Wednesday, 16 March 2011

Masalah Ehwal Islam Siaran 29



SOALAN 56.Muslim yang suka berdengki-dengki
Apakah hukumnya bagi seorang Muslim yang selalu berdengki-dengki terhadap rakannya.
Jawapan.

Dengki atau disebut juga hasad hukumnya adalah haram, kerana ia itu menjadi perosak kerpada masyarakat. Tersebut dalam Kitab ”Atthawiqatul Muhammadiyyah” bahawa dengki itu adalah keinginan agar kehilangan nikmat Allah dari seseorang, dari apa-apa yang ada padanya kebaikan agama ataupun dunia yang tidak membawa kemudharatan akhirat, atau ingin tidak sampainya nikmat itu kepada seseorang, atau menyukai kedengkian orang lain, dengan ketidak ingkaran kepadnya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.:

لَيْسَ مِنِّىْ ذُوْحَسَدً. (رواه البطرانى(

Bukan daripada orang yang mengikuti sunnah aku bagi orang yang mempunyai dengki-mendengki (HR Al-Batrani).(Rujuk Kitab 100 Masalah Agama Jil:5 ms 83)



Masalah 57. Hukum orang yang suka mengumpat

Apakah hukumnya seseorang itu yang selalu mengumpat atau menceritakan keburukan-keburukan orang lain yang dia nya tidak ada di situ?


Jawapan.

Mengumpat atau disebut “Ghibah” adalah haram disisi agama Islam. Perbuatan memburuk-burukan orang lain, pada hal orang yang diceritakan itu bersih adalah merosakkan persaudaraan sesama Islam. Firman Allah s.w.t.:-

وَلَايَغْتُبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاءْ كُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيْتًا فَكَرِ هْتُمُوْهُ. (الهجرة ايت  (12)

“Janganlah hendaknya sebahagian daripada kamu, melakukan ghibah terhadap sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudarnya yang sudsahmatu? Maka tentulah kamu merasa jijik daripadanya.
                                                                       (Al-Hujrat ayat 12)


SOALAN 58 – Ketinggalan solat waktu Maghrib


Bagaimanakah kalau saya ketinggalan waktu menjalankan sembahyang Maghrib, sah apa tidak dikerjakan pada masa lainnya.

Jawapan.

Sembahyang Maghrib atau lain-lainnya yang terlambat dikerjakan sampai diluar waktunya, sah dikerjakan bukan pada waktunya yang telah ditentukan, hanya sembahyang itu dalam istilah disebut sembahyang Qadha, akan tetapi hukum sengaja mentakhirkannya sampai diluar waktunya, adalah haram dan berdosa besar, jika terjadi tanpa uzur melainkan terlupa dan tertidur.

Telah brfirman Allah s.w.t. “Maka celakalah bagi mereka yang bersembahyang, lalai dari sembahyang mereka.” Telah Bersabda Nabi s.a.w “Mereka itulah orang-orang yang menunda-nunda sembahyang mereka sampai keluar dari waktunya. Dan makna Neraka Wail adalah: “Kesangatan siksa.
Dan dikatakan orang Neraka Wail itu suatu lembah dalam Neraka Jahanam, jika dijalankan padanya gunung-gunung di dunia ini, niscaya menjadi cair, dari lantaran sangat panasnya. Maka itulah tempat orang yang menunda-nunda sembahyang dari waktunya. ( Rujuk Kitab Masalah Agama Jil. 5 ms 132).

Soalan 59 – Bolehkah wanita pergi solat Jumaat?
Bolehkan wanita sembahyang Jumaat, maksudnya apakah kalau wanita sembahyang Jumaat dapat menggugurkan sembahyang Dzohornya atau tidak.

Jawapan

Wanita yang sukarela mengikuti sembahyang Jumaat kepada satu jumaah Jumaat yang lengkap segala persyaratannya, sahlah Jumaatnya dan tergugur sembahyang Dzuhurnya pada hari itu. Artinya gugurlah sudah Dzuhurnya dengan arti tidak mesti sembahyang Dzuhur lagi pada hari itu. (Rujukan Kitab Masaalah Agama Jil,5 ms 133).


SOALAN 60-Benarkan sembahyahg berjemaah 27 darjat

Apakah benar sembahyang berjemaah itu pahalanya 27 darjat lebih besar dari sembahyang berseorangan.?

Jawapan.

Memang benarlah bahawa sembahyang berjemaah itu pahlanya 27 darjat dari sembahyang berseorangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a.:صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ تـَفْضُلُ عَلىَ صَلَاةِ الـْفـَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَة ً.

“Sembahyang berjamaah itu melebihi atas sembahyang seorang diri dengan duapuluh tujuh darajat yakni pahala sembahyang. (Rujukan Kitab Masalah Agama Jil.5)



SOALAN 61.
Benarkah  majlis ilmu itu iutama 1,000 dari solat sunat


Apakah benar menghadiri majlis ilmu itu lebih utama daripada mendirikan solat sunat 1,000 rakaat?
Jawapan.

Sememangnya benar bahawa menghadiri majlis agama Islam itu besar pahalanya iaitu melebihi dari mendirikan 1,000 rakat solat-solat sunat.
Dalam satu Hadis dari Abi Dzar r.a. Rasulullah s.a.w. :-
وَفَىْ حَدِيْثِ اَبِىْ ذَرٍّ رَضِى اللهُ عَنْهُ " حُضُوْرُ مَجْلِسِ عَالَم ٍاَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ اَلْفِ رَكَعَةٍ.

”Dan di dalam hadis Abi Dzar r.a. berkata ia: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. ,menghadiri majelis orang berilmu, lebih utama daripada mendirikan solat seribu rakaat.”(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil;5,ms 142)

SOALAN 62 Apa bezanya najis dan haram.

Bahawa babi itu haram, apakah babi itu termasuk najis atau haram. Bagaimana kalau kita memegang daging babi, perlukah di samak tangan kita.

Jawapan.

Benda-benda najis haram hukumnya untuk di makan, dan bukanlah tiap-tiap yang diharamkan itu disebut najis. Kerana benda-benda yang diharamkan memakannya itu adalah dapat terjadi kerana memudaratkan, kerana dihormati dan kerana najis.
Adapun yang diharamkan memakannya kerana memudaratkan seperti memakan paku halus disebabkan memakannya ususnya menjadi infeksi yang mengakibatkan mudarat bagi si pemakannya. Yang diharamkan kerana dihormati, contohnya seperti memakan daging manusia, atau makan air mani. Daging manusia itu adalah suci dan air mani adalah sauci, tetapi kedua-duanya diharamkan kerana dihormati.
Yang diharamkan memakannya kerana najis seperti daging babi sebab ianya adalah najis.

Adapun perbezaannya haram dengan najis ialah, haram adalah salah satu dari hukum syarak yang lima. Najis adalah sebutan benda-benda yang tidak boleh dimakan. Kata-kata haram adalah terarah kepada hukum dan kata-kata najis terarah kepada sifat benda.

Perbezaan haram dan najis dalam hal daging babi ialah babi itu termasuk benda-benda najis dan hukum memakannya adalah haram, jadi najis nama sifat bendanya dan haram adalah hukum memakannya.

Mengenai memegang daging babi itu perlu disamak atau tidak, maka jawabnya bahawa najis babi itu lebih buruk dari anjing, maka kenalah disamak iaitu dibasuh tujuh kali yang satunya air bercampur tanah.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms 66).



    ------------------------------ooooooooooooooo-----------------------
                   Posted on 17  March 2011 at 07.51 am

No comments:

Post a Comment