TAZKIRAH BAB
AMALAN AKHLAK MULIA.
---------------------------------------------------------
Bab 6 - Jangan Kamu berdengki-dengki.
Dari Abi
Hurairah r.a., katanya. ”Telah bersabda Rasulullah s.a.w: ”Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan
janganlah kamu bertipu-tipuan dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan
janganlah setengah kamu menjual di atas
penjualan setengah kamu dan jadikanlah kamu wahai hamba Allah yang bersaudara.”
”Orang
Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh
membiarkan (dalam kehinaan), dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh
menghinakanya.”
”Taqwa
itu di sini – kata Nabi s.a.w. sambil menunjuk ke dadanya tiga kali, Sudah cukup banyak kejahatan seorang itu, bahawa
ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian
orang Islam atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan
kehormatannya,”
Diriwayatkan
oleh Imam Muslim.
Sekian dahulu
untuk renungan bersama.
--------------------oooooooooooooo-----------------
No comments:
Post a Comment