Email - hjdan@myjaring.net
Masalah 305.- Solat Idil Fitri dan Adha kurang takbir
Apakah hukumnya kalau solat Idilfitri atau Idiladha, takbir rakaat pertama Imam membaca takbir tujuh kali tetapi kalau rakaat kedua Imam terlupa membaca sebanyak lima kali takbir ?
Jawapan
Takbir tujuh kali selain TakbiratulIhram, pada rakaat pertama solat Idilfitri atau solat Idilahda adalah sunat. Bukanlah dari pada rukun dan bukan daripada sunat Ab’ad. Takbir-takbir tersebut hanya sunat Hai’at. Oleh kerana itu meninggalkannya tidaklah mengurangi hakikat sembahyang sehingga dapat membatalkannya dan tidak disunatkan untuk bersujud sahwi kerana meninggalkannya. Hanya makruh hukumnya jika meninggalkannya dengan sengaja. Solat Idilfitri atau Idiladha dilakukan tanpa takbir tujuh dan lima kali takbir itu sah dilakukan. Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms. 69
Masalah 306.- Makmum yg lewat Dapatkah 1 rakaat
Seorang makmum yang mulai takbir dimana keadaan Imamnya tengah ruku’ Dan ia berhasil melakukan ruku’ bersama Imam sekadar membaca ”subhana rabbiyal azim”. Apakah makmum ini mendapat rakaat itu kerana Makmum itu tidak membaca ”Al-fatihah ” ?
Jawapan.
Makmum yang termaksud disebut dalam istilah fikh dengan nama ”Masbuq” iaitu orang yang tak cukup waktu untuk membaca fatihah dalam pendiriannya bersama-sama Imam, dengan bacaan yang sederhana. Maka masbuq ini ditanggung fatihahnya, seluruh atau sebahagiannya oleh Imam yang suci dari pada hadas dan najis, dan pada bukan rakaat yang lebih dilakukan.
Begitu pula makmum yang mendapatkan Imam tengah ruku’, jika ia lakukan takbiratulihram, lalu ia segera ruku’ tanpa membaca fatihah, lalu didapatkannya thuma’ninah (berhenti sekejp) bersama-sama Imam dalam ruku’nya hasillah baginya rakaat itu, dan tak usah ditambahnya lagi nanti sesudah salam Imamnya.
Akan tetapi jika ia tidak mendapatkan thuma’ninah bersama-sama Imam dalam rukku’nya itu, seperti baru sahaja ia turun ruku’ Imamnya bangun dari ruku’nya, maka hampalah ia atau sia-sialah rakaat itu baginya, dan wajiblah ia sesudah salam Imam nanti ia menambah lagi satu rakaatnya yang kurang itu.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms 70)
Masalah 307. – Perbezaan akhlak dengan moral
Bagaimanakah perbezaan antara ciri-ciri akhlak Islam dengan moral.
Jawapan.
Ciri-ciri akhlak Islam ialah kemahuan atau kecenderungan serta budi pekerti atau tingkah laku yang berdasarkan Islam yang dcontohi oleh Rasulullah saw. Iaiatu Saddiq, Amanah,Tabliq dan Fatannah. Apabila Insan dituntut menyerahkan semua yang ada padanya kepada Allah, maka perbuatan atau amalannya termasuk kerjayanya juga perlu diserakan kepada Allah.
Akhlak dan akidah erat hubungan hingga tidak dapat dipisahkan. dimana ada akhlak di situ adalah akidah. Ulamak membahagikan akhlak dan akidah kepada tiga bahagian iaitu akidah, syariat dan akhlak. Asas-asas akidah Islam ialah keimanan kepada Allah, persamaan dan kebebasan memilih, tanggungjawab, universal dan syumul.
Islam menyediakan kepada manusia prinsip-prinsip akhlak yang universal seperti menggalakkan manusia supaya menjadi pemurah, memjadi baik, berbuat baik dengan jirannya, dengan ibu bapa dan menjadi adil, berbuat baik dengan Allah dengan menunaikan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang dilarang.
Contoh yang di tunjukkan oleh Rasulullah saw ialah berpegang dengan akidah yang benar, melaksanakan suruhan dan larangan Allah, menghiaskan diri dengan akhlak mulia dan menjauhkan dari akhlak yang tercela dan mengelakkan keruntuhhan moral seperti mencuri, merompak, betzina, minum arak, menagih dadah, dan sebagai lagi.
Perbezaan akhak Islam dengan moral ialah akhlak yang bersifat Mahmudah iaitu zuhud, sabar, syukur, ikhlkas, taubat, ikhlas, tawakkal, muhibbah, redza dan inatkanmati.
Manakla moral pulal bersaifat Mazmumah yang menganduni sifat-sifat pemarah, dengki, khianat, bakhil, sukankan megah, kasihkan dunia, takbur, riyak gemarkan makan, brercakap kosong dan sebagai lagi.
Masalah 308 .Bagaimana itu Nafsu manusia
Bagaimakah yang dikatakan keadaan nafsu manusia.
Brgitu juga dalam pembinaan akhlak, alim ulama sering mengaitkan dengan tingkat-tingkat nafsu, antaranya; ”Nafsu ammarah bi al-Suu” dan ”Nafsu lawwamah”
Mohon Huraikan dengan ringkas mengenmai ”Nafsu Amarah bi al-Suu”yang tersebut di atas dengan menerangkan ciri-cirinya..
Jawapan.
Adapun tahap nafsu manusia itu trbahagi kepada 7 tahap seperti berikut:
1. Amarah (rendah sekali)
2. Lawwamah
3. Mulhamah
4. Mutmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiyah
7. Kamilah
Adalah yang terbawah sekali ialah dinamakan ”Nafsu Ammarah” iaitu Nafsu yang suka menyuruh kepada melakukan kejahatan.
Pertengahan – Lawammah, Peringkat kedua bawah atau sederhana.
Tertinggi – Mutma’innah Individu berusaha untuk meningkatkan nafsunya ke peringkat trertinggi ini. Dengan melakukan taqarrub.
Nafsu Mutma’innah ialah Nafsu yang aman tenteram yang selalu membuat hubungan dengan Allah untuk mendapat keredaanNya di dunia dandi akhirat.
Nafsu ammarah merupakan tahap terendah di mana seseorang itu seronok melakukan dosa. Tetapi apabila seseorang mula berusaha memperbaiki diri, bermujahadah melawan segala keinginan hawa nafsu dari perkara-perkara terkutuk, maka ia naik ketahap nafsu lawwamah. Di peringkat ini seseorang belum rasa seromnok meninggalkan maksiat yang sekian lama menjadi pakaian hariannya. Namun ditinggalkannya juga dengan rasa berat dan tersiksa demi kerana Allah. Proses mujahadah ini apanbila diteruskan dan nafsu mula lembut dan jinak malah lazat dengan kebaikan akan naik pulalah tahap nafsu seseorang ke tahap nafsu mulhamah.
Demi menjamin masa depan yang baik di Akhirat, iaitu untuk terlepas dari azab neraka Allah, seseorang hendaklah berusaha untuk meningkatkan tahap nafsunya, sekurang-kurangnya ke tahap mutmainnah.
Nafsu jahat dan liar merupakan sifat-sifat mazmumah. Di antara contoh-contohnya ialah : riak, ujub, takbur, hasad dengki. marah, bakhil, penakut, dendam, cinta dunia,gila pangkat, gila harta, banyak cakap bohong, banyak makan dan mengumpat.
Nafsu buruk (mazmumah) yang mempunyai tingkah laku seperti berikut;
a. Bersifat Takbur
b. Bersifat Dengki khianat
c. Bersifat pemarah
d. Mencala dunia
e. Bersifat riak
f. Bersifat kikir danbakhil
g. Bersifat tidaj sabar
h. Bersifat TidakIkhlas
i. Berdengki dankjhianat
j. Melakukan zina\
k. Memimum arak
l. Suka bermain judi
m. Suka bergaduh dengan jiran tetangga
n. Tidak menghormati ibu bapa
o. Sukakann kepada ujub
p. Mengamalkan perbuatan kezaliman
q. Menginiaya binatang
r. Terelibat dengan penyalahan guna dadah
Nafsu Lawwamah (sederhana)
Mukmin yang mempunyai nafsu lawwamah adalah mukmin yang
Sentiasa berusaha untuk meningkatkan nafsu ke perangai yang lebih baik iaitu yang tertinggi dengan cara melalukan taqarub atai menghampirikan diri kepada Allah dengan melakukan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah, serta memperbanyakkan ama;an-amalan sunat seperti sembahyang sembahyang sunat pada waktu malam, bersedekah, menolong fakir miskin,
Firman Allah swt dalan Surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud:
“Dan aku tiadalah aku berani membersihkan diri ku, sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang diberi rahmat Tuhanku.”
Mukmin dari Anak Adam yang sentiasa melawan nafsu godaan syaitan yang sengaja mengahsut mukminn untuk melakukan kejahatan , kerana syaitan adalah musuh bagi manusia.
No comments:
Post a Comment