Wednesday, 4 May 2011

Masalah Agama islam Bab 312. - Siaran 147


Email    - hjdan@myjaring.net

URL  -   www.hjchedan@


Masalah 312.- Bagaimana Perhubngan sesama Islam

Bagaimanakah yang misit di lakukan perhubungan dalam Islam dengan sesama insan, sesama masyarakat , sesama anak, sesama isterti dan sesama suami?

Jawapan.
a.. Hubungan Sesama Insan.


         (1).    Mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri
         kita sendiri.  Tidak berlagak sombong dan bongkak padanya   
        dan tidak  beriri hati padanya kerana Allah murka dengan
        akhlak yang negativ., sebagaimana kesah dua orang sehabat
        yang berlagak sombong pada rakannya.

         (2).     Merasa gembira di atas kegembiraannya dan merasa
         dukacita apabila dia dalam kesusahan.

        (3).     Inginkan kebahagian untuk dirinya dan berharap segala
         kecelakaan menjaihi dirinya.

          (4).    Membenci pada akhlak buruknya dan kasih pada
          dirinya dedngan akhlak terpujinya.


          (5)..    Bersifat pemurah padanya, bertolak ansur padanya,
         dan mengenangkan jasa-jasanya serta bercita-cita untuuk  
         membalas  budinyanya


            (6).  Kebaikan  insan  disnjung dan diikuti, kejahatannya
                   dinasihati dan dirahsiakan.


            (7).   Baik sangka terhadap orang Islam dan hendaklah
                    Tawadhuk  dengan manusia.


           (8).    Menyukai saudara seagama dan Tidak menyakit
                    Muslim yang lain.  

           (9)..   Tawadhu (merendah diri), Bersikap hormat dan
           pengasih, Bermanis muka dan Tidak mudah
           mendengan berita -berita buruk 
            (10)..Memelihara kehormatan dan Menempatkan 
                      seseorang pada haknya.

           (11).. Memberi nasihat Dan sentiasa jujur.
            
(12). Hakimkan antara manusia dengan adil  dan saksama.


b..Hubungan dengan masyarakat

 (1)… Anggota masyarakat kini sering terlibat dengan pelbagai masalah akhlak dalam hubungan sesama insan.  Jenayah yang berlaku turun temurun seperti berzina, mencuri, merompak,  menyamun dan sebagai lagi masih terus berlaku. Cuma caranya sahaja yang berbezam. Contohnya mencuri atau menyamun dilakukan dengan  menekan keyboard komputer sahaja. Perbuatan zina pula lebih parah lagi kerana berlaku di kalangan keluarga terdekat.

(2)…  Justeru itu bagi mengelakkan kejadian jenayah sesama insan itu mukmin perlukan  pergaulan yang baik yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.  Agama Islam menyeru dan mengajak kaum Muslimin bergaul sesama  insan dengan baik dan berakhlak mulia.  Dengan pergaulan yang baik sesama insan kita dapat saling bantu membantu, maka yang demikia kita akan dapat tercapai sesatu yang berguna untuk kepentingan masyarakat yang adil dan makmur.

(3)...   Untuk saling mengenal di antara sesama insan dalam kehidupan kita, adalah ajaran Islam yang sangat ditekankan yang mempunyai garis hidup yan konkrik dalam batasan hidup bermasyarakat.


          (a)    Hendaklah kamu hormati jiran kamu dan berbuat baik
                    dengan jiran  tetangga kamu dan menolong ianya
                    apabila dai ada kesuahanba
  
          (b).    Jangan mengurangkan timbangan dan sukatan jualan
          (c)… Kembalikan amanah atau harta kepada yang
                empunyainya.

         (d).    Jangan memasuki rumahnya sehingga kamu meminta
                izin dan dia membenarkan kamu masuk.

          (e).    Hendaklah kamu hormati jiran kamu dan berbuat baik
                    dengan jiran  tetangga kamu dan menolong ianya
                    apabila dai ada kesuahanba.

 (f).,.. Bersikap pemaaf terhadap sesama manusia dan
                   sentiasa mengamalkan kesabaran dalam saegala
                  usrusan ursan dengan masyakakat.

          (g).   Ziarah dia apabila I dalam keuzurandanberdoa suoay
                 sebuhkembali.

                           

c...Hubungan akhlak dengan anak.

(1)..   Anak adalah amanat pada kedua orang tuanya. Hatinya yang suci sebagai permata yang berharga. Ia menerima  setiap ukiran  dan ikuti segala arahan dari kedua ibu bapanya. Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam tugas-tugas mendidik anak untuk membentuk akhlak mulia. Anak itu lahi bersih maka ibu bapalah yang akan menjadikan ia Majusi atau Nasrani.

(2)..  Islam menjelaskan segala hukum yang bersangkutan anak-anak dan prinsip-pinsip pendidikan,  supaya ibu bapa boleh mempunyai petunjuk dan hidayah dalam kewajipan terhad anak. Pertama sekali disyaratkan azan sebaik sahaja ia dilahirkan. Melakukajn Tahnik sejurus kelahirnnya. Mencukur kepala dan memberi nama pada hari ketujuh kalahirannya. Melakukan aqiqah pada anak itu. Melakukan berkhatan.

(3)..  Apabila anak itu mencapai umur empat atau lima tahun mengajar anak itu membaca al-Quran dan bila sampai tujuh tahun mulalah mendidik bersembahyang.

(4)..Anak kecili itu perlu diberi bimbingan akhlak mulia serta nilai-nilai terbaik dari  dari ibu bapa dan orang-orang yang di sekelilingnya. Sabda Rasulullah saw”

Tidaklah seorang ayah memberikan sesuatu kepada
  Anaknya yang lrebih utama daripada sopan  santun mereka yang baik” (HR Timidzi)

(5).Hubungan akhlak dengan anak ialah dengan melatih anak dengan empat budi pekerti yang mulia:

       (a).. Hikmah atau kebijaksanaan berarti sesuatu dalam diri yang mana menrusinya dapat memilih yang benar atau yang salah.
       (b)   Sjaat atau keberanian – Sifat marah yang sedang meluap-luap dapat ia melihat oleh akalnya untuk menujukan keberaniannya.

    (c)   Kebersihan  jiwa iaitu menahan kemahuan syahawat dengan mendidiknya supaya tunduk kepada penunjuk akal dan  syariat.

   (d)   Adil atau keadilan – iaitu sesuatu kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan kemahuan syahawat lalu membimbing keduanya ke jalan kebijaksanaan dan kebahagian.

                (e)   Berdasarkan perkara di atas Ibu bapa hendaklah
                 membimbing  anak kepada mengamalkan nafsu mahmudah
                 (terbaik) dan mengelakkan mereka dari nafsu mazmumah
                iaitu keburukan.

  d.  Hubungan  akhlak dengan isteri 


        (1).. Suami hendaklah mengamalkan menjadi sebagai suami  
        soleh.  Bermaksud ia menunaikan kewajipan-kewajipan
        terhadap Allah, keluarga, ibu bapanya  dan semua orang yang
       menjadi tanggungannya, dengan semangat  kasih sayang.

        (2)..  Menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap Allah,
       Isteri, keluarga dan semua orang yang menjadi
       tanggungannya.

       (3)..Menggaul isteri dengan baik dan penuh perasaan kasih
        Sayang dan ramah mesra.

        (4).   Mengelakkan mempunyai akhlak yang terkeji
         (mazmumah)  dan hendaklah mengamalkan  akhlak yang  
        terpuji   (mahmudah )

        (5).    Menghiasi diri dengan perangai, kelakuan dan akhlak
         secara orang-orang soleh yang terpilih dan banyak membuat
         kebajikan.

          (6).    Rasulullah s.a.w.  mewasiatkan hendaklah  suami isteri
          menunjukkan  wajah dan watak yang berseri apabila bertemu
          sekalian mukmin  walau dalam keadaan apa  sekaliapun.

          (7).    Sunat Nabiyyh bagi suami menunjukkan  sikap mesra
                   ketika makan dan tidaklah makan seorang diri

e... Hubungan  akhlak dengan  suami.
           (1).   Hendaklah  bergaul dengan suaminya  dengan baik,
                   penuh perasaan kasih sayang dan menghormati suami
                   dan keluarga pihak suami.

          (2)    Menjadi istetri yang solehah iaitu taat kepada 
                  Rabbnya, suaminya dan menggaul suamainya dengan
                  penuh ketaatan serta bersungguh-sungguh  ia
                  menyempurnakan tugasnya

          (3)   Mengelakkan mempunyai sifat yang terkeji
                (mazmumah) dan hendaklah mengamalkan akhlak
               Yang terpuji (mahmudah).  

 
          (4).  Menghiasi diri dengan perangai orang solehah yang
                 terpilih dan banyak membuat kebajikan.

          (5)..  Sunat Nubawiyah bagi isteri menunjukkan mesra
                 ketika makan dan  janganlah  makan seorang diri.
Sekian dahulu.

 Akan diteruskan lagi Siaran Blog ini dalam masa yang terdekat. Seamoga dengan penyampaian dalam siaran ini moga-moga akan memberi banyak faedah kepada semua masyarakat Islam. Ikuti dan patuhilah nsihat-nasihat trersebut semoga kita akan menjadi insan yang berbahagia.

Perlanggaran daripada yang demikian akan menjadi dosa kepada kita dan tinggallah dosa-dosa tersebut samada kecil atau besar semoga kita akan berbahagia di dunia dan akahirat nanti.
Firman Sallah s.w.t.:

    وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج
        إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَالْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ
         بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ . ( الانعام (120)
Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi.  Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak  akan diberi  pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”        (Al-Am ayat 120



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

No comments:

Post a Comment