TAZKIRAH BAB
AMALAN AKHLAK MULIA.
BAB 5 -Jangan Bersifat Tamak dan Haloba
Sebenarnya memang manusia itu
dibentuk dengan mempunyai perasaan tamak dan haloba dan amat kurang sifat
qinaahnya atau sifat yang sabar yang akan sentiasa redza atas pembahagian
rahmat dari Allah s.w.t. kepadanya.
Begitu juga ia mempunyai perasaan sifat tamak
kepada harta benda orang lain, ataupun
menginginkan sesuatu yang ada di dalam tangan orang lain, hingga sampai sanggup
mencari harta dengan apa jalan ahaja asalkan dapat diperolehinya, tanpa
mengingati buruk baiknya jalan itu.
Manusia juga akan menjadi rosak kerana mempnyai
perasaan dan bersifat kebendaan, iaitu sangat inginkan kepada harta benda tak
kira halal atau haram, asalkan ia dapat padanya.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
لَوْ كَاِنَ لِاَبْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ
ذـَ هَبٍ لِا َبْتَغـَى
لـَهُمَا
ثـَالـِثـًا.
Maksudnya: :Andaikata anakAdam itu diberikan dua lembah yang
penuh dengan emas, nescaya ia akan meminta ketiganya lagi sebagai tambahan.”
(H.R,Bukhari dan Muslim dari Anas).
Penyakit tamak dan haloba itu tiada boleh di kikis dari diri
seseorang itu melainkan ia melakukan dengan lima perkara berikut:-
(1).. Hendaklah membiasakan diri
hidup berekonomi atau beriktisad dalam segal segi hal, dan sentiasa bersikap
sederhana dalam perbelanjaan. Itulah yang dikatakan pokok dalam berqinaah, kerana orang yang berlebih-lebihan
perbelanjaan dan boros mengeluarkan wang
secara tidak menentu, tidak mampu untuk bersifat qinaah.
Sabda Rasullah s.a.w. yang
bermaksud:
“Tiga perkara yang dapat
menyelamatkan (1) Takutkan Allah baik dengan rahsaia mahupun dengan terang-terangan.
(2). Beriktisad dalam masa kaya mahupun miskin,dan (3) berlaku adil dalam masa
redza mahupun marah.
(2).. Hendaklah ia yakin dengan
sepenuh-penuhnya bahawasanya rezeki yang telah ditentukan baginya misti akan
diterimanya, miskipun tanpa tamak haloba harta orang lain, asalkan ia sentiasa
taat dengan suruhan dan larangan Allah s.w.t. dan tidak menginaya orang lain.
(3)..Hendaklah ia mengetahui
bahawa dalam sifat qinaah itu terlukis kemuliaan dirinya sehingga ia tidak
mengharapkan sesuatu selain dari Allah s.w.t.
Manakala dalam sifat tamak dan haloba pula terdapat segala kehinaan dan
kerendahan moralnya. Bermakna orang akan membenci padanya kerana dirinya
yang bersifat tamak dan haloba.
(4)..Hendaklah selalu
memerhatikan tentang nikmat-nikmat yang dikecapi oleh golongan orang-orang yang
bengkok perjalanannya. Kemudian ia
meneliti pula perihal para Nabi dan para Auliya’ Solihin dan para Ulama’,
mendengar cerita-certita kesah mereka dan memerhatikan keadaan dan hal ehwal
mereka itu.
Lalu diletakkan kedua-dua keadaan
itu dalam pemikiranya, supaya ia dapat memilih jalan yang mana satu yang ia
tertatrik kepadanya. Apakah ia lebih suka mentauladani cara kehidupan
orang-orang yang mendrerhaka kepada Allah s.w.t., ataupun ia lebih senang
dengan perjalanan orang-orang yang baik dan berbakti ke jalan Allah s.w.t..
Dengan cara begini akan menjadi lebih senang baginya untuk memilih kesabaran
atas bahagian yang sedikit dan seterusnya bersifat qinaah atau redha atas
rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t. kepadanya walaupun sedikit tetapi amat
berkat dan ia berhati senang tidak mengingatkan segala kesusahan bala petaka
akan menimpa.
(5)..Hendaklah ia menyedari tentang bahaya-bahaya
mengumpulkan harta-harta kekayaan sebagaimana yang telah dikatkan dalam bab ini
yang membicarakan bencana-bencana mengumpulkan harta kekayaan dengan melanggar
hukum-hukum dan larangan Allah s.w.t. itu akan menjadi lengkap.
Demikianlah perkara-perkara yang
harus diikuti sebagai asas yang membolehkan seseorang itu untuk mengusahakan sifat-sifat qinaah bagi dirinya. Ketahuilah
bahawa tiang yang utama bagi sifat qinaah itu ialah bersifat sabar iaitu
bersabar dalam segala-galanya. Bersifat sabar melihatkan orang mengumpulkan
harta secara haram dan dirinya tidak terikut-ikut dengan sifat itu. Ia bersifat
sabar tidak mementingkan diri dengan hal-hal kebendaan dan wang ringgit.
Bersifat sabar dalam mengerjakan suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkannya
segala yang dilarangNya. Bersifat sabar dengan kemurahan hatinya untuk
bersedekah bagi tujuan ke jalan Allah sebagaimana firman allah s.w.t.:
وَمَنْ يـَتـَّقِ
الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا
. وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيْثُ لاَ
يـَحـْتـَسِبُ ج.
(الطلاق-2-3)
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan
lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak
diduga.
(Al-Thalaq (65),
ayat 2-3)
يَاَ يُّهَا الـَّذِيـْنَ آمَنـُوْا اَنـْفـِقـُوْا مِمَّا
رَزَقـْنـَكـُمْ مِنْ قـَبـْلِ
اَنْ يـَأ ْ تـِيَ يـَوْم ٌلَّا بـَيـْع ٌ
فـِيْهِ وَلَا خـُلـَّة ٌ وَّلَا شـَفـَاعـَة ٌ
وَالـْكـَفـِرُوْن َ هـُمُ الظـَّلـِمُوْن َ.
(البقرة 254)
“Wahai orang-orang yang beriman,
nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadamu, sebelum tiba
hari yang tak ada jual beli pada hari itu, tak ada persehabatan dan tak ada
pertolongan, (yakni hari kiamat). Orang-orang
kafir itu adalah orang-orang aniaya. ”
(Al-Baqarah ayat 254
مَثـَلُ الـَّذِيـْنَ يـُنـْفـِقـُوْنَ اَمـْوَا لـَهُمْ
فِىْ سَبـِيـْلِ اللهِ
كـَمـَثـَلِ حَبـَّة ٍ اَنـْبـَتـَتْ سَبـْعَ
سَنـَا بِلَ فِىْ كـُلِّ
سُنـْبـُلـَة ٍ مـَّا
ءَــة ُ حـَبـَّة ٍ ط وَالله ُ يـُضَعـِفُ لـِمـَنْ
يـَّشـَآء ُ
ط وَالله ُ وَاسِع ٌعـَلـِيـْم ٌ (البقرة 261)
“Misalnya
orang-orang yang menafkahkan harta-hartanya pada jalan Allah, seperti sebuah
biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus
biji, dan Allah melipatkangandakan bagi siapa yang dikehendakiNya, dan Allah
luas (kurnianya) lagi Mahama mengetahui.
“
(Al-Baqarah ayat 261)
/Bimbingn Mukminin m.s. 569.
--------------------oooooooooooo------------------
No comments:
Post a Comment