Sunday, 22 May 2011

Masalah Agama Bab 356-360

URL    -www.hjchedan.blogspot.com


Masalah   356. Mengapa kita takbir Membaca Allahhu Akbar.

Mengapa perkataan Allahhu Akbar pada permulaan solat dinamakakn Takbiuratul ihraam.

Jawapan.

Allahhu Akbar permulaan dinamakan Takbiratul Ihram kerana menjadi sebab atas keharaman apa-apa yang tadinya halal seketika sebelumn takbir, seperti makan, berbual, dan sebagai lagi. Allahhu Akbar selanjutnya dinamakan Takbiratul Intiqal berarti berpindah dari satu rukun fi’li kepada rukun yang lain.  (Masalah 49 (1) ms 111)


Masalah  357 ..Bolehkah beri Zakat pada ibu sendiri.

Jaewapan.

Perkara ini tidaklah boleh. Jika ibu itu tidak berkecukupan perbelanjaannya maka ibu itu termauk dalam golongan fakir miskin.  Maka jadi tanggungan anaknya yang misti memberikan perbelanjaan. Jika tidak memberi perbelanjaan anak itu berdosa kerana  mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibubapa.
(Rujukan: Kitab Kemusykilan Agama oleh Dr. Syed Abdillah Ahmad,m.s. 66)


Masalah  358..Terlupa dan teringat semula Fatihah....    

Seorang tinggalkan Fatihan dengan terlupa dan teringat semula dalam rakaat kedua dalam masa Fatihah juga, bagaimanakah  hukumnya.

Jawapan.

Jika ia ingat  kembali pada rakaat selanjutnya yang juga dalam fatihah, maka rakaat yang tadi itu sia-sialah sahaja.  Jika ia ingat sebelum sampai ke rakaat kedua sebelum Fatihah, maka wajiblah ia kembali semula berdiri membaca Fatihah. Dan sunatlah  dia sujud sahwi.  Akan tetapi diingatnya sesudah memberi salam, maka dilihatnya dahulu, jika belum lama fasal antara salamnya dengan masa yang di ingatnya, maka bolehlah dia bangun menambahkan lagi satu rakaat yang kurang itu, dan disunatkannya  sujud sahwi. Akan tetapi jika terlalu lama dia baru ingat, maka wajiblah  dia mendirikan solat itu semula.

Jika terjadi pada Imam, makmum hendaklah menegur dengan ucapan “subhanallah”  Jika Imam tidak menghiraukannya maka wajiblah makmum tidak mengikuti Imam yang salah itu, dan dia hendaklah mufaraqah (keluar) dari solat itu dan terus buat berseorangan hingga selesai solat itu.  Kalau makmum ikut juga maka batallah solatnya itu.  Jika makmum itu tidak tahu seperti dia duduk di saf belakang  tidak mengapalah, kecuali jika ia masbuq yang Fatihahnya ditanggung oleh Imam maka wajiblah  dia menambah satu rakaat lagi, dan membuat sujud sahwi.
Kalau hal tersebut terjadi pada solat Jumaat, sekiranya baru diketahui sesudah salam, lebih kurang dua minit segeralah hendaknya menamabah rakaat itu.  Jika melebihi dari dua minit itu wajiblah mengulang khutbah dan solat Jumaat semula,  kerana sudah kehilangan muwalat (berturut-turut) antara  khutbah dengan solat Jumaat itu.  (Masalah 50 (1) ms 113)


Masalah  359 - Bacaan Fatihah di perlahankan

Mengapakah sebabnya bacaan Fatihah pada rakaat ketiga  dari solat Magharib, dan rakaat ketiga serta keempat solat Isyak dibaca dengan sir (diperlahankan) tidak dijaharkan (dikuatkan).

Jawapan.
 Adapun hikmah atau rahsia rakaat ketiga Maghrib dan dua rakaat akhir Isyak di sirkan (perlahankan) adalah terbilanag sebagai solat malam hari kerana tajalli (cahaya ghaib yang menerangi hati) diwaktu malam itu adalah ringan. Terjadi yang demikian  itu adalah rahmat Allah s.w.t. terhadap orang-orang yang daif daripada umat ini. Allah meringankan membaca daripada jahar (kuat) pada  akhir Maghrib dan  dua rakaat akhir Isya’ untuk memberikan galakan mereka yang lemah melakukan supaya dapat menunaikan solat tersebut. Jika Allah memberatkan dengan jahar (kuat) nescaya menjadi lemahlah mereka itu dari pada melakukannya kerana tajalli Allah bagi mereka tidak kuasa menampungnya.  (Masalah 51 (1) ms 115)


Masalah 360 –Apakah maksud dan faedahnya Khaup atau Khusyiyah


Jawapan.

Khaup atau Khusyiyah itu berarti takut, yaitu takutkan Allah yakni menjaga atau memeliharakan dirinya daripada barang yang dilarang oleh Tuhan supaya kita tidak melakukannya.

Maka faedahnya atau takutkan Tuhan itu ada empat perkara :-
a.     Dikurniakan baginya taufiq (pertunjuk) yang memudahkan akan dia kepada berbuat taat akan suruhan Allah s.w.t.

b.     Dikurniakan baginya rahmat seperti Firman Allah s.w.t.:

              هـُدَى وَرَحْمَة ً لـِلـَّذِيْنَ هُمْ لـِرَبِّهِمْ يَرْهَبُوْنَ.
              Artinya: “Pertunjuk dan rahmat bagi mereka yang takut bagi
             Tuhan mereka itu.”

      c.   Dikurniakan ilmu seperti Firman Allah s.w.t.:
   
 إِنَّمـَا يَخـْشَى اللهَ مِنْ عـِبــَادِهِ الـْعـُلمَاءُ.
    Artinya: “Sesungguhnya yang takutkan Allah itu yaitu orang yang
   berilmu daripada hambanya (sekalian hambanya yang berilmu)”.

c.      Mendapat keredaan Tuhannya seperti Firman Alah sa.w.t. :

عَنْهُمْ وَرَضُوْا عـَنْهُ ذَلـِكَ لـِمَنْ خَشِيَ رَبـَّـهُ.
           
            Ertinya:  “Telah redha Allah daripada mereka itu dan redha
            mereka itu daripadanya yaitu mereka yang takut akan
           Tuhannya.”

     d.   Orang Mukmin yang sempurna imannya. Firman Asllah s.w.t. :-

إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ
عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ.  الـَّذِيْنَ
    يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ.  أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ
مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.

            “ Artinya: Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah dan mulia.
Iman mereka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka.  Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat di sisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia.
                                                                       (Al-anfal ayat 2-4)

(Rujukan: Kitab Suluh Agama Islam, terbitan The United Press, Pulau Pinang  m.s 319, tahun 1965.)





---------------------------------oooooooooooo-------------------------------------

No comments:

Post a Comment