Kemungkaran di Pasar Malam
Bab 54 - Amar Makruf Dan Nahi Munkar.
Pendahuluan.
Segala pujian bagi Allah s.w.t.
Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar
Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ
يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ يُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا
عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.
”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56)
Amar Makruf Dan Nahi Munkar.
1.. Orang-orang yang menjalankan tugas menyuruh
berbuat baik dan melarang dari berbuat jahat mempunyai tiga tatacara atau adab yang perlu dimiliki
iaitu (1) Ia hendaklah berilmu, (2) Ia mestilah orang yang warak (3) Ia
hendaklah berbudi pekerti yang baik.
2.. Berilmu maksudnya: ia patutlah mengetahui
letak duduknya perkara-perkara yang hendak disuruh atau dilarang, supaya ia
tiada terkluar dari had dan batasan syariat Islam.
3.. Warak maksudnya: ia mencegah
seseorang dari melakukan kemunkaran itu sahaja, dan jangan ia sekali-kali
melampaui batas yang di izinkan oleh syariat dalam tugas ini, disebabkan oleh
tujuan-tujuan yang lain. Hendaklah
kata-katanya itu masuk akal, dapat diterima oleh orang itu. Kalau tidak tentulah ia akan dijadilan bahan
ejekkan dalam menjalankan tugas nenyuruh atau melarang itu, kelak orang itu
akan menunjukkan sikap berani terhadapnya.
4.. Berbudi pekertyi yang baik
maksudnya: seberapa nboleh biarlah dia bersikap lemahlembut dan belas kasihan
kepada sesiapa pun, sebab ia merupakan pokok bab ini dan tujuan asalnya. Berilmu dan warak sahaja tidak mencukupi, kerana
bila kemarahan menguasai diri tiada memadailah untuk menahan hanya dengan berilmu
dan warak semata-mata melainkan jika ada pada tabiat kita sifat berbudi
peklerti baik yang akan melenyapkan perasaan marah dan tidaksabafr itu.
Kemunkaran-kemunkaran yang
berlaku.
5..Kemunkaran dalam masjid.
Ketahuilah bahawasanya kemunkaran
itu tebahagi kepada hukum makruh dan hukum haram. Kiranya kita katakan: ini adalah kemunkaran
yang makruh, maka hukum mencegahnya menjadi sunat yang dituntut, manakala
berdiam diri atas kemunkaran itu menjadi makruh pula hukumnya, dan bukan
haram. Tetapi jika kita katakan bahawa
itu adalah kemunkaran yang haram, ataupun kita katakan kemunkaran sahaja tanpa
menyebutkan sifatnya, maka yang dimaksudkan itu ialah kemunkaran yang haram,
yang mana hukumnya menjadi haram pula jika kita mendiamkan diri, pada hal kita berkuasa untuk mencegahnya.
a.
Di antara
kemunkaran-kemunkaran yang biasanya terlihat di dalam masjid-masjid, ialah
perlakuan sembahyang yang tidak sempurna
seperti meninggalkan tominanah ketika ruku’ dan sujud seumpama ayam mematuk
makanannya sahaja. Ini adalah suatu
kemunkaran yang membatalkan sembahyang menurut nas hadis, maka wajiblah
dicegahnya dengan cara memberi tahu pada
yang berkenaan secara diplomasi. Sebab
sesiapa yang melihat seseorang bersembahyang seperti itu, sedangkan dia
mendiamkan diri tidak dibetulkannya, maka ia juga berkungsi dalam dosanya itu.
b.
Juga di dapati
orang-orang yang membaca al-Quran dengan terlalu banyak kesalahan sama ada dari
segi sebutan. Tajwid dan sebagai
lagi. Ini pun wajib dibetulkan oleh
orang yang mengerti yang mendengarnya, lalu mengajarnya dengan caranyang betul. Jika dia dibiarkan dan ada orang
mengerti berdiam diri, maka dia juga sama mendapat dosa kerana kesalahan itu.
c.
Kemunkaran yang
selalu berlaku kepada para mu’zan (tukan bang) yang sering melenggeng
lenggokkan azan dan terlalu memanjangkan hujung-hujung kalimahnya, atau ada
yang terlalu perlahan suaranya hinggakan lebih separuh dari kawasan kariah itu
tidak mendengarnya, maka hal ini wajib dibetulkannya.
d.
Terdapat juga
ucapan-ucapan yang disampaikan olaeh para penceramah yang mencampur adukkan
dengan kata-kata dusta, khayalan, khurapat dan berbau politik yang mencemuhkan
sesatu pihak, maka hendaklah dinasihatkan supaya berhenti berbuat demikkian.
e.
Terdapat juga
kemunkaran berlaku apabila hari Jumaat
ada sesatu golongan yang membuat jualan ubat-ubatan,buku-buku, dan pelbagai
barangan lagi di kawasan masjid. Ini
juga hendaklah di tegahkan.
f.
Terdapat juga
kemunkaran berlaku ada segolongan manusia yang tiba di majid tidak masuk ke
dalam masji, tetapi ke tempat rehat dan menghidap rokok, dan apabila Khatib
mula membaca khutbah barulah mereka memasuki masjid. Ini juga patut diberi nasihat
untuk tidak berbuat demikkian.
g.
Terdapat juga
ada ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke masjid dan memberikan anaknya
bersembahyang di tepinya dalam satu saf
yang sama. Hal ini juga hendaklah
diambil tindakan supaya tidak berlaku demikian.
h.
Terdapat juga
ada golongan insan yang
bercerita-cerita, berbual-bual kosong, mengumpat, berbicara hal-hal keduniaan dalam masjid, lebih-lebih lagi
ketika Khatib sedang berkhutbah. Ini hendaklah dilarang oleh pihak yang
bertugas.
i.
Terdapat juga
ada insan yang menempah tempatnya untuk bersembahyang di masjid selalu, dan
jika terdapat insan yang lain mengambil tempatnya itu dia begitu masam mukanya.
Dia mukin tidak sedar perbuatannya itu sebagai riak, maka wajiblah diberi tahu
akan sedemikian itu.
j.
Terdapat juga
ada insan yang memanjangkan bacaan ayat-ayat al-Quran ketika menjadi iamam, dan
ini juga patut di maklumkan bahawa perbuatannya itu terjatuh dalam golongan
perbuatan riak, kerana menunjuk-nunnjuk yang dia seorang yang bijak.
k.
Terdapat juga
ada segelintir insan yang sangat gemar hendak menjadi Imam sewaktu sembahyang, ketika
Imam bertauliah uzur, walaupun dia
kurang bijak dari segi bacaan ayat-ayat al-Quran dan tidak mencukupi
syarat-syarat menjadi sebagai seorang Imam, hatta ada terdapat banyak lagi
insan yang terbaik darinya. Hal ini wajib diberi nasihat akan kesalahannya itu.
Kesimpulan.
Kita akan dapati banyak lagi
kemunkaran-kemunkaran yang berlaku di masjid-masjid masa kini, oleh itu
sama-samalah kita memberi nasihat agar kemunkaran seperti itu tidak
berpanjangan lagi.
Sekian dahulu dalam hal
kemunkaran ini, dan penulis akan menyambung lagi dalam hal yang sama dalam masa
terdekt.
Wassala mualaikum warah matulla
hi wabarakatuh...!
No comments:
Post a Comment