URL -www.hjchedan.blogspot.com
Masalah 335 * – Masalah Kufu’ (sama taraf)
ApakahWali tidak harus mengkhawinkan dengan lelaki yang tidak sekufu.’
Jawapan.
Para Ulamak Mazhab Shafiei sepakat berpendapat ia merupakan hak bagi bakal isteri dan walinya. Lantaran itu wali seseorang perempuan tidak harus mengkahwinkan dengan lelaki yang tidak sekufu’ (tidak setaraf) kecuali jika dipersetujui oleh mereka dan kesemua walinya yang lain kerana perbuatan itu akan menyebabkan si perempuan dan diri mereka akan mendapat malu. Tetapi jika perempuan yang berkaitan bersetuju dan para walinya juga bersetuju, maka haruslah dilangsungkan perkahwinan itu.
Kufu’ sebenarnya boleh dilihat di dalam beberapa sudut; kufu’ dari segi agama, kufu’ dari segi iffah, kufu’ dari segi keturunan, kufu’ dari segi kekayaan harta benda wang ringgit dan kufu’ dari segi ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah.
Kufu’ dari segi agama bermaksud kedua-dua mereka adalah sama seagama. Dengan erti seorang yang beragama Islam tidak kufu’ dengan seorang yang bukan Islam. Kufu’ dari segi iffah bermaksud kedua-dua mereka adalah orang-orang yang terpelihara dari segala amalan yang haram di dalam pergaulan harian. Lantaran itu serorang yang berketurunan baik-baik atau mulia dianggap tidak kufu’ jika dia berkahwin dengan seorang yang datangnya dari keturunan penzina, penjudi atau peminum arak sekalipun orang itu seagama dengannya.
Kufu’ dari segi keturunan bermaksud kedua-dua mereka adalah sama sebangsa atau sana taraf hidup, tetapi jika mereka sama-sama setuju maka ia tidaklah menjadi halangan lagi. Kufu’ dari segi kataatan kepada perintah dan larangan Allah, inilah antara kufu’ yang sesuai diberikan perhatian dan penekanan oleh bakal isteri dan para wali kerana manusia menurut pandangan Allah tidak mempunyai apa-apa kelebihan atau kekurangan di antara satu dengan yang lain kecuali dengan ketaqwaan kepada Allah sahaja. Itulah makhluk yang paling mulia di sisi Allah.
Masalah 336* (81) (175)-Pembahagian Talak .
Minta berikan pembahagian dan huraian mengenai Talak.
Jawapan.
Pembahagian talak.
Dalam istilah Agama talaq artinya melepaskan ikatan perkahwinan atau bubarnya hubungan perkahwinan. Perceraian atau perpisahan terputusnya aqad perkahwinan terbahagi kepada dua bahagian iaitu perceraian yang boleh dirujuk iaitu yang dikenali dengan Talak Rajaie dan perceraian yang tidak boleh dirujuk semula iaitu dikenalai dengan Talak Bain.
Talak Rajaie
Ialah yang boleh dirujuk selagi mana isteri yang dicerai dengan talaq satu atau dua msih lagi dalam ‘iddah. Suami boleh kembali semula kepada bekas isterinya dengan hanya mengucapkan lafaz rujuk dan dengan syarat-syarat tertentu. Ini bermakna ia tidak memerlukan kepada aqad perkahwinan yang baru untuk kedua suami isteri kembali bersatu semula.
Talaq Bain
Ialah perceraian yang tidak membolehkan suami kembali rujuk kepada isterinya semula walaupun dalam masa ‘iddah. Talak Bain tidak memberi kuasa rujuk kepada suami. Sekiranya mereka ingiaan bersatu semula sebagai suami isteri, pernikahan baru hendaklah dilakukan sebahgaimana perkahwinan yang pertama dahlu dengan melalui berbagai-bagai proses yang tertentu.
Masalah 337 .(82)*-Apakah ” hak-hak isteri ” yang diceraikan.
Jawapan,
Seorang isteri yang telah diceraikan mempunyai beberapa hak yang perlu ditunaikan oleh bekas suaminya sekiranya isteri itu masih lagi di dalam iddah. Hak ini bergantung kepda jenis perceraian sama ada mati suami, talak rajaie atau talak bain. Perkara-perkara tersebut ialah:-
a. Tempat tinggal
b. Nafkah Iddah
c. Mu’taah (sagu hati) bagi perceraian hidup sahaja
Tempat Tinggal.
Tempat tinggal hendaklah disediakan oleh suami bagi semua perceraian sama ada yang beriddah dengan kematian suami, talak rajaie, talak bain atau fasakh kecuali yang nusyuz sahaja.
Fifman Allah swt yang bermaksud:-
“Tempatakanlaha isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu”
(Al-talq ayat 6)
Nafkah Iddah
Nafkah iddah atau saraan hidup menjadi hak isteri yang ditalaq rajaie, kerana ia masih lagi seperti hukum isteri. Kewajipan nafkah isteri ini tidak berpindah kepada iddah suami mati, kerana sekiranya iddahnya belum berakhir maka berpindah iddahnya kepada iddah mati dan purtuslah nafkahanya. Walaupaun ia sedang mengandung.
Bagi yang dicerai dengan talak bain tidak berhak mendapat nafkah iddah kecuali jika ia mengandung maka berhak nafkah kerana mengandung,walau pun suami meninggal dunia pada waktu iddah cerai belum berkhir kerana iddah bercerai tetap terus berjalan dan tidak berpindah kepada iddah mati.
Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapt nafkah dan tempat tinggal.
Muta’ah (sagu hati ) bagi perceraian hidup sahaja.
Muta’ah ialah satu jenis hatrta yang wajib ke atas suami memberikannya kepada issteri yang telaha diceraikana padqa masa hidup dengan talak dan semumpamanya dengan syarat-syarat tertetnu.
Pemberian ini sama ada berupakan wang, pakaiana, makanan, harta dan sebaginya. Firmnan Allah swt yang bermaksud:=-
“Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak medapdapat muta’ah (pemberian sagu hati) dengan cara yang pataut sebagai satu tanggungn yang wajib atas orang-orang yang tgaqwa.”
(Al-Baqarah ayat 241 )
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
No comments:
Post a Comment