Monday 2 May 2011

Masalah 293…Solat Terlupa baca Fatihah Setelah selesai solat baru ingat ada rukun yang tertinggal, apakah solatnya batal atau tidak. Jawapan Tidak sah solat yang kurang rukunnya, jika tertinggal itu dengan sengaja. Tetapi jika tertinggal itu dengan tidak sengaja atau terlupa maka jika terjadi teringatnya itu masih di dalam sembahyang, maka wajiblah segera dilakukan rukun itu. Umpamanya seorang terlupa membaca Fatihah, kemudian setelah ia sujud sekali, teringat olehnya bahawa ia belum membaca Fatihah, wajiblah ia kembali kepada kedudukan qiyam semula untuk membaca Fatihah, kemudian dibuat semula rukun-rukun solat selepas itu hingga sempurna, dan disunatkan ianya membuat sujud sahwi sebelum meberi salam, maka tidaklah membatalkan solatnya itu. Jika rukun yang ditinggal secara terlupa itu baru diingatnya sesudah memberi salam, maka hal tersbut ialah keadaan masa antara salam dan teringatnya itu jaraknya dekat, wajiblah ia membina atas yang ditinggalkannya itu, berarti kembali berdiiri solat dan membaca Fatihah serta mengulang rukun-rukun yang seterusnya, dan kemudiian sebelum memberi salam, sunat jua dilakukannya sujud sahwi. Solatnya itu sah. Tetapi jika antara ia memberi salam dan wakltu teringatnya itu, sudah jauh , tidaklah dapat rukun yang ditinggalkan itu, maka wajiblah ia mengerjakan solat itau semula dari mula hingga selesai. Dalilnya ialah menurut hadis yang diriwayatkan oleh Adirrahman bin Auf yang bermaksud:- (Masalah 60 (4) ms 138) Artinya: “ Apabila syak salah seorang kamu pada sembahyangnya, maka tidaklah diketahuinya apakah satu rakaat yang telah dilakukannya ataukah dua rakaat, maka hendaklah dibuatnya keputusan bahawa baru satu rakaat, dan apabila tidak tahu lagi dia, apakah dua rakaat atau tiga rakaat, maka hendaklah dibuatnya keputusan dua rakaat. Dan apabaila tidak tahu lagi dia, apakah tiga rakaat yang telah disembahyangnya ataukah empat rakaat, maka hendaklah dijadikannya tiga rakaat, kemudian sujudlah dua sujud sahwi ia apabila telah selesai dari sembahyang, sebelum ia memberi salam. (H.R Ahmad, Ibnumajah, Attirmidzi) (Rujuk Masalah 60 (4) ms 140) Masalah 294…Solat sunat sebelum Maghrib Pernahkah Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat dua rakaat sunnah sebelum Maghrib. Jawapan. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Habban bahawa Rasulullah s.a.w. ada melakukan sembahyang sunat qobliyyah (dahulu) Maghrib dua rakaat. Menurut hadis yang diriwayatkan dari Annas r.a. yang ertinya:- “Demi sesungguhnya aku pernah melihat orang-orang besar dari sahabat Rasulullah s.a.w. berlomba-lomba mendekati tiang-tiang seketika masuknya Maghrib untuk bersembahyang dua rakaat.” (H.R. Al-Bukhari) Ada juga Hadis yang diriwayatkan oleh Anas. A.s. yang bermaksud:- “Adalah kami bersembahyang pada masa Rasulullah s.a.w. dua rakaat sesudah masuk matahari, sebelum sembahyang Maghrib, Maka ditanya orang; “Adakah Rasulullah s,a,w, menyembahyanghkannya? Jawabnya” Adalah beliau melihat kami melakukannya, maka beliau tidak perintah kami dan tidak melarang kami. (H.R.uslim) (Maslaah 65 (4) ms. 151) Masalah 295…Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Bagaimana seorang Khatib meninggalkan salah satu rukun Khutbah. Adakah sah solat Jumaat itu ? Jawapan.

No comments:

Post a Comment