Saturday, 14 May 2011

Masalah Agama Islam Bab 339 - Siaran pos 165




Masalah  339.(84)*-Bagaimana hal rujuk..

Bagaimanakah berlaku dalam hal rujuk dan percreraian. Minta huraikan.

(a).  Rujuk dari segi  istilah ialah mengembalikan isteeri yang telah ditalak rajaie (bukan  bain) kepada perl\kahwinan asal sebagai isteri sepenuhnyaa di dalam iddah dan dengan syarat-syarat tertentu.

(b).  Rukun rujuk dan syarat–syarat sah rujuk:
(1)  Al-Murtajie –.
Suami atau mereka yang mengambil tempat suami.
(2)    Kedua iaitu tempat yang dirujuk
                   (3)..  Yakni sighah (lafaz)

        c.)     Syarat-Syarat rujuk
(1)              Murtaji’orang yang mempunyai kelayakan berkahwin dengan sendirinya, iaitu seorang yang berakal, baligh dan membuat pihlihan sendiri.

(2)              Isteri yang dicerai itu boleh menjadi halal bagi suami yang merujuk. Tidak sah merujuk isteri yang murtad pada ketika iddahnya,


(3)              Isteri yang diceraikjan itu hendaklah ditentukan atau dipastikan yang berkenaan.

(4)              Hendaklah isteri itu yang  telah disetubuhinya. Tidak sah    rujuk dengan isteri yang tidak disetubuhi  kerana telah mejadi talak baian.
(5)              Hendaklah perceraian itu dengan talak, maka tidk saah rujuk isteri yang dicierai dengan fasakh atau khuluk.
(6)              Hendaklah talak itu tidak sampai kadar maksima
(7)              Hendaklah talak itu tanpa bayaran
(8)              Hendaklah rujuk itu dilakukan sebelum berkahirnya iddah.


Masalah  340  (85) *-Implikasi Rujuk cara perbuatan.

Apakah menjadi Implikasi Rujuk secara Perbuatan.
Seperti yang kita ketahui di dalam rukun-rukun bahawa sighah adalah salah satunya. Ini bererti bahawa merujuk bekas isteri tanpa sighah, sama ada sareh atau kinayah, tidak sekali sah menurut pendapat Mazhab Shafie.  Hal ini disebabkan perkahwinan yang diuraikan ikatannya oleh talaq telah berlangsung menerusi ucapan, untuk mengikatnya kermbali mestilah juga dengan ucapan.

Adapun perbuatan seperti bersetubuh dan bercium, berdakap, berpeluk dan sebagainya, maka tidak akan hasil rujuk dengannya menurut mazhab Shafie, bahkan hukmnya adalah haram kerana  talak menghilangkan perkahwinan.
Pendapat mazhab selain dari Shafie boleh dilakluklan dan sah.

Pendpat yang sebenarnya adalah rujuk dengan lafaz sahaja yang sah  dan          dengan perbuatan ulama taidak sepakat mengeashkannya,


Masalah  341. Fasakh (melepaskan peerkahwinan)

Apakah itu Fasakh dan apa perbzaan dengan Khuluk. (146) (186)

Jawapan.

Mempasakhkan akad nikah berarti membatalkannya dan melepaskan ikatan pertalian antara suami isteri. Fasakh terjadi kerana syarat-syarat yang tidak terpenuhi pada akad nikah atau kerana hal-hal lain datang kemudian yang membatalkan kelangsungannya perkahwinan.

Perbezaannya di antara Khuluk dengan fasakh ialah, Khuluk bererti isteri meminta bercerai dengan membayar kepada suaminya itu. Dan dalam Fasakh bererti bahawa sekiranya si isteri tidak berjaya membuat Khuluk ia boleh mengemukakan tuntutannya itu kepada pihak mahkamah syariah bagi melepaskan dirinya dari cengkaman si suami (145) ketika dia berada di dalam keadaan terhimpit oleh gelagat si suami yang tiudak berperikemuansiaan.

Contoh fasakh kerana syarat-syarat yang tidak terpenuhi dalam akad perkahwinan ialah:-  (186 – 292)

a..Setelah akad nikah ternyata isterinya adalah  saudara sesusuan.

b..Suami-isteri masih kecil diakadkan oleh selain ayah atau datuknya, kemudian setelah dia dewasa maka ia berhak untuk meneruskan ikatan perkahwianannya dahulu itu atau menghakhirinya.
 Khiyar ini disebut khiyar baligh.  Jika yang dipilih mengakhiri ikatan suami-isteri maka hal ini disebut fasakh akad.

          Contoh fasakah kerana hal-hal mendatang setelah akad ialah:-

1.           Bila salah seorang dari suamni-isteri murtad dari   Islam dan tidak mahu kembali sama sekali. Maka akadnya fasakh (batal) disebabkan kemurtadan yang terjadi belakangan ini.

2.           Jika suami yang tadinya kafir masukIsslam, tetapi isteri tetap dalam kekafiirannya,iaitau tetap jadimusyrik, maka akakdnya batak (fasakh).

3.           Pisahnya suami isteri akibat fasakh berbeza daripada kerana talaq..  Sebab talaq ada talaq rajaie dan talaq bain. Talaq rajaie  tidak mengakhiri ikatan suami-isteri dengan seketika.  Dan talaq bain menghakhirinya ikatan perkahwinan seketika itu juga.
4.           Adapun fasakh baik kerana hal-hal yang terjadi belakangan ataupun kerana adanya syarat-syarat yang tidak terpenuhi, ia mengakhiri ikatan perkahwianan sekektika itu  juga.

5.           Selain itu pisahnya suami isteri kerana talaq dapat mengurangkan bilangan talaq. Jika suami mentalaq isterinya dengan talaq rajaie, lalu rujuk lagi semasa iddahnya, atau akada lagi sehabis iddahnya, dengan akad baru, maka perbuatannya dihitung satu kali talaq dan ia masih ada kesempatan melakukan talaq dua kali lagi.

6.           Adapun pisahnya suami isteri kerana Fasakh, maka hal i

7.           ni tidak berarati mengurangi bilangan talaq, sekalipun terjadinya fasakh kerana khiyar baligh, kemudian kedua  orang suami-isteri tersebut kawin dengan akad baru lagi, maka suami tetap punya kesempatan tiga kali talaq.

8.           Pisahnya suami isiteri kerana suami dan samasekakli tidak ada pengaruh isteri disebut talaq. Dan setiap perpisahan suami-iiteri kerana isteri, bukan kerana suami, atau kerana suaami tetapi dengan pengaruh dari isteri disebut fasakh.

(Nota rujukan: Undang-Undang  Kelarga Islam (Perkahwinan)
                       Oleh Prof. Dr. Mat Saad, para 186 –





xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

No comments:

Post a Comment