Email – hjdan@myjaring.net
MASALAH AGAMA- SIARAN YANG KE 17
Masalah 91..
Sehingga hari ini saya masih kurang faham mengenai maksud yang dikatakan ”Fardhu ’Ain” dan juga maksud yang dikatakan ”Fardhu Kifayah” itu. Mohon tuan tolong terangkan sepenuhnya.
Jawapan.
Fardhu ’Ain adalah sesuatu perintah Allah s.w.t. yang wajib, yang ditujukan kewajipannya atas tiap-tiap orang Mukallaf, dan tidak menjadi gugur tuntutan itu dengan sebab dikerjakan oleh sebahagian mereka yang lain. Sebagai contohnya Sembahyang lima waktu sehari semalam adalah Fardhu ’Ain, artinya semua Mukallaf mesti melakukannya.
Adapun Fardhu Kifayah, iaitulah sesuatu perintah Allah, yang wajib dan dittujukan kepada para Mukallaf, akan tetapi apabila sebahagiabn mereka di qariah itu melakukannya, maka gugurlah sudah tuntutan atas yang lainnya. Contoh : seperti Mentajhizkan mayat, iaitu memandikannya, mengkafankannya, menyemabahyangkannya dan mengkebumikannya. Diperintahkan untuk melakukannya itu oleh semua Mukallah yang mengetahui akan kematian seorang Islam. Akan tetapi apabila sebahagian mereka itu telah melakukannya, maka gugurlah tuntutan atas yang lain, kerana yang dimaksud adalah terselenggaranya apa yang diperintahkan itu.
(Rujukan Kitab Maslah Agama Jil 1, ms. 36)
Masalah 92.
Saya kerapkali terbaca keterangan yang dikatakan ”Masalah Khilafiyyah” di dalam beberapa kitab, minta tuan terangkan apakah maksudnya perkara tersebut secara jelas.
Jawapan.
Maslah Khilafiyyah adalah masalah furu’ atau cabang, dimana terdapat perbezaan atau seliseh pendapat antara Mujtahidin dalam qadliyyah- qadliyyah yang jalan mendapatkan keputusannya adalah Ijtihad. Tegasnya bahawa dilalah dalilnya kepada hukum adalah Dzan dan bukan Qathi’.
Masalah-masalah yang tidak ada kesepakatan Mujtahidin padanya disebut masalah ”Ijthadiyyah, khilafiyyah, fury’iyyah. Sedang masalah yang disepakati oleh para Mujtahidin dinamakan masalah Ittfaqiyyah, atau Ijma’.
Contoh serperti dalam kitab ”Rohmatul Ummah Fikhtifatil Aimmah ” adalah seperti berikut:-
”Dan memadai dalam menyapu kepala pada wuduk menurut Imam Shafii iaitu sesuatu yang jatuh padanya nama menyapu, dan tidak tertentu tangan untuk menyapu. Dan berkata Imam Malik dan Iam Ahmad pada riwayat yang paling dzahir dari padanya wajib menyapu seluruh kepala. Dan nakalkan dari Abi Hanafiah akan dua riawyat. Yang paling masyhur dari dua riwayat itu, bahwa tak dapat tiada dari pada memyapu seperempat kepala dengan tiga jari dari jari-jarinya, sehingga jikalau disapunya hanya dengan dua jari tangan, walaupun meratai seluruh kepala tidaklah memadai.”
Contoh yang kedua ialah mengenai Rukun-rukun Puasa. Ulama’ Mazhab Maliki menerangkan rukun puasa mempunyai dua macam rukun iaitu (1) Mengekangkan diri dari segala yang membatalkan puasa (2) Melakukan niat. Ulama’ Mazhab Shayi’i (Asy Syafi’iyyah); Menjelaskan rukun puasa ada tiga macam iaitu (1) Mengekangkan diri dari segala yang membatalkan puasa (2) Melakukan niat (3) Orang yang berpuasa.
Ulama’ Mazhab Shayi’i (Asy Syafi’iyyah) menyatakan Syarat-syarat puasa terbahagi dua macam iaitu: (1) Syarat-syarat wajib dan (2) Syarat-syarat sah puasa.
Syarat-syarat wajib puasa ada empat macam:-
(1) Dewasa (baligh) (2) Beragama Islam (3) Berakal sehat (4) Mampu berpuasa.
Adapun syarat-syarat sahnya puasa maka ada empat macam iaitu (1) Beragama Islam (2) Pandai (tamyiz) (3) Bersuci dari haidh dan nifas (4) Keadaan waktu memang dapat untuk digunakan berpuasa kerana tidak sah berpuasa pada kedua dua hari raya dan hari-hari tasyriq.
Ulama’ Mazhab Shayi’i menerangkan niat sudah termasuk dalam perkara rukun. Disamping itu wajib niat mesti dilakukan untuk setiap hari yang akan dikerjakan puasa itu, apabila yang dikerjakan seperti puasa di bulan Ramadhan, puasa Kifarat dan puasa Nazar. Niat harus dijatuhkan di malam hari sebelum terbit fajar, meskipun ia dilakukan sejak awal maghrib. Kecuali apabila puasa itu dikerjakan puasa sunnah maka niatnya boleh dilakukan sesudah hari siang.
Ulama’Mliki menerangkan bahawa niat puasa hanya satu kali dianggap telah mencukupi untuk setiap puasa yang diwajibkan berturut-turtt melakukannya, seperti puasa bulan Ramadhan, puasa kifarat Ramadhan, puasa kifarat pembunuhan atau puasa kifarat Zihar, selama kelangsungan belum terputus. Bila kelangsungannya telah terputus kerana sakit atau berpergian (safari) atau semisalnya maka wajiblah menjatuhkan niat pada setiap malam. Apabila berpergian telah selesai atau sakit telah sembuh maka satu kali niat telah mencukupi untuk sisa-sisa hari dalam sebulan itu.
Demikianlah perbezaan di antara Mazhab-mazhab tersebut.
(Rujukan Kitab Fiqih Empat Madzhab –Bahagian Ibadah Jilid 2 ms. 366)
Masalah 93
Pada hari Jumaat kaum wanita bolehkah bersembayang Jumaat bersama-sama kaum lelaki supaya mereka juga boleh mendengar pesanan-pesanan agama Islam terhadap mereka yang disampaian oeh Khatib?
Jawapan.
Kaum wanita tidak wajib bersembahyang Jumaat kerana syarat sembahyang Jumaat itu wajib pada lelaki sahaja. Dalilnya seperti yang tersebut di dalam Kitab ”Al-Muhaddzab, juz 1 halaman 109 sebagai berikut;-
وَلَاتَجِبُ عَلىَ الـْمَرْأ َةِ لِمَا رَوَى جَابِرٌ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله ُصَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلـَّمَ: مَنْ كَانَ يُؤْ مِنُ بِا للهِ وَالـْيَوْمِ الآخِرَ فَعَلـَيْهِ الـْجُمْعَةُ إِلَّاعَلىَ امْرَأ َةٍ أـَوْ مُسَافِرٍ أـَوْ عَبْدٍ أ َوْ مَرِيْضٍ. (رواه البخارى)
Bermaksud: ”Dan tidaklah wajib Jumaat atas perempuan. Kerana hadits yang diriwayatkan oleh Jabir r.a: Bersabda Rasulullah s.a.w. ”Barangsiapa yang beriman kepada Aallah s.w.t. dan hari Qiamat, wajiblah atsanya sembahyang Jumaat, kecuali atas perempuan, musafir, hamba sahaya, atau orang sakit.” (H.R Bukhari)
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama IslM Jil.1,ms 102)
Masalah 94.
Saya ingin tahu bagaimanakah hukumnya mengucapkan :”Usuhalli” (أُ ُصَلـِّى) seketika kita akan sembahyang, ada orang kata kita tidak perlu lagi memakai perkataan itu disebabkan ianya diluar sembahyang ?
Jawapan.
Mengucapkan “Usuhalli”) صَلـِّىأ ُ( seketika kita akan sembahyang, seketika kita akan puasa kita mengucapkan “Nawaitu Shamaa ghadin” adalah dinamakan oleh Fuquha’ dengan “talaffuz binniat”, artinya melafazkan niat. Bahawa hukum melafazkan “Usuhalli”) صَلـِّىأ ُ) adalah sunnat sahaja iaitu mengikut kitab-kitab Fiqh Imam As-syaffi”i didalilkan ksunatannya dengan: لِيُعَاوِنَ اللِّسَـانُ الْقَلْبَ. (Agar lidah menolongy hati) Sebagai contohnya terdapat penjual buah-buahan yang selalu menghitung buah-buahahnya dengan lafaz lidah, untuk membantu hatinya mengira bahkan disertai dengan irama nyayian. Dengan demikian nyatalah bagi kita faedahnya mengucap “talaffudz” sehingga terbekam kata-kata itu dalam hati kita.
Melafaz niat termasuk amalan lidah. Tiap-tiap perbuatan atau perkataan yang keluar daripada mukallaf, senantiasa dituliskan Malaikat. Perkataan yang baik tertulis sebagai amal yang baik, perkataan yang jahat seperti
mengumpat maka ditulis sebagai amal yang jahat.Firman Allah s.w.t.:-
مَا يَلـْفـِظ ُ مِنْ قـَوْلٍ اِلأ َ لـَدَيْهِ رَقِيبً عـَتـِيدً. (سورة ق اية 18)
Bermaksud: Tidaklah seorang mengucapkan sesuatu perkataan, melainkan di sisinya ada Malaikat Raqib (yang nenuliskan amal kebajikan) dan Malaikat Atid (yang menuliskan amal kejahatan (Surat Qaf ayat 18)
Maka seumpamanya seketika kita akan sembahyang kita mengucapkan:
أ ُصَلِّ فَرْ ضَ الصُّبُحِ رَكَعَتَيْنِ للهِ تَعالَى.
(Artinya: Sahajaku melakukan sembahyang fardhu Subuh dua rakaat kerana Allah Taala)
Maka sabda Rasulullah s .a.w ;-
إنـَّماَ الْا َعْمَالُ بِـا لنـِيِّـاتِ, وَإ ِنَّـمـَا لـِكُلِّ امْرِىءِ مَـا نَـوَى.
(Sesungguhnya amalam-amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya yang sabit bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya)
(Hadits sahih dari Umar Al-Khatab r.a.)
Rujukan: Kitab seratus Masalah Agama, J il.1 ms 105)
)
Masalah 95.
Saya ingin tahu bagaimanakah kedudukan dan fungsinya doa qunut itu. Pada masa ini ada terdapat orang-orang yang tidak lagi melakukan doa qunut ketika i’tidal rakaat yang kedua pada Sembahyang Subuh ?
Jawapan.
Adalah melakukan doa qunut pada i’ktidal rakaat yang kedua pada sembahyang Subuh, dan i’ktidal rakaat akhir pada witir yang kedua dalam bulah Ramadhan, maka kedudukan hukumnya adalah sunat yang tergolong dalam sunat ab’adl. Diberi pahala bagi yang mengerjakannya dan tidak berdosa bagi yang meninggalkannya. Qunut ini dinamakan qunut rotibah (tetap), seperti tasyhhud awal, maka disunatkan bagi yang meninggalkannya dengan terlupa untuk melakukan sujud sahwi.
Akan tetapi bagi doa qunut yang dibacakan pada i’tidal rakaat akhir bagi tiap-tiap sembahyang fardhu yang dilakukan seketika kaum Muslimin berada dalam musibah, maka hukumnya sunat, tetapi bukan sunat ab’ad, dan ytidak disunatkan ketika meninggalkannya untyk bersujud sahwi. Qunut ini dinamakan Qunut Nazilah.
Mengenai perlakuan Qunut yang tergolong dalam sunat ab’ad adalah mengikut hadis yang dipetik dari katerangan Al-Imam Taqiyudin Abi Bakar bin Muhammad al-Husainy dalam kitab ”Kifatul Akhyar juz 1 halaman 70 sebagai berikut:
وَأ َمَّا الـْقُنُوْتُ فَيُسْتَحَبُّ فِى اعْتِدَالِ الثـَّانِيَةِ فِى الصُّبْحِ لِمَا رَوَاهُ
ا َنَسٌ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ :مَازَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلـَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلـَّمَ يَقْنُتُ فِى الصُّبْحِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا, رَوَاهُ أ َلْاءِمَامُ أ َحْمَدُ
وَغَيْرُهُ : قَالَ ابْنُ الصَّلَاحِ : قـَدْ حَكَمَ بِصِحَّتِهِ غَيْرُوَا حِدٍ مِنَ
الْحُفـَّاظِ مِنْهُمُ الْحَكِمُ وَالْبَيْهَقِىُّ وَالـْبَدْ خِيُّ, قـَالَ الـْبَيْهَقِيُّ :اَلـْعَمَلُ
بِمَقْـتَضَاهُ عَنِ الْخَلَفَاءِ الْأ َرْبَعَةِ .
---------------------ooooooooooooo---------------------------
No comments:
Post a Comment