Thursday, 5 May 2011

Masalah Agama Islam Bab 316 Siaran pos 150

Emaill   -  hjdan@myjaring.net


Masalah 316.- Semasa berhadas makan,minum dll...?


Apakah hukumnya apabila saya sedang mempunyai hadas besar makan, minum dan membaca al-Quran tanpa memegangnya?

Jawapan.

Hukumnya makan dan minum seketika berhadas besar adalah makruh. Adapun membaca al-Quran dengan niat tilawah adalah haram dalam keadaan berhadas besar. Demikian pula dengan dua niat, iaitu niat tilawah dan berzikir adalah haram. Tetapi semata-mata niat zikir atau muthlak dibolehkan.

Mengenai makruh makan minum dalam keadaan berhadas besar adalah sebagaimana tersebut dalam Kitab Syarah Mukhtashar Bafdlal halaman 110 sebagai berikut:

وَيُكْرَهُ لِلـْجُنُبِ الْ َاكْلُ وَالشـُّرْبُ وَالنـُّوْمُ وَالـْجَمَاعُ قـَبْلَ غَسْلِ الـْفَرَجِ وِالـْوُضُوْءِ لِمَاصَحَّ مَنَ الْا َمْرِبِهِ فِى الـْجَمَاعِ وَالْاِ تْبَاعِ فِى الـْبَقِـيـَّةِ.

Artinya:  “Dan dimakruhkan bagi orang junub, makan dan minum, tidur dan jimak sebelum membasuh farji dan berwuduk, kerana hadith yang sahih daripada perintah dengannya dalam hal jimak, dan kerana Ittiba’ pada yang tinggal.”

Dalam hal haram   atas orang Islam membaca al-Quran dengan lidahnya Rasulullah bersabda:

لا َ يَقْرَأ الـْجُنُبُ وَلا َ الـْحَاءِـضُ شَيْـءًـا مِنَ الـْقُرْآنِ حَسَّنَهُ الـْمُنْذِرِىُّ.

Artinya:  “Janganllah hendaknya membaca orang junub dan orang haid akan sesuatu dari pada Al-Quran, (Telah mengesahkan hadis ini oleh Al-Mundziry) .(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil.2 ms 100

Maslah 317.Berzikir badan masih bernifas?     …484

Bolehkah seorang wanita yang masih  setelah melahirkan anak, berzikir, Salawat Nabi dan Tasbih ?

Jawapan.

Tidak ada larangan bagi wanita yang masih dalam bernifas untuk melakukan zikir. Jadi bolehlah baginya bersalawat, bertahlil, membaca salawat nariyyah atau kamilah, bertasbih dan sebagainya.
Adapun yang terlarang bagi orang yang sedang haidl dan nifas atau orang yang berhadas besar, adalah membaca Al-Quran dengan qashad tilawah, artinya dengan niat membaca Quran. Adapun  apabila diqashadnya zikir atau doa pada ayat-ayat yang mengandungi zikir dan doa, maka berarti bukanlah ia membaca Quran, tetapi berzikir atau berdoa. Maka hal itu boleh dilakukan.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil. 2 ms 102 )


Maslaah 318.-Menyahut panggilan waktu dlm solat...



Bolehkah  orang yang sedang sembahyang fardhu apabila dipanggil orang tuanya harus digugurkan semabahyangnya itu ?

Jawapan.

Haram dan batal hukumnya menyahuti panggilan kedua orang tua di dalam sembahyang fardhu. Demikian pula haram kita membatalkan sembahyang fardhu, kerana menyahut panggilan kedua ibu bapa. Tetapi bolehlah menyahuti panggilan ibu bapa dalam sembahyang sunat, dan sembahyang sunat itu menjadi terbatal. Kerana jika teruskan juga sembahyang itu kita tidak khusyuk lagi dengan sembahyang itu, asyik memikirkan entah ada sesuatu hal yang mustahak berlaku.
(Rujukan Kitab 100 Masalah Agama Jil.2 ms 115




Maslaah 319.-Menyahut panggilan waktu dlm solat.


Seorang sahabat saya  suka berdoa sesudah Suratul Fatihah baik dalam sembahyang mahupun diluar sembahyang seperti ”robbigh
 fir li waliwadiyya. Apakah maksud dan dibolekannya atau tidak?

Jawapan.

Bagi orang yang membaca Fatihah, baik diluar sembahyang atau di dalam sembahyang sunnat diucapkannya doa diantara ”Walad dallin dan Amin” doa  Robbighfirli atau Robbighfirli waliwaliyya wa lil Musliman.”
Dan tidak disunatkan ucapan tersebut bagi makmum untuk bacaan Imamnya sewaktu sembahyang. Tetapi sunat bagi makmum untuk bacaan dirinya. Sesungguhnya yang sunat mengucapkan doa tersebut adalah mereka yang mempunyai bacaan ”Waladdallin....”, baik bagi Imam ataupun makmum.
Terdapat maklumat dalam Kitab : Bughyatul Mustarsyidin, halaman 45 yang bermaksud seperti berikut:

”Telah berkata Assyarif Al ’Allamah Thahir bin Husein. Tidak dituntut dari makmum seketika selesai Imamnya membaca Fatihah, akan ucapan ”Robbighfirli”.  Dan hanya sanya dituntut daripadanya mengucap ”Amin”  sahaja.  Sedang ucapan tersebut itu dituntut (disunatkan) dari pembaca Fatihah saja, pada diam yang ada di antara akhir Fatihah dan ”Amin”. Wallahu yahdi ila sawaissabil. Amin.    (Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil.2, ms 121)





                 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

No comments:

Post a Comment