TAZKIRAH BAB
AMALAN AKHLAK MULIA.
---------------------------------------------------------
BAB 9 - BAGAIMANA MENCAPAI BUDI
PEKERTI YANG BAIK.
Kini anda telah mengetahui bahawa
keluhuran budi pekerti itu berpunca dari kesederhanaan dalam kekuatan akal
fikiran dan kesempurnaan kebijaksanaan, dan seterusnya kepada pertengahan dalam
kekuatan marah dan keinginan syahawat, sedang keadaan kedua-duanya itu patuh
dan tunduk kepada pertimbangan akal fikiran dan batasan syarak. Kesederhanaan
boleh terjadi kerana dua perkara:
(1). Pertana - terjadi kerana
kemurahan Tuhan dan kesempurnaan fitrah (semula jadi), iaitu bila Tuhan
mencipta manusia itu, diciptanya dalam keadaan sempurna akal fikiran, molek
budi pekerti, dilengkapi baginya kemahuan syahawat dan marah, bahkan kedua-dua
sifat telah dijadikan baginya sebagai sederhana dan tunduk di bawah pertimbanga
akal fikiran dan sayarak.
(2).
Kedua- Memperolehi budi pekerti itu dengan perjuangan dan
latihan-latihan diri, yakni memaksa diri dengan perbuatan-perbuatan yang
dikehendaki oleh budi pekeri yang dituntut, misalnya : orang yang ingin
melengkapkan diri dengan budi pekerti
pemurah hati, maka caranya ialah dengan memaksa diri mentauladani
perbuatan-perbuatan seorang pemurah hati, seperti membelanjakjan harta
bendanya.
Perbuatan serupa itu, hendaklah diteruskan dan
di biaskan atas diri secara paksaan, dan melawan dengan sungguh-sungguh nafsu
syahawat yang menentangnya, sehingga perbuatan-perbuatan itu lama-kelamaan
menjadi tabiatnya. Ketika itu apa yang
dituju akan menjadi mudah, dan tidak sukar lagi baginya untuk mernjadi seorang
yang pemurah hati.
Demikian pulalah dengan orang
yang ingin membebntuk dirinya dengan budi pekerti merendah diri, sedangkan ia
telah biasa dengan sifat takbur atau
bermegab-megah diri. Maka caranya ialah merlatih diri dengan perbuatan-perbuatan
orang-orang yang merendah diri dalam suatu jangka madsa yang panjang.
Disamping itu ia mestilah
menunjukkan sikap melawan nafsunya dan memaksa supaya tunduk, sehingga
lama-kelamaan sifat merendah diri itu meresap pula ke dalam jiwanya, dan
akhirnya menjadi ia sebagai budi pekerti orang itu dan tabiatnya. Sesudah itu sikap merendah diri itu menjadi
suatu perkara yang mudah dilakukan dan enak diradakan.
Sekian dahulu untuk renungan dan
juga untuk dilaksanakan semoga setiap individu yang mencobanya akan menjadi
seorang yang berbudi pekerta yang mulia.
Wassala mualaikm warahmatulla
hiwabarakatuh.....!
---------------------oooooooo-----------------------
No comments:
Post a Comment