TAZKIRAH BAB
AMALAN AKHLAK MULIA.
---------------------------------------------------------
BAB 11 - Mengenal Dosa Bersar dan Dosa Kecil.
Ketahuilah bahawasanya dosa itu
terbahagi kepada dosa besar dan dosa kecil. Dalam menentukan dosa besar dan
dosa kecil telah berlaku pertelingkahan antara para ulama’. Setengan mereka
mengatakan tidak ada dosa besar dan dosa kecil, bahkan semuanya dosa itu
tingkatannya sama belaka. Sebab setiap
penentangan terhadap perintah Allah s.w.t. dan laranganNya dikira sebagai
berdosa sahaja.
Tetapi pendapat ini adalah lemah
disebabkan adanya firman Allah s.w.t. seperti berikut yaang bermaksud:-
”Jika kamu menjauhi fdosa-dosa
besar yang dilarang kamu mengerjakannya nescaya Kami (Allah) hapuskan segala
kesalahan kamu dan akan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia”
(Al-Quan
surah An-Nisa’ ayat 31)
Firman Allah s.w.t. lagi yang
bermaksud:-
”Orang-orang yang menjauhi
doda-dosa besar dan perbuatan keji, kcuali
kesalahan-kesalahan yang kecil”
(Al-Quran
surah An-Najmu Aat 32)
Abu Talib al-Maki berkata
bilangan dosa-dosa besar itu semuanya berjumlah tyjuh belas iaituhasdil
prenyelidkannya dari berbagai Hadis dan Atar:
(1). Empat macam daripadanya
berkaitan dengan hati:-
a. Syirik
kepada Allah.
b. Berkecimpung
terus menerus dalak maksiat.
c. Putus
adsa dari rahmat Allah s.w.t.
d. Merasa
diri aman dari balasan Allahs.w.t.
(2). Empat macam lagi berkaitan dengan lidah:
a.
Bersaksi bohong.
b.
Menuduh orang berzina.
c.
Melakulan perbuatan sihir.
d.
Mengucapkan sumpah palsu.
(3).
Tiga macam lagi berkaitan dengan perut:
a. Minum
arak.
b. Makan
harta anak yatim dengan inanya mererka.
c. Makan
riba sedangkan ia taghu riba itu haram.
(4). Dua macamlagi berkaitan dengan alat kelamin
a. Berzina.
b. Melakukan
perbuatan lewad.
(5). Dua macam lagi berkaitan dengan kedud-sdua
belah
tangannyya. (a) Mencuri (b)Memuku
orang.
(6). Satu lagi mengenai melarikan diri dari
peperangan.
(7). Satu lagi mengenai menderhaka kepada kedua
ibu
bapa.
Dosa-dosa kecil.
Setiap insan pasti telah melakukan berbagai kesalahan atau dosa yang kita
sendiri tidak sedar mahupun yang kita sedar. Diantara sebahagian dari dosa-dosa
kecil itu ialah:
(1). Mengumpat kepada orang
( 2). Berdengki khianat
( 3.) Bercakap takbur
( 4). Perbuatan riak diri
( 5). Marah dan
berdengki
( 6). Berdendam
(7). Tamak dan haloba
(8). Takbur dan bangga diri
( 9). Menipu orang ramai
(10). Memutus solitarahim
(11).
Bakhil, kikir dan kedekut
(12). Gibah atau buat fitnah.
Dosa-dosa kecil ini boleh menjadi
dosa besar apabila dilakukan terus menerus tanpa hentian. Sebab itu dikatakan bukanlah namanya dosa
kecil, dan bukanlah dosa besar pula sesudah
dipohonkan ampun pada Allah
s.w.t. dan tidak di ikuti lagi dengan perlakuan dosa-dosa tersebut lagi.
Janganlah kita memandang enting
terhadap sesuatu dosa kecil itu, sebab setiap dosa yang dipandang berat dan
besar oleh seseorang hamba, teapi menjadi kecil di sisi Allah .sw.t..dan yang
dipandang kecil itu tetapi menjadi besar pula di sisi Allah s.w.
Sesungguhnya hendaklah menganggap
sesuatu dosa itu sebagai satu perkara yang besar dengan timbul di hati yang
kurang senang dan benci terhadap
perlakuan dosa itu. Orang mukmin itu akan memandang dosanya seperti gunung di
atas kepala yang pada bila-bila masa
sahaja akan menimpanya. Orang-orang yang
munafiq memandang dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di atas batang
hidungnya lalu di usirkan sahaja.
Sekin dahulu dalam Bab ini,
semoga dengan siaran Blog ini dan mereka yang malayari dan membacanya agar
mendapat menafaat dan moga-moga mereka tidak akan melakukannya sama ada besar
atau kecil. Dan mareka yang telah
terlibat dengan pelbagai dosa tersebut hendaklah bertaubat memohon dan memohon keampunan dari Allah s.w.t.
Sekian.
وَالسَّلَامُ
عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ
-------------ooooo------------
No comments:
Post a Comment