BAB 43 - RUKUN IMAN YANG KE
4.
Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ
الــرَّحـِيـْم .
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala
kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta
keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t.
kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog
ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini,
setelah .
Bab 43 - Rukun Iman Yang Keempat (4)–
Beriman kepada Kitab-Kitab Allah.
Bahawa
sesungguhnya setiap rasul dan nabi yang diutuskan kepada sesuatu kaum dan
bangsa mempunyai syariat dan ajaran. Semua ajaran itu disampaikan oleh malaikat
dan dicatatkan di dalam kitab-kitab dan suhuf (helai). Jumlah kitab-kitab suci
tidak diketahui jumlah sebenarnya. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Namun
begitu setiap rasul dan nabi itu pasti dibekalkan dengan kitab-kitab suci
masing-masing.
Beriman kepada kitab Allah itu bererti kita wajib
beriktikad dan berkeyakinan dengan sebenar-benarnya bahawa sesugungguhnya Allah
Taala itu mempunyai beberapa kitab suci yang merupakan fuirman Allah yang
hakiki. Diturunkan melaluiu wahyu yang disampaikan dengan perantaraan malaikat
Jibril alaisalam. Firman Allah s.w.t. :-
كَانَ النَّاسُ أ ُمَّـةً وَحِدَةً فَبَعَثَ
اللهُ النَّبِيِّنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنـْزَلَ مَعَهُمُ الـْكِتَبَ بِـالـْحَقِّ
لـِيَحْكُمَ بَيْنَ النـَّاسِ فِيْمَا اخـْتَلـَفُوْا فِيهِ. ج (البقرة 213)ز
“Pada mulanya manusia itu adalah umat
yang satu menurut agama Allah yang satu tetapi akhirnya mereka telah berselisih
faham, maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira
dan pemberi amaran kepada yang engkar dengan khabar buruk akan ditimpa azab
neraka dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang
mempunyai keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara
manusia mengenai apa yang mereka pertikaikkan. ”
(Surah al-Baqarah ayat 213)
Sejak Nabi Allah Adam sehingga
kepada Nabi Muhammad s.a.w. jumlah kitab-kitab suci yang telah diturunkan ialah
sebanyak satu ratus enpat (104) buah.
Seratus (100) buah suhuf (lembaran) dan 4 buah kitab suci.
Antara kitab-kitab yang
diturunkan Allah kepada para rasul-rasul ialah :-
a.
Kitab
Taurat.
b.
Kitab
Zabur.
c.
Kitan
Injil .
d.
Kitab
Suci Al-Quran.
(1). Kitab Taurat.
Kitab Taurat ini diturunkan kepada
Nabi Allah Musa a.s. Kandungan kitab
Taurat mengandungi hukum-hukum syariat serta iktikad
yang betul, benar dan diredhai Allah.
Kandungan kitab suci Taurat ini adalah wahyu Allah yang disampaikan kepada
Nabi Musa untuk disampaikan kepada kaumnya.
Antara lain kandungan Taurat ialah turut juga menceritakan kedatangan
Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul terakhir.
Firman Allah s.w.t.:-
إِنـَّآأ َنْزَلـْنَا التَّوْرَــة َ فِيهَا
هُدًى وَنُورٌ ج يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ
الـَّذِينَ أ َ سْلـَمُوا لـِلـَّذِينَ هَا دُوْاوَا لرَّبَّنـِيُّونَ وَالْأ
َاحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوْا مِنْ كـِتَبِ اللهِ وَكَا نُوْا عَلـَيْهِ شُهَدَآءَ ج.
(ألمايده 44)
Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan kitab
Taurat di dalamnya mengandungi petunjuk kebenaran dan cahaya yang terang dengan
itulah nabi-nabi yang patuh (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang Yahudi
dan dengannya juga ulama mereka dan pendita-penditanya menjalankan hukum
Allah. Sebab mereka diamanahkan
memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah (kitab Taurat) itu, dan
mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasan (dari sebarang perubahan).”
(Surah al-Maidah ayar 44).
(2). Kitab
Zabur.
Kitab suci Zabur diturunkan kepada Nabi Allah Daud
a.s. Kitab Zabur mengandungi
fatwa-fatwa, doa, zikir, nasihat-nasihat atau peringatan yang mesti dijalankan oleh umat Nabi Daud. Kitab Zabur tidak nengadungi syariat atau hukujm-hukum
Allah kerana Nabi Daud mengikuti syariat Nabi Allah. Firman Allah s.w.t. –
وَءَاتـَيـْنَا دَاوُدَزَبـُورًا. (ال-لإشرأ 55)
Kami (Allah) tealah memberikan kitab Zabur kepada Nabi
Daud.
(Al-Isra; ayat 55).
(3). Kitab
Injil.
Kitan Injil diturunkan
kepada Nabi Isa a.s., mengandungi wahyu-wahyu Allah yang mengajar manusia
kembali menyembah Allah. Di dalam kinath
Injil ini juga diterangkan tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai
utusan Allah yang terakhir dan penyudah segala rasul dan nabi.
Kitab Injil yang ada
sekarang ini sudah tidak ada keasliannya lagi kerana sudah berlaku perubahan di
sana sini. Ada
empat kitab Injil pada masa sekarang iaitu Injil Matius, Injil Markus, Inil
Lucas dan Injil Johannes.
Keempat-empat kitab Injil
tersebut dikarang oleh empat orang pendita Kristian dan isinya saling
bertentangan antara satu sama lain.
Kitab-kitab tersebutlah yang kini menjadi pegangan penganut agama
Kristian.
(4). Kitab Suci Al-Quran.
Kita suci al-Quran merupakan
kitab suci yang terakhir yang diturunkan kepada umat manusia. Al-Quran penutup segala kita. Kitab
suci al-Quran ditrunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah dan Madinah
selama 22 tahun 2 bulan dan mengandungi 6,236 ayat.
ASl-Quran mempunyai
keistimewaan yang tersendiri dan berbreza dengan kitab-kitab yang
terdahulu. Antara keistemawaannya ialah:
a.
Isi kandungannya sesuai untuk semua bangsa tanpa menghira
warna kulit dan bahasa serta sesuai dalam semua keadaan dan tempat untuk semuaa
zaman. Ajaran
kitab al-Quran kekal dan sesuai sampai ke akhir zaman. Asl-Quran bersifat universal
(kesejagatan). Manakala kita-kitab suci
yang diturunkan sebelumnya hanya sesuai untuk zaman, umat dan suasana pada masa
ia diturukan sahaja.
b.
Kitab
suci al-Quran kekal dalam keadaan asalnya walau satu huruf pun. Tidak ada sebarang perubahan dan
kesilapan. Hakikat ini dijamin oleh
Allah seperti firman-Nya :-
إِنـَّا
نَحْنُ نَزَّلـْنَا الذِّكْرَوَ إ ِنـَّا لَهُ لـَحَفِظُونَ. (الهجر9)
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan peringatan
(al-Quran)
itu
dan sesungguhnya kami pasti memeliharanya (daripada
kepalsuan)”
(Surah al-Hijr: ayat 9).
Kitab
suci yang lain seperti Injil, Zabur, Taurat sudah diubah
mengikut selera pengikut agama
masing-masing.
c.
Al-Quran
itu dapat dibuktikan keasliannya, tidak dicampur aduk dengan bahasa percakapan
manusia. Al-Quran
dapat dibuktikan bahawa ia benar-benar wahyu Allah.
d.
Kitab
suci al-Quran mempunyai bukti sejarah yang terang dan jelas dilengkapi dengan
sebab-sebab sesuatu ayat diturunkan. Tarikh, masa dan tempat ayat al-Quran
diturunkan dapat dibuktikan dengan catatan sejarahnya yang sahih. Sedangkan kitab-kitab suci terdahulu
mengandungi kekaburan fakta sejarahnya.
e.
Kitab
suci al-Quran adalah penyempurnaan segala kitab yang sebelumya. Firman Allah s.w.t. :-
اَلـْيَوْمَ أ َكْمَلـْتُ
لـَكُمْ دِينَكُمْ وَأ َتـْمَمْتُ عَلـَيْكُمْ نِعْمَتِى
وَرَضَيْتُ لـَكُمُ الْاءِسْلـَمَ دِيـنـًا ج
(المأيده: 3)
“Pada hari ini telah Ku
sempurnakan untuk kamu
agamamu, dan
telah Aku cukupkan kepadamu nikmat Ku dan telah Aku redhai Islam itu menjadi
agama baginya.”
(Surah al-Maidah ayat 3) .
Sekian dahulu
dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih
lagi berkenaan solat, puasa, memberi zakat, mengerjakan haji, bersedekah,
membuat wakaf dan sebagai lagi, kita perlu memberi perhatian sungguh-
sungguh agar diterima Allah dan kita diberi ganjaran pahala yang lumayan
diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
(Rujukan Nota
Pengajian Usuluddin dari Universiti Malaya 2009 –dan Kitab Asas-Asas Fardhu’Ain
tahun 2006)
No comments:
Post a Comment