Sunday, 1 May 2011

Masalah Agama Islam Bab 269 -


Masalah 269 –Datang Lewat Solat Jumaat.

Bagaimana hukumnya pada satu hari saya datang lewat solat Jumaat, setiba saya di masjid Imam sedang ruku’ dan saya cepat-cepat talkbiratul ihram, tanpa membaca Fatihah, dan ruku’sama-sama Imamm dan sujud bersama Imam hingga selesai solat Jumaat itu?

Jawapan.

Ketahuilah maka sempurna solat Jumaat anda pada hari itu.  Sebabnya Fatihah yang anda tidak baca itu ditaggugg oleh Imam.  Anda telah rukuk’ besama Imam bermakna anda mendapat satu rakaat pada ketika itu, dan seterusnya anda mengikut Imam, maka dapat lagi satu rakaat, jadi sempurnalah solat Jumaat anda itu. Cuma anda tidak dapat mendengar Khutbah yang Khatib bacakan, dan ini dimaafkan.

Ada pun kelewatan anda ke masjid pada hari Jumaat itu janganlah selalu dibuat begitu lagi kerana fadhilat hadir solat Jumaat itu pada awal- awal waktu amatlah banyaknya dan merugikan. Pada hari Jumaat Allah  s.w.t. akan menyempurnakan segala permintaan  hambanya, tetapi tidak diberi tahu masa dan waktunya, boleh jadi ketika anda sedang wirid, boleh jadi sedang solat Sunat dahulu Jumat atau  sebagainya.

Bersegeralah datang awal-awal ke masjid untuk Solat Jumaat. Ketahuilah kiranya anda datang segera kepada Solat Jumaat itu mendapat darjat pahala yang berlebih-lebihan atas kira datangnya. Maka telah penulis bawa satu Hadis yang dipetik dari  Kitab ”Bahtrul Mazi-Syarah bagi Mukhtasar at-Termizi,halaman 202,hadis bilanga 467:
عَنْ أَبِىْ هُرَيْرَةَ أَنْ رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ قـَالَ:
مَنْ أَغتَسَلَ يَوْمَ الـْجُمُعَةِ غُسْلَ الجَنَابَةِ, ثـُمَّ رَاحَ فـَكأَنَّمَا قـَرَّبَ
بَدَنـَة ً.
Maksudnya: ”Dari Abi Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah  s.a.w. bersabda: “Barangsiapa daripada  lelaki atau perempuan yang mandi ia pada hari Jumaat sebagai mandi junub pada ratanya dan habis tubuhnya kena air mandi, kemudian pergi di dalam saat pertama kepada Jumaat maka seoalah-olahnya bersedekah ia seekor unta.”
(Rujukan Kitab ”Bahrul Mazi-Syarah bagi Mukhtasar al-Termizi, Jilid 3 dan 4, m.s.233

Maslah 270- Bagaimana Masbug dalam Solat Jenazah.
Bagaiman keadaan makmum masbug dalam solat jenazah .(92)

Jawapan.
Seorang makmum yang masbug hendaklah ia membaca Fatihah kemudian daripada takbirat al-ihram, walaupun imam berada dalam takbir yang lain.

 Namun begitu jika imam takbir sebelum makmum itu membaca Fatihah maka hendaklah ia mengikut imamnya pada takbir dan gugurlah Fatihah itu daripadanya, kemudian hendaklah ia sempurnakan solatnya dengan takbir dan bacaan-bacaannya itu selepas imam memberi salam.

Oleh yang demikian jika imam bertakbir dan makmum masbug sedang mambaca Fatihah, maka wajib ia bertakbir mengikut imam dan tinggalkan bacaan Fatihah yang baki itu jika ia tidak sibuk membaca Ta’wwuz ;
أعوذ بـا لله من الشيطان الرجيم..."
Sebaliknya jika  ia membaca Ta’awwuz maka wajib ia tambah bacaan Fatihah sekadar Ta’wwuz. 

Disunatkan jangan mengangkat jenazah sehingga makmum masabug menyelesaikan solatnya, kerana barangsiapa solat jenazah dan bertakbirat al-ihram sebelum jenazah diangkat maka tidak membatalkan solatnya jika diangkat jenazah selepas itu walaupun jauh dan berpaling daripada Qiblat.

Namun begitu jika  bertakbirat  al-ihram selepas diangkatkan jenazah dan dibawa pergi ke perkuburan, maka disyaratkan sah solatnya itu tidak jauh melebihi tiga ratus hasta dan tidak bepaling daripada Qiblat, sebaliknya jika jauh atau berpaling daripada Qiblat sebelum salamnya nescaya batallah solatnya itu.
                  (Kitab solat jamaah m.s. 92)

Masalah 271. Apa Hukum Solat Jenazah

Apa hukum dalam solat jenazah, makmum masbug membaca doa iftitah hingga ia tidak dapat menghabiskan bacaan fatihahnya ?
Jawapan.

Jika makmum masabug membaca doa  iftitah hinngga ia tidak sempat menghabiskan bacaan Fatihahnya dan imam mengangkat takbnir yang kedua, maka batallah solatnya kerana doa iftitah tidak disunatkan pada solat jenazah sebab solat jenazah itu hendaklah diringankan dan menyegerakan pengkebumikan jenazah itu amat digalakkan oleh Syara’. (Kitab solat jamaah m.s. 92)

Masalah 272- Baca doa Iftitah dalat solat ghaib


Bolekah kita membaca doa iftitah dalam solat ke atas mayat ghaib ?  (Kitab solat jamaah m.s. 92)

Jawapan.

Jika seseorang itu solat ke atas  mayat ghaib maka disunatkan ia membaca iftitah, kerana doa iftitah tidak disyaratakan pada solat jenazah yang hadir sahaja disebabkan sunat segera  pengkebumiannya, sedangkan solat ghaib dan juga solat mayat yang telah dikebumikan tidak lagi dituntut bersegera, bahkan boleh solat dan berdoa yang panjang. (Kitab Solat Jamaah m.a.93)




---------------------ooooooooooooo-------------------------------------

No comments:

Post a Comment