Wednesday, 9 March 2011

Siapak yang Menentukan Rukun Solat - Siaran 21/2011

Masalah 434- Siapakah Yang Menentukan Rukun Sembahyang?

Juga dalam Al-Quran ada menyebut tentanhg sembahyang ”wusta”. Apakah sermbahyang “wusta itu”, mohon terangkan?

Jawapan.

Dalam al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 238 yang berikut:-

حَفِظُوا عَلىَ الصَّلـَوَتَ وَالصًّلـَوَةِ الـْوُسْطـَى وَقـُومُوا
لِلهِ قــَنِتـِين َ. (238)
Bermaksud: “ Peliharalah segala solat fardu, dan (peliharalah) solat Wusta (solat Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.”   (Al-Baqarah ayat 238)

Huraian.

Allah menyuruh umat Islam memelihara kawajipan sembahyang fardu  yang lima waktu dan sembahyang wusta     " وُسْطـَى " (pertengahan atau pilihan). Iaitu menyuruh megerjakannya dan mengekalkannya – ditunaikan di dalam masa dan waktu yang tertentu.”

Allah tidak menentukan dengan setepat-tepatnya atau menerangkan sembah- yang itu satu persatu dedngan jerlas, bilakah waktunya, berapakah rakaatnya, bagaimanakah rukun dan syaratnya, sah dan batalnya dan lain-lain perkara yang berhubung dengan perkara mendirikan sembahyang. Kerana RasulNya, Muhammad s.a.w. telah menunjukkan cara melakukan smbahyang itu.  Maka bagi umat Islam hendaklah mencontohi dan mengikutnya. Nabi s.a.w. telah bersabda:

صَلـُّوْا كَمَا رَأ َيْتـُمُوْنِى أ ُصَـلـِّى.
“Sembahyanglah kamu (caranya) seperti kamu lihat aku sembahyang.”
                                                                       (H.R. Al-Bukhari dan  Muslm)

Apa yang dilihat oleh para Sahabat Nabi bagaimana  baginda mengerjakan sembahyang semuanya tercatat dengan lengkapnya dalam sebuah catatan yang dinamakan Hadis. Kemudian telah diterangkan pula sejelas-jelasnya oleh para ulama’ di dalam kitab-kitab fikh.  Penerangan inilah yang menjadi pegangan atau panduan orang-orang yang datang kemudian.

Bagi kali pertama sembahyang fardu diwajibkan, Rasulullah s.a.w. telah lebih dahulu diajar oleh malaikat Jibril a.s. bagaimana menunaikannya. Hal ini telah diterangkan oleh beberapa hadis, antaranya sebuah Hadis riwayat Abu Daud dan At-Termizi – dari Ibnu Abbas r.a. – yang maksudnya seperti tersebut di bawah :   Nabi s.a.w. telah bersabda:-

”Malaikat Jibril a.s. mengimami saya (Jibril jadi Imam, Nabi jadi Makmum) dekat Kaabah dalam sembahyang selama dua kali. Dia datang untuk sembahyang Zuhur kali yang pertama pada waktu matahari di tengah-tengah langit, kemudian datang untuk sembahyang Asar pada waktu bayang-bayang suatu benda sama panjangnya dengan benda itu, kemudian datang untuk sembahyang Maghrib pada waktu matahari terbenam dan orang-orang berbuka puasa, kemudian datang untuk sembahyang Isyak pada waktu awan merah telah hilang, kemudian datang untuk sembahyang Subuh pada waktu fajar dan  diharamkan makan bagi orang-orang yang hendak puasa (esok harinya).  Malaikat Jibril a.s. datang untuk sembahyang Zuhur pada kali yang kedua pada waktu bayang-bayang suatu benda serupa panjangnya dengan benda itu (seperti) masa waktu Asar telah masuk semalam, kemudian datang untuk sembahyang Asar, pada waktu bayang-bayang suatu benda panjangnya dua kali dengan benda itu, kemudian datang untuk sembahyang Isyak pula waktu malam telah berjalan sepertinya, kemudian datang untuk sembahyang Subuh ketika telah terang, kemudian Jibril a.s. menoleh kepada sya seraya berkata : ”Ya Muhammad!... Itulah waktu para Nabi (alaihissalam wassalam) sebelum tuan, maka waktu sembahyang (fardu) ialah di antara waktu-waktu terserbut.”

Hadis tersebut di atas menjelaskan permulaan dan penghabisan waktu-waktu sembahyang fardu.  Maka suruhan memelihara sembahyang dalam ayat di atas ialah mengekalkannya  dengan cukup rukunnya pada waktu-waktu yang terkhas baginya – patuh kepada kewajipan, tahu memelihara waktu – jangan sampai kewajipan-kewajipan itu ditangguh-tangguhkan hingga luput waktunya.

Setelah Allah menyuruh mengekalkan pekerjaan sembahyang fardu yang lima, diturut pula dengan suruhan  memelihara sembahyang wusta , ertinya pertengahan atau dimaksudkan juga sembahyang yang pilihan kerana ada mengandungi kelebihan dan pahala-pahala yang besar.

Allah tidak menentukan di dalam mana-mana ayat apakah solat wusta atau sembahyang wusta tersebut untuk  diketahui dengan tepatnya, tetapi disebutkan secara umum sahaja.  Yang demikian itu supaya petugas-petugasnya tidak mengutamakan sesuatu jenis sembahyang fardu sahaja yang kemudian mencuaikan jenis yang lain pula, bahkan hendaklah menunaikan kesemua sekali sembahyang yang lima waktu itu, dan dengan ini bererti telah memelihara pula sembahyang wusta.

Banyak para ulama’ memberi berbagai-bagai pendapat, dan masing-masing dengan sandarannya pada mentakwilkan sembahyang wusta tersebut. Di antaranya ada yang menyebutkan, sembahyang Subuh, ada yang  menyebutkan sembahyang Zuhur, ada pula yang menyebutkan sembahyang Asar (ini termasuk salah satu kaul Asya-Syafie yang muktamad),  dan ada yang menyebutkan sembahyanbg Isyak.

Ada pula pendapat lain yang banyak mendapat sambutan para ulama’, iaitu: sembahyang wusta ialah salah satu dari sembahyang fardu yang lima itu, tidak ditentukan ’ainnya (jenisnya), kerana tidak ada ayt lain yang menerangnya. Oleh Tuhan sembahyang wusta itu telah disamarkan dari diketahui dengan tepatnya – sekalipun ada diterangkan kelebihannya – gunanya supaya orang lebih giat memelihara kesemua sembahyang fardu dengan cukup dan sempurna.  Hal ini dikiaslkan dengan saat adanya ”lailatulqadar”.  Adalah menjadi suatu hikmat Tuhan menyembunyukan (tidak menerangkan dengan trepat)  bilakah saat kedatangan lailatulqadar, yang  mempunyai kelebihan lebih dari seribu bulan itu. Hanya diumumklan pada sepuluh hari yang akhir dari malam bulan Ramadan, supaya menggiatkan beramal pada semua malam tersebut. Begitu juga Tuhan menyembunyikan   ساعة الإ جابة   ” (saat Tuhan mengkabulkan sesuat doa) pada hari Jumaat.  Bersandarkan inilah, maka sembahyang wusta merupakan salah satu dari sembahyang fardu yang lima pula.  Di antara semua pendapat para ulama’ pula yang menjadi  pegangan kita ialah pendapat yang mengatakan bahawa smbahyang wusta ialah sembahyang Asar, berdasarkan Hadis-Hadis sahih, antaranya yang dikeluarkan oleh At-Tirmizi dari Samurah bin Jundub bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda.
الصَّلَاة ُ الـْوُسْطـَى صَلَاة ُ الـْعَصْر ِ
“Sembahyang wusta ialah sembahyang Asar” (Hadis Hasan dan Sahih)

Kemudian ayat yang tersebut berbunyi:
وَقـُوْمُوْ اِللهِ قـَنـِتِين َ.
“Dan berdirilah kerana Allah dengan keadaan kamu taat setaat-taatnya.”

Maksudnya:  Hendaklah mengerjakan sembahyang itu kerana Allah semata-mata dengan sempurna, jangan ada yang kurang dan rosak rukun-rukunnya dan sunat-sunatnya.
Taat di sini ialah ingat dan memohon kepada Allah, bukan memohon sesama mahluk, atau dimaksudkan juga jangan ada perasaan megah dan riak  atau hendak menunjuk-nunjuk, atau hendaklah sentiasa mempunyi akhlak mulia  dan juga jauhkan akhlak yang tercela, atau meninggalkan perbuatan dosa-dosa kecil dan besar, membaca doa qunut waktu sembahyang Subuh dan sembahyang witir, atau jangan bercakap-cakap  dalam sembahyang, atau hendaklah lama-lama berdiri, rukuk dan sujudnya mengikut rukun sembahyang, atau memelihara pemandangan mata,  bersembunyi-sembunyi, tunduk, khusyuk dan melupakan segala sesuatu yang berada di sekelilingnya.
Sekian penerangan penulis tentang pertanyaan ini.

(Kitab Rujukan –Kitab Tafsir Al-Quran Juz 2 ,m.s. 172, oleh Us.Ahmad Sonhadi Mohamad, terbitan Pustaka Al-Mizan, 32 Jalan 11,Taman Titiwangsa 554200 K.L.)

              ----------------------oooooooooooooo------------------Khamis, 10 March, 2001 (Fail 500 Masaalah Agama  (original)   


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

No comments:

Post a Comment