BAB 57 – BAGAIMANA MENCAPAI BUDIPEKERTI YANG BAIK.
اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ
وَبَرَكــَتـُه
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga
dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ
عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ يُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا
عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.
”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56
Kini anda telah mengetahui bahawa
keluhuran budi pekerti itu berpunca dari kesederhanaan dalam kekuatan akal
fikiran dan kesempurnaan kebijaksanaan, dan seterusnya kepada pertengahan dalam
kekuatan marah dan keinginan syahawat, sedang keadaan kedua-duanya itu patuh
dan tunduk kepada pertimbangan akal fikiran dan batasan syarak. Kesederhanaan
boleh terjadi kerana dua perkara:
(1). Pertana -
terjadi kerana kemurahan Tuhan dan kesempurnaan fitrah (semula jadi), iaitu
bila Tuhan mencipta manusia itu, diciptanya dalam keadaan sempurna akal
fikiran, molek budi pekerti, dilengkapi baginya kemahuan syahawat dan marah,
bahkan kedua-dua sifat telah dijadikan baginya sebagai sederhana dan tunduk di
bawah pertimbanga akal fikiran dan sayarak.
(2).
Kedua- Memperolehi budi pekerti itu dengan perjuangan dan
latihan-latihan diri, yakni memaksa diri dengan perbuatan-perbuatan yang
dikehendaki oleh budi pekeri yang dituntut, misalnya : orang yang ingin
melengkapkan diri dengan budi pekerti
pemurah hati, maka caranya ialah dengan memaksa diri mentauladani
perbuatan-perbuatan seorang pemurah hati, seperti membelanjakjan harta bendanya.
Perbuatan serupa itu, hendaklah diteruskan dan
di biaskan atas diri secara paksaan, dan melawan dengan sungguh-sungguh nafsu
syahawat yang menentangnya, sehingga perbuatan-perbuatan itu lama-kelamaan
menjadi tabiatnya. Ketika itu apa yang
dituju akan menjadi mudah, dan tidak sukar lagi baginya untuk mernjadi seorang
yang pemurah hati.
Demikian pulalah dengan orang
yang ingin membebntuk dirinya dengan budi pekerti merendah diri, sedangkan ia
telah biasa dengan sifat takbur atau
bermegab-megah diri. Maka caranya ialah melatih diri dengan perbuatan-perbuatan
orang-orang yang merendah diri dalam suatu jangka masa yang panjang.
Disamping itu ia mestilah
menunjukkan sikap melawan nafsunya dan memaksa supaya tunduk, sehingga
lama-kelamaan sifat merendah diri itu meresap pula ke dalam jiwanya, dan
akhirnya menjadi ia sebagai budi pekerti orang itu dan tabiatnya. Sesudah itu sikap merendah diri itu menjadi
suatu perkara yang mudah dilakukan dan enak dirasakan.
Sebenarnya budi pekerti yang
terpuji dan akhlak yang mulia di sisi syarak itu hanya akan tercapai menerusi
cara tersebut di atas. Dan puncak serta
tujuan dari kelakuan-kelakuan ini, ialah supaya orang yang bersifat demikian
dapat merasakan kenikmatan dan kelapangan hati dari perbuatan-perbuatan yang timbul
dari dirinya itu.
Orang yang bersifat pemurah hati
ialah orang yang merasa senang dan enak untuk membelanjakan harta kekayaannya,
bukanlah orang yang membelanjakan hartanya, sedang ia dalam keadaan terpaksa
atau hatinya tidak gembira. Orang yang bersifat merendah diri pula, ialah orang
yang merasa enak bila melakukan perbuatan itu.
Semua akhlak dan kelakuan yang
bersifat keagamaan itu tidak akan meresap ke dalam jiwa seseorang, selagi ia
tiada membiasakan dirinya dengan segala adat-adat yang baik, dan meninggalkan
segala peerbuatan-perbuatan yang jahat atau
buruk. Dalam melaksanakan syarat ini, hendaklah ia bersikap sebagai
sreorang yang cenderong kepada perbuatan-peerbuatan yang bagus, dan merasa
nikmatr bila melakukannya, membenci perbuatan-perbuatan yang jahat serta merasa kesal bila dia membuatnya.
Kemudian dalam berusaha untuk
mencapai kebahagian yang dijanjikan atas dasar budi pekerti baik itu tidak
cukup dengan merasakan kelazatan taat dan merasa benci membuat dosa hanya dalam
satu masa sahaja, sedangkan pada masa yang lain tidak, tetapi seharusnya hal
itu berlaku terus menerus di sepanjang hayat.
Kini anda telah mengetahui dengan
pasti, bahawa semua budi pekerti yang indah itu boleh diperolehi dengan cara
latihan diri, iaitu mula-mula denganb memaksa diri berbuat semua
perbuatan-perbuatan baik ity, sehingga lama-kelamaan menjadi tabiat. Hal ini terkira antara keajaiban perhubungan
antara hati dan anggota-anggota, yakni yang dimaksudkan antara diri dengan
badan. Maka tiap-tiap sifat yang timbul
di dalam hati, mistilah membawa pengaruhnya ke atas anggota-anggota, sehingga
tiada syak lagi bahawa semua anggota tidak akan bergerak, melainkan menurut
kemahuan hati. Begitu juga setiap perbuatan yang berlaku pada anggota-anggota
terkadang-kadang terpengaruh pula pada hati, dan demikianlah seterusnya perkara
itu saling tukar menukar.
Jika anda telah maklum bahawa
budi pekerti yang baik itu, ada kalanya berlaku menurut ta biat dan fitrah, ada
kalanya dengan melatih diri dengan perbuatan-perbuatan baik, dan ada kalanya
pula dengan mencontohi peebuatan-perbuatan baik orang ramai dan bergaul dengan
mereka, kerana mereka itu adalah kawan-kawan yang menonton ke jalan kebaikan.
Sering pula sesuatu tabiat itu
mempengaruhi tabiat yang lain, dalam kejahatan atau kebaikan sama belaka. Barangsiapa yang telah muncul dalam dirinya
ketiga-tiga sifat tadi, sehingga ia menjadi seorang yang terkenal baik dalam
tabiatnya atau dalam kebiasaannya atau dalam mencontohi kebanyakkan orang lain,
maka berbahagialah ia kerana ia telah berada di kemuncak keutamaan. Sebaliknya
jika ia menjadi jahat dalam tabiatnya dan sering pula bercampur gaul dengan
rakan-rakan yang buruk perilakunya dan suka pula meniru perbuatan-perbuatan
rakan-rakan yang jahat, sehingga terbukalah di hadapannya pintu-pintu kejahatan
dan akhirnya membiasakan diri berbuat jahat, maka celakalah ia kerana ia telah
berada di tempat yang jauh dari Allah SWT.
Sekian dahulu untuk renungan dan
juga untuk dilaksanakan semoga setiap individu yang mencobanya akan menjadi
seorang yang berbudi pekerta yang mulia.
Wassala mualaikm warahmatulla
hiwabarakatuh.....!
---------------------oooooooooo--------------
No comments:
Post a Comment