Saturday, 7 May 2011

Masalah Agama Islam Bab 332-334 -Siaran Pos 159



Masalah  332-.Apakah itu Ayat Seribu Diner.

Saya ada mendengar orang-orang selalu menyebut ”Ayat Seribu Diner”. Minta tuan terangkan.
Jawapan.

Ayat seribu Dinar ialah dari Al-Quran, Surah At-Thalaq, ayat  2 dan 3, seperti berikut:
BERTAQWA  KEPADA  ALLAH  -

Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran (65) Surah At-Thalaq , ayat 2 dan 3 :

وَمَنْ يَتـَّقِ اللهَ يَجْعـَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا (1)
وَيَرْزُقـْهُ مِنْ حَيْثُ لآ يَحْتـَسِبُ  ج
وَمَنْ يَتَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ج
إ ِنَّ اللهَ بَلـَغ ُأ َمْرِهِ ج
قـَدْ جَعَلَ اللهُ لِكـُلِّ شَىْءٍ قـَدْرًا  (2)
Ertinya:
”Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikan-Nya rezeki dari sumber  yang tidak diduga.”

”Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya).  Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

(Al-Quran (65): Surah At-Talaq ayat 2 dan 3).

            ----------------------------ooooooooooooo-----------------------------

Masalah  333.- Tujuh Perkara dari Rasulullah .   
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. ada menyebut supaya kita menjauhkan  tujuh perkara kemunghkaran. Minta terangkannya:-
Jawapan:

Jauhkan Kemungkaran dengan 7 Perkara. 


Sabda Rasulullah s.a.w.”
قال عليه الصلاة والسلام.

إ ِجْتَنِبُو السَّبْعَ الـْمَوْبِقَاتِ. قَالـُوْا وَمَا هُنَّ يَا رَسُوْلُ اللهِ .؟ قَالَ  :
الشِّرْكُ بِاللهِ, وَالسَّحْرُ, وَقـَتْلُ النَّفْسِ الـَّتِىْ حَرَّمَ اللهُ بِالـْحَقِّ, وَا َكْلُ الرِّبَا, وَأ َكْلُ مَالِ الـْيَتِيْمِ. وَالتـَّوَلـِّى يَوْمَ الزَّحْفِ. وَقـَذْ فُ الـْمُحْصَنَاتِ الـْغَافِلَاتِ. (رواح مسلم).
Maksudnya:  
”Jauhkan oleh kamu akan tujuh perkara yang membinasakan. Kata sahabat.: Apa dia perkara itu ya Rasulullah ?  Sabdanya “Menyengutukan Allah, dan berbuat sehear, dan membunuh orang yang diharamkan Allah membunuhnya melainkan dengan sebenarnya, dan makan wang bunga, dan makan harta anak yatim, dan berpaling lari pada hari perang sivil, dan menuduh zina akan perempuan-perempuan yang lalai.”

Ulasan.
Bahawa tujuh perkara yang disebut di dalam hadis ini setengah daripada perkara yang membawakan kepada  dosa besar, dan yang terlebih besarnya ialah syirik atau menyengutukan Tuhan. Maka Nabi s.a.w. mengingatkan supaya menjauhkan diri daripadanya, moga-moga terpelihara daraipada kebinasaannya.

Pada hari ini ada sesetengah manusia yang masih belum sedar lagi tentang dosa makan harta anak yatim iaitu apabila mereka membuat kempen mengutip derma untuk kepereluan anak-anak yatim, dengan sengaja mereka  menyeleweng wang derma tersebut untuk kepengtingan diri mereka sendiri, hanya tidak sampai setengah dari derma-derma tersebut sampai kepada  badan kebajikan anak-anak yatim  sebagaimana pihak penderma yang bertujuan memberi derma tersebut. Ingtalah dosa tersebut akan dibalasi oleh Allah s.w.t. bukan sahaja diakhirat nanti tetapi juga di dunia ini akan berlaku.  Oleh itu ingatlah dan bertaubatlah sebelum terlambat...!


Masalah  334. Ayat Al-  Quran mengharamkan arak..



Mina tuan terangkan ayat Al-Quran yang mengharamkan minuman arak itu
Jawapan.


Firman Allah s.w.t. (226)


يَـآاَيُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْ اِنَّمَا الـْخَمْرُ وَالـْمِيْسِرُ وَالْاَنْصِابُ وَالْا ْزْلا ًمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتـَنِيـُبوْهُ لـَعَلـَّكُمْ تُفـْلِحُوْنَ (90) ا ِنَّمَا يُرِيْدُ الشَّيْطَانُ اَنْ يُوْقِعَ بَيْنَكُمْ الـْعَدَاوَةَ وَالـْبَغْضَآءَ فِى الـْخَمِرَ وَالـْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ. فَهَلْ اَنْتـُمْ مُنْتَهُوْنَ.  (91). الماءـده 90-91).
Maksudnya: 

“Wahai mereka yag beriman.! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan judi yang ditilik pada anak panah yaitu semuanya keji yaitu daripada pekerjaan syaitan, maka jauhilah akn dia moga-moga kamu dapat kemenangan. Sesungguhnya kehendak syaitan itu bahawa menjatuhkan di antara kamu itu, berseteru-seteru dan berbenci-benci.  Pada arak dan judi dan menggalangkan kamu daripada mengingatkan Allah dan daripada sembahyang, maka hendaklah kamu berhenti daripada sekalian itu.
Ulasan:

Difahamklan daripada ayat tersebut Allah s.w.t. menegahkan kamu daripada minum arak dan bermain judi dengan apa jenisnya sekalipun, kerana itu semuanya pekerjaan syaitan yang keji dan amalan syaitan. Dan juga syaitan itu berkhendak menjadikan kamu itu berseteru-seteru dan berbenci-benci di antara satu dengan yang lain, dan lagi pekerjaan itu menggalangkan daripada ingat hati kepada Allah s.w.t., lebih-lebih lagi daripada sembahyang.  Maka semuanya itu menarikkan kamu kepada kebinasaan dan membawakan kamu kelembah kehinaan.  Oleh yang demikian hendaklah kamu jauhkan
daripadanya.     (Al-Quran Surah  al-Maiadah ayat 90 dan 91). .



---------------------oooooooooooooooooooooooooo---------------------

No comments:

Post a Comment