Email - hjdan@myjaring.net
Masalah 286 .. Membaca Allahhu Akbar masa Takbiratulihram.
Mengapa perkataan Allahhu Akbar pada permulaan solat dinamakakn Takbiuratul ihraam.
Jawapan.
Allahhu Akbar permulaan dinamakan Takbiratul Ihram kerana menjadi sebab atas keharaman apa-apa yang tadinya halal seketika sebelumn takbir, seperti makan, berbual, dan sebagai lagi. Allahhu Akbar selanjutnya dinamakan Takbiratul Intiqal berarti berpindah dari satu rukun fi’li kepada rukun yang lain. (Masalah 49 (1) ms 111)
Masalah 287 ..Baca Al-Fatihah Sekali sahaja masa solat
Bolehkah kita membaca Fatihaah sekali sahaja pada awal solat.
Jawapan.
Tidak boleh kerana menjadi tidak sah solat itu kerana membaca Fatihah adalah rukun sembahyang bagi Imam atau bagi makmum, kecuali bagi mereka yang masbuq kerana ditanggung oleh Imam, itupun ianya pada kali pertama memulakan solat masbuq itu, selepas itu ia wajib membaca Fatihah juga.
Masalah 288 Semasa solat Terlupa baca Fatihah.
Seorang tinggalkan Fatihan dengan terlupa dan teringat semula dalam rakaat kedua dalam masa Fatihah juga, bagaimanakah hukumnya.
Jawapan.
Jika ia ingat kembali pada rakaat selanjutnya yang juga dalam fatihah, maka rakaat yang tadi itu sia-sialah sahaja. Jika ia ingat sebelum sampai ke rakaat kedua sebelum Fatihah, maka wajiblah ia kembali semula berdiri membaca Fatihah. Dan sunatlah dia sujud sahwi. Akan tetapi diingatnya sesudah memberi salam, maka dilihatnya dahulu, jika belum lama fasal antara salamnya dengan masa yang di ingatnya, maka bolehlah dia bangun menambahkan lagi satu rakaat yang kurang itu, dan disunatkannya sujud sahwi. Akan tetapi jika terlalu lama dia baru ingat, maka wajiblah dia mendirikan solat itu semula.
Jika terjadi pada Imam, makmum hendaklah menegur dengan ucapan “subhanallah” Jika Imam tidak menghiraukannya maka wajiblah makmum tidak mengikuti Imam yang salah itu, dan dia hendaklah mufaraqah (keluar) dari solat itu dan terus buat berseorangan hingga selesai solat itu. Kalau makmum ikut juga maka batallah solatnya itu. Jika makmum itu tidak tahu seperti dia duduk di saf belakang tidak mengapalah, kecuali jika ia masbuq yang Fatihahnya ditanggung oleh Imam maka wajiblah dia menambah satu rakaat lagi, dan membuat sujud sahwi.
Kalau hal tersebut terjadi pada solat Jumaat, sekiranya baru diketahui sesudah salam, lebih kurang dua minit segeralah hendaknya menamabah rakaat itu. Jika melebihi dari dua minit itu wajiblah mengulang khutbah dan solat Jumaat semula, kerana sudah kehilangan muwalat (berturut-turut) antara khutbah dengan solat Jumaat itu. (Masalah 50 (1) ms 113)
Masalah 289.. Bacaan Fatihah di perlahankan
Mengapakah sebabnya bacaan Fatihah pada rakaat ketiga dari solat Magharib, dan rakaat ketiga serta keempat solat Isyak dibaca dengan sir (diperlahankan) tidak dijaharkan (dikuatkan).
Jawapan.
Adapun hikmah atau rahsia rakaat ketiga Maghrib dan dua rakaat akhir Isyak di sirkan (perlahankan) adalah terbilanag sebagai solat malam hari kerana tajalli (cahaya ghaib yang menerangi hati) diwaktu malam itu adalah ringan. Terjadi yang demikian itu adalah rahmat Allah s.w.t. terhadap orang-orang yang daif daripada umat ini. Allah meringankan membaca daripada jahar (kuat) pada akhir Maghrib dan dua rakaat akhir Isya’ untuk memberikan galakan mereka yang lemah melakukan supaya dapat menunaikan solat tersebut. Jika Allah memberatkan dengan jahar (kuat) nescaya menjadi lemahlah mereka itu dari pada melakukannya kerana tajalli Allah bagi mereka tidak kuasa menampungnya. (Masalah 51 (1) ms 115)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
No comments:
Post a Comment