BAB 55 – MENGHINA DAN MENGEJEK.
Ketahuilah bahawa Menghina orang atau pun mengejek-mengejeknya adalah
haram menurut syarak. Allah
SWT telah berfirman:
يَأَيُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَــى
أَنْ يَكُوْنُوْا خَيْرًا مِنْهُمْ, وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسـَـى أَنْ يَكُنَّ
خَيْرًا مِنْهُنَّ.
Ertinya: Wahai orang-orang yang
beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain. Sebab mungkin sekali
mereka yang di hina itu lebih baik dari yang menghina. Dan jangan pula kaum
perempuan menghina kaum perempuan yang lain, barangkali mereka yang di hina itu
lebih baik dari mereka yang menghina.”
(Al-Hujarat ayat 11)
Ada pun yang dimaksudkan dengan
penghinaan, ialah memandang rendah atau menjatuhkan taraf orang lain, atau pun
mendedahkan segala ke’aiban-ke’aiban dan kekurangan-kekurangan mereka dengan
tujuan menjadikannya sebagai bahan
tertawaan. Ini boleh berlaku dengan
menceritakan perihal orang dalam tutur katanya, dalam peri lakunya atau pun
dengan merendahkan diri orang lain, atau menjadikannya sebagai bahan tertawaan
di mata orang ramai, menghina dan memperkecil kedudukannya.
Dalam hal ini Allah SWT telah
mengingatkan kita seperti dalam firman Nya di atas:
”Mungkin sekali yang di hina itu
lebih baik dari yang menghina, bermakna
jangan kamu merendahkan atau
memperkecilkannya, sebab mana
tahu barangkali orang itu lebih mulia dan baik dari kamu.”
Ada pun kelakuan semacam itu,
hanya dilarang terhadap orang-orang yang akan merasa tersinggung hatinya, bila ditujukan
penghinaan serupa itu. Tetapi jika orang
itu memang bersedia untuk menerima penghinaan, atau pun ia reda dijadikan
dirinya sebagai bahan tertawaan orang, umpamanya ia merasa senang bila ditertawakan orang, maka
penghinaan yang di tujukan kepadanya itu dikira sebagai senda gurauan sahaja,
dan mengenai gurauan pula dijelaskan
bahawa tiada yang melebihi hadnya, iaitu mana-mana perkara yang menjatuhkan
maruahnya di hadapan orang ramai tidaklah boleh dilakukan.
Adapun penghinaan yang diharamkan
itu, ialah apabila orang yang di tujukan penghinaan itu merasa kurang senang
dan akan menjadi marah, di sebabkan dirinya di rendahkan, atau pun di ejek-ejek
seperti yang sering juga berlaku bila seseorang mentertawakan percakapan orang
lain kerana percakapannya salah, atau tidak teratur. Atau pun ia mentertawakan
kelakuannya tunggang balik dan tidak sempurna, atau pun seperti mentertawakan
ingatannya yang selalu lupa, atau pun terhadap rupa dan bentuknya disebabkan
ada cacat padanya.
Mentertawakan terhadap semua hal-hal yang
dalam contoh-contoh di atas adalah terlarang dalam hukum syarak. Sebabnya akan
menjadikan pergaduhan pula dan akan mengeruhkan perhubungan persahabatan sesama
insan. Juga akan menjatuhkan maruah bagi seseorang itu.
Maka mulai hari ini janganlah
kita membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat atau air muka seseorang
itu, dan kita fikirkanlah bagaimana jika kita pula dilakukan oleh orang
seperti itu. Kita elakkan membuat demikian
itu maka akan menjadikan kita disayangi orang dan kita tidak ada mempunyai
musuh atau orang yang akan
membencikan kita. Tabiat yang
baik demikian akan menjadikan kita sentiasa aman damai dan amat di hormati
sekalian insan.
Sekian, wassalam mulaikaum….!
--------------ooooooooooooooo-------------------------
No comments:
Post a Comment