Masalah 351 – Apakah 8 Asanaf penerima zakat..
Jawapan.
Kita wajib mengeluarlan zakat kita kepada Lapan (8) Asnaf (Kumpulan). Kalau kita sendiri yang membahagikannya kuranglah satu golonbgan asnaf itu iaitu kita sebagai para amil, tinggal tujuh asnaf lagi.
Lapan asnaf itu ialah orang fakir, orang miskin, para amil, orang yang dijnakkan hatinya (saudara baru dalam Islam), membebaskan hamba, orang yang berhutang, orang yang membuat pada jalan Allah dan orang yang keputusan wang dalam perjalanan.(At-taubah ayat 60).
Sekiranya anda memberikan zakat harta atau wang simpanan anda kepada sesuatu pihak yang bertanggungjawab tentang Islam daripada kalangan umat Islam yang dinamakan ”Ulil Amr” (dinamakan juga Jabatan Urusan Zakat Negeri). Lulus zakat anda itu dan pembahagiannya adalah tertanggung kepada mereka itu. Firman Allah s.w.t.:
إِنَّمَا الصَّدَ قـَاتُ لِلـْفُقَرَاءِ وَالـْمَسَاكِينِ وَالـْعَا مِلِينَ عَلـَيْهَا وَالـْمُؤَلـَّفَةِ
قُلـُوبُهُمْ وَفِي الرِّقابِ والْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللهِ وَابْنِ السَّبِيلِ.
(التوبة: 60)
Maksudnya:”Sesungguhnya segala sedekah (zakat) adalah untuk orang fakir, miskin, para amil, orang yang dijinakkan hatinya (saudra baru dalam Islam), membebaskan hamba, orang yang berhutang, pada jalan Allah dan orang yang keputusan wang dalam perjalanan,” (At-Taubah: ayat 60)
(Rujukan: Kitab Kemusykilan Agama oleh Dr. Syed Abdillah Ahmad,m.s. 61)
Masalah 352- Meniggalkan Solat Jumaat lebih 3 kali..
Meniggalkan Solat Jumaat lebih 3 kali..
Bagaimana hukumnya orang yang meninggalkan solat Jumaat lebih 3 kali.
Jawapan
Orang lelaki yang tak ada padanya satu uzur dari pada uzur-uzur Jumaat hukumnya haram meninggalkan solat Jumaat walaupun hanya sekali kerana hukum solat Jumaat bagi mereka itu adalah fardu ‘ain. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Attarbani yang bermaksud:
“Barang siapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat tanpa sesuatu keuzuran, dituliskanlah ia dari pada golongan orang-orang Munafiq.”
(Masaalah 44 (1) ms 101)
Soalan 353 .. Solat Jumaat kurang 40 orang...
Bagaimanakah hukumnya solaat Jumaat kurang dari 40 orang anak kariah.
Jawapan.
Hukumnya hendaklah 40 orang anak kariah termasuk Imam baharu sah sembahyang Jumaat. Sekiaranya tidak cukup seperti itu maka haruslah solat Zohor sahaja. (Masalah 46 (`1) ms 103)
Masalah 354…Wang Dalam Akaun Semasa juga kena zakat...
Jawapan.
Ketahuilah anda bahawa wang yang anda simpan dalam Akaun Semasa (current account) dalam bank juga diambilkira kena zakat, jika wang itu tidak berubah cukup setahun disimpan dengan cukup nisbahnya. Umpamanya wang anda itu tetap dalam keadaan cukup nisabah sepanjang dua belas bulan Islam dari mula anda simpan.
(Rujukan: Kitab Kemusykilan Agama oleh Dr. Syed Abdillah Ahmad,m.s. 65)
Masalah 355…Membaca Al-fatihah pada tiap-tiap solat.
Bagaimana hukumnya wajib atau sunnatkah membaca Bismilla hirrahma nirrahimi pada awal surat Al-fatihah pada tiap-tiap sembahyang.
Jawapan.
Membaca Fatihah adalah rukun sembahyang. Rukun adalah wajib. Sedang Bismilla hirrahma anirahimi adalah satu ayat dari pada Fatihah., Maka membacanya dalam Fatihah sembahyang adalah wajib. Jika tidak dibaca tidak sah solat itu.
(Masalah Agama 48(1) ms 109)
No comments:
Post a Comment