Amalan baik berdoa kepada ruh-ruh ynag telah meninggal.
Sesungguhnya ketahuilah adapun ruh-ruh orang-orang beriman diberi kesempatan Allah s.w.t menengok kuburnya dan menemui sanak saudaranya. Hal ini berlaku bagi ruh-ruh orang mukmin sahaja.
Kata Ibnu Abbas: ”Apabila Hari-Hari Kebesaran Islam, seperti tanggal; 1 Maharram, Hari Jumaat, tanggal 1 Rejab, pertengahan bulan Syaaban, Hari-hari Raya, dan malam ”Lailatul-qadar”, ruh-ruh mukmin diberikan kesempatan turun ke bumi, untuk melihat keluarganya. Apabila ia sampai di rumahnya ia cuma boleh berkata akan tetapi yang masih hidup tidak dapat mendengarnya.”
”Hai keluarga ku, hidupku kini sangat terasing. Meskipun kamu tidak melihat aku, tetapi aku melihatmu, dan mendengar perkataanmu. Aku tidak memerlukan makan dan minum daripadamu, akan tetapi yang akau harap-harapkan hanya doamu...”
”Hendaklah kamu ingat pada suatu ketika kamu pasti akan mengalami seperti aku. Pergunakanlah waktu hidupmu untuk beribadat dan beramal solih, berbuat segala macam kebajikan, itulah yang sangat bermanafaat bagi dirimu.”
Oleh kerana itu jika didapati anak isterinya atau ibubapanya atau keluraganya rajin beribadat, dan tidak lupa mendoakan dia, maka giranglah dia, serta dia lalu berdoa kepada Tuhanh untuk keluarganya itu. Lalu kembailah dia pada tempatnya dengan merasa puas hati dengan kegembiarannya.
Namun sebaliknya, jika dia melihat anak isterinya, ibu bapanya dan keluarganya tidak beribadat atau berlaku maksiat maka kembalilah dia dengan perasaan kecewa dan dukacita.
Oleh kerana itu keuarga yang masih hidup jangan lupa akan keluarganya yang telah pergi terdahulu, dengan berdoa memohon ampun bagi ruh-ruh tersebut kepada Allah s.w.t. , Terutama bagi anak-anak yang orang tuanya telah tiada lagi rajin-rajinlah mendoakan ibu bapanya atau keluargay pada tiap-tiap hari, atau terlebih baik selepas waktu solat lima waktu sebagai yang Tuhan ajarkan di dalam al-Quran iaitu:
رَبِّ اغـْفـِرْلِىْ وَلـِوَالـِدَيَّ وَارْحُمْهُمَا كـَمَا رَبَّيـَنـَا صَغِيْرًا.
“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan bagi kedua ibu bapa ku. Dan kasihanilah mereka berdua. Sebagaimana keduanya memelihara aku di masa kecill”
Ketahuilah apabila orang tua kita telah meninggal dunia,maka segala amal perbuatan kita ditunjuki oleh malaikat kepada orang tua kita. Jika amal perbuatan kita yang baik, maka orang tua kita menerima dengan segala seanag hati dan mendoakan kepada kita. Sebaliknya jika perbuatan kejahatan, keduanya akan dukacita dan kecewa. Maka beruntuglah ibu-bapa yang mempunyai anak yang solih yang selalu mendoaklan dia.
Bersabda Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:
”Apabila kita meninggal dunia hanya tiga perkara sahaja yang akan bersama- sama kita, iaitu Amal jariah, Amal yang solih (yakni anak yang baik selalu mendoakan kita) dan Ilmu beramanfaat yang diajarkan kepada orang lain” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
a. Amal Jariyah
Amal jariyah artinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan wang ringgit dan tenaga atau hartanya atau fikirannya kepada masyarakat guna perbaikan atau pembiyaan untuk masjid, mushola, madrasah, membuat rumah ibadat, rumah anak yatim, membina sebatang jalan raya, sebuah jambatan untuk kegunaan orang ramai, bergotong royong ramai-ramai membersihkan kawasan masjid, mengajar al-Quran pada kanak-kanak, memberi ceramah agama percuma, bersedekah buku-buku agama dan sebagai lagi dengan tujuan membuat amal jariah dan tidak pula bertujuan menjadi riak akan dirinya. Ketahuilah selagi perkara-perkara yang disumbangkan itu masih digunakan, walau pun dia telah meninggal dunia, maka selama itulah ia mendapat pahala daripada Tuhan.
b. Amal Yang Solih (Yakni anak yang baik)
Kita harus melakukan perkara yang baik dengan berakhlak yang mulia dan mengerjakan segala suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkan segala laraganNya serta tidak melakukan akhlak yang keji yang dilarang Tuhan, banyak melaklukan ibadat-ibadat sunat supaya menjadi contoh kepada anak-anak kita. Maka dengan itu apabila kita meninggal dunia kita telah meninggalkan perkara yang berharga yang mana mereka akan sentiasa mendoakan kita setiap hari. Berbahagialah ibu bapa yang telah mengajar dan mendidik anak-anak ke jalan yang lurus itu.
c. Ilmu yang bermanfaat.
Adapun yang dimaksud dengan ilmu yang bermanfaat ialah ilmu agama dan ilmu kehidupan untuk kebahagian di dunia. Tetapi bukan ilmu-ilmu yang ditegah agama atu ilmu-ilmu yang merosakkan kehidupan manusia.
Adapun ilmu yang telah di ajar kepada orang lain dan dia mendapat manfaatnya dari ilmu itu, maka orang pertama yang megajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yang tidak ada habisnya dari sisi Allah s.w.t. Misalnya orang pandai membaiki radio atau televsyen, kemudian diajarkannya pada orang lain, lalu orang itu dapat manfaatnya yang dignunakan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala ”jariyah” dari sisi Allah s.w.t.. Demikianlah maksud tujuan amal jariyah yakni amal yang mengalir pahalanya bagi orang yang telah menyumbangkan amalnya atau ilmu guna kebaikan dunia dan agama.
Firman Allah s.w.t.
وَالـَّذِيْنَ آمَنُوْا وَعَمِلـُوا الصَّلِحَتِ ا ُوْلـَءِـكَ
أ َصْحَبُ الـْجَنـَّةِ ج هُمْ فِيْهـَا خـَلِدُوْنَ (البقرة 82)
Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu penghuni syurga, sedang mereka itu kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah ayat 82)
Firman Allah s.w.t. lagi:
فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لـِقـَآءَ رَبِّهِ فـَلـْيَعْمَلْ عَمَلا ًصَلِحًا
وَلَايُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ~ أ َحَدًا
. (سورة الكــهف اية 110)
Maksudnya:
Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,hendaklah dia mengerjakan amal yang solih dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam beribadah kepada Tuhannya.
(Surah Al-Kahfi, ayat 110)
Sekian dahulu dan disudahi dengan:
Wassala mulaium……..
------------------------oooooooooo-----------------------
No comments:
Post a Comment