Email - hjdan@myjaring.net
Masalah.. 297 –Perasaan masih ada air kencing lagi.
.Kita hendak mengambil air sembahyang kebiasaannya kita buang air kecil dahulu, dengan keyakinan kita sudah bersih, lantas mengambil air sembahyang, terus solat, tetapi kadang-kadang di waktu sujud ada seolah-olah air sedikit, ada rasa terkeluar ,ini mendatangkan karagu-raguan, apakah itu terbatalnya wuduk kita?
Jawapan
Masalah membersihkan diri dari bekas-bekas kencing amat penting, kerana jika kurang bersih akibatnya dapat merusakkan wuduk dan membatalkan sembaynag pula. Terdapat petua dalam Kitab Bidayatul Hidayah yang bermaksaud:
”Setengah daripada adab beristinja’ bahawa engkau lakukan istibro’ dari kencing, dengan berdehem-dehem, dan menarik zakar perlahan-lahan tiga kali, dan dengan melakukan dengan tangan kiri dari bawah”
Sekarang andaikata kita sudah bersih sesudah istinja’ dan istibro’, kemudian kita yakin menitisnya kembali air kencing dari zakar, maka dengan sendirinya batallah sembahyang, kerana batal wuduknya dan ternajis pakaian dalamnya. Akan tetapi apabila kita syak ragu-ragu seperti seolah-olah menetis sedikit air kencing, tetapi tidak yakin akan hal teresebut, tidaklah sembahyang itu menjadi batal demikian pula wuduknya. Oleh sebab pada asalnya kita yakin suci , sedangkan kita ragu-ragu dalam hal batalnya. Hukum fiqh adalah ”Yakin tidak menghilangkan dengan syak.”
Rujuk kitab 100 Masalah Agama Jil.5 ms 96.
Masalah 298. Air sembahyang menitik balik ke cebok?
Jika saya mengambnil air sembahyang menggunakan cebok atau gayong, kemudian air sembahyang itu kembali kepada atau terjatuh kepada bekas itu apakah sah atau tidak wuduk saya itu?
Jawapan.
Pertanyaan ini mengenai air mustakmal yang terjatuh ke dalam cebok atau gayong ke dalam air muthlaq (air suci mensucikan). Air mustakmal hukumnya suci tetapi tidak mensucikan, artinya boleh diminum tetapi tidak dapat untuk mengambil air sembahyang, mandi junub dan menghilangkan najis Syarat berwuduk adalah dengan nair muthlaq. Jadi air yang jatuh ke dalam cebok atau gayong yang menetis dari muka atau tangan orang atau angguta yang wajib berwuduk seketika mengangkat hadas kecil tadi itu adalah air mustqmal.
Kalau air mustaqmal itu terjatuh ke dalam kolah tempat mengambil wuduk itu yang melebihi dua kolah maka sahlah wuduk itu, kecuali yang jatuh itu najis atau air mutanajis, maka tidaklah boleh mengambil wuduk. Begitu juga kalau air itu menjadi berubah dengan sebab kejatuhan air mustaqmal, dengan perubahan yang banyak sehingga dapat menghilangkan nama air muthlaq, maka air itu juga tidak boleh digunakan berwuduk.
Kesimpulan, jika air yang menitik ke dalam cebok atau gayong itu sehingga dapat merubahkan air muthlaq, jadi air itu tidak muthlaq lagi. Dia suci dan tidak mensucikan, boleh di minum tetapi tidak boleh mengnmbil air sembahyang. Jika air yang menitik ke dalam cebok atau gayong sedikit sahaja, tidak merubahkan air dan tidak menghilangkan nama aiar mutlaq maka tidaklah mengapa untuk meneruskan memakai air itu. Ia tetap air mutlaq dan suci mensucikan. Rujuk Kitab100 Maslah Agama Jil 5 ms 90.
Masalah 299A. Apakah wajib mandi hadas besar pada malam....
Suami isteri yang telah melakukan jima’ (persetubuhan) di waktu malam, apakah diwajibkan atas dirinya melakukan mandi hadas besar pada malam itu atau sesudah jima’ itu juga. Andaikata malam itu tidak terduga meninggl dunia secar mendadak sebelum mandi junub bagaimana pula hukumnya ?
Jawapan
Hukum mandi hadas besar adalah wajib, dan tidak mesti dilakukan dengan segera, kecuali dikala terdesak hendak melakukan sembahyang. Artinya mandi itu dapat dan boleh ditunda. Suami isteri yang melakukan persetubuhan di malam hari sesudah masing-masing mengerjakan solat Isya’, boleh menunda mandi sampai akan melakukan solat Subuh. Jika tidak terduga meningal dunia pada masa penundaanya itu tidaklah menjadi sebab atas kedosaannya, kerana dia melakukan hal yang boleh, dan kematian yang berlaku itu tidaklah menjadikan dia berdosa kerananya. Tetapi makruh bagi orang yang berhadas besar itu makan dan minum, tidur dan mengulangkan lagi persetubuhan pada malam itu.
Rujukan; Kitab 100 Masalah Agama Jil.5 ms 94.
Masalah 300 –Ketinggalan solat Maghrib
Bagaimanakah kalau saya ketinggalan waktu menjalankan sembahyang Maghrib, sah apa tidak dikerjakan pada masa lainnya.
Jawapan.
Sembahyang Maghrib atau lain-lainnya yang terlambat dikerjakan sampai diluar waktunya, sah dikerjakan bukan pada waktunya yang telah ditentukan, hanya sembahyang itu dalam istilah disebut sembahyang Qadha, akan tetapi hukum sengaja mentakhirkannya sampai diluar waktunya, adalah haram dan berdosa besar, jika terjadi tanpa uzur melainkan terlupa dan tertidur.
Telah brfirman Allah s.w.t. “Maka celakalah bagi mereka yang bersembahyang, lalai dari sembahyang mereka.” Telah Bersabda Nabi s.a.w “Mereka itulah orang-orang yang menunda-nunda sembahyang mereka sampai keluar dari waktunya. Dan makna Neraka Wail adalah: “Kesangatan siksa. Dan dikatakan orang Neraka Wail itu suatu lembah dalam Neraka Jahanam, jika dijalankan padanya gunung-gunung di dunia ini, niscaya menjadi cair, dari lantaran sangat panasnya. Maka itulah tempat orang yang menunda-nunda sembahyang dari waktunya. ( Rujuk Kitab Masalah Agama Jil. 5 ms 132).
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
No comments:
Post a Comment