Imam sujud sahwi makmum tak tahuAndaikata Imam tertinggal sesatu rukun solat yang menyebabkan dia sujud sahwi, tetapi Makmum sudah tertunggu-tunggu hendak memberi salam, maka wajibkah Makmum turut sujud sahwi mengikut Imam walaupun Makmum tidak ketahui apa salahnya?
Jawapan.
Makmum wajib mengikuti apa yang diperbuat oleh Imam. Dalam hal ini wajib Makmum mengikuti Imam melakukan sujud sahwi, walaupun Makmum tidak mengetahui apa yuang menjadi sebab Imam sujud sahwi, kerana mutaba’ah. Dalilnya menurut dalam syarah Ghayatul-Bayan seperti berikut:-
Jawapan.
Makmum wajib mengikuti apa yang diperbuat oleh Imam. Dalam hal ini wajib Makmum mengikuti Imam melakukan sujud sahwi, walaupun Makmum tidak mengetahui apa yuang menjadi sebab Imam sujud sahwi, kerana mutaba’ah. Dalilnya menurut dalam syarah Ghayatul-Bayan seperti berikut:-
فَأِنْ سَجَدَ إِمَامُهُ لَزِمَهُ مُتَا بَعَتُهُ فَأِنْ تَرَكَهَا عَامِدًا عَالِمًا بِا لتَّحْرِيْمِ بَطَلَتْ صَلَاُتُهُ.
“Kalau sujud sahwi imamnya, lazimnya bagi makmum mengikutinya. Maka jika makmum meninggalkan ikut imam dengan sengaja, lagi tahu dengan haramnya,batallah sembahyangnya itu.
”(Kitab Ghayatul Bayan Halaman 120).
Apa jadi jika Sejadah bersih lantai tidak bersih
Salah satu syarat sah sembahyang ialah kebersihan tempat sembahyang. Apakah yang dimaksudkan tempat sembahyang. Apakah lantai dimana sejadah itu dihampar juga harus bersih. Bagaimana kalau sejadahnya bersih sedangkan lantainya mungkin tidak bersih?
Jawapan.
Yang dimaksud tempat sembahyang, adalah tempat yang bertemu atau bersentuhan dengan badan atau pakaiannya orang yang bersembahyang. Di waktu berdiri, adalah tempat dimana kedua tapak kaki diletakkan. Di waktu duduk dimana kain dan bahagian badan diletakkan. Di waktu sujud, dimana segala anggota sujud dan bahagian-bahagian badan dan pakaian diletakkan. Jadi yang tidak terkena dengan salah satu bahagian badan atau pakaian orang yang sembahyang, bukanlah tempat yang dimaksudkan tempat sembahyang.
Umpamanya kita tengah sembahyang, di kala mahu sujud dihadapan kita jatuh tahi cecak, maka cukup kalau sujud, najis itu di luar, artinya jangan dikenakan bahagian dari anggota badan dan pakaian kita. Pada ketika itu, tidaklah yang kehjatuhan tahi cecak itu, dinamakan tempat sembahyang, kerana tidak bersentuhan dengan anggota badan atau pakaian kita.
Adapun lantai dimana sajadah itu dihampar, tidaklah disyaratkan suci. Asalkan jangan basah najis yang dibawahnya dan tembus pada zahir sejadah itu.
(Kitab Masaah Agama Jil 1.ms 74)
“Tak ada satu sembahyang yang difardhukan melainkan disunatkan sebelumnya sembahyang dua rakaat (H.R.Ibnu Hibban)أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّى قـَبْلَ الْجُمُعَةِ رَكْعَتَيْنِ وَبَعْدَ هَا رَكْعَتَيْنِ) .رواه ألطبرني(”Bahawa Nabi s.a.w. adalah beliau bersembahyang sebelum Jumaat dua rakaat dan sesudahnya dua rakaat.( HR Atthabarani)
(Rujukan KitabMasalah Agama Jil. 1 ms.82)
Betulkah solat yang tinggal dahuluj tak wajib qada?
Betulkah sembahyang fardhu yang telah ditinggalkan itu tidak wajib diqdhakan, walaupun ditinggalkan sebulan atau satu tahun lamanya, hanya dengan bertaubat sahaja?
Jawapan.
Makna Qadha adalah sama dengan makna Ada’an yaitu: menunaikan dan membayar. Adapun pengertian Ada’an menurut istilah adalah menunaikan ibadah pada waktunya yang di tentukan, walaupaun sekadar satu rakaat sembahyang.
Sedang pengertian Qadha menurut istilah ialah menunaikan ibadah di luar waktunya samasekali, atau masih di dalam waktunya tetapi kurang dari kadar satu rakaat sembahyang. Untuk jelasnya sebagai contoh umpamanya seorang sembahyang Dzuhur di akhir waktu sekali. Belum dapat satu rakaat sembahyangnya , seperti baru dilakukan sujud sekali, sudah masuk waktu Asar, maka sembahyangnya itu dinamakan sembahyang Qadha.
Akan tetapi bila telah dilakukan sujud dua kali pada rakaat pertama dania telahmasuk melakukan rakaat yang kedua,masuklah waktu Asar,maka sembahyangnya itu dinamakan sembahyang Ada’an kerana dapat di;alilam satu rakaat penuh dakam waktu yang ditentukan untuk sembahyang tersebut.
Orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja, atau mengeluarkan dari waktunya dari yang telah ditentukan dengan sengaja, adala berdosa besar, kerana tidak boleh sekali-kali, dan tidak patut seorang Muslim meninggalkan sembahyang fardhu tanpa sesuatu uzur.
Uzur yang dibenarkan syara’ adalah kerana tertidur dan terlupa. Lain-lain perkara bagi orang lelaki bukanlah uzur untuk meninggalkan sembahyang fardhu dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja wajib dia bertaubat kepada Asllah s.w.t. dengan segala syarat-syaratnya dan menyesal tidak akan berbuat demikian lagi. Dia juga hendaklah mengqadhakan dengan segera sembahyang yang ditinggalkannya itu. Bersabda Rasulullah s.a.w.:-
إِذَارَقَدَ أَحَدُكُمْ مِنَ الصَّلَاةِ أَوْغَفَلَ عَنْهَا فـَلْيُصَلـِّهَا ءِ ذَا ذَكَرَهَا فَإِنَّ اللهَ
عَزَوَجَلَّ يَقُوْلُ: اَقِمِ الصَّلَوة َلِذِكْرِىْ.Apabila ketiduran salah seorang kamu sehingga meninggalkan sembahyang atau terlupa dari padanya, maka hendaklah dilakukannya sembahyangnya itu apabila diingatnya, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman : “Dirikanlah oleh mu Sembahyang untuk mengingat Ku.” (HR Al-Bukhari dan Muslim). Rujukan Kitab Masalah Agama Jil.1 ms 88.
Sembahyang perlu dengan khusyuk - jangan ingagt lain-lain...!
Jawapan.
Sembahyang qabliyyah Jumaat sunnah artinya orang yang melakukannya beroleh pahala dari Allah s.w.t. dan tidak berdosa yang meninggalkannya. Sama halnya dengan qabliyyah sembahyang Dzuhur. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban :
------------------------oooooooooooo-----------------------
Posted on 14 March 2011
No comments:
Post a Comment