Saturday, 14 May 2011

Masalah Agama Islam Bab 345


Masalah  345… Tayammum Wuduk dan Junub sama saja..

Tayammum wuduk dengan tayammum junub bersamaan.
Mengapa tayammum wuduk dengan tayammum junub sama sahaja yakni tidak berbeza cara pembasuhannya.

Jawapan.

Tempat yang disapu dalam tayammum atau angguta tayammum hanyalah muka dan dua belah tangan sampai dua siku, baik tayammum itu untuk pengganti hadas kecil ataupun hadas besar.  Sebabnya adalah kerana tayammum itu adalah rukhshah (kesenangan) yang menghilangkan cegahan sembahyang dan bukan mengangkatkan hadas.  Orang yang berhadas besar, atau orang yang berjanabat dan orang yang berhadas klecil , jika berhalangan mempergunakan, air kerana sakit, atau kerana ketiadaan air bolehlah ia bersembahyang, dalam keadaan berhadas jika ia telah lakukan  syarat-syarat iaitu melakukan tayammum.   Tayammum hanya  membolehkan sembahyang dan tidak mengangkatkan hadas. Oleh kerananya jika telah beroleh air wajiblah orang junub mengangkat hadas besar dengan bermandi untuk melakukan  sembahyang.  (Masalah 23(1) ms 55)

Soalan 346…Menahabn-nahan hadas kecil...

 Menahan-menahan hadas kecil da;am sembahyang
Bagaimana hukumnya jika kita ada air sembahyabng sedang sembahyang menahan-nahan hadas kecil.
Jawapan.

Menahan hadas kecil, artinya menahan ingin buang air kecil, menahan ingin keluar angin, menahan buang air besar. Keinginan ini ada kalanya datang di luar sembahyang dan adakalanya pula di tengah kita sedang bersembahyang adalah makruh. (Masalah 26(1) ms 64)

Masalah   347…Kenalan pelihara  anjing….

Saya menziarahi rakan saya yang juga beragama Islam tetapi dia ada memelihara anjing. Bila tiba waktu solat saya berasa ragu-ragu hendak solat kerana saya rasa tidak bersih sebab anjing berkeliaran di rumahnya.Lalu saya tidak solat waktu. Apa pedapat tuan?

Jawapan.

Anda tidak perlu ragu-ragu dan was-was dalam keadaan tersebut.  Walaupun dia ada memelihara anjing, kerana selagi tempat sembahyang anda itu kering dan anda alas dengan tikar sembahyang atau sebagainya asalkan bersih, maka sembahyang anda adalah sah.

Andainya anjing itu berjalan dalam rumah selagi ia kering tempat yang dilaluinya belum dikira najis.  Jika anda ditempatkan pula dalam sebuah bilik khas dan anjing itu tidak pun masuk ke bilik itu selama anda berada di situ, langsung tidak ada hukum najisnya kerana anda tidak pun melihat apa-apa yang menandakan najis hanya sangkaan anda sahja.

Jadi perbuatan anda meninggalkan sembahyang dalam beberapa hari itu tidaklah baik, dan menurut hukum anda dikira berdosaa dan wajib mengqadakannya segera.
(Rujukan: Kitab Kemusykilan Agama oleh Dr. Syed Abdillah Ahmad,m.s. 50)

Masaslah   348.  Dalam Solat berdoa dalam bahasa Melayu?

Jawapan.
Kita wajib mengerjakan sembahyang sebagaimana yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. dan telah ditunjukkan caranya oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Baginda pernah bersabda:
صَلـُّوْ كَمَـا رَأَيْـتـُمـُو نِي أ ُصَلـِّى.
Maksudnya:Bersembahyanglah kamu seperti kamu lihat aku sembahyang.”

Oleh sebab itu, tidak boleh digunakan apa-apa bahasa di dalam sembahyang   selain daripada bahasa Arab hinggakan doa-doanya juga mesti dibaca dalam bahasa Arab jika dibaca dalam sembahyang.

Masalah   349.Bagaimanakah hukumnyaa solat qobliyyah Jumaat.

Jawapan.

Solat qobliyyah Jumaat adalah sunnah artinya orang yang melakukannya beroleh pahala dari pada Allah s.w.t. dan tidak berdosa yang meninggalkannya. Sama halnya dengan qaoliyyah solat Zohor.
Dalilnya menurut hadis diriwayat oleh Atthabarani bermaksud:
“Bahawa nabi s.a.w. adalah beliau bersembahyang sebelum Jumaat dua rakaat  dan sesudahnya dua rakaat.”  (Masalah 38(1) ms 83)




---------------------ooooooooooooooooooooooooo---------------------------------------                         

No comments:

Post a Comment