Monday 2 May 2011

Masalah 301.Bayar qada solat ayah ... Jawapan Sembahyang adalah ibadat badan yang wajib dikerjakan oleh yang punya diri tidak boleh dibuat oleh orang lain dan tidak boleh ditebus atau difidyahkan dengan wang dan sebagainya. Oleh itu perkaranya terserah kepada Allah s.w.t Dan apa yang anda boleh buat ialah bersedekah dengan sedikit daripada harat anda atau daripada hartanya jika ada persetujuan dari semua para waris kalau semua warisanya sudah dewasa dan mereka semua setuju. Semoga dengan pahala sedekah itu Allah mengampuni dosanya dan menambah pahalanya. Sedekah itu hendaklah diberikan kepada fakir miskin yang layak menerimanya. Adapun menghajikannya adalah wajib, jika dia belum pernah membuat haji setelah balighnya. Perbnelanjaan haji ini boleh diambil daripada harta peninggalannya dan tidak perlu mendapat persetujuan semua waris. Masalah 302.- Adakah Solat berjemaah dapat 27 darjat Apakah benar sembahyang berjemaah itu pahalanya 27 darjat lebih besar dari sembahyang berseorangan.? Jawapan. Memang benarlah bahawa sembahyang berjemaah itu pahlanya 27 darjat dari sembahyang berseorangan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a.: صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ تـَفْضُلُ عَلىَ صَلَاةِ الـْفـَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَة ً. “Sembahyang berjamaah itu melebihi atas sembahyang seorang diri dengan duapuluh tujuh darajat yakni pahala sembahyang. (Rujukan Kitab Masalah Agama Jil.5) Masalah 303. –Menghadiri Majlis Agama 1,000 rakaat Apakah benar menghadiri majlis ilmu itu lebih utama daripada mendirikan solat sunat 1,000 rakaat? Jawapan. Sememangnya benar bahawa menghadiri majlis agama Islam itu besar pahalanya iaitu melebihi dari mendirikan 1,000 rakat solat-solat sunat. Dalam satu Hadis dari Abi Dzar r.a. Rasulullah s.a.w. :- وَفَىْ حَدِيْثِ اَبِىْ ذَرٍّ رَضِى اللهُ عَنْهُ " حُضُوْرُ مَجْلِسِ عَالَم ٍاَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ اَلْفِ رَكَعَةٍ. ”Dan di dalam hadis Abi Dzar r.a. berkata ia: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. ,menghadiri majelis orang berilmu, lebih utama daripada mendirikan solat seribu rakaat.”(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil;5,ms 142) Masalah 304.-Apa beza najis dan benda haram? Apa bezanya najis dan haram. Bahawa babi itu

No comments:

Post a Comment