Thursday, 5 May 2011

Masalah Agama islam Bab 327-331


Masalah 327.Bagaimana kita  hendak solat hadiah....?

 Saya hendak sembahyang Hadiah tetapi saya kurang faham akan kafiatnya?

Jawapan.

Sembahyang Hadiah adalah sembahyang yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebagai nafal mutlaq pada malam yang pertama sesudah mayat  dikebumikan

Caranya ialah dibaca tiap-tiap sesudah Al-Fatihah bagi tiap-tiap rakaat :-

a.Ayat kursi 1 kali 
الله لآإله إلاهوالحي القيوم.... (البقرة 285)

b.Al-Takkasur  الهكم التكاثر.....- 1 kali
c. Qul huwallah ahad… 11 kali

Surah-surah  tersebut dibaca setiap rakaat sesudah Al-Fatihah.
Maka setelah selesai dilakukan dua rakaat sembahyang tersebut diucapkanlah doa seperti berikut:-

اَللـَّهُمَّ اِنَّيْ صَلـَّيْتُ هَذِهِ الصَّلَاةَ وَاَنْتَ تَعْلَمُ مَا اُرِيْدُ اَللـَّهُمَّ ابْعَثْ
 ثـَوَا بَهَا اِلَا قَبْرِ.............(فُلَانِ بْنِ فُلَانَةٍ)

Maksudnya: Ya Allah. Aku telah lakukan sembahyang ini, sedang Engkau Maha mengetahui apa yang aku kehendaki.  Ya Allah. Kirimkan pahalanya kepada Kubur………………..(si pulan bin si pulan).
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 2 para 165,ms 161)

Masalah  328.  Solat Traweh 8 Rakaat saja...  495

Saya dapati sekarang ini banyak orang berlumba-lumba mengerjakan sembahyang  tarawih hanya sebanyak lapan rakaat sahaja, tetapi terdapat orang-orang tua yang melakukan dua puluh rakaat dan tiga rakaat  sembahyang witir. Minta tuan jelaskan?.

Jawapan.

Setengah dari pada sunnah-sunnah adalah sembahyang Tarawih dalam bulan Ramadhan. Bagi Abi Hurairah, As-Shafiei, dan Ahmad mereka mengerjakan dua puluh  rakaat dan tiga rakaat witir. Yang dikenal Mazhab-mazhab yang Empat itu mereka juga melakukan dua puluh rakaat. Tidak ada dinaqalkan  dari mereka itu sembahyang Tarawih hanya  lapan rakaat.
Tdersebut sebuah  hadis Rasulullah s.a.w. :-
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ يُصَلـِّى فِى شَهْرِ رَمَضَانَ فِى غَيْرِ جَمَاعضةٍ عِشْرِيْنَ رَكَعَة ً وَالـْوِتـْرَ.(رواه البهيقي والطبراني وعبد بن هـُمَيْدِ)
Bermksuad: “Adalah Rasulullah  s.a.w. berseambahyang di bulah Ramdhan dengan tidak berhenti-henti dua pualuah rakaat di tambah dengan Witir.”
(HR. Al-Baihaqy, At-Thabarany dan ’Abdul Humain)
(Rujukan: ”Kitab Masalah Agama Jil 2.para 167,ms 169)

Masalah  329- Berapakah Rukun Khutbah Jumaat... .

Saya ingin tahu berapakah rukun Khtbah Jumaat?

Jawapan.

Rukun Khutbah itu ada lima iaitu:-

a.     Memuji Allah s.w.t.
b.     Berselawat ke atas Nabi s.a.w.
c.      Berwassiat dengan Taqwallah
d.     Membaca ayat al-Quran pada salah  satu dari dua Khutabah.
e.      Berdoa untuk orang-orang mukmin dan pemerimtah pada khutbah yang akhir.

Meninggalkan salah satu rukun khutbahnya seperti meninggalkan atau dibaca ”Hamdulillah” atau seperti diucapkannya ”Hamlaaah”  Ini sama dengan tidak membaca ”Alhamdulillah” Atau meninggalkan wasiat ”Bittaqwa”, atau meninggalkan Selawat ke atas Nabi s.s.w., atau meninggalkan membaca ayat al-Quran pada salah satu dua khutbah, atau meninggalkan doa kepada mukmin pada khutbah kedua maka tidak sah khutabhnya itu.

Maka jika tidak dibacanya rukun-rukun khutbah yang lima itu, atau salah satu dari padanya, atau dibacanya tdak menurut persyaratnya yang wajib, maka kesemuanya itu membawa cedera pada khutbah, yang membawa cedera pada sembahyanagnya. Kerana syarat sah sembahyang Jumaat itu adalah terdahulu dua khutbah dengan segala fardhunya.
Rujukan Masalah Agama Jil.2 para 170, ms 181 dan Jil.4 para 71 ms 166)


Masalah  330- Solat Subuh Imam sujud lama sangat...

Saya dapati ada Imam yang kalau waktu sembahyabng Subuh pada rakaat akhir pada waktu sujud, maka sujudnya terlalu lama sehingga si makmum tidak kuat mengikutinya. Mohon beri penjelasan.?

Jawapan.

Memang sunat hukumnya melamakan sujud untuk berdoa di dalamnya kerana sujud itu adalah suatu keadaan yang terdekat seorang hamba kepada  Tuhannya. Akan tetapi bagi Imam yang  tidak mahu makmum menaruh kebenciaan padanya kerana perbuatan itu, janganlah hendaknya Imam melebihi tasbih dalam sujudnya dari tiga kali, dan tiada sunat menambahkan doa-doa apapun, bahkan hendaklah diperingankan untuk meraikan makmun yang lemah, yang sakit, yang tua dan orang-orang yang mempunyai keperluan atau kerja yang mesti diselesaikannya. Maka dalam hal ini disunatkan bagi Imam meringankan sembahyangnya.

Diriwayatkan dariAbi Hurairah r.a.  bahawa Nabi s.aw. bersabda:

اِذَا لـَّى اَحَدُكُمْ لِلنَّاسِ فَلـْيُخَفِّفْ فـَاِنَّ فِيْهِمُ الضَّعِيْفَ وَالسَّقِـيْمَ وَالـْكَبِيْرَ فـَاِذ َا صَلىَّ لـِنَفـْسِهِ فـَلـْيُطـَوِّلْ مَـا شَـاءَ.
       (رواه الجماعه الاابن ماجه)

”Apabila bersembahyang salah seorang kamu mengimami orang banyak, maka hendaklah diringankannya sembahyang itu.  Kerana di antara mereka ada yang lemah, yang sakit dan yang tua. Maka apabila sembahyang seorang bagi dirinya sendiri boehlah dipanjangkannya menurut kehendaknya.”
                                           (HR .Aljamaah kecuali Ibnu Majah). 


                     ---------------ooooooooooooo------------------






  Masalah  331 A–  Sunat-sunat terperinci ketika berwuduk..    


Wudhuk mempunyai sunat-sunat yang banyak dan yang paling pentingnya  ialah :

1.. Al-Tasmiyah (iaitu membaca BismilLah) pada permulaannya.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
     “Al-Nassai’e (1/61) meriwayatkan dengan sanad yang baik daripada Anas r.a. bahawa dia (Anas) berkata:

“Sebahagian sahabat Nabi s.a.w. telah mencari air untuk berwudhuk, tetapi mereka tidak mendapatinya. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermasud:

“ Adakah sesiapa di kalangan kamu yang ada air? Lalu didatangkan kepadanya air dan Baginda meletakkan tangannya ke dalam bekas yang berisi air tersebut seraya bersabda: “Berwuduklah kamu dengan nama Allah “. (iaitu menyebut BismilLah  ketika memulakan wudhuk).
Anas menceritakan lagi:  Aku melihsat air terpancar keluar daripada celah-celah jari Rasulullah s.a.w. sehingga mereka semua dapat berwudhuk dengan air tersebut dan bilangan mereka lebih daripada 70 orang.:


                                                                                                                464 A

2.. Membasuh dua tapak tangan sebanyak tiga kali sebelum dimasukkan ke dalam bekas air.
Al-Bukhari (2183) dan Muslim (235) meriwayatkan daripada hadis Abdullah bin Zaid r.a.:
“Dia telah ditanya tentang wudhuk Nabi s.a.w.,lalu dia meminta satu bekas air yang kecil yang diperbuat daripada tembaga.  Kemudian dia berwudhuk untuk menunjukkan kepada mereka cara berwudhuk Nabi s.a.w.  Dia telah menuangkan air daripada bekas tersebut di atas tangannya sebanyak 3 kali (membasuh tangannya) kemudian memasukkannya ke dalam bekas (untuk berwudhuk).

3.. Menggunakan Sugi (siwak_.
Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (847) dan Muslim (252) serta lain-lainnya daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. Bahawa Baginda bersabda:
 “Kalau tidak kerana bimbang akan membebankan  umatku, nerscaya aku perintahkan mereka supaya bersugi pada  setiap kali berwudhuk.”
Maksud perintah dalam hadis ialah perintah wajib.
Hadis ini menunjukkan bahawa bersugi adalah sunat muaakad.

4 & 5 .. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung  dengan tangan kanan dan mengeluarkannya dengan tangan kiri.
Dalam hadis Abdullah bin Zaid r.a. yang lalu disebut: ” ”Lalu ia berkumur-kumur dan  memasukkan air ke hidung serta mengeluarkannya dengan tiga  cebok.”
Hadis ini bermaksuf dia berkumur dan memasukkan air ke hidung menggunakan satiu crebok air tetrapi ia mengulangh-ulangiunya sebanyak tuga kali.

6..  Menyelati janggut yang tebal.
Abu Daud meriwayatkan daripada Anas r.a.
”Ketika berwudhuk, Rasulullah s.a.w. mengambil secebok air dengan tapak tangan. Lalu Baginda memasukkannya ke bawah tulang rahangnya dan menyelati janggutnya dengan air tersebut seraya bersabda, ” Demikianlah Tuhanku Azzawajalla memerintahkan aku melakhukannya.”

7.. Menyapu semua kepala.
Dalam hadis Abdullah bin Zaid r.a. disebut antaranya:
Lalu Baginda menyapu kepala dengan kedua tangannya, yang dibawa ke hadapan dan dibalikkan semula ke belakang, iaitu Baginda memulakan sapuan pada kepala pada bahagian hadapan, kemudian Baginda membawa tangannya ke bahagian belakang dan sekali lagi dibawa ke bahagian hadapan di mana Baginda memulakan spuan
8...Menyelati antara celah-selah jari kedua-dua tangan dan kaki dengan air.
Menyelati jari-jari tangan ialah dengan memasukkan jari kedua-duanya antara satu sama lain. Manakala menyelati jari-jari kaki pula ialah dengan digosok oleh jari kelingking tangan kiri, bernula dari jari kelingking kaki
Abu Daud (142) meriwayatkan dan disahihkan oleh At-  Tirmidzi (788) dan selain mereka daripada Laqit bin Sabrah r.a. dengan katanya:
Aku bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w.!  Beritahukanlah kepadaku berkenaan dengan wudhuk.  Sabda Rasulullah s.a.w. :”Sempurnakanlah wudhuk,  selatilah antara jari-jari dan berkumurlah kanan dan berakhir pada jari kelingking kaki kiri.dengan banyak (secara bersungguh-sungguh) melainkan jika kamu dalam keadaan berpuasa.”
Maksud sempurnakanlah wudhuk ialah dengan melakukan segala rukun dan sunatnya.  Ibnu Majah meriwayatkan darioada Al-Mustaurid katanya:
Aku telah melihat Rasulullah s.a.w.  berwudhuk.  Baginda telah menyelati antara jari-jari kakinya dengan jari kelingkingnya.”

9...Menyapu kedua-telinga zair (bahagian luar) dan batin (bahagian dalam) dengan air yang baru, bukan air yang telah digunakan untuk menyapu kepala. 
Ibnu Abbas r.a. telah meriwayatkan:
Nabi s.a.w. telah menyapu kepalanya dan kedua telinga: zahir dan batin (At-Tirmidzi (36) dan dia telah mensahihkannya).”
Menurut riwayat di sisi Al-Nasai’e: (1/74) lafaznya ialah:
Baginda menyapu kepala dan kedua telinganya: bahagian batin (telinganya) disapu dengan kedua-dua jari telunjuk dan bahagian zahirnya dengan kedua-dua ibu jari.’

Abdullah bin Zaid menyatakan:
Aku nelihat Nabi  s .a.w. berwuduk lalu Baginda mengambil air untuk (menyapu) kedua telinga lain daripada air yang diambil untuk (menyapu) kepala (Al-Hakim (1/151)”
Al-Hafiz Al-Zahabi menyatakan bahawa hadis di atas ini adalah sahih.

10...Membasuh/menyapu semua fardhu wuduk dan sunat-sunatnya sebanyak tiga kali.
ImamMuslij (230) meriwayatkan bahawa Saidina Othman r.a.  berkata:
Mahukah aku tunjukkan kepada kamu semua (cara) wudhuk Rasulullah s.a.w.?  Kemudian dia berwudhuk tiga kali, tiga kali (bagi sesuatu perbuatan).

11..Mendahulukan yang kanan dari yang kiri ketika membasuh tangan dan kaki..
Ibnu Majah (405) telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Apabila kamu brerwudhuk maka mulakanlah dengan anggota kanan.”
Hadis berkenaan fardhu widhuk yang lkalu juga mebjadi dalil krepoada perkara di atas.

12..  Menggosok.
Menggosok – iaitu melakukan tangan ke atas anggota ketika membasuhnya.
Imam Ahmad meriwayatkan dalam musnadnya (4/39) daripada Abdullah bin Zaid r.a. :
Nabi s.a.w. telah berwudhuk  lalu Baginda melakukan demikian iaitu menggosok.”

13.. Berturut-turut.
Iaitu membasuh anggota wudhuk secara berturut-turut dengan tidak putus (sekira-kira ia membasuh anggota yang kedua sebelum anggota pertama kering), kerana mengikut perbuatan Nabi s.a.w. sebagaimana yang disebut dalam hadis-hadis yang lalu.

14.. Melebihkan membasuh.
Melebihkan membasuh bahagian kepala dan membasuh bahagiuan atas daripada dua siku dan dua buku lali (mata kaki) di kedua-dua kaki.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Sesungguhnya umatku pada hari kiamat akan diseru dalam keadaan kepala, kedua tangan dan kedua kaki mereka bercahaya kerana kesan daripada wudhuk.  Oleh krerana itu, sesiapa di kalangan kamu yang boleh membasuh lebih di bahahagian kepalanya maka buatlah.
                                 (Al-Bukhari (136) dan Muslim (246)

Menurut riwayat di sisi Imam Muslim.
« Maka hendaklah dia membasuh dengan lebih di bahagian kepalanya, dan juga atas daripada siku kedua-dua tangan serta atas daripada buku lali kedua-dua kaki. »

15..Bersederhana.
Bersederhana ketika menggunakan air (tidak terlalu berlebihan dan tidak kedekut (terlalu sedikit).
Al-Bukhari (198) telah meriwayatkan daripada Anas r.a. :
”Adalah Nabi s.a.w. berwudhuk dengan satu cupak (air).”
Cupak di dalam hadis ini ialah bekas empat persegi yang panjang tepinya lebih kurang 10 cm.
16.. Mengadap .
Mengadap kiblat ketika wudhuk  kerana ia adalah arah yang paling mulia.

17.. Tidak Bercakap-cakap.
Tidak bercakap-cakap ketika berwudhuk kerana mengikut Rasulullah s.a.w.
18.. Tasyahhud (membaca bismilLah.
Tasyhhud setelah selesai berwudhuk dan berdoa, iaitu:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
 (1)أ َشْهَدُ أ َنْ لا َ إِلـَهَ إِلاَ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لـَهُ, وَأ َشْهَدُ أ َن َّ مُحَمَّدًا عـَبْدُه ُوَرَسُولـُه .
 (2)ا َللـَّهُمَّ اجْعَلـْنِيْ مِنَ التـَّوَّابـِينَ وَاجْعَلـْنِيْ مَنَ الـْمُتـَطَهِّرِيْنَ.
 (3)سُبْحَانـَكَ اللـَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ, أ َشْهَدُ أ َنْ لاَ إ ِلـَهَ إ ِلا َّأ َنـْتَ, أ َسْتـَغْفِرُكَ وَأ َتـُوْبُ إ ِلـَيْكَ.
Maksudnya:
(1). Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah yang Esa dan tidak ada  sekutu bagi-Nya, dan aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya.
(2). Ya Allah ya Tuhan jadikanlah aku di kalangan orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang bersuci/bersih.
(3). Maha suci Engkau Ya segala pujian bagi Engkau. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon ampun daripada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
(Al-Nasai’e dalam bab: Amalan-amalan siang dan malam, Imam Nawawi dalam al-Azkar).
(Rujukan:Kitab Fikh Mazhab Syafie Bah.1. M.S.75-78)




                        --------------ooooooooooooo---------------

No comments:

Post a Comment