Masalah 273 .Dimanakah imam akan berdiri pada solat jenazah ?
Jawapan.
Disunatkan imam dan juga munfarid (seorang sahaja) berdiri berbetulan kepala mayat, jika mayat itu lelaki dan berbetulan pinggangnya jika mayat itu perempuan dan khunsa.
(Kitab solat jamaah m.a. 93)..
Sunat diletakkan kepala mayat lelaki pada pihak kiri imam, sementara mayat perempuan dan khunsa pula sunat diletakkan kepalanya pada pihak kanan imam, kecuali jika mayat itu disembahyangkan bersebelahan kubur Nabi s.a.w. di Masjid Madinah, maka kepala mayat perempuan dan khusa hendaklah diletakkan sebelah kiri imam dan kepalanya sebelah kubur Nabi s.a.w.. Ini kerana beradab dengan Baginda s.a.w.
(Kitab solat jamaah m.s. 94)
Masalah 274- Meninggalkan Jumaat Tanpa Uzur.
Bolehkan saya tidak hadir Solat Jumaat kerana sibuk dengan krja saya?
Jawapan.
Ketahuilah kita sebagai seorang Islam tidak boleh meninggalkan hadir solat Jumaat melainkan uzur yang amat sangat yang membawa kita susah hendak ke masjid. Meninggalkan solat Jumaat itu sangatlah datakuti sekali, dan jangan mempermudahkan kerana besar bahayanya ke atas seorang yang meninggalkannya. Maka kenytaan besar bahayanya itu dapat kita ketahui daripada beberapa Hadis yang datang. Maka pertamanya itu aialah Hadis yang dikeluarkan oleh Termizi demikian bunyinya:
عَنْ أَبِىْ الـْجَعْدِ الضَّمْرِىْ قـَالَ: قـَالَ رَسُولُ اللهِ صَلـَّى اللهِ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ: مَنْ تـرَكَ الجُمُعَة َ ثـَلَاثَ مَرَّاتٍ تـَهَاوُنَا بها طَبَعَ اللهُ عَلىَ قـَلـْبِهِ.
Maksudnya” :Diriwayatkan daripada Abi Aljamad Aldamri katanya telah bersabda Rasulullah s.a.w. barangsiapa meninggal ia akan sembahyang Jumnaat tiga kali kerana tiada beratkandia atau sengaja dicari-carti uzurnya atau dibuatnya uzur dengan dia nescaya dimetri Allah s.w.t. atas hatinya (kata Abu Isa) dan pada bab ini ada di riwayat daraipada Ibn Umar dan Ibn ‘Abas dan Samrat dan katanya bermula Hadis Abi Aljamad itu Hadis Hasan. Dan telah dikeluarkan oleh Imam Shaffiei di dalam Kitabnya akan hadis ini. Dan telah dikekluarkan daripada Ibn Abbas bahaewasanya Rasulullah s.a.w. bersabda ia – maksudnya “Barangsiapa meninggal ia akan Jumaat daripada ketiadaan darurat nescaya ditulias akan dia nama munafiq di dalam kitab Malaikat tiada dipadam akan dia dan tiada diganti.
Kata Imam Shafiei lagi – Diriwayatkan daripada Umar ibn Amit Al Damri katanya – “ Tiada mjeninggal saeseorang lelaki yang Muslim akan Jumaat tiga kali kerana tidak ambil peduli dengannya atau sengaja mencari uzur tiada hazir ia dengan dia melainkan disurat akan dia daripda jumlah orang yang lalai.
(Rujukan: Kitab Bahrull Mazi Syarah Bagi Mukhtar Sahih Alt-Termizi, Jilid 3,muka surat 205)
Masalah 275 –Makmum ruku’ serentak sama imam
Apa hukum makmum ruku’ atau sujud atau lainnya serentak dengan imam, dan makmum berdiri sebaris dengan imam pada tempat berdiri ?
Jawapan.
Apabila makmum mengerjakan ruku’ atau sujud atau rukun fi’li yang lain serentak dengan perbuatan imam tidaklah batal solatnya itu, hanya makruh sahaja perbuatan itu, kerana sabda Rasulullah s.a.w. " اذا ركع فار كعوا" ertinya ”Apabila ia ruku’ maka hendaklah kamu ruku’. Dan apabila serentak makmum dengan imam pada perbuatan solat maka ia meluputkan fadhilat ber jamaa’ah (sepertri yang ditegaskan oleh imam Rafie dan Ibn al-Rif’ah) Kerana ia menyalahi imam.
Oleh yang demikian jika makmum sebaris dengan imam pada tempat bediri juga boleh meluputkan fadhilat berjama’ah kerana makruh. Bahkan yang sepatutnya makmum berdiri di belakang imam dan sekurang-kurangnya tumit makmum terkebelakang sedikit daripata tunit imamnya. (Kitab Solat jama’ah, m.s. 90)
------------------------oooooooooooooooooo-------------------
No comments:
Post a Comment