BAB 49 - RUKUN
IMAN YANG KE 6 – QADHA’ ALLAH DAN
QADARNYA
(AA)
Beriman kepada qadha’ Allah dan
qadar Nya adalah salah satu daripada rukun-rukun aqidah dan ia adalah rukun
yang ke-enam daripada rukun-rukun
iman. Mereka yang tidak pecaya kepada qadha’
dan qadar (taqdir Allah) adalah bermakna mereka itu telah keluar daripada agama
Allah Azza Wajalla (agama Islam).
Dalam hadis yang sahih
menyebutkan Umar Ibn al-Khattab meriyawatkan pada satu ketika sewaktu
Rasulullah SAW duduk bersama-sama sahabanya, tiba-tiba datang seorang lelaki
yang berpakaian serba putih, rambutnya sangat hitam, tidak diketahui dari mana
datangnya, dan tidak seorang sahabat pun yang kenal lelaki itu, lalu lelaki
tadi bertanya kepada Rasulullah SAW berhubung dengan Islam, Iman, dan Ihsan.
Mengenai iman lelaki itu berkata
”Beritahu kepadaku tentang hal keimanan”. Rasulullah SAW terus menjawab:
أَنْ تُؤْمِنُ بِاللهِ وَمَلَاءِـكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرَسُلـِهِ
وَالـْيَوْمِ الْأَخِرِ وَتُؤْمِنُ بِالـْقَدْرِ
خَيْرِهِ وَشَرِّهِ.
قالَ: صَـدَقْـتَ. (رواه مسلم).
Maksudnya: “Hendaklah
engkau beriman kepada Allah, malaikat Nya, kitab-kitab Nya, rasul-rasul Nya,
hari akhirat (hari kiamat) dan beriman kepada qadar (takdir Allah), baik
buruknya: Lelaki itu lalu berkata ;
“Benarlah apa yang engkau kata itu .” (Riwayat Muslim )
Lelaki yang datang itu adalah
Jibrail a.s., di mana ia memang sengaja datang kepada Rasulullah SAW yang
sedang duduk-duduk bersama-sama sahabatnya untuk mengajar umat Baginda secara
soal jawab mengenai Islam, Iman dan Ihsan.
Beriman kepada qadha’ dan qadar
adalah kepercayaan atau aqidah yang wajib ditanamkan dalam hati setiap orang
yang Muslim dan Mukmin bahawa setiap perkara yang berlaku dan terjadi ke atas
diri seseorang itu, baik atau buruknya adalah mengikut ketentuan dan ketetapan
yang telah dibuat oleh Allah SWT dengan ilmu dan iradat Nya sendiri sebelum
sesuatu perkara itu berlaku dan terjadi.
Justeru itu, andainya seseorang
tadi ditimpa sesuatu kesusahan, atau bala bencana, atau tidak berhasil apa yang
di cita-citanya selaku orang yang beriman kepada qadha’ dan qadar tidak boleh
menyesal, atau bersedih hati, atau merasa kecewa, kerana semua perkara itu
adalah qadha’ Allah dan qadar Nya ke atas diri seseorang. Sebaliknya, jika seseorang itu dilimpahkan
oleh Allah kurnia rahmat dan nikmat Nya yang berupa kebendaan dan sebagainya,
janganlah mereka terlalu sangat bergembira sehingga lupa daratan. Ini adalah
diingatkan oleh Allah SWT dalam firman Nya dalam al-Quran Surah Al-Hdid ayat 22
dan 23 yang bermaksaud:
مَا~أَصَابَ مِن مُّصِيْبَةٍ فِى الْأَرْضِ وَلَافِى~ أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِى
كِتَبٍ مِّن قـَبْلِ
أَن نَّبْرَ أَهَا~. إِنَّ ذَلِكَ عَلىَ اللهِ يَسِيرٌ. لـِّكَيْلَا تَأَسَوْأعَلىَ
مَا فَا تَكُمْ وَلَا تَفْرَ حُوْا بِمَاتـَفْرَحُوا بِماءَاتَكُمْ, وَاللهَ لَايَحِبُّ
كُلَّ مُخْتَاٍل فَخُورٍ. (سوره الحديد22-23)
”Tiada ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan
di bumi, dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada di
dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu
adalah mudah bagi Allah (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak
bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira
(secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada
tiap-tiap orang yang sombong takbur,
lagi membanggakan diri.” (Surah al-Hadid ayat 22 dan23)
(Kitab
Aqidah Ahli Sunnah waljamaah – ms 278)
Sehubungan
dengan ini, sekiranya berlaku ke atas diri seseorang itu sesuatu perkara yang
dibencinya janganlah mereka meanggap bahawa perkara itu buruk keatas diri
mereka, kerana boleh jadi perkara yang di anggap buruk itu adalah baik bagi
diri seseorang tadi.
Sebaliknya
perkara yang dianggap baik itu boleh jadi buruk bagidiri seseorang itu. Ini ialah kerana baik dan buruk sesuatu perkara
itu adalah di dalam ilmu Allah dan iradat Nya (pengetahuan Allah dan kehendak
Nya) yang telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah Taala mengikut qadha’ dan
qadarnya. Firman Allah SWT di dalam al-Quran
Surah al-Baqarah ayat 216 yang
bermaksud:
”Kamu diwajibkan bereperang (untuk
menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci,
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh
jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia jahat (buruk) bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui
(semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Surah Al-Baqarah ayat:
216)
Firman Allah Azza Wajalla tersebut mengingatkan kepada
setiap orang yang beriman bahawa Allah SWT
”mentaqdirkan” seseorang itu baik atau buruk adalah di atas
kebijaksanaan dan belas kasihan Allah yang bersifat ”Hakim dan Rahim”, di mana
seseorang itu jangan memandang mudah atau mempertkecilkan nikmat Allah (tidak
beresyukur kepada nikmat Nya) kerana angkuh dan besar diri, dan jangan pula
gelisah di atas bala bencana yang menimpa diri mereka, malah hendklah mereka
itu bersyukur ketika dalam waktu senang, dan bersabar di masa waktu susah ,
kerana semua perkara itu adalah qadha’ Allah SWT dan qadar Nya, dan kesemua
perkara itu adalah baik. Ini telah
ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang sahih yang diriwayatkan
daripada Abi Yahaya Shuib bin
(Sinan
r.a. Sabdanya Rasullah SAW yang bermaksud:)
عَجَبًا لأمْرِ الـْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كـُلـَّهُ
لـَهُ خَيْرً, وَلـَيْسَ ذَلِكَ لأحَدٍ اِلاَّ لِلـْمُؤْمِنِ, إِنَّ أصَابَتْهُ سَرَّأ
شَكَرَ, فـَكَانَ خَيْرًا لـَهُ. وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّأ صَبَرَ, فـَكَانَ خَيْرًالَهُ.
”Hairan
mengenai perkara orang Mukmin bahawa semua perkara baginya adalah baik (menjadi
kebajikan). Dan yang demikian tidak ada
kebajikan pada setiap perkara bagi seseorang itu, kecuali bagi orang Mukmin
yang sempurna keimanannya. Jika ia
memperoleh kesenangan, ia bersyukur adalah kebajikan baginya, dan jika ia
memperoleh kesusahan,ia bersabar adalah kebajikan baginya.” (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad dalam kitab Aqidah Ahli
Sunnah Wal Jamaah, ms 279)
Dalam hadis Rasulullah SAW
yanghdiriwayatkan daripada Anas bin Malik, sabdanya:
عَجِبْتُ لِلـْمُؤْمِنِ, إِنَّ الله تَعَالىَ لـَمْ يَقْضِ
لـَهُ قَضَـأً
اِلاَّ كَانَ خَيْرًا لـَهُ. (رواه ابن حبان)
Maksudnya: “ Aku hairan mengenai
perkara irang Mukmin,bahawa Allah Taala tidak mentakdirkan akan sesuatu takdir
kepada seseorang Mukmin melainkan ada baginya kebaikan.” (Riwayat Ibn Hibban)
Hadis-hadis Rasulullah SAW
tersebut adalah mengingatkan dan memberi pengertian yang jelas bahawa setiap
perkara yang berlaku ke atas diri seseorang mukmin itu. Sama ada baik atau
buruk telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah SWT mengikut qadha’ dan qadar
yang menjadi salah satu dari rukun-rukun aqidah (rukun iman).
Oleh itu, mereka yang memperoleh
kesenangan wajib bersyukur, dan mereka yang memperoleh kesusahan wajib
bersabar, dan mereka akan diberi pahala dengan sebab kesyukuran dan
kesabaran mereka, kerana apa sahaja
perkara yang berlaku dan terjadi di alam yang maujud ini adalah dengan izin
Allah Taala. Firman
Allah SWT:-
مَا~
أَصَابَ مِن مُّصِيْبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ا الله, وَمِن يُؤْمِنْ بِا للهِ يَهْدِ
قَلـْبَهُ,
وَا للهُ
بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ. )سوره التغابن: 11)
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang
melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan
memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar),
dan Allah Amat Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(Surah at-Taghaabun ayat: 11)
QADHA’ DAN QADAR DALAM
AQIDAH ISLAM
Qadha’ bererti ketetapan. Dan qadar
bererti taqdir – nasib atau untung.
Dalam aqidah Islam qadha’ dan qadar ialah ketetapan Tuhan di dalam Azali
tentang nasib atau untung seseorang manusia itu apakah mereka akan masuk dalam
firqah orang yang beruntung atau orang yang celaka.
Dalam aqidah Islam, mempercayai qadha’
dan qadar adalah salah satu daripada rukun iman, dimana masalah ”qadha” dan
”qadar” ini dibincangkan secara meluas dan mendalam oleh semua agama
Samawi. Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya kepada takdir. Mereka
beriktikad bahawa semua perkara yang berlaku dan yang terjadi di alam yang
maujud ini sudah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah Taala dalam Azali sebelum
sesuatu itu berlaku dan terjadi, di mana semuanya itu sudah ditulis lebih
dahulu dalam Luh Mahfuz.
Tegasnya, mengikuit iktikad Ahli Sunnah
Wal Jamaah, semua perkara yang sudah berlaku dan terjadi dan akan berlaku dan akan
terjadi di alam dunia ini sudah diketahui oleh Allah SWT. Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah tersebut
adalah berhujah dan berdalilkan nas-nas berikut: Firman
Allah SWT:
مَا~أَصَابَ مِن مُّصِيْبَةٍ فِى الْأَرْضِ وَلَافِى~ أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِى
كِتَبٍ مِّن قـَبْلِ
أَن نَّبْرَ أَهَا~. إِنَّ ذَلِكَ عَلىَ اللهِ يَسِيرٌ. (سوره الحديد: 22)
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang
ditimpakan di bumi, dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah
sedia ada didalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu
adalah mudah bagi Allah.” (Surah al-Hadid: ayat 22)
Firman Allah Taala tersebut memberi pengertian
yang jelas apa sahaja perkara yang berlaku dan terjadi di dunia ini, termasuk
bala bencana yang menimpa diri seseorang itu, semuanya sudah ditakdirkan Allah
lebih dahulu dan telah dituliskan dalam Luh Mahfuz sebelum bala bencana itu berku
dan terjadi.
Firman Allah Taala lagi:
وَلِكُلِّ أمَّةٍ أجَلٌ فَاِذَاجَا~ءَ أجَلُهُمْ لَا
يَسْتَأخِرُوْنَ سَاعَةً
وَلَا يَسْتـَقْدِمُوْنَ. (سورة الأعرف اية؛ 34)
“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan), maka apabila
datang tempohnya, tidaklah dapat mereka kemudiankan walau sesaat pun, dan tidak
pula dapat mereka dahulukan” (Surah
al-A’raaf ayat: 34)
Firman Allah Taala ini adalah bermaksud
setiap umat dan setiap manusia sudah ditentukan Allah ajalnya, bila mereka akan
mati. Kalau sudah datang ajal yang ditentukan Allah itu, maka ia mesti mati,
tidak seorang pun yang dapat menahan, atau yang dapat mendahului ajal itu. Inilah yang dinamakan ” Takdir Allah.”
Firman Allah Taala lagi :
قُل لـَّن يُصِيبَنَا~ إِلَّا مَا كـَتَبَ اللهُ لـَنَا
هُوَمَوْ لـَنَا. وَعَلىَ اللهِ
فـَلـْيَتَوكَّلِ الـْمُؤْمِنُونَ. ( سورة التوبة اية: 51)
“Katakanlah
(wahai Muhammad):” Tidak sekali-kali akan menimpa kami (sesuatu pun) melainkan
apa yang telah ditetapakan oleh Allah bagi kami. Dialah pengawal yang menyelamatkan kami, dan(
dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang
beriman bertawakkal.”
(Surah at-Taubat ayat: 51)
Firman Allah Taala ini menyatakan
sesuatu nasib yang menimpa manusia sudah di takdirkan oleh Allah sebelumnya,
tidak dapat lagi seseorang itu mengelakkan diri mereka daripada takdir Allah
itu. Oleh yang demikian, setiap orang
yang beriman hendaklah menyerahkan diri mereka kepada Allah Taala dan menerima
dengan kerelaan hati segala yang di takdirkan oleh Allah.(283)
Firman Allah SWT:
إِنَّا كُلَّ شَىْءٍ خَلـَقْنَهُ بِقَدِرٍ. (سورة القمر اية: 49)
“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap
sesuatu menurut takdir
(yang telah
ditentukan) (Surah al-Qamar ayat: 49)
Ulasan: Kepercayaan yang dipegang oleh
Ahli Sunah Wal Jumaah, bahawa sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah. Ia
sudah tahu takdirnya, sudah tahu keadaannya dan zamannya sebelum sesuatu itu
dijadikan Nya. Kemudian Allah mengadakan
sesuatu yangg telah ada dalam takdir Nya bahawa sesuatu itu akan
dijadikan. Maka dijadikan Nya sesuatu
itu sesuai dengan ilmu Nya. Tidak ada sesuatu yang terjadi dilangit dan di bumi
melainkan semuanya terbit daripada ilmu, kudrat, dan iradat Allah. (Tafsifran Qurtubi 12/148)
Firman Allah SWT lagi:
وَمَا مِنْ دَا~بَّةٍ فِى الْأَرْضِ إِلَّا عَلىَ اللهِ رِزْقُهَا
وَيَعْلـَمُ مُسْتـَقَرَّ
هَا وَمُسْتَوْدَعَهَا.
كُلٌّ فِى كِــتَبٍ مُبِيْنٍ. ( سورة هود اية: 6)
“Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di
bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya
dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam kitab (Luh Mafuz) yangh
nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (Surat Hud ayat; 6)
Firman Allah Taala lagi:
وَمَا مِن دَا~بَّةٍ فِى الْأَرْضِ إلَّا عَلىَ اللهِ
رِزْقُهَا وَيَعْلـَمُ مُسْتـَقَرَ
هـَا وَمُسْتَوْدَعَهَا. كُلٌّ فِى كِـتَبٍ مُّبِينٍ. (سورة هود اية: 6)
“Dan tiadalah sesuatu pun dari
makhluk-makhluk yang bergerek di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung
rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam kitab (Luh
Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)”
Firman Allah Taala ini dengan tegas menyatakan bahawa
Allah SWT lah yang memberi rezeki untuk manusia dan yang memberi
makanannya. Sebelum manusia itu lahir ke
dunia ini, makanan dan minuman mereka sudah disediakan oleh Allah SWT. Begitu juga umurnya, lamanya di dunia ini,
semuanya sudah ada takdirnya, sudah ditulis dalam Luh Mahfuz. Kita manusia
hanya menjalani takdir Allah itu sahaja.
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada
Abdullah bin Mas’ud r.a. katantya Rasulullah SAW bersabda:-
إِنَّ اَحَدَكُمْ يُجْمَحُ خَلَقَهُ فِى بَطْنِ أُمَّةِ اَرْبَعِيْنَ يَوْ
مًا, نُطْفَةْ,ثُمَّ يَكُوْنُ فِىْ ذَلِكَ غَلـَقَةُ مِثْلَ ذَلِكَ. ثُمَّ
يَكُوْنُ فِىْ ذَلِكَ مُضْغَةْ مِثْلَ ذَلِكَ. ثُمَّ يُرْسَلُ الْمُلـْكُ
فَيَنْقُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَيؤْ مَرُ بِأرْبَعَ كَلِمَتٍ بِكَتْبِ رِزْقِهِ
وَأجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِّيُّ أَوْ سَعِيْدٌ, فَوَ اللهِ الـَّذِيْ لَا اِلَهَ
غَيْرُهُ. إِنَّ اَحَدُكُمْ لـَيَعْمَلِ بِعَمَلِ أَهْلِ الـْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا
اِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسَبِقُ عَلـَيْهِ الـْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ
النَّارِ فيدْ خُلُهَا, وَاِنْ أَحَدَكُمْ لـَيَعْمَلُ بَعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ
حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا اِلَّا ذِرَاعٌ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ
الـْجَنَّةِ فَيَدْ خُ (رواه البخاري, صحيح الباخارى)
“Bahawa setiap
kamu dikumpulkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama empat puluh hari
berupa ”nutfah” (air mani). Kemudian
selama itu juga menjadi ”Alaqah” (segumpal darah). Kemudian selama itu juga menjadi ”mudghah”
(seketul daging). Lalu dikirim kepadanya malaikat dan meniupkan rohnya. Dan diperintahkan malaikat itu untuk
menuliskan empat perkara, iaitu rezekinya,
ajalnya, pekerjaan, celaka atau bahagia (bernasib buruk atau baik). Demi Allah tiada Tuhan selain daripada
Nya. Sesungguhnya salah seorang kamu ada
yang beramal dengan amal ahli syurga sehingga jarak antaranya dengan syurga
hanya sehasta lagi, tetapi suratannya (takdirnya) mendahuluinya, lalu ia
berbuat perbuatan ahli neraka, maka ia masuk ke neraka. Dan salah seorang kamu ada yang beramal
dengan amal ahli neraka sehingga jarak antaranya dengan neraka itu hanya
sehasta lagi, tetapi suratannya (takdirnya) mendahuluinya, lalu ia beramal
dengan amal ahli syurga, maka ia dimasukkan ke syurga.”(286)
Hadis Rasulullah SAW menyatakan:”
Kejadian manusia dalam rahim ibunya berjalan mengikut prosenya, 40 hari yang
pertama ”nutfah” (gumpalan air mani), 40 hari yang kedua ”Alqah” (segumpal
darah beku), 40 hari yang ketiga ”mudghah” (seketul daging sekadar boleh
dimamah). Sesudah 120 hari ,lamanya barulah
Allah menyuruh malaikat meniupkan nyawanya, dan pada ketika itu juga malaikat
disuruh pula menuliskan empat perkara
iaitu:
a. Berapa banyak rezekinya yang disediakan Allah kepadanya.
b. Berapa lama hidupnya di dunia ini.
c. Apakah amal atau perbuatannya yang akan dikerjakannya.
d. Nasibnya, buruk atau-baiknya.
Keempat-empat perkara tersebut
sudah ada ditulisnya dalam Luh Mahfuz dan sudah ada takdirnya yang akan
dijalani oleh manusia ketika hidupnya.
Inilah yang dinamakan ”takdir Allah” atau ”nasib seseorang manusiua.”
Dalam hadith tersebut dinyatakan
juga ada orang yang beramal dengan amal ahli syurga sepanjang hidupnya, tetapi
ketika ia akan mati, ia bertukar menjadi kafir – sesuai dengan takdir yang
telah ditentukan dan ditetapkan Allah kepadanya, maka masuklah ia ke dalam
neraka. Dan ada pula orang yang beramal
dengan amal ahli neraka sepanjangv hidupnya sehingga ia asudah dekat ke neraka,
tetapi pada akhir hayatnya ia bertaubat maka Allah Taala terima taubatnya, dan
ia menjadi orang yan g salih (orang yang beramal dengan amal kebajikan), dan ia
kembali menjalani ke jalan yang benar, maka ia dimasukkan ke dalam syurga.
Kerana sudah terdahulu tuylisannya dalam Luh Mahfuz dan sudah begitu takdir
Allah ke atasnya.
Hadis Rasulullah saw yang
diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud berkata:
” Sesungguhnya engkau (Ummu Habibah)
telahmeminta kepada Allah sesuatu ajal (tempoh) yang sudah ditetapkan, hari
yang sudah dibilang, rezeki yang sudah
dibahagi, sesuatu itu tidak segera datang sebelum sampai waktunya, dan tidak pula
terlambat dari waktunya. Kalau engkau
meminta kepada Allah supaya ia menjauhkan engkau daripada seksa neraka atau
seksa kubur, permintaan engkau itu adalah lebih baik dan lebih utama bagimu.”
(Riwayat
Muslim: Syarah Muslim 11/212-213)
Imam Nawawi berkata:
“Hadis ini merupakan nas yang cukup jelas,
bahawa ajal dan rezeki itu sudah
ditentukan dan sudah ditakdirkan Allah – tidak akan berubah lagi daripada apa
yang sudah ditakdirkan Allah di dalam “Azali” dan di dalam ilmu Nya.” (Syarah Muslim: 16/212-213)
Mengenai hadis Rasulullah saw
yang mengatakan:”Menghubungkan silaturrahim memanjangkan umur adalah bermaksud sebagaimana berikut: (287)
a. Umur seseorang itu diberi berkat, jika ia menghubungkan
silaturrahim, iaitu sepanjang hayatnya mereka membuat perkara-perkara kebaikan,
dan tidak mensia-siakan umurnya. Inilah
yang dimaksudkan ”dipanjangkan umur”.
b. Perkara itu sesuai dengan apa yang nyata bagi malaikat,
dan sesuai dengan yang dituliskan di
dalam Luh Mahfuz. Misalnya seseorang itu
ditakdirkan Allah umurnya 60 tahun, tetapi kalau ia menghubungkan silaturrahim.
Maka umurnya ditambah 40 tahun lagi.
Jadi apa yang tertulis di dalamn Luh Mahfuz boleh berubah, jika Allah
hendak mengubahnya. Tetapi takdir yang
ada di dalam ilmu Allah tetap tidak berubah.
c. Yang dimaksudkan ”dipanjanghkan umur” kalau menghubungkan
silaturrahim ialah namanya yang baik lama disebut-sebut orang sebagai seorang
yang baik, sekalipun ia sudah lama meninggal dunia” (Imam Nawawi: Syarah Muslim:
114/16)
Firman Allah SWT:
(292)
وَإِنْ تُصِبْهُمْ
حَسَنَةٌ يَقُوْلـُوْا هَذِهِ مِنْ عِنْدِ اللهِ, وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّـءَـةٌ
يَقُوْلـُوْا هَذِهِ
مِنْ عِنْدِكَ. قُلْ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ اللهِ. (سورة النسـأ اية: 78)
“Dan
kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup) mereka beerkata: ”Ini adalah
dari sisi Allah” dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: ”Ini
adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu.”
Katakanlah (wahai) Muhammad: ”Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah
(berpunca) dari sisi Allah.” (Surah
an-Nisa’-ayat 78)
Firman Allah Taala ini dengan tergas
menyatakan takdir itu buruk baikinya, semuanya adalah dari sisi Allah.
Buruk baik sesuatu perkara yang berlaku dan yang terjadi ke atas diri seseorang itu hanya pada pandangan
manusia sahaja, tetapi di sisi Allah adalah sama sahja, kerana Allah memperbuat
apa yang dikehendaki Nya. Firman Allah
SWT –فعال لما يريد. (سورة البروج ,اية 16)
(Allah yang berkuasa melakukan
segala yang dikehendaki Nya-( Surah al-Buruj-16). (292)
MANUSIA TIDAK BOLEH LARI DARIPADA
TAKDIR ALLAH. (292)
Dalam hidup dan kehidupan manusia
sehari-hari, mereka tidak boleh lari dari takdir Allah yang telah ditentukan
dan ditetapkan Allah kepada seseorang manusia itu.
Dengan ertri kata yang lain
seseorang manusia sepanjang hidupnya tertakluk di bawah takdir Allah yang Maha
Esa dan berkuasa, walaupun mereka berusaha dengan sedaya upaya untuk lari dari
takdir Allah, mereka tidak akan dapat lari dari takdir Allah itu. Ini ialah
kerana sesuatu perkara yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah akan berlaku
dan terjadi kepada diri seseorang itu, perkara itu tetap dan pasti berlaku dan
terjadi. Sebaliknya, sesuatu perkara yang tidak ditentukan dan tidak ditetapkan
Allah akan berlaku dan terjadi kepada diri seseorang itu, perkara itu tetap dan
pasti tidak akan berlaku dan terjadi. Ini telah ditegaskan oleh Rasulullah saw
dalam hadisnya yang diriwayatkan daripadsa Zaid bin Thabit r.a.
وَتَعْلـَمَ أَنْ مَا أَصَابَكَ لـَمْ يَكُنْ
لِيُحْطِـءَـكَ, وَأَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لـَمْ يَكُنْ لِيُصِيْبَكَ.
(رواه ابو داود – سنن ابو داود 4/225)
“Dan
hendaklah engkau yakin bahawa sesuatu bencana yang menimpa diri engkau bukanlah
kerana Allah tersalah menimpakan bencana itu kepada engkau. Dan sesuatu bencana yang tidak menimpa diri
engkau bukanlah kerana Allah tidak mahu menimpakan bencana itu kepada engkau.”
(Riwayat
Abu Daud – Sunan Abu Daud: 4/225)
Hadis
Rasulullah s.a.w ini menegaskan sesuatu perkara yang berlaku dan terjadi kepada
diri seseorang manusia itu sudah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah Taala,
sama ada perkara itu baik atau buruk. Inilah yang dikatakan takdir
Illahi, di mana seseorang itu tidak boleh lari daripada takdirnya.
Misalnya, seseorang itu berusaha dengan sepenuh usaha
mencari wang, tetapi wang yang dicarinya itu tidak diperolehinya, walaupun
mereka telah berusaha ke sana sini siang dan malam mencari wang tadi. Ini ialah kerana Allah belum memberi kepada
mereka wang yang mereka cari itu, dan takdir Allah belum menetapkan dan
menentukan seseorang itu mendapat wang. (293)
Begitu juga ada mereka yang berusaha untuk menjadi
seorang pegawai tinggi dan berkuasa dalam pentadbiran, tetapi apabila mereka
itu telah sampai menjadi pegawai tinggi dan sudah berkuasa penuh dalam sesuatu
pentadbiran, mereka jatuh menjadi orang yang tidak mempunyai apa-apa pangkat
dan tidak mempunyai sebarang kuasa, malah ada di antara mereka yang akhirnya
masuk penjara.
Ini ialah kerana takdir Allah yangg telah ditetapkan dan
ditentukan kepada mereka. Dan ini adalah
juga takdir Allah yang tidak seorang pun yang boleh lari daripadanya, walaupun
mereka berusaha dengan sedaya upayanya untuk
lari daripada takdir Allah, mereka tidak akan dapat lari, malah mereka
tetap menerima takdir Allah Taala itu.
FALSAFAH QADHA’DAN QADAR.
Percaya kepada qadha’ dan qadar Allah, merupakan suatu
perkara yang amat penting dalam hidup dan kehidupan manusia sehari-hari. Mereka
yang tidak percaya kepada qadha’ dan qadar Allah akan merasa sedih dan
berdukacita apabila mereka menerima sesuatu bala bencana.
Misalnya seseorang yang kematian suami atau isteri yang dikasihinya, atau kematian anak
yang disayanginya, atau rugi dalam perniagaannya dan sebagainya akan bersedih
hati dan berdukacita menerima bala bencana yang menimpa dirinya itu.
Tetapi bagi mereka yang percaya kepada qadha’ dan takdir
Allah, mereka hanya berkata kesemuanya itu adalah qadha’ dan takdir Allah yang
telah ditentukan dan ditetapkan Nya kepada sesiapa yang dikehendaki Nya dan
tempohnya sudah sampai – tidak sesiapa pun yang boleh menahan dan menghalang
qadha’ dan takdir Allah Taala itu. Dan
mereka tetap bersabar dan menyerahkan semua perkara itu kepada Allah Yang Maha
Esa dan Berkuasa, dan menerima segala perkara yang berlaku ke atas dirinya
dengan penuh keinsafan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
Begitu juga bagi mereka yang percaya kepada qadha’ dan
takdir Allah, apabila mereka menerima sesuatu nikmat yang dikurniakan Allah
kepadanya, mereka tidak sombong dan bangga diri menerima nikmat yang
dikurniakan oleh Allah itu, malah mereka hanya berkata ini adalah nikmat Allah
yang dikurniakan kepadanya. Dan mereka
bersyukur dengan nikmat Allah yang diterimanya itu. Hal ini telah diingatkan oleh Allah Taala
dalam firman Nya berikut:
~أَصَابَ مِن مُّصِيْبَةٍ
فِى الْأَرْضِ وَلَافِى~ أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِى كِتَبٍ مِّن قـَبْلِ
أَن نَّبْرَ أَهَا~. إِنَّ ذَلِكَ عَلىَ اللهِ يَسِيرٌ. لـِّكَيْلَا
تَأَسَوْأعَلىَ مَا فَا تَكُمْ وَلَا تَفْرَ حُوْا بِمَاتـَفْرَحُوا
بِماءَاتَكُمْ, وَاللهَ لَايَحِبُّ كُلَّ مُخْتَاٍل فَخُورٍ. (سوره الحديد22-23)
”Tiada ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang
ditimpakan di bumi, dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah
sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu
adalah mudah bagi Allah. (Kamu
diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah
luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga)
dengan apa yang diberikan kepada kamu, dan
(ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (Surah
al-Hadid ayat 22 dan23)
Firman Allah Taala tersebut
menegaskan setiap musibah (bala bencana) yang menimpa diri seseorang itu
semuanya adalah qadha’ dan takdir Allah.
Oleh itu bagi orang-orang yang beriman hendaklah menerima qadha’ dan
qadar Allah Taala dengan penuh kesabaran dan keredaan, tanpa merasa sedih dan
dukacita dan tidak keluh gelisah, malah hanya mengingatkan semua perkara itu adalah
milik dan kepunyaan Allah, dan akan kembali kepada Allah dengan mengucapkan ((انا لله وانـا اليه
راجعون “Sesungguhnya
kami adalah kepunyaan Allah, dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Sebaliknya, jika kita menerima
nikmat daripada Allah dan memperolehi kebahagian, kemuliaan dan kekayaan
hendaklah bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah melimpahkan kurnia Nya
kepada kita dengan mengucapkan
الحمدلله والشكــر لله"
–“Segala puji dan syukur untuk Allah yang memberi nikmat.”
PERBINCANGAN DAN
KESIMPULAN.
1.
Mempercayai bahawa Allah berkuasa menentukan
dan mengatur sesuatu yang ada di alam ini dengan kebijaksanaan dan kehendak Nya
sendiri tanpa diganggu oleh sesuatu kuasa asing.
2.
Semua perkara
atu perbuatan yang sudah ditentukan dan ditetapkan Allah adalah secara mutlak
mengikut peraturan dan ketetapan yang telah ditentukan Allah sendiri sebagai qadha’
dan qadar Nya.(308)
3.
Setiap perkara
yang berlaku di alam ini adalah berjalan sesuai dengan ilmu dan iradat Allah
yang telah direncanakan Nya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditentukan
dan ditetapkan Allah dalam alam yang maujud ini.
4.
(Sayid Sabiq)..Agama
Islam menetapkan bahawa menusia itu
dibuat dengan dibekali kekuatan, bakat, persiapan dan persediaan tenaga dan
ilmu. Semuanya itu (kekuatan dan lain-lain)
dapat digunakan untuk menuju kearah kebaikan, tetapi juga dapat digunakan untuk
menuju kearah keburukan. Oleh sebab itu
tidak mungkin bahawa semuanya itu akan
diarahkan semata-mata, sekalipun perlu
diakui pula bahawa kehendak kearah kebaikan dalam diri sebahagian manusia adalah lebih kuat dan kehendak
keburukan disebahagian orang lain lagi lebih kuat pula. Selisih Selisih yang sedemikian ini rasanya tidak ada yang dapat
mengetahui selain dari Allah Taala sendiri.
Dalam hadis sahih Rasulullah s.a.w. disebutkan:
كُلُّ مَوْلـُوْدٍ يُوْ لـَدُ عَلىَ
الـْفِطْرَةِ. (رواه البطرانى)
“Setiap anak itu dilahirkan menurut fitrah (asal kejadiannya yakni suci, bersih dan murni...)” (Hadis riwayat Al-Batrani)
اَلـنَّاسُ مَعَادِنُ كَمَعَادِنِ الذَّهَبِ وَالـْفِضَّةِ,
خِيَا رُهُمْ فِى الـْجَا هِلِـيـَّةِ
خِيَا رُهُمْ فِى الْاِ سْلاَمِ اِذَا فـَقُهُوْا.
“Manusia-manusia ini adalah bagaikan benda pertambangan seperti galian emas dan
perak. Manusia pilihan diantara mereka dikala zaman Jahiliah itulah yang pilihan
pula dikala zaman Islam, jaikalau mereka pandai......”
Kedua-dua hadis
tadi dikukuhkan oleh firman Allah Taala:
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا. فـَأَلـْهَمَهَا
فُجُوْرَهَا وَتـَقـْوَاهَا. (سورة الشمس 7-8)
“Dan jiwa serta apa yang disempurnakan untuknya. Kemudian Allah mengilhamkan padanya yang salah dan yang
taqwa (benar).
(Surah Al-Syams, 7 dan 8)
Maksudnya ialah
bahawa Allah s.w.t. setelah menciptakan manusia, lalu diberi suatu jiwa yang
dapat digunakan untuk alat penyempurnaan, manusia itu sendiri. Jiwa ini mula-mula dijadikan dalam keadaan sama rata, lurus dan jujur, tetapi
mempunyai fungsi dapat menerima
kebenaran dan kesalahan, juga mempunyai persiapan untuk menjadi baik atau
buruk.
Allah s.w.t.
membekali manusia itu akal fikiran sejak lahirnya yang dengannya ia dapat
membezakan antara yang benar dan salah perihal
apa-apa yang berhubungan akidah dan
kepercayaan, juga dapat membezakan
antara yang baik dan huruk dalam hal perbuatan, bahkan juga dapat digunakan untuk
membezakan antara yang dusta dan yang bukan
dusta dalam hal ucapan.
Dan dengan akal
yang bersumber pada otak, manusia itu oleh Allah s.w.t. diberi suatu kemampuan
yang dengannya itu ia dapat menyatakan sesuatu yang benar sebagai kebenaran,
juga sesuatu yang batil sebagai kebatilan.
Dengan kekuasaannya pula ia dapat melaksanakan tercapainya sesuatu
kebaikan atau meninggalkan sesuatu kejahatan, juga dapat berkata yang benar, menjauhi yang dusta, bahkan juga dapat menggariskan jalan
yang benar, hak dan baik, sesuai dengan perintah-perintah yang terdapat dalam kitab-kitab suci Tuhan dan
sesuai pula dengan ajakan-ajakan yang diberikan oleh para Rasul-Nya.
Jadi selama
manusia itu masih mempunyai akal fikiran
yang dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk, mempunyai kekuasaan
untuk mana saja yang disukai, juga mengetahui jalan mana yang akan
ditempuhnya sesuai dengan keinginannya
dan semua itu secara jelas terbuka
dengan di hadapannya, maka teranglah
bahawa manusia itu (161 Syed
Sabiq) benar-benar mempunyai kemerdekaan
berkehendak dan mempunyai hak pemilihan
dalam segala perbuatan dan tindakannya.
Maka dari itu
manusia tentunya secara sukarela hendak mengarahkan kekuatannya yang sesuai
dengan pilihan jiwanya, apakah itu benar
atau salah, haq atau bathil, baik atau buruk, dusta atau bukan dan lain-lain
sebagainya.
Firman Allah s.w.t.:
إَنـَّا هَدَ يْنَاهُ السَّبِيْلَ إِمَّا شَكِـًر
اَوْ إِمَّا كـَفُوْرًا. (الانـسان اية: 3)
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberikan petunjuk kepada manusia itu akan jalan yang dapat
ditempuhnya (untuk mencapai kebaikan), tetapi adakalanya manusia itu berterima
kasih dan adakalanya ia bersikap kufur (menutupi kenikimatan yang dilimphakan
padanya) ”
Jelas ialah
bahawa Allah Taala sudah memberikan petunjuk dan bimbingan ada yang menjurus
kearah yang hak dan yang ke bathil,
kepada kebaikan dan keburukan, ke arah benar dan dusta. Maka manusia itu
sendiri yang berhak memilihnya untuk menempuh salah satu dari keduanya. Jikalau ia menempuh jalan yang berupa
petunjuk yang lurus, berertilah mensyukuri kenikmatan hidayat yang diberikan
padanya dan jikalau ia menempuh jalan yang bengkok maka bererti ia menutupi
kenikmatan itu.
Insafilah bahawa
setiap manusia itu pasti akan diminta pertanggungan jawabnya perihal didikan
dirinya sendiri, usaha memperbaikinya dan daya upaya untuk meluruskannya sehingga
ia dapat mencapai kepada suatu kesempurnaan yang ditakdirkan untuknya itu. Sebabnya ialah kerana memperbaguskan diri dan
jiwanya sendiri, mensucikannya lalu menumbuhkannya dengan di isi ilmu pengetahuan yang bermunafaat, amal salih
dan tindakan yang jujur adalah suatu jalan untuk memperolehi kebahagian dan
keuntungannya sendiri, sebab pasti diredai oleh Allah s.w.t.
malahan dapat
mendekatkan diri untuk menyaksikan keagungan dan keindahan Tuhan. Sebaliknya dengan melalaikan didikan diri dan jiwa, mendorongkan
pada kejahatan dan menyampingkan pada
kebaikan itu adalah sebagai menempuh jalan untuk menjadikannya rugi, menyesal
dan berbahaya.
Firman Allah
Taala:-
قَدْ اَفْلـَحَ مَنْ زَكَّاهَا. وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّـاهـَا. (الشمس,اية 9
-10)
”Sesungguhnya berbahagialah orang yang mensucikan
jiwanya. Dan amat rugilah orang yang mengotorkannya.” (Surah al-Syams, ayat 9-10)
Firman Allah taala lagi:
كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِيْنَةٌ. (المدثر,اية 38)
“Setiap orang itu tergadai kerana perbuatannya sendiri.”
(Al-Muddatsir-38)
Firman Allah
Taala lagi:
مَنْ عَمِلَ صَا لِحًـا فـَلِنَفـْسِهِ وَمَنْ اَ
سَا~ءَفَعـَلـَيْهَا,
وَمَا رَبـُّكَ بِظَلَّامٍ لِلـْعَبِيْدِ.
(فصلت: 46)
“Barangsiapa yang mengerjakan perbuatan baik, maka
keuntungannya adalah untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang mengerjakan
perbuatan buruk, maka bahayanya adalah atas dirinya sendiri. Tuhan mu tidaklah menginaya (merugikan) pada
hamba-hamba-Nya.” (Sayid Sabiq
163)
(Surah al-Fushshilah: ayat 46)
5. Allah s.w.t. secara mutlak berhak memerintah dan mengawasi seluruh
kerajaan di alam ini, dan berhak pula mengurniakan kerajaan atau kekuasaan
memerintah kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya, dan berhak juga mengambil
balik kerajaan atau kekuasaan memerintah daripada siapa sahaja yang dikehendaki
Nya.(Surah Al-Imran ayat 26-27)
6. Allah Taala berhak memberi kemuliaan dan kehinaan dan
juga memberi kemaafaatan atau kemudaratan kepada sesiapa sahaja yang
dikedhendaki Nya mengikut qadha’ dan qadar yang telah ditentukan dan ditetapkan
Nya.
7.
Allah Taala
sahaja yang berkuasa secara mutlak mengatur sesuatu perkara mengikut pilihanNya
yang tertakluk di bawah qadha’ dan qadar Nya, di mana manusia tidak berhak
membuat pilihan dan menolak qadha’ dan
qadar serta pilihan Allah.
8.
Seseorang itu
hendaklah menerima apa yang berlaku ke atas dirinya sesudah mereka berusaha dan
berikhtiar sedaya upayanya, dimana kejayaan atau sebaliknya adalah terserah kepada Allah. Di sinilah letaknya
qadha’ dan qadar Allah Taala.
9.
Kebaikan atau
keburukan ke atas diri seseorang itu sebagai qadha’ dan qadar Allah adalah
dengan kehendak dan ketetapan Allah, berkuasa melakukan sesuatu perkara yang
dipilih dan yang dikehendaki Nya tanpa halangan.
10. Seseorang yang ditimpa bala bencana tidak ada yang boleh
menyelamatkannya selain daripada Allah.
Dan seseorang yang memperoleh kebaikan, tidak ada sesiapa pun yang boleh
menghalang kebaikan itu. Dan setiap
rahmat yang dikurniakan Allah krepada seseorang, tidak ada sesiapa pun yang
boleh menahannya .(Surah Yunus ayat 107)
11.
Qadar atau takdir ialah semua perkara atau benda
yang maujud di alam ini telah ditentukan dan ditetapkan mengikiut garisan yang
dibuat oleh Allah sebelum sesuatu itu berlaku dan terjadi, dan Allah telah
mengetahui apa sahaja yang akan berlaku sesuai dengan garisan yang telah ditetapkan
Nya.
12.
Mempercayai
qadha’ dan qadar Allah adalah salah satu daripada rukun-rukun aqidah dan
rukun-rukun iman. Mereka yang tidak percaya kepada qadha’ dan
qadar Allah adalah bermakna mereka itu telah keluar dari agama Allah (agama
Islam).(309)
13.
Mempercayai
qadha’ dan taqdir wajib ditanamkan dalam hati orang yang Muslim dan Mukmin
bahawa setiap perkara yang berlaku dan terjadi ke atas diri seseorang itu, baik
atau buruknya adalah mengikut ilmu dan iradat Allah sebelum sesuatu perkara itu
berlaku dan terjadi.
14.
Seseorang yang ditimpa bala bencana tidak
boleh menyesal, atau bersedih hati, atau merasa kecewa kerana semua perkara itu
adalah qadha’ dan takdir Allah. Boleh jadi kejadian itu ada kebaikan pula,
kerana manusia tidak tahu apa yang akan dikurniakan Allah nanti setelah ia
sungguh-sungguh bersabar dan menerima kejadian itu. Dan jika dikurniakan nikmat janganlah terlalu
sangat bergembira dan berlagak sombong, riak diri dan megah sehingga lupa
kepada Allah.
15.
Sesuatu perkara yang dibenci jangan dianggap
perkara itu tidak baik ke atas diri mereka, kerana mereka tidak tahu apa
sebabnya boleh jadi perkara yang dianggap tidak baik tadi adalah baik bagi diri
mereka itu. Bagitu juga sebaliknya, kerana baik dan buruk sesuatu perkara itu
adalah di dalam ilmu Allah dan iradat Nya mengikut qadha’ dan takdir Allah. (309)
16.
Allah Taala mentaqdirkan seseorang itu baik
atau buruk adalah diatas kebijaksanaan dan belas kasihan Allah yang bersifat
”Hakim” dan ”Rahim”, di mana seseorang itu wajib bersyukur ketika dalam waktu
senang dan bersabar di masa waktu susah.
17.
Ahli Sunnah Wal Jamaah mempercayai semua
perkara yang ada di dalam alam yang maujud ini sudah ditentukan dan ditetapkan
Allah dalam Azali sebelum sesuatu itu berlaku dan terjadi, dan sudah pun di
tulis lebih dahulu dalam Luh Mahfuz.
18.
Sesuatu nasib
seseorang itu sudah ditakdir Allah sebelumnya, dan seseorang tadi tidak boleh
mengelakkan diri daripada takdir Allah, di mana setiap orang yang beriman
hendaklah menyerahkan diri mereka kepada Allah, dan menerima dengan kerelaan
hati apa sahaja yang ditaqdirkan Allah Taala.
19.
Allah Taala memberi rezeki untuk manusia. Sebelum manusia itu lahir ke dunia ini rezeki
mereka sudah disediakan Allah. Dan
umurnya (lama hidupnya di dunia ini) sudah ada takdirnya, sudah ditulis dalam
Luh Mahfuz. Manusia hanya menjalani
takdir Allah itu sahaja. (309)
20.
Seseorang manusia sepanjang hayatnya tertakluk
di bawah takdir Allah yang Maha Esa dan
Berkuasa, walaupun mereka berusaha dengan sedaya upayanya untuk lari daripada
takdir Allah, mereka tidak akan dapat lari dari takdir Allah Taala itu.
21.
Sesuatu perkara
yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah akan berlaku dan terjadi ke atas
diri seseorang itu tetap dan pasti berlaku
dan terjadi. Tetapi sesuatu perkara yang tidak ditentukan dan tidak
ditetapkan Allah akan berlaku dan terjadi ke atas diri seseorang itu tetap dan
pasti tidak akan berlaku dan terjadi.
22.
Sesuatu bencana yang menimpa diri seseorang
itu bukanlah kerana Allah tersalah menimpakan bencana itu kepada seseorang
tadi. Dan sesuatu bencana yang tidak menimpa diri seseorang itu bukanlah kerana
Allah tidak mahu menimpakan bencana itu kepada mereka.
23.
Sesuatu perkara yang berlaku dan terjadi
kepada seseorang manusia, sama ada perekara itu baik atau buruk sudah ditentukan
dan ditetapkan Allah. Inilah yang
dikatakan ”takdir Illahi”, di mana
seseorang itu tidak boleh lari daripada takdirNya.
24.
Setiap musibah (bala bencana) yang menimpa
diri seseorang itu adalah qadha’ dan
qadar Allah, dan wajib bagi orang-orang yang beriman menerima qadha’ dan qadar
Allah dengan penuh kesabaran dan keredaan, dan hendaklah mempercayai semua
perkara yang ada di alam ini adalah milik dan kepunyaan Allah, dan akan kembali
kepada Nya.
25.
Allah mengetahui segala apa yang akan berlaku
di dunia dan di akhirat. Tidak ada
sesuatu perkara pun yang tersembunyi di sisi Allah yang tidak di ketahui Nya,
malah semuanya adalah di bawah pengetahuan Nya, sekalipun perkara itu belum
berlaku lagi.
26.
Sesiapa yang engkar – tidak mengakui bahawa
Allah Taala itu mengetahui dalam semua hal dan perkara adalah termasuk dalam
golongan orang kafir. Na’uzubillah.
27.
Takdir Allah
yang ada di dalam ilmu Nya tidak berubah, dan tidak boleh diubah, atau ditukar
ganti oleh sesiapa pun. Takdir ini dinamakan ”Qadha’ Mubram”
iaitu takdir Allah yang tidak dapat dielakkan dan pasti berlaku.
28. Takdir Allah yang
tertulis dalam Luh Mahfuz masih menerima perubahan, kerana ada takdir Allah
yang tertulis di Luh Mahfuz tadi ada yang sudah putus, dan ada pula yang belum
putus yang dinamakan ”Takdir Mu’allaq” iaitu takdir yang masih
bergantung. (310)
29.
Semua taqdir Allah yang tertulis dalam Luh
Mahfuz boleh dihapuskan Nya, jika Allah
menghendakinya, atau ditetapkan Nya sebagaimana yang dikehendaki Nya.
Penghapusan atau penetapan tulisan yang ada di Luh Mahfuz itu sesuai dengan
ilmu Allah Taala yang Azali.
30.
Qadha’ dan takdir Allah, tidak ada yang boleh
mengubah apa yang telah teretulis dalam Luh Mahfuz kecuali yang boleh
mengubahnya doa dan amal kebajikan, dan menghubungkan kasih sayang yang telah
terputus (saliturrahim).
31.
Setiap orang yang beriman wajib menyerahkan
takdirnya kepada Allah dan mengetahui bahawa Allah dan Rasul-Nya menyuruh
mereka berusaha dan beramal salih serta berdoa agar dijauhkan bala bencana di
dunia ini dan seksa neraka di akhirat kelak.
32.
Berusaha dan beramal ibadat bukan melawan
takdir Allah. Seseorang yang taat dan
beramal salih sudah ditakdirkan Allah mereka menjadi orang yang taat dan
salih. Dan seseorang yang mengerjakan
perbuatan maksiat adalah juga sudah ditakdirkan Allah mereka menjadi orang yang
berbuat maksiat.
33.
Takdir Allah adalah suatu ketetapan dan
ketentuan Allah ke atas makhluk-Nya. Dan
usaha makhluk itu adalah pengurniaan Allah kepada mereka mengikut kadar
kemampuan dan kelayakan diri mereka masing-masing, di mana takdir Allah dengan
usaha makhluk itu tidak mempunyai
perkaitan.
34.
Dalam hal ini wajib manusia memperhatikan firman
Allah di dalamal-Quran yang Allah
kurniakan petunjuk ke atas mereka:
Firman Allah s.w.t.:
إَنـَّا هَدَ يْنَاهُ السَّبِيْلَ إِمَّا
شَكِـًر اَوْ إِمَّا كـَفُوْرًا. (الانـسان اية: 3)
“Sesungguhnya Kami (Allah)
telah memberikan petunjuk kepada
manusia itu akan jalan yang
dapat ditempuhnya (untuk mencapai
kebaikan), tetapi adakalanya
manusia itu berterima kasih dan
adakalanya ia bersikap
kufur (menutupi kenikimatan yang
dilimphakan padanya.)”
Firman Allah Taala lagi:
مَنْ عَمِلَ صَا لِحًـا فـَلِنَفـْسِهِ وَمَنْ
اَ سَا~ءَفَعـَلـَيْهَا,
وَمَا رَبـُّكَ بِظَلَّامٍ لِلـْعَبِيْدِ.
(فصلت: 46)
“Barangsiapa yang mengerjakan perbuatan baik, maka
keuntungannya adalah untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang mengerjakan
perbuatan buruk, maka bahayanya adalah atas dirinya sendiri. Tuhan mu tidaklah menginaya (merugikan) pada
hamba-hamba-Nya.” (Sayid Sabiq
163)
(Surah al-Fushshilah: ayat 46)
وَمَا~ اَصَا بَكُمْ مِّنْ مُّصِيْبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيْكُـمْ,
وَيَعْفـُوْ عَنْ كـَثِيْرٍ.
(الشورى اية: 30)
“Apa saja musibah
(bencana) yang menimpa dirimu semua itu adalah
disebabkan oleh perbuatan mu sendiri dan
Allah memaafkan
sebahagian besar dari dosa-dosa itu.”
(Surah Syura ayat 30)
35. Takdir Allah
ada perkaitannya dengan aqidah seseorang terhadap Allah, di mana usaha
seseorang itu tidak ada perkaitannya dengan iktikad mereka itu, malah hanya mengikut
perintah Allah dan Rasul Nya, setiap manusia wajib berusaha.
36.Berusaha mencari rezeki dan beramal ibadat adalah suruhan
Allah dan Rasul Nya kepada umat manusia, di mana suruhan tersebut mempunyai
perkaitan dengan kewajipan manusia selaku hamba Allah mematuhi perintah Allah
dan Rasul-Nya, dan tidak ada perkaitannya dengan iktikad seseorang manusia.
37. Seseorang yang sudah ditaqdirkan Allah akan masuk ke
syurga ditakdirkan pula menjadi orang yang taat dan beramal salih di dunia
ini. Dan mereka yang ditakdirkan Allah
akan masuk ke neraka ditakdirkan Nya pula menjadi orang yang maksiat di dunia ini.
------SELESAI-----
No comments:
Post a Comment