TAZKIRAH BAB
AMALAN AKHLAK MULIA.
---------------------------------------------------------
BAB 8 -Beramal Dengan Kebaikian dan Meninggalkan Kejahatan.
Allah s.w.t. sentiasa mengajak manusia supaya hidup dalam
kehidupan yang aman tenteram, baik di dunia mahupun di akhirat kelak. Kehidupan yang aman tenteram itu dinamakan
Darussalam, iaitau salah satu daripada lapan nama-nama syurga (Darussalam di
sebut dalam al-Quran Surah Al-’Am ayat 127).
لـَهُمْ دَارَالسَّلـَمِ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَهـُوَ وَلـُّيُهُمْ
بِمَا كـَانُوْ يَعْمَلـُوْنَ.
(سوره الأنعم اية 127)
“Untuk mereka itu kampung
keselamatan (syurga) di sisi Tuhan dan Dia wali mereka, kerana amalan yang
mereka perbuat.”
Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Quran Surah Yunus ayat 26 dan 27:
لـِّلـَّذِينَ أ َحْسَنُوا الـْحُسْنىَ وَزِيَادَةٌ ج
وَلَا يَرْ هَقُ وُجُوهَهُمْ قـَتَرٌ
وَلَاذِلـَّة ُ ج أ ُوْلـَءِـكَ أ َصْحَبُ الـْجَنَّةِ ج هُمْ فِيهَا
خَلِدُونَ (26)
وَلـَّذِينَ كـَسَبُوا السِّيـءَـاتِ جَزَآءُ
سَيـِّءَـةِ بِمِثـْلِهَا وَتَرْهَقُهُمْ ذِلـَّة ٌ ج
مَّا لـَهُمْ مِّنَ اللهِ مِنْ عَا صِمٍ ج كـَأ
َنـَّمَآ أ ُغـْشِيَتْ وُجُوهُهُمْ قِطَعًا مِّنَ الـَّيْـلِ مُظـْلِمًا ج أ
ُولـَ~ءِـكَ أ َصْحَبَ النـَّارِ ج هـُمْ فـِيهَـا خـَلِدُونَ. (27).
Ayat 26. Untuk orang-orang
yang memperbuat kebajikan, ada kebajikan, serta tambahannya. Muka mereka tiada tertutup oleh debu yang hitam dan tiada
pula oleh kehinaan. Mereka itu penghuni syurga serta kekal di dalamnya.
Ayat 27. Orang-orang yang
mengerjakan kejahatan, balasan kejahatan itu dengan yang seumpamanya, sedang
mereka ditutup oleh kehinaan. Tidak ada
bagi mereka yang memeliharakan dari seksa Allah. Seolah-olah muka mereka
ditutup oleh sebahagian malam yang gelap gelita. Mereka itu penghuni neraka,
serta kekal di dalamnya.
Menurut fahaman ayat-ayat di atas,manusia yang hidup di dunia ini terbahagi
kepada dua golongan. Ada manusia yang
mengerjakan kebaikan dan ada pula manusia yang melakukan kejahatan. Manusia itu
sendirilah yang menentukan keadaannya, apakah ia akan menjadi orang yang baik
atau orang yang jahat. Kepada manusia
telah dikurniakan Allah akal yang sempurna supaya manusia dapat membezakan
antara baik dengan yang buruk. Pada dasarnya Allah sendiri menyeru manusia
supaya berbuat baik.
Dalam Surah Al-’Am ayat 127 diterangkan taman kebaikan itu disebutkan
dengan istilah Darussalam (syurga) iaitu tempat perdamaian. Satu tempat yang
penuh dengan kebahagian, kenikmatan,ketenteraman, keselamatan dan lain-lain.
Sekian dahulu Siaran ini dan penulis akan menyambung lagi dalam masa
terdekat. Sehingga itu :
Wassalamualaikum warahmatulla hiwabarakatuh...!
---------------------ooooooooooooooo------------------------------
No comments:
Post a Comment