Monday, 2 May 2011
Masalah Agama Islam Bab 295 - Masalah 295…Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Bagaimana seorang Khatib meninggalkan salah satu rukun Khutbah. Adakah sah solat Jumaat itu ? Jawapan. Meninggalkan salah satu rukun khutbah seperti meninggalkan Al-hamdulillah, atau dibacanya “hamdulillah” , maka dibacanya seperti “hamlaah…….” Ini sama dengan tidak mambacanya, atau meninggalkan wasiat “bittaqwa”, atau meninggalkan Selawat atas Nabi, atau meninggalkan membaca ayat-ayat al-Quran pada salah satu dua khutbah, atau meninggalkan doa “lil mukminin” pada khutbah kedua. Maka jika tidak dibacanya rukun-krukun khutbah yang lima itu, atau salah satu daripadanya yang wajib, maka kesemuanya itu membawa cedera pada khutbah, yang juga membawa cedera pada sembahyang Jumaat itu menjadi tidk sah. Oleh kerana syarat sah sembahyang Jumaat adalah terdahulu dua khutbah dengan segala rukun-rukan dan fardunya. Masalah 296. Bacaan dalam Sujud Sahwi Apakah sebab kita kena sujud sahwi? Jawapan. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan kerana terlupa sesuatu yang tertentu dalam sembahyang yang dinamakan sunat ab’ad seperti tahiyat atau doa dalam qunut dalam sembahyang Subuh dan sembahyang witir mulai malam enam belas Ramadhan. Perkataan sahwi itu ertinya ’lupa’, tetapi sujud itu juga disunatkan walaupun kita meninggalkan perkara di atas dengan sengaja. Sujud sahwi adalah dua kali sujud dengan diselangi dengan duduk antara dua sujud. Caranya sama seperti cara sujud sembahyang pada peraturan dan bacaannya. Masanya sebelum memberi salam iaitu setelah anda membaca tahiyat akhitr sebaik-aik anda hendak memberi salam, sujudlah dua kali kemudian duduk barulah anda memberi salam. Ada pula ulama fiqh yang mensyaratkan niat bagi sujud sahwi itu bagi imam dan orang yang bersembahyang sendiri. Adapun makmum, cukuplah dia niat mengikut perbuatan imamnya kerana makmum wajib sujud sahwi jika imamnya sujud. Kalau dia tidak sujud sahwi hendaklah dia niat keluar daripada berjemaah (mufaraqah). Kalau tidak, batallah sembahyangnya. Yang dimaksudkan dengan niat di sini ialah dia menyedari dan mengingati bahawa sujud yang dibuatnya adalah sujud sahwi. Orang yang sengaja memberi salam sebelum sujud sahwi tidaklah harus dia sujud semula menurut kaul yang lebih sahih. Tetapi kalau ia terlupa lalu memberi salam dan belum lama masanya bolelah dia sujud sahwi kemudian memberi salam lagi. Bacaan sujud sahwi adalah seperti bacaan dalam sujud biasa sebanyak tiga kali. Ada pula kaul yang menyatakan bacaannya ialah ”Subhana man laa yanaamu walaa yashu” سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ (Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa). Bacaan antara dua sujudnya juga seperti bacaan antara dua sujud biasa dalam sembahyang. Sebab-sebab yang disunatkan seseorang itu sujud sahwi ialah: a. Meninggalkan salah satu daripada sunat ab’adh yaitu tahiyat awal dan doa qunut (dalam sembahyang Subuh dan witir mulai pada malam enam belas Ramahan. b. Memindahkan rukun qauli kepada bukan termpatnya. c. Syak pada bilangan rakaat. d. Terlupa lalu terbuat sesuatu yang boleh membatalkan sembahyang. Sekiranya anda ragu-ragu sama ada perkara yang berlaku itu atau yang dilupakan itu boleh disujud sahweikan atau tidak, lebih baik anda tidak sujud. Kerana sujud sahwi itu hanya sunat. Kalau anda tidak sujud tidak membatalkan sembahyanag. Sebaliknya kalau anda sujud tanpa menyakini sebab yang membolehkannya, batal pula sembahyang anda kerana menambahkan perbuatan dalam sembahyang tanpa mengetahui sebab yang membolekannya. (Rujukan :Kitab Kemusykilan Agama oleh Dr.Syed Abdillah Ahmad Al Jufri. m.s.27) xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Masalah.. 297 –Perasaan masih ada air kencing lagi. Siaran pos 137
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment