Monday, 7 March 2011

Qiamullail (Solat Malam) -Siaran 20

Tuesday, March 8, 2011

Daripada:
Hj.Che Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com


-----------------------------------------------------------------------------------


 Qiamullail (Solat Malam). Siaran ke 8


Dalam Siaran Ke 6  yang lalu telah dinyatakan kerjakanlah Qiamullail atau “Sembahyang malam”  dan mengenai amalan-amalan  soleh, kini diterangkan sepenuhnya.



1.. SEMBAHYANG  MALAM

 بِسْمِ اللهِ الـرَّحْمَنِ الـرَّحِيْمِ.

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ عَلىَ اُمُوْرِ الدُّنْيَا وَالدِّيْنَ,
وَاصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ خَيْرِ الاَمِيْنِ وَعَلىَ آ لِهِ وَصَحْبهِ اَجْمَعِيْنَ.

Solat tengah malam atau biasa disebut sebagai Qiamullail itu merupakan amalan Rasulullah s.a.w.,  para aulyia’ dan orang-orang solih yang cintanya kepada Allah melebihi segalanya yang hanya mengharapkan keredaanNya jua.

Setelah kita sedarkan diri kita yang telah banyak melakukan dosa-dosa semasa dahulu kita telah melakukan taubat nasuha iaitu taubat yang tidak aka melakukan dosa-dosa lagi masa hari ini dan akan datang, maka kita melakukan amalan-amalan soleh untuk kita menemui Allah s.w.t. di akhirat nanti seperti firtman Allah s.w.t. :-

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لـِقـا~ ءَرَبِّهِ فـَلـْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا
وَلَايُشـْرِكْ بِعِبـَادَةِ رَبـِّهِ اَحـَدًا.(الكهف"110)
Bermakasud:” Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amalam-amalan yang soleh dan janganlah ia menyengutukan  sesiapan pun dalam beribadat kepad Tuhannya. (Al-Kahfi ayat 110).

2.. Amalan Soleh.

Beramal soleh bermaksud iaitu kita tidak lagi meninggalkan solat-solat wajib, dan melakukannya tepat pada waktunya, tidak tertangguh-tangguh lagi, kita menunaikan Haji dan Umrah apabila mampu, tidak lagi melakukan apa-apa maksiat, seperti berbohong, minum arak, berzina, memakan wang riba, kita bersedekah, kita tidak menanyai anak-anak yatim, kita hadir ceramah agama, kita menuntut menambah lagi ilmu-ilmu agama, kita sentiasa hadir berjemaah solat di masjid, mengerjakan segala yang sunat-sunat seperti puasa di bulan Rejab, Syaaban dan tidak neninggalkan Puasa Ramadzan puasa di bulan Syawal, dan kita bangun  ditengah-tengah malam mengerjakan solat-solat Tahajjud, solat  Tasbih, solat Taubat, solat Hajat dan Solat Witir  solat Dhuha, solat Al-Ishraq di pagi hari. Kita tidak mensyirikkan Allah s.w.t. dan tidak menyembah selain dari Allah, kita tidak menyembah manusia (yakni takut pada manusia dari takut pada Allah).

 Kita menghormati jiran tetangga kita, menziarahi sanak saudra, menziarahi orang sakit dalam kariah kita, menghadiri jemputan kenduri, kita beri derma dan bantuan pada yang daif dan miskin. Kita amalkan  amanah, tidak menipu dan putar belit, kita membuat tugas apa yang di beri taggung jawab pada kita dengan rajin dan ikhlas, kita menetapi segala  janji-janji kita sesama Islam, kita menjual barangan dengan tidak menipu atau berselindung yang buruk agar melaris barangan kita dan banyak lagi yang menjadi perkara yang munkar.

Kita menjauhi dari mengumpat, kita tidak amalkan sifat takbur dan riak serta besarkan diri, kita tidak berkata-kata yang tidak memberi  manfaat, kita banyakkan sabar, kita tidak bergaduh sesama Islam, kita tidak bermasam muka tidak tegur menegur sesama Islam, kita tidak menyombong diri sesama manusia, kita tidak bakhil diri untuk berbelanja pada hal-hal keagamaan dan kebajikan, kita  tidak mementingkan diri sendiri, kita tidak sangat mementingkan hal-hal kebendaan dan sebagainya lagi.

3.. Qiamullail – Sembahyang Malam

Jika ditinjau latar belakang kehidupan para auliya’ dan ulama’ terbilang, maka kita dapati bahawa amalan Qiamullail ini merupakan satu amalan yang tidak pernah diabaikan dalam apa jua keadaan sekalipun.  Oleh kerana itu sebagai umat Muhammad yang menjadikan Rasulullah  itu sebagai Qudwuh Hasanah, maka sudah sewajarnya kita perlu mengetahui apakah  jenis-jenis sembahyang malam, kelebihan-kelebihan dan kaedah-kaedahnya supaya kita dapat mengamalkannya dengan sempurna.  Amalan ini merupakan sebagai tamrin untuk membina insan yang bermoral, insan yang beristiqamah, insan kamil dan insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Firman allah s.w.t.:-
مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ            فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً طَيِّـبَة ً ج  وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ جْرَ  هـُمْ  بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ.    (النخل 97)
         Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.   (An-Nakh ayat 97)
         
      

4.. Fadhilat Qiamullail.

Keutamaan sembahyang malam itu berdasarkan perintah Allah s.w.t. sendiri kepada Rasulullah s.aw. agar melakukan sembahyang di waktu malam sebagaimana firmanNya:-

وَمِنَ اللـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلَة ً لـَكَ عـَسَ أ َنْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقـَامًا مَحْمُوْدًا. (الاسرأ اية: 79)
“Dan banagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semuga Tuhanmu membangkit dan menempatkan (pada hari Akhirat) di tempat yang terpuji”   (Al-Isra’ ayat 79.)

Perintah ini meskipun sifatnya khusus untuk Rasulullah s.aw., tetapi seluruh umat Islam termasuk di dalamnya kerana mereka itu dianjurkan untuk mencontohi Rasulullah s.a.w.   Dijelaskan oleh Allah bahawa orang-orang yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak dan  layak menerima kebaikan serta rahmatNya, sebagaiman firmanNya;-

إِنَّ الـْمُتـَّقِيْنَ فِىْ جَنـَّاتٍ وَعُيُوْنَ  آخِذِيْنَ مآ آتـَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كـَانُوْا قـَبْلَ ذَلـِكَ مُحْسِنِيْنَ,  كـَا نُوْا قـَلِيْلاً مِنَ اللـَّيْلِ مَـا يَهْجَعُوْنَ,
 وَبِالْا َ سْحَارِهُمْ يَسْتـَغْفـِرُوْنَ.  (الذاريات اية 18).

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga dan mata air-mata air terpancar daripadanya (keadaannya pula tidak bersikap sombong takbur).  Mereka selalu merenggangakan diri dari tempat tidur (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal solih), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka menderma bersedekah dari apa-apa yang Kami rezekikan kepada mereka.  Maka tiada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk  mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.”(Al-Zariat ayat 18)

5.. Orang Yang Berbakti Pada Allah.

Mereka yang berbakti kepada Allah distemiwakan oleh Allh s.w.t dari orang-orang yang tidak melakukannya sebagaimana firman Allahs.w.t. :-

أَمَّنْ هُوَ قـَانِتٌ آنَاءَ اللـَّيْلِ سَاجَدً وَقَاءِـمًا يَحْذُرُ الْآ خِرَةَ وَيَرْجُوْا رَحْمَةَ رَبِّهِ قـُلْ هَلْ يَسْتَوِى الـَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالـَّذِيْنَ لآ يَعْلَمُوْنَ اِنَّمَا يَتَذَكَّرُ ا ُولُوْا الْاَلـْبَابِ.   (الزمر: هية 9)
“Adakah orang yang berbakti pada Allah di waktu malam, bersujud serta berdiri dan takut pada seksa hari Akhirat dan mengharap rahmat Tuhannya itu akan sama dengan orang yang tidak demikian, katakanlah adakah sama orang yang mengerti dan orang yang tidak mengerti?  Sesunguhnya orang-orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan ini hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.                  (Al-Zumnat ayat 9)

Demikianlah beberapa ayat Al-Quran yang menghuraikan betapa besarnya keutamaan solat malan itu.  Dalam demikian Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda supaya kita melakukam solat malam iaitu:-

أَيُّهَا النـَّاسُ اَفـْشُوا السَّلَامَ, وَأَطـْعِمُوْا الطـَّعَامَ, وَصِلـُّوا الآرْحَامَ, وَصَلـُّوْا بِاللـَّيْلِ وَالنـَّاسُ نِيَامٌ, تـَدْخُلـُوْا الْجَنَّة َ بِسَلَامِ.
                              (رواه الحاكم وابن ماجه والترمزي)
“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, hubungilah semua kerabat, bersembahyanglah di waktu malam dikala orang-orang sedang tidur, pasti kamu semua akan masuk syurga dengan selamat sejahtera.   (HR Al-Hakim dan Ibnju Majah dan Termizi)

Sulaiman bin Farsi berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda”-

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهِ عَلَيْه ِوَسَلـَّمَ:- عَلـَيْكُمْ بِقِيَامِ اللـَّيْلِ فَإِنَّهُ
دَأْ ْبُ الصَّالِحِيْنَ قَبْـلـَكُم ْ,وَمَقْرَبَة ٌ لـَكُمْ اِلىَ رَبِّكُمْ, وَمَكْفِرَة ٌ لـِلسَّيَـءَـاتِ وَمَنْهَاة ٌ عـَنِ الْإِثـْمِ, وَمطـْرَدَة ٌ لِلـدَّاءِ عَنِ الـْجَسَدِ.

Salman Farsi berkata:- Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Kerjaknlah solat malam, sebab itu adalah kebiasaan orang-orang soleh dahulu sebelum daripada kamu, juga satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, juga sebagai penebus keburukan-keburukan kamu, pencegah dosa serta dapat menghilangkan penyakit dari bhadan.”

6..TERTIB  MENGERJAKAN  SOLAT-SOLAT MALAM.

Seseorang yang hendak melakukan solat malam itu disunatkan semasa hendak tidur hendaklah berniat bangun untuk bersembahyang.  Dari  Abu Darda  r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:-

Bermaksud: ”barangsiapa yang hendak tidur dan berniat hendak bangun bersembahyang malam, kemudian terlanjur terus tertidur hingga pagi, maka dicatatlah niatnya itu sebagai satu pahala, sedang tidurnya itu dianggap kurnia Tuhan yang diberikan padanya.” (Diriwayatkan oleh Nasa’i dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih).

Sebaik-baik solat itu dimulai dengan mengerjakan dua rakaat yang ringan (solat Tahajjud) dan selanjutnya bolehlah bersambubng sesuka hati. Rasulullah s.a.w.bersabda:

Bermaksud: ”Apabila salah seorang di antara kamu bangun hendak mengerjakan sembahyang malam hendaklah mulai dengan dua rakaat yang rngan”. (HR Bukhari dan Muslim)

Hendaklah membangunkan pula keluarganya untuk mengerjakan sembahyang malam. Sabda Rsulullah s.a.w:-

Bermaksud: ”Allah memberikan rahmat kepada seseorang lelaki yang bangun malam untuk bersembahyang malam lalu membangunkan pula isterinya dan apabila isterinya menolak lalu dipercikkan air di mukanya. Allah juga memberi rahmatNya kepada seseorang perempuan yang bangun malam untuk bersembahyang lalu membangunkan pula suaminya dan apabila suaminya itu menolak lalu dipercikkan air di mukanya.” (HR Abu Daud).



7.. WAKTU YANG PALING UTAMA.

Solat malam itu dapat dikerjakan di permulaan malam, pertengahan malam, atau di penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak.
Sebaik-baik waktu untuk melakukan solat malam itu ialah sepertiga malam yang akhir iaitu di antra jam 3.00 hingga jam 6.00 pagi.

        --------------------ooooooooooooooo-------------------------


               RANGKAIN SOLAT-SOLAT MALAM.

8..SOLAT  MALAM YANG PERTAMA – SOLAT SUNAT TAHAJJUD.

Solat Tahajjud bermaksud sembahyang selepas bangkit daripada tidur, lewat tengah malam dengan syarat setelah sembahyang Isyak, yang bertujuan  beribadat pada Allah s.w.t. seperti firannya:-

وَمِنَ اللـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلَة ً لـَكَ عـَسَ أ َنْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقـَامًا مَحْمُوْدًا. (الاسرأ اية: 79)
“Dan banagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang Tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semuga Tuhanmu membangkit dan menempatkan (pada hari Akhirat) di tempat yang terpuji”(Syurga)   (Al-Isra’ ayat 79.)
Sebelum memohon sesuatu hajat kepada Allah s.w.t. lebih utama hendaknya kita dahulukan dengan sembayang Tahajjud kerana sebaik-baik amalan di sisi Allah ialah sembahyang Tahajjud, dan Tahajjud ini selalu dikerjakan oleh  Rasulullah s.a.w. di sepanjang hayatnya.

Kelebihan sembahyang Tahajjud adalah sebaik-baik  sembahyang sunat selepas sembahyabg fardhu.  Sabda Rasulullah:-

Bermaksud: “Sembahyang dua rakaat (Tahajjud)  yang diperbuat oleh seseorang hamba Allah di tengah malam yang akhir itu lebih baik baginya daripada dunia dan segala isi yang  ada di dalamnya” (HR Saidina Omar Ibn Al-Khattab)

Hadis riwayat daripada Saidina Omar Al-Khattab dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda Baginda bermakasud:

“Barangsiapa sembahyang waktu tengah malam (Tahajjud) serta memelihara sembahyangnya itu Allah s.w.t. akan memberikan dia sembilan macam kemuliaan, lima di dunia dan empat di akhirat:-

     Lima macam di dunia.

a.     Allah akan pelihara dirinya daripada segala penyakit.
b.     Dinampakkan pada mukanya tanda-tanda sebagai orang yang taat kepada Allah.
c.      Ia dicintai di hati orang-orang mukmin dan sekalian manusia.
d.     Lidahnya amat berhikmat (tidak ada sebarang perkataan terlarang).
e.      Ia dijadikan orang yang bijaksana dengan dikurniakan akal fikiran yang waras.
 
 (Empat macam dikhirat).

f.       Dibangkitkan daripada kubur nanti dengan wajahnya yang putih bersih.
g.     Diringankan hisabya (dosanya)
h.     Dipermudahkan meniti (titian)  Sirat ( seperti kilat)
i.       Diberi buku amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak.

   9..  Cara melaksanakan Sembahyang Tahajjud.
  
a.         Sembahyang Tahajjud itu sekurang-kurangnya dua rakaat atau lebih dengan tiap-tiap dua rakaat satu salam. Lafaznya ialah:

أُ ُصَلىِّ سُـنَّـة َ الــتـَّهَجـُّدِ رَكـَعَتـَيْنِ للهِ تـَعَالىَ. اللهُ اَكْبَرُ.
               “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud sdua rakaat kerana Allah
                  Taala”  
b.        Rakaat pertama selepas Fatihah dibaca surah ”Al-Kafirun” dam rakaat kedua selepas Fatihah dibaca surah ”Al-Ikhlas”
c.         Sebaik-baiknya jika mampu dibuat lapan rakaat dengan tiap-tiap dua rakaat satu salam.
d.        Selepas meberi salam bacalah doa berikut:-


دُعـَاء ْسـُنـَّة َالتـَّهـَجـُّدِ.

بِسْمِ اللهِ الـرَّحْمَنِ الـرَّحِيْمِ.

اَللَّهُمَّ لَـكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُالسَّمَوَاتِ وَالْأ َرْضِ وَمَنْ
فِيْهِمْ, وِلَـكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِـكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَ َرْضِ
وَمَنْ فِيْهِنْ, وَلَـكَ الْحَمْد أ َنْتَ قَيُّوْمُ السَّمَوَاتِ
 وَالْأ َرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ, وَلَكَ الـْحَمْدُ أ َنْتَ الْحَقُّ,
وَوَعْدُكَ الـْحَقُّ,وَلِقَاءُوْكَ الـْحَقُّ, وَالـْجَنَّةُ حَقُّ,
 وَالنَّارُحَقُّ, وَالسَّا عَةُحَقُّ, وَالنـَّبِيُّوْنَ حَقُّ,
وَمُحَمَّدٌ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلـَّمَ حـَقُّ.

اَللَّهُمَّ لَكَ أ َسْلَمْتُ, وَبِك آمَنْتُ, وَعَلَيْكَ تـَوَكَّلْتُ,
 وَإ ِليْكَ أ أ َنَبْتُ, وَبِكَ خَاصَمْتُ, وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ, فَاغْفِرْلِيْ مَا
قَدَّ مْتُ وَمَا أ َخَّرْتُ, وَمَا أ َسْرَرْتُ, وَمَا أ َعْلـَنْتُ,
أ َنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأ َنْتَ الـْمُؤَ خِّرُ, لآ إِلـَهَ إلا َّ أ َنتَ
 وَلآ إِلَـهَ غَيْرُكَ, وَلآ حَوْلَ ولآ قُـوَّةَ إ ِلا َّ بِاللهِ.
لآ أله إلا َّ أ َنْتَ سُبْحَا نَكَ اللـَّهُمَّ وَبِحَمْدُكَ أ َ سْتـَغْفِرْكَ لِذَ َنبي وَ أ َسْاءَلـُـكَ رَحْمَتكَ. اَللـَّهُمَّ زِدْن ِ علمـًا وَلآ تـُزِغْ قَلْبِيْ بَعْدَ إِذْ هَد َيْتَنِيْ وَهَبْلِيْ مِنْ لـَّدُنْكَ رَحْمَةً إ ِنـَّكَ الْوَهَّابُ.
Maksudnya: “Ya Allah bagi Mu jua segala pujian, Dikaulah cahaya langit dan bumi dan segala isinya.  Dan bagi Mu jua segala pujian, Engkaulah raja yang menguasai langit dan bumi dan segala isinya.Dan bagi Mu jua segala pujian, Engkau pencipta langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagiMu jua segala pujian,Engkau Tuhan yang hak (benar), dan janjiMu itu adalah benar, dan berjumpa denganMu kelak adalah benar, kata-kataMu itu benar, syurgaMu itu benar, nerakaMu itu benar, hari qiamat itu adalah benar, Nabi-nabiMu adalah benar dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar.

Ya Allah kepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku beriman dan ke atasMu aku bertakwakal (brerserah) dan ke tempatMu aku akan kembali, Engkaulah yang aku rindu dan kepadaMu aku berhukum, maka ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, dosa yang aku sembunyikan dan yang aku dedahkan dan Dikaulah yang terdahulu dan yang terkemudian, tiada Tuhan melainkan Engkau dan tidak ada daya dan kekuatan melankan daripada Allah.


                     -----------------oooooooooo-------------------


9.. SOLAT  MALAM YANG  KEDUA – SOLAT SUNAT TASBIH (57)


a.     Sembahyang sunat Tasbih adalah diantara sembahyang sunat yang amat digalakkan oleh agama, yaitu 4 rakaat. Barangsiapa yang mengerjakannya akan diampun Allah s.w.t. segala dosanya yang berlalu dan yang akan datang.

b.     Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud; “Kerjakanlah sembahyang Tasbih itu pada sehari sekali, ataupun pada setiap Jumaat sekali, ataupun pada sebulan sekali, ataupun pada setahun sekali ataupun seumur hidup sekali.”

c.      Para ulama berkata; “ Sembahyang tasbih itu mujrab untuk menghasilkan setiap hajat yang penting.  Jika dikerjakan pada waktu malam hendaklah dikerjakan dengan dua rakaat satu salam dan dua rakaat lagi satu salam.

d.     Cara-cara melakukan solat Tasbih.
             Lafaz niatnya:

  أُصَلىِّ سُنَّةَ التـَّسْـبِـيْح ِ رَكَعَتَيْـنِ للهِ تَعَالىَ.الله اكبر.
   “Sahaja aku sembahyang  sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Taala”


e.      Selepas sahaja membaca doa iftitah bacalah al-Fatihah.
f.       Selepas al-Fatihah  dibaca Surah  ad-Duha dan selepas itu  bacalah Tasbih seperti berikut sebanyak 15 kali: -

سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.
             “Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tiada daya dan 
              tiada kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah yang
                                  Maha Tinggi dan Maha Agung”

g.     Selesai baca tasbih 15 kali itu, kemudian Ruku’dan baca
سُبْحَانَ رَبِّيَ الـْعَظِيْم ِ وَبِحَمْدِهِ.   3 كالي.
Selepas itu dalam masa ruku’ itu bacalah 10 kali tasbih.

سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.

h.     Kamudian bangun dari ruku’ dan iktidal,(iaitu kembali berdiri dari ruku’), tunggu jangan turun sujud lagi, dan dalam masa berdiri itu bacalah tasbih seperti tadi 10 kali.
سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.

i.       Setelah selesai baca tasbih 10 kali  baru terus sujud dan dalam masa sujud itu bacalah – سُبْحَانَ رَبِّيَ الْآعْلىَ وَبِحَمْدِهِ. 3 كالي
Dan selepas itu dalam masa sujud itu bacalah tasbih  10 kali.
سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.

j.       Selesai baca tasbih  10 kali  itu bangun duduk antara dua sujud dan bacalah:-
رَبِّ اغـْفِرْلِىْ وَارْحَمْنِىْ وَاجْبُرْنِىْ وَارْفَعْنِىْ وَارْزُقـْنِيْ
وَاهْدِنِىْ وَعَافِنِىْ وَاعْفُ عَنِّىْ.
Selepas itu dalam masa duduk antara dua sujud itu bacalah tasbih 10 kali:
سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.

k.     Selepas itu sujud kali kedua dan masa sujud itu bacalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْآعْلىَ وَبِحَمْدِهِ. 3 كالي
Dan selepas itu dalam masa sujud itu bacalah tasbih 10 kali:
سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.
l.       Dan selepas itu bangun duduk antara dua sujud, dan jangan bangkit lagi kerana saemasa duduk itu hendaklah baca 10 kali lagi tasbih.

سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.

Maka setelah selesai bacaan tasbih itu barulah bangun untuk menunaikan rakaat kedua solat tasbih.

m.  Sekarang Untuk mengerjakan rakaat kedua solat tasbih itu. Bacalah Fatihah dan selepas itu bacalah surah Syyarah الم نشرح لـك صدرك:...
Dan selepas itu bacalah  tasbih 15 kali:.
سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.

n.     Kemudian ruku’ dan bacalah seperti dalam ruku’  di atas dengan 10 kali tasbih.
o.     Kemudian berdiri iktidal dan bacalah  10 kali tasbih.
p.    Selepas itu sujud dan bacalah dalam sujud seperti di atas  dan baca 10 kali tasbih:
سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.

      r. Kemudian duduk antara dua sujud dan baca seperti di atas dan bacalah
10 kali tasbih.

     s. Selepas itu sujud dan bacalah dalam masa sujud itu seperti di atas dan
        bacalah 10 kali tasbih.

t.       Kemudian bangkit dari sujud dan duduk ”tahyat”. Sebelum membaca ”tahyat” bacalah 10 kali tasbih. Kemudian barulah baca ‘tahyat’.

u.     Apabila selesai membaca ’tahyat’ dan sebelum memberi salam bacalah 10 kali tasbih.   Selepas itu baru memberi salam.

v.     Maka selesailah dua rakaat solat tasbih.

w.   Kemudian ulangi lagi dua rakaat solat tasbih, kerana kita memerlukan dibuat empat rakaat, yang dikerjakan di waktu malam selepas Isyak, dikerjkan seperti yang dua rakaat tadi. Tetapi bacaan ayat selepas Fatihah rakaat hanya di baca surah yang pendek iaitu Surah Al-Kausar
إِنـَّا أَ َعْطَيْنـَكَ الـْكَوْثـَرَ.
      Manakala pada rakaat kedua selepas fatihah dibaca Surah An-Nashr
اِذَا جَــآ ءَنَصْرُ ا للهِ وَالـْفـَتْحُ.
                       
x.     Jika kita mengerjakan di waktu siang hari iaitu selepas waktu Dzuhur maka kita memerlukan melakukan empat rakaat sekali gus dengan satu salam sahaja.

y.     Doa bagi solat tasbih adalah seperti bderikiut:




دُعـَأ ْ سـُنـَّةَ الـَّتسـْبـِيحِ.

بــــِسْمِ الله ِالـرَّحـْمـَنِ الـرَّحــِيـْمِ.

آلـْحـَمـْدُ للهِ رَبِّ الـْعـَلـَمـيْنَ حـَمـْدًا يـُوَافِى نـِعـَمـَه ُوَيُكَـافِىءُ مـَذِ يـْدَة ُ . يـَا رَبـَّنـَا لـَكَ الـْحـَمـْد ُ كـَمـَا يَنْبَغِىْ لِجَلَا وَجْهِكَ وَعَظِيْم سُلْطَا نِكَ.

          
ياَ اللهُ يَا رَحْمَنُ يَا رَحِيْمُ يَا حَيُّ يَا قـَيُّوْمُ يِاذَا الـْجَلَالِ وَالْإ ِكْرَام ِ.  اَللَّهُمَ إِنَّا نَسْـأ َلـُكَ تَوْفِيْقَ أ َهْلِ الْهُدَى, وَأ َعْمَالِ أ َهْلِ الـْيَقِنِ, وَمُنَا صَحَة َ أ َهْلِ التَّوْبَةِ, وَعَزْمَ اَهْلِ الصَّبْرِ, وَوَجْلَ أ َهْلِ الـْخَشْيَةِ, وَطَلـْبَ أ َهْلِ الرَّغْبَةِ, وَتَعُدَّ أ َهْلِ الـْوَرَعِ وَعُرْفَانَ أ َهْلِ الـْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ.اَللـَّهُمَّ إِنّا نَسْأ َلـُكَ مَخَا فَـة ً تَحْجِزُنَا عَنْ مَعَا صِيْكَ حَتـَّى نَعْمَلَ بِطَا عَتــِكَ, وَنَسْتـَحِقَّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتـَّى نُنَاصِحَكَ فَيْ التـَّوْبَةِ, وَخَوْ فـًا مِنْكَ حَتـَّى نَخْلِصَ لـَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتـَّى نَتـَوَكـَّلَ عَلـَيْكَ فـِي الْأ ُمُوْرِ كـُلـَّهَا وَحَتـَّى نـَكُوْنَ نُحْسِنُ الظنَّ بِكَ سُبْحَانَ خَالِقُ النـُّوْرِ.

“Segala jenis kepujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, pujian yang melengkapi segala nikmatnya, dan membalas segala limpah kurniaNya, Ya Allah wahai Tuhan kami, untukMu jua segala pujian sebagaimana yang sayugianya lagi sesuai dengan kebesaran zat dan kebesaran kerajaanMu.”

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim yang tetap hidup dan kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk yang mempunyai keagungan dan kemuliaan.  Ya Allah aku bermohon dariMu taufiq seperti golongan yang mendapat pertunjuk, ibadat golongan yang yakin, ketulusan golongan yang bertaubat, keazaman golongan yang sabar, kewaspadaan golongan yang takut, pengharapan golongan yang tekun, peribadatan golongan  yang warak, kebijaksanaan golongan yang berilmu, sehingga kami menjadi takut kepada Mu.”
”Ya Allah aku bermohon dariMu sifat takut yang akan menjadi benteng dari berbuat maksiat kepadaMu sehingga kami dapat berilmu dengan penuh ketaatan dan mendapat keredaan denganNya, dan ketulusan di dalam bertaubat kepada Mu, dan kami bermohon dariMu sifat gerun sehingga  kami menjadi ikhlas di dalam memberi nasihat terhadap Mu dan sehingga  kami bertawakal  kepada Mu di dalam setiap urusan dan mempunyai sangka baik terhadapMu yang Maha suci pencipta cahayanya.”

                          -------------------oooooooooooooo-------------------

10.. SOLAT MALAM YANMG KETIGA –SOLAT SUNAT TAUBAT.

Cara-cara Melakukan Solat taubat

a.     Solat Taubat dilakukan sebanyak dua rakaat atau tidak terbatas, dikerjakan setiap dua rakaat dengan satu salam. Waktu mengerjakannya selepas solat Maghrib atau selepas solat Isyak, pada waktu tengah malam di antara jam 3.00 hingga 5.00 pagi, atau pada bila-bila masa  yang lapang.


      b.    Lafaznya niatnya:-

أُصَلىِّ سُنَّةَ الـْتَوْبَةِ رَكْعـَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى.

”Sahaja aku solat Sunat Taubat,dua rakaat kerana Allah Taala.”


c..  Pada rakaat pertama membaca surah Al-Fatihah, kemudian membaca surah-surah pendek seperti “Qul ya “ قـُلْ يَا أَيُّهَا الْكَـفِرُوْنَ   sebanyak 3 atau 11 kali.


       d.  Pada rakaat kedua selepas membaca surah Fatihah, kemudian membaca surah    

            Al-Ikhlas  (قـُلْ هـُوَ اللهُ اَحـَدُ  ) sebanyak 11 kali

 e.  Semasa sujud akhir pada rakaat kedua hendaklah membaca tasbih ini, beberapa kali, jika mampu bacalah 40 kali.


لأِالَهَ اِلأَّ اَنْتَ سُبْحَانـَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau sesunguhnya aku termasuk daripada orang-orang yang aniaya (zalim)

  

      Selepas itu berdoalah dengan Doa taubat. (Jika tidak tahu baca tulisan Arab bacalah dengan Bahasa Melayu sahaja) seperti di bawah ini:





     





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.

تُبْنَا إِلىَ اللهِ ,تُبْنَا إِلىَ اللهِ, تُبْنَا إلِىَ اللهِ, وَرَجَعْنَا إِلىَ اللهِ, وَرَجَعْنَا إِلىَ اللهِ, وِنَدِمْنَا عَلىَ مَا فَعَلْنَا, وَعَذَمْنَا أَنْ لَا نَعُوْدَلِذَنْبِ أَبَدًا, وَنَحْنُ بِرِبْـءُـوْ  مِنْ كُلِّ دِيْن ٍ يُخَالِفُ دِيْنَ الْاِسْلَام ِ,
وَتَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهِ إِلَا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَتَشْهَدُ أَنَّ سَيْدِنَا مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ صَل َللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, رِضِيْنَا بِا  للهِ رَبًّاوَبِالْاِسْلَامِ دِيْنًا وَبِسَيِّدِنَا مُحَمَّدً صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ نَبِيًّاوَرَسُوْلًا,   اَللَّهُمَّ صَلىِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلـِّمْ تَسْلِيْمًا وَكُنْ بِنَا وَبِالْمُوءْمِنِيْنَ رَءُوْفـًا رَحِيْمًا اَللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبِتَنـَا فِى الْأُمُوْرِ كُلَّهَا, وَأَجِرْ نَا مِنْ خِزْي الدُّنْيَا وَعَذَابِ ألْآَخِرَةِ.  اَللَّهُمَّ إِنَا نَسْأ َلـُكَ رِضَا كَ وَالْجَنَّة َ,  وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اَللَّهُمَّ لَاتُسَلِّطْ عـَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُ وَلَا يَرْحَمْنَا.  اَللَّهُمَّ اجْعـَلْ خَيْرَ أيَّـا مِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ وَأَنْتَ رَاض ٍ عَنـَّا, وَاخْتِمْ بِا صَّا لِحَاتِ أَعْمَا لَنَا وتَوَفَّنَا مُسْلِمِيْنَ وَأَلَـْحِقْنَا بِا لصَّا لِحِيْنَ, وَغـْفِرِ لَنَا وَلـِوَالِدَ يْنَا وَلِمَشَا ءِخـِنَا يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْن.
Maksudnya :-

Kami bertaubat kepada Allah , kami bertaubat kepada Allah,kami bertaubat kepada
Allah, kami kembali kepada Allah,kami kembali kepada Allah. Kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa  itu selama-lamanya, kami tidak  mengakui selain daripada agama Islam dan kami naik saksi bahawa tidak Tuhan  yang di sembah dengan sebenar-benarnya  melainkan Allah dan kami naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu  adalah pesuruh Allah.  Kami redaha Allah itu  sebagai Tuhan  yang disembah ,Islam itu sebagai agama  yang dianuti, dan  Nabi Muhammad s.a.w.  Itu sebagai Nabi dan Rasul.  Ya Allah selawat dan sejahtera- kanlah ke atas junjungan kami Nabi  Muhammad s.a.w. para keluarganya  para sahabat-sahabanya  sekalian dan belas kasehanlah kami dan orang-orang mukmi.


               Ya Allah ya Tuhan kami, baikilah kesudahan segala pekerjaan  kami, dan lepaskan kami dari pada kehinaan dunia dan azab akhirat,  Wahai Tuhan kami, sesungguhnya  kami memohon  kepadaMu keredaan dan syurgaMu, Dan kami berlindung pada Mu daripada kemurkaan dan balasan api neraka.  Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah orang-orang yang tidak takutkan Engkau dan orang-orang yang tidak kasihkan kami  menguasai kami disebabkan oleh dosa-dosa kami.

         Wahai Tuhan kami, jadikanlah sebaik-baik hari kami ialah hari menemuiMu di mana Engkau redha akan kami, dan sudahkan amalan-amalan  kami dengan yang baik-baik, dan matikan kami dalam keadaan Islam dan himpunkan kami dengan orang-orang yang soleh, ampunlah dosa  Kami, kedua ibu bapa kami, dan guru-guru kami.  Ya Allah Engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada  segala yang mengasihani.
                                    
                                   -------------ooooooooooooo-------------


11.. SOLAT MALAM YANG KEEMPAT – SOLAT SUNAT  HAJAT (89)

a.     Solat hajat dikerjakan dua rakaat (satu salam) atau sehingga 12 rakaat dalam enam salam.(tiap-tiap 2 rakaat satu salam)

b.     Waktunya siang atau malam, terutamanya di antara jam 2.30 hingga 4.30 pagi, apabila ada satu-satu hajat yang baik untuk dipohonkan kepada Allah s.w.t.


c.      Kafiat megerjakan solat hajat yang ringkas ialah seperti sembahyang biasa juga, tetapi bacaan seleps Fatihah di rakaat pertama ialah 11 kali Surat Al-Kafirun. (قل يا أيها الكفرون  (Dan dalam  rakaat kedua selepas Fatihah di baca 11 kai Surah Al-Ikhlas   قل هوالله احد ....…..)


d.     Selepas memberi salam kita sujud lagi dan pada kali ini hendaklah dibaca dalam sejud itu :


·          اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد.(3كالي)
·          سبحان الله والحمد لله إله إلا الله والله اكبر. (10 كالي)
·          ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار.(10 كالي)

     e.  Selepas bangun dari sujud terus berdoa seperti di bawah ini, dan dalam doa itu mohonlah pada Allah s.w.t. dengan hati yang lapang dan dengan khusyuk segala apa-apa yang dihajatinya.   Maka   selesailah  sembahyang hajatnya itu. Jika tidak boleh berdoa dalam bahas Arab maka bacalah dalam bahasa Melayu pun boleh.


دعا سنة الحاجة.

بِسْمِ اللهِ الـرَّحْمَنِ الـرَّحِيْمِ.

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ وَالصَّلآةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ أ َشْرَفِ الْا َنْبِيَاءِ وَالـْمُرْ سَلِيْنَ, وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أ َجْمَعِيْنَ. أللهم إنَّكَ تَعْلَمُ سِرِّيْ وَعَلَا نِيَتِيْ, فَاقْبَلْ مَعْذِرَتِيْ, وَاٌقْضِ حَاجَتِيْ, وَاعْطِنِيْ سُؤ َاِلىَ فَاِنَّكَ تـَعْلـَمُ مَا فِيْ نَفْسِيْ فِى الد ِّيْنِ وَالد ُّنْيَاوَالْآ خِرَةِ, آ مِيْنَ يَا رَبَّ الـْعَالـَمِيْنَ.
لآ إلـهَ إلا َّ اللهُ الـْحَلِيْمُ الـْكَرِيْمُ, سُبْحَانَ ا اللهِ رَبِّ الـْعَرْشِ الـْعَظِيْم ِ. اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ , اَللَّهُمَّ إِنِّىْ أ َسْأ َلـُـُكَ مُوْ جِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَاءِـمَ مَغـْفِرَتِكَ وَالـْعِصْمَة َ مِنْ كُلِّ ذَنـءبٍ, وَالـْغَنِيْمَة َ مِنْ كُلِّ بِـرٍّ وَالسَّلامَة َ مِنْ كُلِّ إِثـْـم ٍ وَالـْفَوْزَ بِالـْجَنَّةِ, وَالنَجَاةِ مِنَ النـَّارِ, لآ تـَدَع ْ لِىْ ذنبًا إِلا َّ غَفَرْتَه ُ, وَلآ هَـمًّا إِلَّا فَرَجْتَه ُ, وَلاَ حَاجَة ً هِيَ لـَكَ رِضَا إِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا إِرْحَمَ الـَّراحِمِيْنَ.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأ َلـُكَ وَنَتَوَجَّهُ إِلـَـيْكَ بِنَبِيـِّكَ مُحَمَّد ٍ نَبِيِّ الـرَّحْمَة ِ, يـَا نَبِيِّنـَا, يـَا مُحَمَّـد ُ,صَلـَوَتُ اللهِ وَسَلَامُهُ عَلـَيْكَ, إِنَّـا نَتَوَجَّهُ بِكَ إِلىَ رَبَّنـَا فِىْ قَضَاء ِ حـَاجَـتِـنـَا  (سبوتله اف يغ حاجتي)...........................................
......................................................................................
آللـَّهـُمَّ فـَشـَفـِّع ْ نـَبـِيـِّكَ  مُحَمَّـدًا صَلَّى اللهُ عـَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ فِىْ
ذَ َلـِكَ وَاغـْفـِرْلـَنـَا حُوبـَنـَا وَخَطـَا يـَانـَا أ َنـْتَ رَبُّ الْعـَالـَمـِيـْنَ,  يـَا عــَزِيزُ يَـا رَحـِيمُ, يـَا عـَزِيـْزُ يـَا وَهـَّابُ, يـَا لـَطـِيـْفُ يـَا عـَلـِيـْمُ, يـَا خـَبـِيـْرُ, وصَلَّى الله ُعـَلَى سـِّيدِ نـَا مُحَمَّـدٍ وَعـَلَى آلـِهِ وَصَحـْبِـهِ أجـْمَعـِيـْنَ, وَالْحَمْـدُ لله ِرَبِّ الـْـعَالَمِيْنَ.
“Segala puji bagi Allah,Tuhan Penguasa sekalian alam, selawat dan salam ke atas Para Nabi dan Rasul, ahil-ahlinya serta sahabat-sahabatnya.  
Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tersembunyi di dalama diriku dan apa yang nyata, terimalah keuzuranku ini dan perkenankan hajatku, berilah apa yang ku pinta sesungghunya Engkau (Allah) Maha Mengetahui akan apa yang terkandung di dalam diriku mengenai perkara agama, dunia dan akhirat, perkenankanlah permohonanku ini, wahai Tuhan Penguasa alam semesta.
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenanr-benarnya melainkan Allah yang maha Lemah lembut dan Maha Pemurah.  Maha suci Allah pemerintah kerajaan yang maha besar, segala puji khusus bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Ya Allah wahai Tuhan kami, aku bermohon kepadaMu akan segala  sebab yang boleh mendorong mendapatkan rahmatMu, dan kepastian mendapat keampunanMu, dan terpelihara daripada segala dosa, beruntung mendapat pahala, terselamat daripada api neraka.  Ya Allah, jangan tinggalkan kepada ku walau satu dosa pun kecuali Engkau ampunkan, tiada tertimpa walau suatu kesusahan melainkan Engkau lepaskan, tiada dihinggapi oleh sesuatu beban hutang melainkan Engkau jelaskan, tiada timbul sesuatu hajat mengenai dunia dan akhirat melainkan Engkau tunaikan hajat it, Ya Allah Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Ya AllahTuhan kami, bahawa sesungguhnya kami memohon dan berharap kepadaMu dengan Nabi Muhammad, Nabi pemberi rahmat, wahai junjungan kami,wahai Muhammad segala rahmat dan sejahtera ker atasmu, kami berharap dengan mu kepada Tuhan kami semoga berhasil hajat kami,
(sebutkan hajat)……………………………………………………..
Ya Allah syafaati Nabi Muhammad s.a.w. dalam perkara yang tersebut, ampunkan dosa besar dan dosa kecil kami, Engkau adalah Tuhan segala yang baik-baik, Tuhan yang Maha Gagah, Tuhan yang Maha Mengetahui, Maha Gagah lagi Maha Pengurnia, Lemah Lembut lagi Maha  Bijaksana, rahmat sejahtrera mudah-mudahan dicucuri rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.  Segala puji bagi Allah,Tuhan pentadbir sekalian alam. Amin.

                    -----------------oooooooooooo---------------------

12..  SOLAT MALAM  YANG KELIMA – SOLAT WITIR.

Solat Witir merupakan penutup sembahyang-sembahyang malam,  kebiasaannya dilakukan tiga rakaat dengan dua salam sahja. Mengikut pendapat Imam Shafie sembahyang Witir ini dikerjakan sekurang-kurangnya satu rakaat dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat.  Walau berapa pun rakaat yang dilakukan tetapi yang disebut Witir itu ialah satu rakaat ganjil yang trerpisah, bermaksud kerja yang terakhir itu dibuat untuk satu rakaat sbagai sesudahya.
Faedah sembahyang Witir ini ialah memohon Iman yang  tetap, hati yang khusyuk, ilmu yang bermanafaat, dapat melaksanakan amalan yang salih, diberi kebaikan yang melimpah-limpah, keampunan dan kesihatan yang sempurna dan diberi rezeki yang cukup hingga tidak meminta-minta pada orang lain.
 Cara mengerjakan sembahyang Witir ini ialah bermula dengan:-
       * Lafaznya niatnya:
أُ ُصَلـِّى سُنـَّةَ الـْوِتـْرِ رَكْعَتـَيْنِ للهِ تَعَالـَى , اللهُ اَكْبَرُ.
”Sahaja aku sembahyang sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala”
·           Selepas membaca al-Fatihah kata Saidina ’Ali  ”Boleh engkau membaca surah sesuka hatimu, tetapi disunatkan apabila berwitir tiga rakaat, rakaat pertama hendakklah membaca
 سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ اْلاَاعْلىَ .....  kerana Rasulullah s.a.w. membacanya dalam rakaat pertama (bagi dua rakat pertama).”
·           Bagi rakaat kedua (bagi dua rakaat pertama) Baginda membaca:
قـل يــآ اَيُّهَـا الـْكـَافـِرُوْنَ...
·           Selepas selesai dua rakaat itu disambungkan lagi dengan sembahyang Witir satu rakaat. Lafaz niatnya ialah:
اُصَلىِّ سُنَّة َ الـْوِتْرِ رَكَعـَة ً للهِ تَعَالىَ, اللهُ اَكـْبَرُ.
“Sahaja aku sembahyang  sunat Witir satu rakaat keranaAllah Taala”

·           Dan dalam rakaat yang ganjil satu rakaat berasingan akhir itu
Bacalah surah-surah berikut:-
قـُلْ هـُوَ اللهُ اَحَدٌ...
قـُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّ الـْفـَلـَقِ..
قـُلُ اَعُوْذُ بِرَبِّ النـَّاسِ
* Kemudian berdoalah bagi sembahyangWitrir itu seperti berikut:-
دعاء صلاة الوتر

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ وَالصَّلآةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ أ َشْرَفِ الْاَنـْبِيَاءِ وَالـْمُرْ سَلِيْنَ, وَعَلىَ آلـِهِ وَصَحْبِهِ أ َجْمَعشيْنَ.
اَللـَّهُمَّ إِنَّـا نَسْأ َلـُكَ إِيْمَانـًا دَإ ِيْمًـا,وَنَسْـأ َلـُكَ قـَلـْبًا خَاشِعًا,وَنَسْأ َلـُكَ عِلـْمًا نَافِعًا,وَنَـسْأ َلـُكَ يَقِيْنـًا صَادِقـًا, وَنَسْأ َلـُكَ عَملا ً صَاـِلحًا
وَنَسْأ َلـُكَ دِيْنـًا قَيِّمًا, وَنَسْـأ َلـُكَ خَيْرًا كَثـِيْرًا, وَنسْـأ َلـُكَ الـْعـَفـْوَ
وَالـْعَافِيَة َ, وَنَسْـأ َلـُكَ الشُّكْرَ عَلىَ الـْعَافِيَةِ, وَنَسْـأ َلـُكَ الـْغِنَاءَ عَنِ النَّاسِ.
اَللـَّهُمَّ رَبَّنَا تـَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَرُكُوْعَنَا وَسُجُوْدَنَا وَتـَخـُشـُّعـَنـَا وَتَضُّرعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتـَمـِّمْ  تـَقْصِيْرُنَcا يَاَ اَللهُ يَا اَلله يَا اَللهُ يَا اَللهُ يَا اَللهُ يَاأ َرْحَمَ الرَّا حـِمـِيـْنَ,َ وَصَلىَ الله
عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ أَلـِهِ وَصَحْبِهِ أ َجْمَعِيْنَ, وَالـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ.
Maksudnya:  “Ya Allah Tuhan kami, kami memohon kepada Mu iman yang tetap, hati yang khusyuk, ilmu yang bermanafaat, keyakinan yang sebenar, dapat melaksanakan amal yang salih, tetap di dalam agama Islam, diberi kebaikan yang melimpah-limpah, keampunan dan kesihatan yang sempurna, dapat mensyukuri atas kesihatan kami, diberikan kecukupan hingga tidak meminta-minta kepada orang lain.
Ya Allah Tuhan kami, terimalah sembahyang kami, puasa kami, rukuk kami, sujud kami, khusyuk kami, khuduk kami, pengabdian kami dan sempurnakanlah segala kekurangan kami Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya  Allah,  Engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Perlu di ingat bahawa Sembahyang Witir itu hanya sekali sahaja  boleh dikerjakan dalam satu malam, seumpama telah dikerjakan selepas sembahyangt Tarawikh maka tidak  boleh dilakukan lagi selepas itu di malam itu. Dalilnya hadis riwayat Abu Daud r.a. “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada dua kali sembahyang witir dalam satu malam”


Penutup.
Marilah kita beramal soleh dengan mengerjakan suruhan Allah s.w.t. termasuk segala yang sunat-sunat dan hidup dengan berakhlak yang mulia serta meninggalkan segala laranganNya termasuklah berakhlak yang tercela dan jangan menyengutukan Allah s.w.t. untuk kita mendapat rahmat dan hidup dengan baik beroleh  pahala yang banyak.
مَنْ عَمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنْثَ وَهُوَ مُوء ْمِنٌ فـَلَــَنَحْـيِـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً طَيِّـبَة ً ج  وَلَـنَجْـز ِيَنَّـهُمْ اَحْسَن ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ. (النخل 97)

“Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.” (An-Nakhl  ayat 97)

Allah s.w.t telah menyempurnakan Agama Islam bagi kita. Firman Allah:

         ا َلـْيـَوْم َ أ َكـْمـَلـْتُ لـَكـُمْ د ِيـْنـَكـُمْ  وَا َتـْمـَمْتُ عـَلـَيـْكـُمْ نـِعـْمـَتِى وَوَضَيـْتُ
لـَكـُمُ الْإ ِسـْلـَمَ د ِينـًا                      (المأيده  3)

Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu  agama kamu dan Aku menyempurnakan ke atas kamu nikmat Ku dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama..(Al-Maidah ayat 3)
                          -----------------oooooooooooo-------------           
                      


                                     
HJ. CHE DAN BIN AHMAD
PERMATANG   PASIR,  BANDAR  BAHARU,
KEDAH,  DARUL  AMAN.



QIAMULLAIL

( SOLAT  MALAM )



CARA-CARA
 DAN
PERATURANNYA.


















No comments:

Post a Comment