Masalah 290…Imam membaca ayat ketika Makmum baca Fatihah
Terdapat Imam membaca ayat selepas membaca Fatihah semasa makmum membaca Fatihah.
Jawapan.
Imam disunatkan diam sebentar ketika makmum membaca Fatihah hingga selesai. Arti diam ini adalah sunat tidak membaca sesuatu ayat untuk memberi makmum selesai membaca Fatihah dan dengan itu dapatlah makmum mendengar Imam membaca ayat-ayat al-Quran itu. Terdapat di dalam al-Quran mengatakan apabila sedang dibacakan Ayat-ayat al-Quran maka dengarkanlah oleh mu. (Masalah 52 (1) ms 116)
Masalah 291.. Doa qunut dan fungsinya.
Apakah faedahnya doa qunut. Bagaimana jika tertinggal di kala solat Subuh.
Jawapan.
Keudukan doa Qunut pada rakaat kedua solat subuh dan rakaat akhir solat nisfu dan rakaat kedua solat witir selepas malam 16 Ramadzan sunat dilakukan, artinya diberi pahala dilakukan dan tidak berdosa meninggalkannya. Dia tergolong sunnat ab’ad seperti tashdud awal, maka disunatkan bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sujud sahwi. Tetapi doa qunut yang dibaca selepas rakaat akhir kerana menghilang bala dan musibah tidak dikenakan sujud sahwi.
Menurut keterangan Al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad Al-Husainy, dalam kitab Kifayatul Akhyar juz,1 halaman 70 sebagai berikut:-
“Dan adapun qunut maka disunatkan pada iktidal rakaat kedua dalam solat Subuh, kerana ada hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a. berkata ia:- “Sentiasalah Rasulullah s.a.w. melakukan qunut dalam solat Subuh sehingga beliau meninggal dunia. Setelah meriwayatkan akan hadis ini oleh Al-Imam Ahmad dan lainnya, berkata Ibnusshalah; ”Sesungguhnya telah menghukum dengan sahihnya hadis ini oleh bukan sedikit dari pada Huffaz.
Dan Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 bermaksud; ”Dan apa-apa yang Rasulullah s.a.w. datangkan kepada mu, maka ambillah oleh mu akan dia.” (Masalah 53 (1) ms 122)
Masalah 292..Membaca Surah Al-Fatihah
Apakah hukumnya membaca Fatihah diberhentikan dalam ayat “An am ta ‘alaihim….”
Jawapan.
Ketahuilah bahawa hukum waqaf pada “An ‘am ta ‘alai him” adalah khilafatul Aula, artinya menyalahi yang utama. Jadi sebaliknya jangan waqaf di situ. Akan tetapi apabila waqaf juga di situ, tidaklah sunnat kembali lagi kepada pernulaan ayat. Tegasnya kalau sudah terlanjur waqaf pada “An ‘am ta alaihim,” tak usah mengulangi lagi dari awal ayat. Jadi sudah sahaja, lanjutkan lagi: “Ghairil maghdu bi ‘alaihim…..” Keterangan tersebut dalam kitab Fathul Mu’in pada Hamisy I’anaatutthalibin, Juz 1 halaman 147 sebagaui berikut:-
“Dan yang utama bahawa tidaklah diwaqafkan pada “An ‘am ta ‘alaihim” kerana bahawasanya bukannya itu tempat waqaf, dan bukan penghabisan ayat pada kita. Maka jika telah waqaf seorang atas ini tidaklah disunatkan kembali dari permulaan ayat.” (Masalah56 (1) ms 126)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
No comments:
Post a Comment