Email - hjdan@myjaring.net
Masalah 281…Berwuduk memakai sepatu (khuf)
Seorang yang mengambil wuduk sambil memakai sepatu, dan sewaktu membasuh kaki, sepatunya tidak dibuka, tetapi hanya dititiskan air di atas sepatu tersebut. Kemudian mengerjakan solat dengan memakai sepatunya. Sahkan wuduk dan solatnya ?
Jawapan.
Wuduknya sah dan solatnya pun sah. Memang diperkenankan bagi orang yang memakai sepatu (khuf) untuk menyapu khufnya, dan tanpa membukanya di waktu berwuduk, dan sewaktu bersolat. Tetapi jika ia mengambil wuduk memakai khuf dan membukanya sewaktu solat maka batallah wuduknya itu dan solatnya itu terjadi tidak sah.
Menyapu air di atas khuf itu hukumnya boleh, tetapi dengan syarat- syarat:
a. Bahawa dimulai memakai dua khuf itu sesudah sempurna bersuci (sesuatu yang mewajibkan mandi.)
b. Bahawa kedua khuf itu menutupi bagi tempat basuhan yang fardhu, iaitu dua tapak kaki bersama dua mata kakinya (buku lali).
c. Bahawa kedua khuf itu kuat dipakai untuk berjalan jauh.
d. Jangan dibuka khuf itu dikala mahu bersembahyang.
e. Menjadi menyusahkan diri jika membuka khuf sewaktu hendak bersolat.
Rujukan Kitab 100 Maslah Agama Jil 5, ms 92.
Masalah 282- Amalan Wanita boleh masuk syurga
Ada beberapa macam amalan kebaikan yang boleh menjamin seseorang wanita itu masuk syurga dengan izin Allah s.w.t.
Jawapan.
Seorang wanita yang solehah, ialah wanita yang patuh terhadap segala peraturan yang di tetapkan Allah s.w.t dan RasulNya, yang memelihara dirinya walaupun di balik belakang suaminya. Sebagaimana tersebut dalam firman Alah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 34 berikut:
فَـالصَّا لِحَاتُ قـَانِتـَتٌ حَا فِظَاتٌ لـِلـْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللهُ.
(الـنـسأ: 34)
Ertinya: Maka wanita-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang taat lagi memelihara dirinya dikala suaminya berjauhan (ghaib) dari padanya dengan pemeliharan yang telah ditentukan Allah”: ( An-Nisa’: ayat 34)
Kalau ditinjau dari segi keterangan-keterangan agama, maka yang paling menonjol sekali di antara sebab-sebab wanita yang dijanjikan masuk Syurganya seorang wanita itu adalah ketaatannya terhadap suaminya.
Mengenai beberapa macam amalan atau kebaikan yang menjamin wanita masuk Syurga adalah:
a..Apabila ia melakukan akan sembahyang fardunya yang lima dan mengerjakan yang sunat-sunat selalu.
b..Berpuasa ia akan puasa fardunya sebulan Ramadzan dan kerap berpuasa yang sunat-sunat.
c..Memelihara ia akan kehormatannya dari persentuhan orang lain dari suaminya.
d..Sentiasa patuh ia terhadap suaminya terhadap arahan yang baik.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil.3 ms 54)
Masalah 283 - Hukum lelaki berjabat tangan dgn.wanita
Apakah hukumnya seorang lelaki berjabat tangan dengan seorang wanita yang bukan mahramnya?
Jawapan.
Sudah maklum tentang keharaman lelaki melihat perempuan ajnabiyyah dengan bersyahawat. Maka berjabat tangan antara laki-laki dengan wanita ajnabiyyah (bukan mahram) adalah juga haram. Kerana dengan persentuhan kulit laki-laki terhadap wanita yang helat (yang bukan isteri atau dan bukan mahram) itu adalah termasuk suatu hal yang dapat mengasyikkan, lebih daripada keasyikkan dari memandang.
(Rujukan Kitab 100 Masalah Agama Jil. 3 ms 61).
Masalah 284- Hukum penceramah wanita pada lelaki
Apakah hukumnya bila seorang penceramah wanita memberikan ceramah di atas podium kepada umum yang mana kebanyakannya terdiri dari lelaki dengan tidak ada memakai dinding?
Jawapan.
Seorang muballighah atau penceramah, ahli pidato, penceramah wanita yang naik di atas podium, lalu berpidato berhadapan langsung tanpa dinding di hadapan kaum lelaki hukumnya adalah haram. Apa lagi kalau si penceramah wanita itu melunasi seluruh hiasan mukanya dengan bermekp semua alat kecantikan yang menggiurkan hadirin yang menatap. Firman Allah s.w.t.:
وَقُلْ لـِلـْمؤ مِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أ َبْصَارِهِنَّ.
سورة النور: 31)
Ertinya: “ Katakanlah olehmu hai Muhammad bagi orang-orang mukmin wanita, hendaklah mereka menutup sebahagian dari pandangan-pandangan mereka. (An-Nur ayay 31).
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil. 3 ms 90).
Masalah 285 - Ustaz berceramah pada wanita
Bagaimanakah hukumnya seorang Ustaz mengajar kaum wanita dan apakah caranya yang tidak boleh ia mendatangkan fitnah?
Jawapan.
Terdapat tiga perkara yang membolehkan seorang Ustaz mengajar atau memberi cermah agama kepada kaum wanita:
a. Tidak ada guru perempuan ataupun mahram atau suami yang dapat atau mahu mengajarnya.
b. Aman dari fitnah.
c. Dengan berdinding.
Jika syarat-syarat ini sudah dipenuhi, maka jika untuk memgajar sesuatu kaifiat yang wajib, yang sukar mengajarnya dari balik dinding, bolehlah wanita itu dan guru itu saling melihat, artinya terbatas untuk keperluan pengajaran tersebut sahaja.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil.3 ms 92)
Sekian dahulu buat sementara waktu, disudahi dengan Wssala Mu alaikum..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
No comments:
Post a Comment