Thursday 5 May 2011

Masalah Agama islam Bab 320-326

Masalah  320.- Mengerak jari semasa baca Tahiyat….486

Bagaimanakah orang yang mengangkat jari telunjuknya dan digoyang-goyag semasa membaca “Asyhaduan la ila hail  lallah..”?  ( اَشْهَدُاَنْ لَااِلَهَ اِلَا اللهُ.....)
 Jawapan.

Mengangkat jari telunjuk semasa membacakan “Asyhaduan la ila hail lallah…” adalah sunat, kerana di saat itu kita mentauhidkan bahawa Allah s.aw.t itu hanya satu sahaja dan Dia yang disembah, tiada ada lain.  Tetapi menggoyangkan jari telunjuk itu beberapa kali adalah makruh dan kalau sampai tiga kali membatalkan sembahyang itu.
( Kitab Seratus Masalah Agama ms 136, para 156 Bhg.2)


Masalah  321- Kenapa kita menyapu muka....  

Kenapakah kita menyapu muka dan dahi selepas kita memberi salam sesudah solat?

Jawapan.

Sunat menyapu dahi dan muka setelah selesai sembahyang.  Dalam satu hadis dari Annas a.s. menyebut bahawa Baginda menyapu dahinya dan dukucupkan dengan tangan kanannya.

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ  إِذَا قَضَى صَلَاتَهُ مَسَحَ جَبْهَتـَهُ بِيَدِهِ الـْيُمْنَى ثُـمَّ قَالَ: اَشْهَدُاَنْ لَااِلَهَ اِلَا اللهُ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمُ  اَللـَّهُمَّ اذْهِبْ عَنِّى      
 الـْهَمَّ وَالْحَزَنَ.
Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau telah menyelesaikan sembahyangnya, disapumya dahinya dengan tangan kanannya,kemudan diucapkannya.”
 اَشْهَدُاَنْ لَااِلَهَ اِلَا اللهُ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمُ  اَللـَّهُمَّ اذْهِبْ عَنِّى   
الـْهَمَّ وَالْحَزَنَ.
Artinya:”Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang Pengasih dan Penyayang. Ya Allah lakukanlah dari padaku segala dukacita.
                      (HR Ibnusunny, Albazzar dan  ibnu ’Ady


Masaslah 322.Masa saya haid kenakah  qada solat..488.

Saya telah meninggalkan sembahyang kerana haid dan nifas dahulu, wanjibkah saya qadha sembahyang yang saya tertinggal itu?

Jawapan.

Wanita yang ada haid ataupun nifas wajib meninggalkan sembahyang dan haram kalau dia sembahyang. Dan dia tidak diwajibkan kepada mereka itu mengqadha sembahyangnya itu, bahkan  tidak dibolehkan mengqadhanya.
(Kitab Masalah Agama Jil 2. para 158,ms 140)

Masalah  323.  Tidak solat Isyak kerana letih...

Saya telah tertinggal sembahyang Isya’ kerana terlalu letih dan tertidur hingga selepas waktu Subuh. Apakah saya harus mengqadhanya?.

Jawapan.
Adapun wanita atau lelaki yang meninggalkan sembahyang kerana tertidur atau terlupa, tidaklah disiksa kerana meninggalkan sembahyang itu. 
Hanya diwajibkan kepada mereka itu  melakukan sembahyang setelah bangun dari tidurnya atau sesudah sedar atau ingat dari lupanya. Jika sembahyang itu dilakukanya masih di dalam waktu, walaupun kadar satu rakaat yang sempurna, sedang rakaat-rakaat selebihnya diluar waktu maka menurut istilah fiqh sembahyang itu di namakan ”Ada’an”  Dan jika seluruh sembahyang itu diluar waktunya, atau kurang dari satu rakaat di dalam waktunya, maka menurut istilah fiqh sembahyang itu dinamakan ”Qadha”.


Masalah  324.Sudah solat Maghrib di masjid solat lagi?

Saya telah sembahyang Maghrib berjemaah di rumah dan apabila saya pergi ke masjid orang masih lagi bersembahyang Maghrib di situ, dan merasa malu pula kalau tidak ikut sama, wajibkah saya sembahyang bersama.?

Jawapan.
Sembahyang untuk kali keduanya itu dengan berjemaah disebut sembahyang ”Mu’adah”. Hukumnya adalah sunat di  lakukan. Terdapat hadis Rasulullah yang diriwayatkan dari Yazid ibn Aswad Bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda:-

اِذَا صَلـَّيْتُمَا فِى رِحَالـِكُمَا ثـُمَّ اَتَيْتـُمَا مَسْجِدَ جَمَاعَةٍ فَصَلـِّيَا
مَعهُمْ فَـاِنَّهَا لـَكُمَا نـَافـِلـَةٌ.
(رواه احمد,ابو داود, الترمزي وانساعي)
Apabila kamu berdua telah bersembahyang di rumah kamu kemudian kamu datangi suatu masjid jamaah, maka bersembahyanglah kamu bersama mereka, kerana sesungguhnya ia itu sunat untuk kamu”.    
(H.R Ahmad, Abu Daud,Attitmidzi dan Annasa’  )  (Kitab MasalahAgama Jilid 2,para 160 ms 148)  

 Masalah  325.  Bolehkah kita ikut Imam solat sunat.
                      
Saya telah sembahyang wajib (Isyak) sebagai makmum di madrasah dengan tidak sepengetahuan saya, orang yang sedang saya makmumi itu sebenarnya bersembahyang sunat. Bagaimana  hukumnya?

Jawapan.

Orang yang sembahyangh fardhu, mengikuti orang yang sembahyang sunnat yang sama nadzam sembahyangnya baik diketahuinya si yang diikutinya itu sembahyang sunnat, ataupun tidak diketahuinya adalah sah sembahyangnya dan sah jamaahnya. Jika diketahui Imam itu tengah sembahyang sunat hanya makruh sahaja. Kemakruhan itu menghilangkan bagi fadilah jamaah yang dua puluh tujuh itu. 

Jika ia orang masbuk sah juga sembahyangnya dan Fatihahnya ditanggung oleh Imam itu.
Maksud nadzam ialah berlainan sembahyang dari yang kita hendak sembahyang, seperti mengikut orang sedang sembahyang jenazah, pada hal kita sembayang Dzuhur, orang yang sembahyang gerhana matahari, orang yang sembahyang tasbih dan sebagai lagi.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil.2, para 161, ms. 151).

Masalah  326.Bolehkah solat Rotibah selepas solat Asar.

Bolehkan saya sembahyang  sunat rotibah sesudah sembahyang fardhu Asar, dan  sunat rotibah sesudah fardhu Subuh?.

Jawapan.


Tidak disyari’atkan sunat rotibah sesudah sembahyang fardhu Asar, dan  tidak disyari’atkan sunat rotibah sesudah sembahyang fardhu Subuh. Dan makruh tahrim hukumnya dan tidak sah melakukan sembahyang sunat yang tidak mempunyai sebab sama sekali, seperti nafal mutlak, sunat ihram yang dilakukan di luar tanah haram Makkah, pada waktu sesudah sembahyang Asar dan sesudah sembahyang Subuh.


Adapun yang mempunyai sebab, tidakklah di makruhkan, yang berarti  sebabnya itu terdahulu seperti sembahyang-sembahyang fardhu atau sunat-sunat yang luput, jelasnya qadha fardhu atau qadha sunat. Dan juga sembahyang-sembahyang gerhana matahari dan sembahyang istisqa’ atau sembahyang minta hujan tidak juga dimakruhkan.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 2  para 164 ms 157)



              xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




                  

No comments:

Post a Comment