Email -hjdan@myjaring.net
Masalah 338 (83)*.-Apakah ‘Iddah Perceraian.
a… Sebab Wajib Iddah
Diwajibkan seseorang isteri itu beriddah ialah kerana tiga sebab:-
(1) Perceraian dari suami yang hidup dengan talak satu atau lainnya.
Hendaklah perceraian itu terjadi setelah berlaku persetubuhan yang sebenar dalam perkahwinan yang sah atau fasid atau dalam keadaan syubhah, sama ada persetubuhan itu halal atau haram (seperti wati isteri yang sedang haid atau berihram haji atau umrah). Kalau tidak ada berlaku persetubuhan tidak ada iddah walau pun ada berlaku khalwat diantara mereka berdua. Hendaklah suami dan isteri itu orang yang munkin boleh dilakukan persetubuhan.
(2) Wati Syubhah
Ialah persetubuhan yang berlaku dalam keadaan syubhah tentang halalnya seperti persetubuhan yang berlaku dalam perkahwinan yang tidak sah. Atau menjadi syubhah bagi pihak lelaki yang menyangka perempuan yang di wati itu isterinya, tetapi ia bukan isterinya. Maka perempuan itu wajib beriddah sama ia dara atau janda, isteri orang atau tidak.
Wati syubhah ialah persetubuhan yang tidak wajibkan dikenakan hukum hudud ke atas lelaki yang berwati, ada kemungkinan perempuan itu boleh dikenakan hukum hudud seperti yang sudah baligh atau perempuan yang berakal dan sebagai lagi, wajib ianya beriddah kerana menghormati air maninya.
(3) Kematian suami.
Seorang perempuan itu wajib beridah kerana kematian suami, maka wajib ianya beriddah walaupun ia belumn lagi disetubuhi atau sedang menjalani iddah talak rajaie yang belumn tamat.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan isteri-iseteri yang diceraikkan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)
(Al-Baqarah ayat 228 )
Para ulama’ mujtahidin sekata sependapat (ijma’) bahawa ‘iddah adalah suatu hukum yang telah diperuntukkan melalui al-Quran dan al-Sunnah, bahkan ia termasuk dalam sejumlah hukum yang diketahui dengan mudah dalam Islam..
b……Pembahagian Wanita yang Beriddah.
Wanita yang beriddah dibahagikan kepada dua bahagaian iaitu:-
Pertama -Wanita yang diceraikan dalam perceraian hidup dengan talak atau fasakh dan wanita yang diwati syubhah dan idahnya seperti berikut:-
(1) Wanita yang berhaid atau pernah datang haid dan tidak mengandung waktu di cerai, maka iddahnya tiga kali suci.
Firman Allah swt yang bermaksud:-
“Dan isteri-isteri yang dicieraikan itu
hendaklah menunggu
dengan menahan diri mereka (dari
berkahwin) selama tiga
furu’ (suci)” (Al-Baqarah ayat 228)
(2) Semasa diceraikan tiba-tiba datang haid kali pertama dalam hidupnya maka suci itu tidak dikira, kerana tidak berada diantara dua darah, oleh itu ia memerlukan tiga kali suci lagi selepas haid itu (jadi 4 kali suci)
(3) Perempuan yang pernah datang haid selepas diceraikannya walau pun satu minit selepas diceraikan, haid pun datang maka ia telah memperolehi satu haid, dan iddahnya akan berkahir dengan masuk haid kali ketiga.
(4) Bagi yang diceraikan dalam masa haid iddahnya akan berkahir apabila masuk haid yang keempat selepas bercerai.
(5) Kalau ia dicereai semasa nifas (beranak) maka ia memerlukana tiga kali suci selepas nifiaas, nasa nifas itu tidak dikira idaahnya akan berkahir dengan masuk haid keempat.
(6) Bagi perempuan yang putus dari haid maka hendaklah ia beriddah selama tiga bulan.
c. Kedua -Perempuan yang mati suami mempunyai
iddah berikut:-
(1) Yang Mengandung
Jika ia mengandung maka iddahnya ialah hingga melahirkan kandungan dengan sempurna. Juga hendaklah kandungan itu boleh di nasabkan kepada suami yang mati
Jika kandungan itu berpunca dari wati sayubhah maka iddahnya empat bulan sepuluh hari selepas melahirkan kandungan itu.
Jika ia mengandung dengan sebab berlaku wati syubhah dalam masa iddah hendaklah di sempurnakan yang baki itu selepas melahirkan anak, kerana iddah mengandung mestilah didahulukan daripada iddah mati
(2) Yang Tidak mengandung
Jika seorang itu yang kematian suami tidak mengadung sama ada disetubuhi atau belum maka iddahnya empat bulan sepuluh hari dan malamnya, walaupun isteri itu berada dalam iddah talak rajaie, maka ia tetap kenaa beriddah empat bulan sepuluh hari juga dari trikh kematian suaminya itu.
(3).. Hikmat Wajibnya iddah
Untuk mengetahui bersih rahim seseorang wanita yang telah diceraikan sehingga tidak bercampur antara keturunan suami pertama dan suami kedua.
Memberi peluang kepada suami iseri yang berpisah untuk kembali kepada kehidupan berkeluarga semula.
Sebagaui menyanjung tinggi urusan perkahwinan betapa ppentingnya perkahwinan dibina.
Untuk menyatakan kesedidhan dan berkabung (ihdad) di atas kematian suami yang dikasihi dan berakahir nikmat satu perkahwinan.
d..Permulalan prkiraan Idaah
Dikira sebaik sahaja terjadi perceraian, sama ada
kematian, talak
dan sebagainya. Sama ada perempuan itu tahu
atau tidak ianya
dicerai atau kematian suaminya, maka tarikh
iddah itu bermula
dari tarikh yang berlaku kejadian dan bukannya
tarikah yang ia
tahu. Contohnya seorang perempuan telah
dicerai pada bulan
Muharram, kemudian dia diberitahu pada bulan
Rabiul Akhir,
sedangkan dalam masa tiga bulan itu isteri tadi
melalui tiga atau
empat kali suci, maka ia tidak perlu lagi
memulakan iddah baru
setelah diberitahu, bahkan ia boleh berkahwin
pada hari itu
juga.
e...Pertukaran iddah Suci kepada idah Bulan.
Apabila seorang lelaki menceraikan isterinya yang pernah berhaid, kemudian ia meninggal dunia sedangkan isterinya belum lagi habis iddahnya, maka jika perceraian itu talak rajaie hendaklah ia beriddah dengan iddah mati suami, iaitu empat bulan sepuluh hari dari taaikh kematian suaminya itu. Tetapi jika talak bain ataua fasakh maka iddahnya tidak akan berubah kerpada iddah mati pula.
f... Pertukaran Iddah Bulan kepada Quru
Apabila seoranhg perempuan telah mulai beiddah
dengan bulan
kerana kecilnya atau tidak pernah lagi datang haid
tiba-tiba datang
haid maka wajiblah ia berpindah kepada iddah
quru’.’
Tempoh iddah yang paling kurang.
Tempoh masa yang mungkin berakhir iddah
ialah 32 hari.
Perempuan Berzina tiada iddah,
Tidak wajib beriddah perempuan yang
melakukan persetubuhan
perzinaan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
No comments:
Post a Comment