meskipun ia dilakukan sejak awal maghrib. Kecuali apabila puasa itu dikerjakan puasa sunnah maka niatnya boleh dilakukan sesudah hari siang.
Ulama’Mliki menerangkan bahawa niat puasa hanya satu kali dianggap telah mencukupi untuk setiap puasa yang diwajibkan berturut-turtt melakukannya, seperti puasa bulan Ramadhan, puasa kifarat Ramadhan, puasa kifarat pembunuhan atau puasa kifarat Zihar, selama kelangsungan belum terputus. Bila kelangsungannya telah terputus kerana sakit atau berpergian (safari) atau semisalnya maka wajiblah menjatuhkan niat pada setiap malam. Apabila berpergian telah selesai atau sakit telah sembuh maka satu kali niat telah mencukupi untuk sisa-sisa hari dalam sebulan itu.
Demikianlah perbezaan di antara Mazhab-mazhab tersebut.
(Rujukan Kitab Fiqih Empat Madzhab –Bahagian Ibadah Jilid 2 ms. 366)
AL-Qwa’id Al-Fiqh.
Masalah 116- Apakah terbitan Lima Kaedah Fiqh: (165)
Jawapan.
Lima Kaedah-kaedah utama terbitan hukum fiqh ialah:-
اَلْأ ُمُوْرُ بِمَقَا صِدِهَا.(1)
Segala perkara itu bergantung kepada tujuan niatnya.
اَلـْيَقِيـْنُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ (2)
Yakin tidak boleh disingkirkan dengan semata-mata syak.
اَلـْمُشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيْرٌ (3)
Kesukaran menjadi sebab kepada Kemudahan dan Keringanan
اَلضَّرَرُيُزَالُ (4)
Kemudaratan hendaklah dihilangkan
اَلـْعَادَةُ مُحَكَّمَة ٌ(5)
’Adat dijadikan sebagai rujukan hukum.
1. Kaedah Pertama –
اَلْأ ُمُوْرُ بِمَقَا صِدِهَا.
“Segala perkara itu bergantung kepada tujuan niatnya”(573)
Maksud Kaedah ini ialah amalan dan tindakan seseorang sama ada perbuatan mahupun perkataan, maka natijah dan hukum syarak berbeza dengan sebab berbeza tujuan amalan seseorang dan tindakannya.
Kadangkala seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tujuan tertentu maka berlakulah ke atasnya hukum syarak yang tertentu bergantung pada niatnya. Sabda Rasulullah s.a.w.:
اِنَّمَا الْا َعْمَالُ بِا لنِيَّاتِ, وَاِنَّمَا لِكُلِّ امْرِى ءٍ مَا نَوى.
“Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung krepada niat dan sesungguhnya yang sabit bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya.”
(Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam yang enam dan juga dari Umar ibn Al-Khatab)
Contohnya:
a. Berwuduk dan mandi adakala bertujuan menyejukkan badan atau
membersihkan anggota badan dan adakala niat bertujuan ibadat
mengangkat hadas besar.
b..Duduk di dalam masjid kadangkala kerana beristerihat dan adakala
niat bertujuan beriktikaf.
2. Kaedah Kedua:
اَلـْيَقِيـْنُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ (2)
”Yakin tidak boleh disingkirkan dengan semata-mata syak.”(586)
Yang dimaksudkan dengan kaedah ini, sesuatu yang telah diyakini tidak akan hilang dengan kedatangan syak (keraguan) ke atasnya, tetapi ia boleh hilang dengan yakin sepertinya juga. Contohnya:
1. Serorang yang makan sahur di akhir malam dan syak tentang naik fajar, maka sah puasanya kerana asalnya malam itu kekal.
2. Kaedah Ketiga:
اَلـْمُشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيْرٌ (3)
Kesukaran menjadi sebab kepada Kemudahan dan Keringanan (599)
Contohnya:
Kesukaran kerana Sakit - Islam membenarkan Tayammum ganti dari menggunakan air pada wuduk kerana sakit, begitu juga diharuskan Doktor memandang aurat wanita kerana berubat. Tidak dikenaan bebanan syarak ke atas orang gila, kanak-anak dan orang yang tertidur atau terlupa. Kesukaran masa musafir, dibolehkan tidak berpuasa tetapi qada kemjudian hari. Kusukaran mengerjakan solat diboleh memendekkan solat, solat berbaring, duduk dan sebagai lagi.
(Rujukan – Kitab Usul Al-Fiqh dan Al-Qawa’id Fiqhiyyah oleh Hj. Hasan bin Hj Ahmad dan Hj. Muhammad Saleh bin Hj Ahmad, terbitan Pustaka Hj.Abd,.Majid, muka surat 155 -356)
Masalah 117 -Bagaimana hukum mengucap ”usulli”
Saya ingin tahu bagaimanakah hukumnya mengucapkan :”Usuhalli” (أُ ُصَلـِّى) seketika kita akan sembahyang, ada orang kata kita tidak perlu lagi memakai perkataan itu disebabkan ianya diluar sembahyang ?
Jawapan.
Mengucapkan “Usuhalli”) صَلـِّىأ ُ( seketika kita akan sembahyang, seketika kita akan puasa kita mengucapkan “Nawaitu Shamaa ghadin” adalah dinamakan oleh Fuquha’ dengan “talaffuz binniat”, artinya melafazkan niat. Bahawa hukum melafazkan “Usuhalli”) صَلـِّىأ ُ) adalah sunnat sahaja iaitu mengikut kitab-kitab Fiqh Imam As-syaffi”i didalilkan ksunatannya dengan: لِيُعَاوِنَ اللِّسَـانُ الْقَلْبَ. (Agar lidah menolongy hati) Sebagai contohnya terdapat penjual buah-buahan yang selalu menghitung buah-buahahnya dengan lafaz lidah, untuk membantu hatinya mengira bahkan disertai dengan irama nyayian. Dengan demikian nyatalah bagi kita faedahnya mengucap “talaffudz” sehingga terbekam kata-kata itu dalam hati kita.
Melafaz niat termasuk amalan lidah. Tiap-tiap perbuatan atau perkataan yang keluar daripada mukallaf, senantiasa dituliskan Malaikat. Perkataan yang baik tertulis sebagai amal yang baik, perkataan yang jahat seperti
mengumpat maka ditulis sebagai amal yang jahat.Firman Allah s.w.t.:-
مَا يَلـْفـِظ ُ مِنْ قـَوْلٍ اِلأ َ لـَدَيْهِ رَقِيبً عـَتـِيدً. (سورة ق اية 18
Bermaksud: Tidaklah seorang mengucapkan sesuatu perkataan, melainkan di sisinya ada Malaikat Raqib (yang nenuliskan amal kebajikan) dan Malaikat Atid (yang menuliskan amal kejahatan (Surat Qaf ayat 18)
Maka seumpamanya seketika kita akan sembahyang kita mengucapkan:
أ ُصَلِّ فَرْ ضَ الصُّبُحِ رَكَعَتَيْنِ للهِ تَعالَى.
(Artinya: Sahajaku melakukan sembahyang fardhu Subuh dua rakaat kerana Allah Taala)
Maka sabda Rasulullah s .a.w ;-
إنـَّماَ الْا َعْمَالُ بِـا لنـِيِّـاتِ, وَإ ِنَّـمـَا لـِكُلِّ امْرِىءِ مَـا نَـوَى.
(Sesungguhnya amalam-amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya yang sabit bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya)
(Hadits sahih dari Umar Al-Khatab r.a.)
Rujukan: Kitab seratus Masalah Agama, J il.1 ms 10
Masalah 118 - Bagaimana fungsi doa Qunut?
Saya ingin tahu bagaimanakah kedudukan dan fungsinya doa qunut itu. Pada masa ini ada terdapat orang-orang yang tidak lagi melakukan doa qunut ketika i’tidal rakaat yang kedua pada Sembahyang Subuh ?
Jawapan.
Adalah melakukan doa qunut pada i’ktidal rakaat yang kedua pada sembahyang Subuh, dan i’ktidal rakaat akhir pada witir yang kedua dalam bulah Ramadhan, maka kedudukan hukumnya adalah sunat yang tergolong dalam sunat ab’adl. Diberi pahala bagi yang mengerjakannya dan tidak berdosa bagi yang meninggalkannya. Qunut ini dinamakan qunut rotibah (tetap), seperti tasyhhud awal, maka disunatkan bagi yang meninggalkannya dengan terlupa untuk melakukan sujud sahwi.
Akan tetapi bagi doa qunut yang dibacakan pada i’tidal rakaat akhir bagi tiap-tiap sembahyang fardhu yang dilakukan seketika kaum Muslimin berada dalam musibah, maka hukumnya sunat, tetapi bukan sunat ab’ad, dan tidak disunatkan ketika meninggalkannya untuk bersujud sahwi. Qunut ini dinamakan Qunut Nazilah.
Mengenai perlakuan Qunut yang tergolong dalam sunat ab’ad adalah mengikut hadis yang dipetik dari katerangan Al-Imam Taqiyudin Abi Bakar bin Muhammad al-Husainy dalam kitab ”Kifatul Akhyar juz 1 halaman 70 sebagai berikut:
وَأ َمَّا الـْقُنُوْتُ فَيُسْتَحَبُّ فِى اعْتِدَالِ الثـَّانِيَةِ فِى الصُّبْحِ لِمَا رَوَاهُ
ا َنَسٌ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ :مَازَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلـَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلـَّمَ يَقْنُتُ فِى الصُّبْحِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا, رَوَاهُ أ َلْاءِمَامُ أ َحْمَدُ
وَغَيْرُهُ : قَالَ ابْنُ الصَّلَاحِ : قـَدْ حَكَمَ بِصِحَّتِهِ غَيْرُوَا حِدٍ مِنَ
الْحُفـَّاظِ مِنْهُمُ الْحَكِمُ وَالْبَيْهَقِىُّ وَالـْبَدْ خِيُّ, قـَالَ الـْبَيْهَقِيُّ :اَلـْعَمَلُ
بِمَقْـتَضَاهُ عَنِ الْخَلَفَاءِ الْأ َرْبَعَةِ .
---------------------ooooooooooooo--------------------------
Maslah 119 –Apa cara makmum masbug dalam solat jenazah
Bagaiman keadaan makmum masbug dalam solat jenazah .
Jawapan.
Seorang makmum yang masbug hendaklah ia membaca Fatihah kemudian daripada takbirat al-ihram, walaupun imam berada dalam takbir yang lain.
Namun begitu jika imam takbir sebelum makmum itu membaca Fatihah maka hendaklah ia mengikut imamnya pada takbir dan gugurlah Fatihah itu daripadanya, kemudian hendaklah ia sempurnakan solatnya dengan takbir dan bacaan-bacaannya itu selepas imam memberi salam.
Oleh yang demikian jika imam bertakbir dan makmum masbug sedang mambaca Fatihah, maka wajib ia bertakbir mengikut imam dan tinggalkan bacaan Fatihah yang baki itu jika ia tidak sibuk membaca Ta’wwuz ;
أعوذ بـا لله من الشيطان الرجيم..."
Sebaliknya jika ia membaca Ta’awwuz maka wajib ia tambah bacaan Fatihah sekadar Ta’wwuz.
Disunatkan jangan mengangkat jenazah sehingga makmum masabug menyelesaikan solatnya, kerana barangsiapa solat jenazah dan bertakbirat al-ihram sebelum jenazah diangkat maka tidak membatalkan solatnya jika diangkat jenazah selepas itu walaupun jauh dan berpaling daripada Qiblat.
Namun begitu jika bertakbirat al-ihram selepas diangkatkan jenazah dan dibawa pergi ke perkuburan, maka disyaratkan sah solatnya itu tidak jauh melebihi tiga ratus hasta dan tidak bepaling daripada Qiblat, sebaliknya jika jauh atau berpaling daripada Qiblat sebelum salamnya nescaya batallah solatnya itu.
(Kitab solat jamaah m.s. 92)
Masalah 120- Tak dapat baca Fatihah semasa solat jenazah ?
Apa hukum dalam solat jenazah, makmum masbug membaca doa iftitah hingga ia tidak dapat menghabiskan bacaan fatihahnya ?
Jawapan.
Jika makmum masabug membaca doa iftitah hinngga ia tidak sempat menghabiskan bacaan Fatihahnya dan imam mengangkat takbir yang kedua, maka batallah solatnya kerana doa iftitah tidak disunatkan pada solat jenazah sebab solat jenazah itu hendaklah diringankan dan menyegerakan pengkebumikan jenazah itu amat digalakkan oleh Syara’. (Kitab solat jamaah m.s. 92)
----------------------------oooooooooooooo-----------------------------
Posted on 18 March 2011 at 11.59 hrs
No comments:
Post a Comment