Sunday, 6 March 2011

Sedekah untuk Yang Meninggal Dunia- Siaran 19

Hj.CHE DAN BIN AHMAD,

E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

MASALAH AGAMA – SIARAN KE 19



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya.

Aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w.. adalah hambaNya dan rasulNya.

----------------------------------

Bersedekah Untuk OrangYang Meninggal.

أ َنْ رَجُلًا قَالَ للـَّنبِيِّ – صَلىَّ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ – أِنَّ أ ُمِّى افـْتـِلـَتـَتْ نَفْسُهَا, وَأ ُرَاهَا لـَوْ تَكَلـَّمَتْ تـَصَدَّقـَتْ, أ َفَأ تَصَدَّقُ
عَنْهَا قَالَ- "نَعَمْ, تـَصَدَّقْ عَنْهَا. (رواه البخارى)

“Seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w. “Sesungguhnya ibuku telah meninggal dalam keadaan mengejut, dan daku berpendapat jika ia sempat untuk berkata-kata pasti ia akan bersedekah. Jadi, adakah daku boleh bersededkah untuknya? Bagindfa s.a.w. mwenjawab. “Ia baginya pahala jika engkau bersedekah untuknya. Bersedekahlah untuyknya.”
(Hdis Riwayat Imam al-Bukhari (Penjelasan dari Fathu al-bari dan “Umdatu al-Qari:.

Penjelasan.

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar As-Syafi’i dalam Fathu al-Bari pada menjelaskan erti hadis ini. ”Di dalam hadis ini terdapat beberapa faedah, antaranya adalah diharuskan bersedekah untuk orang yang meninggal dunia dan sesunguhnya sedekah itu akan memberi Manfaat buat si mati dengan disampaikan (dihadiahkan) pahala sedekah tersebut kepadanya, lebih-lebih lagi jika sedekah itu adalah dari anak cucu si mati itu, dan juga sedekah atau wakaf itu yang berkekalan sepanjang masa di dunia ini, selagi mata benda itu beroleh mafnaat pada masyarakat atau orang ramai, maka si mati itu akan beroleh pahalanya.

Berkata Imam al-Qurtubi: ”Telah sepakat para ulama’ bahawa sampai pahala sedekah untuk orang-orang yangtelah menminggal duniua.maka seperti itu juga pendapat unala’ dalamhalbacaan Al-Quran, doa dan istighfar jerana masinhg-masingnya termasuk di dalam sewdekah, dan ini diukjuatkan oleh hadiuth ”Setiap kebaikan ityu adalah sedekah.” Disini tidak di khususkan sedekah itu dengan hafrta benda.

Pendapat Imam Ahmad bin Hambal serta sekelompok para ulama’ bahawa pahalanya sampai. Maka yang lebih baik adalah si pembaca hendaklah berdoa. ”Ya Allah, sampaikanlah pahala ayat yang daku baca ini dan sedekah wang ringgit dan harta benda ini kepada si fulan...........”

Berkata Ibnu Taymiyyah.” Sesungguhnya si mati itu beroleh manfaat dengan pembacaan Al-Quran sebagaimana ia beroleh manfaat dengan ibadat-ibadat kebendaan yang lain seperti sedekah dan umpamanya.

Maka marilah kita melakukan perkara ibadat tersebut yang bukan kita sahaja yang beroleh pahla maka ibu bapa dan dato’nenek kita yang telah meninggal dunia juga akan beroleh manfaat pahalanya.

Penutup.

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, puasa, memberi zakat, mengerjakan haji, bersedekah, membuat wakaf dan sebagai lagi, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar diterima Allah dan kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.

Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه



---------------oo ----------

No comments:

Post a Comment